Rabu, 11 September 2013

Petua Cantikkan Kulit Kaki

Sekarang tengok kaki memasing.Sentuh.Ok?
Rasa tak kulit kaki agak kasar dan keras dan mungkin kering.
Kalau bab kaki orang jarang bagi perhatian.Sedangkan ada orang tua-tua
cakap nak tahu seseorang tu pembersih atau sebaliknya tengok kaki dia.
Bersih kaki dia,maka bersihla orang tu.
Kenapa aku sokong tengok kaki nak tahu bersih atau tak seseorang?
Sebab kalu tengok muka atau pakaian semua orang nak nampak cantik
dan fokus kepada muka dan pakaian kan.Tapi bab kaki ni jarang-jarang orang titik berat.
Petua nak kulit kaki cantik,bersih dan lembut?

Pertama.
Rajin-rajinla rendam kaki dengan air beras dan campurkan sedikit kunyit debu.
Air beras mampu menghaluskan kulit kita.Kunyit debu pulak akan kembalikan tone kulit.
Kedua.
Masker muka tu jangan kedekut lumurkan pada kaki sekali.
Dah lumur tu restkan kaki anda,sampai masker tu kering,pastu basuh guna air suam, dan
last sekali guna air sejuk .Masker dapat hilangkan kulit-kulit keras kematu dia jari kaki .
Ketiga.
Sesudah tawaf satu shopping complex tu,balik rumah jangan lupa berus kaki guna
berus sabut,tak sakit pun,sedap.Lega jer kena sental dengan berus sabut.Dapat hilangkan segala
peluh yang menyinggah semasa tawaf tadi.
Keempat.
Sebelum tidur rajin-rajinla sapu baby oil atau losyen pada kaki dan tumit.
Kelima.
Jangan SEPAK BINATANG.
Sekian.
Salam Sayang,

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

1 ulasan:

fatim berkata...

Perkongsian yang sangat bermanfaat.. Menarik sekali!

Tip Kecantikan Semulajadi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...