Selasa, 24 September 2013

Zihar, menyamakan isteri dan ibu


Soalan,
Saya ada satu soalan iaitu berkenaan dengan zihar iaitu menyamakan bahagian tubuh isteri dengan ibu. 
Boleh tak Prof terangkan dengan lebih lanjut berkenaan hal ini. 

Jawapan,

Zihar adalah sesuatu yang diharamkan dalam Islam kerana ia boleh menggugat keharmonian rumahtangga. Perkara ini disebut dalam al-Quran dalam surah al-Mujadalah: 2-4 yang bermaksud:

"Orang-orang yang ziharkan isterinya dari kalangan kamu(adalah orang-orang yang bersalah, kerana) isteri-isteri mereka bukanlah ibu mereka. Ibu-ibu mereka tidak lain melainkan perempuan-perempuan yang melahirkan mereka. Dan sesungguhnya mereka(dengan melakukan yang demikian) memperkatakan suatu perkara yang mungkar dan dusta. Dan(ingatlah!)Sesungguhnya Allah amat pemaaf lagi pengampun. Dan orang-orang yang ziharkan isterinya, kemudian mereka berbalik daripada apa yang mereka ucapkan(bahawa isterinya itu haram kepadanya), maka hendaklah(suami itu) memerdekakan hamba abdi sebelum mereka berdua(suami isteri) bercampur. Dengan hukum yang demikian, kamu diberi pengajaran(supaya jangan kamu mendekati perkara yang mungkar itu).Dan Iingatlah!) Allah amat mendalam pengetahuannya akan apa yang kamu lakukan. Kemudian, sesiapa yang tidak dapat(memerdekakan hamba), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka(suami isteri ) itu bercampur. Akhirnya, sesiapa yang tidak sanggup berpuasa, maka hendaklah ia memberi makan 60 orang miskin. Ditetapkan hukum itu untuk membuktikan keimanan kamu kepada Allah dan RasulNya(dengan mematuhi perintahNya serta menjauhi adat jahiliah).Dan itulah batas-batas hukum Allah, dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya."

Daripada ayat di atas menunjukkan bahawa zihar adalah sebagai sumpah yang menyebabkan isteri menjadi haram untuk disetubuhi suaminya. Zihar berasal dari kata zahr yang bererti punggung.

Pada zaman jahiliah, kalau ada seorang suami berkata kepada isterinya, “Kau bagiku sudah bagaikan punggung ibuku.” Ini membawa maksud suami memang ingin menceraikan isterinya dan wanita itu telah diceraikan.

Namun, apabila kedatangan Islam, hal itu telah dibatalkan. Islam menganggap zihar itu hanya akan menyebabkan seorang isteri menjadi haram untuk disetubuhi suaminya sehingga suaminya menebus dosanya dengan membayar kifarah. Tetapi ini bukan maksud mereka telah bercerai. Oleh itu, bagi menyelesaikan masalah ini, maka ayat al-Mujadalah 2-4 diturunkan yang mengandungi penetapan hukum untuk membayar kifarah mengikut tahap kemampuan, iaitu:

1.Memerdekakan seorang hamba(jika tiada lagi hamba seperti zaman sekarang) atau
2.Berpuasa dua bulan berturut-turut (jika tidak berkemampuan), atau
3.Memberi makan 60 orang miskin, sehingga mereka kenyang mengikut makanan ruji sesuatu tempat.

Saya berharap dengan penjelasan ini, puan memperoleh pencerahan mengenai perkara ini dan untuk para suami, perkara seperti ini tidak boleh dibuat gurauan atau dipersendakan.

Jawapan disediakan Prof.Madya Dr.Fariza Md Sham (Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, UKM


Salam Sayang,

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...