Isnin, 2 September 2013

APA ITU KERACUNAN MAKANAN ?


Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar.

FAKTOR PENYEBAB KERACUNAN MAKANAN ?

* Makanan disediakan terlalu awal dan disimpan pada suhu bilik.

* Menyejukkan makanan panas terlalu lama sebelum disimpan dalam peti sejuk.

* Tidak memanaskan makanan pada suhu yang cukup tinggi untuk membunuh kuman.

* Memakan makanan yang telah dimasak yang tercemar dengan kuman berbahaya.

* Tidak memasak makanan pada suhu secukupnya ( tidak mematikan kuman ).

* Tidak mencairkan makanan sejuk beku secukupnya pencemaran silang antara makanan mentah dan makanan yang telah dimasak.

* Menyimpan makanan pada suhu antara 10 hingga 600 C.

* Membiarkan makanan dijamah terlebih dahulu oleh lipas, lalat, tikus dan binatang prliharaan seperti kucing dan burung.

* Pengendali makanan yang berpenyakit ( jari luka, bernanah ) dan mengamalkan tabiat buruk seperti merokok, mengorek hidung, telinga, meludah merata-rata, menggaru kepala atau anggota badan lain, bercakap-cakap masa mengendalikan makanan.

* Bahan mentah disimpan bersama-sama makanan yang sudah dimasak dan sedia untuk dimakan menyebabakan pencemaran silang. Bahan mentah terutama daging atau hasilnya harus disimpan pada suhu serendah 40 C.

* Memakan makanan lebihan.
APAKAH KESAN DARIPADA KERACUNAN MAKANAN ?

* Keracunan makanan boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal.

* Ia juga boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi yang berpanjangan atau kronik.

* Boleh menyebabkan komplikasi kehilangan cecair badan yang ketara akibat muntah dan cirit-birit hingga menyebabakan dehidrasi atau tubuh kontang terik. Ini seterusnya akan menurunkan tekanan darah ( tekanan darah rendah ), kegagalan buah pinggang, dan lain-lain lagi.

* Kehilangan garam kalium yang terlalu banyak dari tubuh mengakibatkan kekejangan otot termasuk jantung, sawan dan juga koma. Komplikasi lain termasuklah septisemia di mana kuman masuk ke dalam darah dan merebak ke seluruh badan.



BAGAIMANA UNTUK MENGELAKKAN KARACUNAN MAKANAN ?

Cara-cara untuk mengelakkan keracunan makanan :

* Sentiasa menjaga kebersihan.
- Basuh tangan dengan betul sebelum menyentuh makanan.
- Basuh tangan selepas keluar dari tandas.
- Basuh dengan bersih permukaan tempat makan atau penyediaan makanan dan
peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan.
- Pastikan kawasan dapur bebas dari serangga dan haiwan seperti tikus dan haiwan-
haiwan yang lain.

* Sentiasa pisahkan makanan mentah dari yang telah dimasak.
- Asingkan daging ayam dan makanan laut yang mentah dari yang telah dimasak.
- Gunakan peralatan seperti pisau dan papan pemotong yang berbeza untuk
penyediaan makanan yang belum dimasak.
- Simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah didalam bekas yang berbeza
untuk mengelakkan dari pencemaran silang.

* Sentiasa masak dengan sempurna.
- Masak dengan sempurna terutama sekali daging, ayam, telur dan makanan laut.
- Panaskan makanan atau lebihan makanan dengan sempurna.

* Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul.
- Jangan tinggalkan makanan pada suhu bilik lebih dari 4 jam.
- Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi didalam peti
sejuk.

* Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih.
- Minum hanya air yang telah dimasak atau air minuman yang dibotolkan.
- Pilih makanan yang segar dan berkhasiat.
- Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan mentah.

* Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan diluar. - Hindari dari gerai atau kedai makan yang kotor.

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

1 ulasan:

Ibu Arif berkata...

testing komen..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...