Isnin, 2 September 2013

AKTIVITI ICE-BREAKING





Disini IKA nak share contoh Modul LDK yang ada dan biasa gunakan dalam program dan aktiviti..
Harap ianya dapat membantu =)
NOTA: Segala yang dikongsi adalah ihsan sumber internet , ihsan individu2 dan pengalaman2 yang ada.. semoga ianya bermanfaat..
TERIMA KASIH 
-------------------------------------------------------------------------------------------------

1.       Mukaddimah
Aktiviti :
i.                     Aktiviti yang hendak dijalankan sebaik-baiknya dimulakan dengan “Surah Al-Fatihah” bagi mendapatkan keberkatan dalam menjalankan program.
2.       Wisel
Aktiviti :
i.                     Penggunaan wisel dalam mengawal pelajar.
ii.                    Pelajar perlu peka dengan wisel yang dibunyikan.
iii.                  Pelajar adalah diwajibkan memberi respon / tindakbalas setiap kali wisel dibunyikan.
Nilai / rasional aktiviti : Tarik perhatian peserta supaya sentiasa peka dengan persekitaran

3.       Ucapan Tahniah
Aktiviti :
1.       Pelajar diarah untuk mengangkat tangan kanan dan mengucapkan tahniah kepada rakan sebelah
2.       Pelajar diarah mengangkat tangan kiri dan hidu bau ketiak masing-masing. Jika tidak berbau busuk, maka masih segar lagi untuk mengikuti aktiviti ini.
Nilai / rasional aktiviti : Pengahargaan kepada rakan-rakan

4.       Barang Amanah
Aktiviti :
i.                     Barang amanah seperti telur ayam, krakers dan sebagainya akan diagihkan kepada setiap kumpulan dan perlu dijaga sehingga ke akhir program.
ii.                    Bagi yang gagal menjaga amanah contohnya ada yang pecahkan biji telur yang diberi, maka semua ahli kumpulan akan didenda (pilih denda yang sesuai).
Nilai / rasional aktiviti : Pentingnya menjaga amanah yang telah diberi.

5.       Nyanyian Lagu Motivasi
Aktiviti :
i.                     Nyanyian lagu motivasi perlu dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan pelajar sentiasa bersemangat dan bermotivasi.
ii.                    Contohnya lagu “Warisan” yang membawa makna setiap pelajar adalah warisan pemimpin negara di masa hadapan.
Nilai / rasional aktiviti : Menyemai motivasi dalam diri peserta melalui lirik lagu.

6.       Salam Semut
Aktiviti :
i.                     Pelajar akan membentuk bulatan besar dan pelajar dan muzik iringan akan dimainkan. (Cth. Lagu sahabat sejati).
ii.                    Pelajar akan bergerak untuk bersalam iaitu salam, peluk dan usap sambil mengucapkan “tahniah” (Bagi sama jantina).
iii.                  Jika berlainan jantina, cukup sekadar melambai tangan sambil menyebut “huuuuu” tanda kemesraan.
Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan perhubungan antara peserta di peringkat awal aktiviti.

7.       Senyum
Aktiviti :
i.                     Sebut perkataan “tempey”.
ii.                    Latihan senyum :
Nombor 1 : Senyum tidak ikhlas
Nombor 2 : Senyum tak berapa nak ikhlas
Nombor 3 : Senyum yang ikhlas
                Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan perhubungan antara peserta di peringkat awal aktiviti.

8.       Kungfu Wacha (1,2,3,4)
Aktiviti :
                Pergerakan 1 : Tumbuk hadapan (huh!)
                Pergerakan 2 : Tarik tangan (hah!)
                Pergerakan 3 : Tumbuk hadapan & tarik tangan (huh! hah!)
                Pergerakan 4 : Tangan seperti ular mematuk ke hadapan, angkat kaki (wacha!)
Nilai / rasional aktiviti : Menguji fokus dan keyakinan diri

9.       Kelopak Jantung
Aktiviti :
1.       Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan besar.
2.       Kumpulan 1 akan menyebut perkataan “kelopak”
3.       Kumpulan 2 akan menyebut perkataan “jantung”
4.       Pelajar akan menyebut mengikut arahan tangan oleh fasilitator sehingga menghasilkan bunyi kompang.
Nilai / rasional aktiviti : Keseronokan belajar

10.    Tepuk energy
Aktiviti :
                Tepuk 1 : Tepuk tangan seperti biasa
                Tepuk 2 : Tepuk tangan sambil menjerit “hooooo”
                Tepuk 3 : Tepuk tangan, jerit “hooooo” dan berdiri sambil bergerak
Nilai / rasional aktiviti : Melahirkan energy dan keseronokan belajar.

11.    Gosok Tangan
Aktiviti :
1.       Pelajar menggosok tangan daripada perlahan sehingga pantas.
2.       Pelajar mencium tangan sambil menyatakan apakah bau yang mereka hidu (bau tanah)
Nilai / rasional aktiviti :  Muhasabah diri bahawa semua kita adalah sama, iaitu diciptakan dari tanah

12.    Fokus
Aktiviti :
1.       Goyang-goyang tangan kanan dengan laju
2.       Berikan arahan supaya letakkan tangan ke dagu tetapi fasilitator meletakkan tangan ke dahi.
3.       Lakukan berulang kali sehinga pelajar benar-benar fokus dengan arahan
Nilai / rasional aktiviti : Menguji fokus (kordinasi antara audio, visual dan psikomotor)

13.    Pegang Dagu
Aktiviti :
1.       Pegang dagu / janggut rakan di sebelah (yang sama jantina sambil menyebut perkataan “alololooo”
2.       Lakukan berulang kali sehingga semua pelaja melakukan aktiviti ini
Nilai / rasional aktiviti : Melahirkan rasa selesa dan rasa selamat

14.    Urutan
Aktiviti :
1.       Pelajar diarah berbaris dalam kumpulan sama jantina
2.       Aktiviti teraputik iaitu mengurut dalam barisan akan dilakukan mengikut arahan yang telah diberikan oleh fasilitator contohnya urut kepala, hidung, tengkuk, bahu, belakang dll.
Nilai / rasional aktiviti : Menanam sifat bertolak ansur dan membina hubungan di kalangan pelajar.

15.    Sentuhan Kasih
Aktiviti :
1.       Pelajar diarah memilih pasangan sama jantina  (sebaik-baiknya pilih pasangan yang belum dikenali dengan rapat)
2.       Fasilitator akan memberi arahan supaya setiap anggota badan bertemu antara satu sama lain.
3.       Contohnya dagu bertemu dagu, dahi bertemu dahi, lutut bertemu lutut dan sebagainya.
Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan rasa mesra, dan peka dengan arahan.

16.    Pengelompokan mengikut kriteria
Aktiviti :
i.                     Pelajar diarah untuk bergerak dalam kumpulan mengikut kriteria seperti :
a.       Sama jantina
b.       Sama  tahun lahir
c.        Sama bulan kelahiran
d.       Sama saiz kasut
e.       Sama warna baju / seluar dll.
ii.                    Setelah berjumpa ahli kumpulan, ahli diminta berkenalan antara satu sama lain.
Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta supaya proaktif dalam kumpulan.

17.    Group in…
Aktiviti :
i.                     Pelajar diarah untuk bergerak dalam kumpulan tertentu iaitu dengan mematuhi arahan fasilitator.
ii.                    Fasilitator akan menyebut “Group in 2, 5, 10 atau 20..”
iii.                  Pelajar akan bergerak dalam kumpulan besar untuk membentuk kumpulan mengikut bilangan ahli kumpulan yang telah ditetapkan.
iv.                  Setelah berjumpa ahli kumpulan, pelajar disuruh duduk dan berkenalan secara ringkas.
Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta supaya menjadi lebih proaktif dan menggalakkan penerimaan dalam kumpulan.

18.    Kerusi Panas
Aktiviti :
i.                     Pelajar akan duduk di atas kerusi masing-masing dalam bulatan besar.
ii.                    Apabila arahan tukar tempat duduk diberikan, pelajar  akan tukar tempat duduk dengan rakan-rakan yang lain.
iii.                  Pelajar yang paling lambat bertukar tempat duduk akan dikenakan hukuman di tengah bulatan. (Hukuman yang sesuai contohnya menyanyikan lagu, poco-poco dll.)
iv.                  Arahan fasilitator perlu kreatif dan pelbagai contohnya “Siapa rasa dirinya lelaki tukar tempat duduk”. Maka pelajar lelaki sahaja yang akan tukar tempat duduk. Setelah itu, pelajar akan berkenalan dengan rakan sebelah.
 Nilai / rasional aktiviti : Pentingnya menerima, mendengar dan memahami sesuatu arahan sebelum bertindak.

19.    Bunyi paling menarik
Aktiviti :
i.                     Pelajar akan berada dalam kumpulan masing-masing dan fasilitator akan mengarahkan mereka untuk memilih dan menghasilkan bunyi binatang beserta dengan pergerakan yang menarik.
ii.                    Markah akan diberi kepada bunyi dan pergerakan kumpulan yang paling menarik.
iii.                  Seboleh-bolehnya, bunyi binatang bagi setiap kumpulan tidak sama.
Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti dan mewujudkan semangat kerjasama dalam kumpulan.

20.    Pergerakan paling menarik
Aktiviti :
i.                     Setiap kumpulan akan menghasilkan pergerakan mengikut muzik yang telah ditetapkan untuk setiap kumpulan.
ii.                    Muzik / lagu bagi setiap kumpulan perlu berbeza bagi melihat variasi pelajar.
iii.                  Pemilihan lagu mengikut kategori seperti lagu rancak, sentimental, irama Melayu, Hindustan, Cina dan sebagainya.
iv.                  Fasilitator boleh menggunakan sistem markah atau token bagi aktiviti seperti ini bagi menggalakkan penglibatan pelajar.
Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti dan mencerna semangat persaingan yang sihat dalam melakukan sesuatu perkara. 

21.    Uji Bakat
Aktiviti :
i.                     Setiap pelajar diarah untuk melihat wajah ahli kumpulan masing-masing.
ii.                    Setelah itu, sila pilih ahli kumpulan yang paling layak menjadi
a.       Ketua
b.       Penolong
c.        Setiausaha.
iii.                  Mereka yang terpilih dipanggil ke hadapan untuk menjalani ujian emosi seperti disuruh bersyarahan / berucap, melakukan aktiviti seperti berkokok, cat walk dan sebagainya dengan diiringi muzik.
iv.                  Sebagai aktiviti salingan, fasilitator boleh melakukan aktiviti uji bakat ini dengan mencari :
a.       Peserta yang paling comel
b.       Peserta yang paling bijak berbicara
c.        Peserta yang paling handsome dan sebagainya.
Nilai / rasional aktiviti : Setiap pelajar mempunyai bakat dan keupayaan tersendiri. Ada yang dilahirkan menjadi pemimpin dan ada yang perlu belajar untuk memimpin.

22.    Aktiviti Keretapi
Aktiviti :
i.                     Setiap pelajar akan diedarkan sehelai kertas A4 dan dilekatkan di belakang masing-masing menngunakan ‘masking tape’.
ii.                    Fasilitator akan mengarahkan setiap pelajar untuk menuliskan perkataan yang positif untuk rakan-rakan (beri masa yang singkat untuk pelajar bergerak).
iii.                  Pelajar perlu bergerak untuk mendapatkan sebanyak mungkin nilai-nilai positif yang ada pada diri mereka contohnya baik hati, bertanggungjawab, suka menolong orang dll.
iv.                  Fasilitator perlu menetapkan sekurang-kurangnya 10 nilai yang berjaya diperolehi dalam jangka masa yang ditetapkan ( 3 minit – 5 minit).
v.                    Setelah itu, pelajar akan mengira jumlah nilai yang diperolehi.
vi.                  Fasilitator akan memanggil setiap pelajar secara rawak ke hadapan untuk membaca nilai-nilai yang diperolehi.
Nilai / rasional aktiviti : Setiap individu mempunyai nilai positif yang kita tidak sedari. Selagi ada nilai-nilai baik dalam diri, maka semua kita layak untuk memimpin.

23.    Brainstorming
Aktiviti :
i.                     Pelajar akan duduk dalam bulatan yang besar.
ii.                    Satu objek akan diletakkan di tengah-tengah bulatan. Contohnya botol mineral, kotak kapur dll.
iii.                  Pelajar akan memikirkan sesuatu yang berbeza dengan ciri-ciri sebenar / asal benda tersebut dan nyatakan secara bergilir.
iv.                  Setiap yang dinyatakan akan dicatatkan oleh 2 orang pencatat.
v.                    Jika diletakkan botol mineral di tengah bulatan, maka pelajar tersebut tidak boleh menyebut benda tersebut air mineral tetapi perlu menyatakan benda lain contohnya kayu hoki, syampu dll.
vi.                  Selain itu, pelajar diberi tugasan untuk melakukan brainstorming ini secara santai dengan menyatakan idea-idea mudah. Contohnya, nyatakan perkara-perkara yang selalu anda lakukan di bilik air dll.
vii.                 Setelah itu, brainstorm idea pelajar dengan menyatakan perkara-perkara yang lebih ilmiah iaitu menyatakan idea masing-masing fokus tentang kepimpinan.
viii.               Contohnya : Nilai-nilai yang perlu ada pada setiap pemimpin, apa yang perlu ada pada setiap pemimpin dll.
Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta  berkongsi idea melalui pengetahuan sedia ada (konstruktivisme). Melalui perkongsian ini, maka ruang lingkup pemikiran peserta akan lebih luas.

24.    Aktiviti ‘scanning’ (Strength and Weakness)
Aktiviti :
i.                     Aktiviti berpasangan iaitu setiap pasangan akan menceritakan kekuatan dan kelemahan masing-masing.
ii.                    Setelah itu, mereka akan menceritakan kekuatan dan kelemahan pasangan dalam kumpulan besar atau kumpulan kecil. (Sebaik-baiknya dibantu oleh fasilitator kumpulan yang terdiri daripada guru-guru seperti guru bimbingan dan guru penyelaras)
iii.                  Dalam aktiviti ini, elakkan pelajar membincangkan perkara-perkara yang sensitif yang boleh mengaibkan pasangan.
Nilai / rasional aktiviti : Luahan kendiri untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri. Perlunya seseorang itu mengekal dan menambahbaik kekuatan serta memperbaiki kekurangan.

25.    Sorakan Kumpulan / Cheers / Trademark
Aktiviti :
i.                     Pelajar berbincang untuk menghasilkan sorakan puak yang paling menarik dan bercirikan kepimpinan / sesuai dengan nama kumpulan.
ii.                    Sorakan puak perlu dijalankan sebelum bermulanya sesuatu pembentangan kumpulan bagi menaikkan semangat ahli kumpulan.
Nilai / rasional aktiviti : Meningkatkan motivasi / energy dalam kumpulan.


Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

27 ulasan:

Adib Farhan Sapian berkata...

Salam...macam LDK saya jer (IPG Rajang, Sarawak)

faiz85 berkata...

assalam...mohon minta izin saya nak ambil ya. syukran

Muhammad Syukri berkata...

terrbaikk. mohon tambah lagi aktiviti yang boleh dibuat ketika perkhemahan dan kem motivasi. terima kasih!!

hamdi Khosran berkata...

jazakallah.. sangat bermanfaat

secerahmentari berkata...

Seronok.. Boleh share tak?

Tanpa Nama berkata...

sangat baik.. terima kasih.. semoga ape yang anda usahakan diberkati.. amiiin

Shahidah Ahmad berkata...

Mohon share ye
Nk wat utk ank murid
Hopefully dpt eratkn hbngn mrk

Shahidah Ahmad berkata...

Mohon share ye
Nk wat utk ank murid
Hopefully dpt eratkn hbngn mrk

Ibu Arif berkata...

@Adib Farhan Sapian

wslm...
maaf tuan jika ianya hak milik peribadi tuan...
sy hanya share maklumat.. harap tuan halalkan maklumat ini..

Tanpa Nama berkata...

salam alaik...sy dr selangor..
mohon share ye..

Nursaadah Ahmad Anuar berkata...

Jutaan terima kasih kpd tuan. Ia sangat-sangat membantu saya.

Nursaadah Ahmad Anuar
10/10/2014
11.12 am

Nursaadah Ahmad Anuar berkata...

Jutaan terima kasih kpd tuan. Ia sangat-sangat membantu saya.

Thalia Gurl berkata...

Mohon share

Hirman berkata...

terbaeekkkk! mohon share utk disampaikan pada anak didik. terima kasih daun keladi :)

Tanpa Nama berkata...

mohon share ye..

Natalie Lian berkata...

Terima kasih~

cikgu berkata...

Assalamualaikum..mohon share bhn utk aktiviti murid.terima kadih

Unknown berkata...

Assalammualaikum.. sangat bermanfaat. Mohon utk share. Semoga dapat memberi semangat pada pelajar2. Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

assalam, mohon share untuk digunakan sebagai salah satu aktiviti untuk program saya nnt,,
terima kasih

mohdzul berkata...

Assalamualaikum mohon share ut kegunaan murid saya

Shikin Shamsudin berkata...

saya mohon share. sgt membantu :)

Tanpa Nama berkata...

Hrp2 jd la sy bwt... Klw bolh prbnyakn lg.... Tq

Tanpa Nama berkata...

Mohon share . Thanks

Hayati Muhammad berkata...

Mohon share.tq

Tanpa Nama berkata...

Sangat bermanfaat. Nak buat aktiviti dgn anak yatim. Mohon share. Tq.

Adib Farhan Sapian berkata...

Modul aktiviti ini saya buat dan compile utk rujukan guru2 pelatih melakukan aktiviti di sekolah. Semoga bermanfaat.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih sangat bermanfaat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...