Isnin, 15 Jun 2015

Info : Autisme


Autisme adalah gangguan perkembangan yang ditandai dengan perkembangan gangguan dalam komunikasi, interaksi sosial, dan perilaku. Autisme berlaku satu dalam 100 anak dan mempengaruhi kehidupan baik anak itu sendiri mahupun keluarga mereka. Penyakit autis cenderung lebih banyak pada kanak-kanak lelaki lima kali ganda dibandingkan dengan kanak-kanak perempuan




FAKTA

Autisme: Masalah perkembangan yang berkaitan dengan kebolehan seseorang untuk mempelajari sesuatu. Masalah ketidakupayaan sepanjang hayat yang boleh dilihat dengan jelas dalam tempoh 30 bulan pertama kehidupan.

Masalah: Komunikasi secara lisan, ketidakstabilan emosi dan perkembangan sosial yang dihadapi sepanjang hayat.

Kategori ringan: Kanak-kanak masih boleh menghadiri persekolahan seperti biasa dengan bantuan tertentu

Kategori serius: Tidak boleh bertutur dan perlu dimasukkan ke institusi pendidikan khas

Tanda-tanda yang dapat dilihat di dalam kalangan kanak-kanak autisme: Cara tidur, pemakanan, pembuangan air besar dan kecil, mencederakan diri sendiri, mengulang tingkah laku yang sama dengan banyak kali dan tindakan merangsang diri sendiri.

Kelebihan: Ada juga yang pintar dan berkebolehan tinggi luar biasa dalam aliran matematik, mekanikal, muzik, lukisan, dan daya memori yang amat tinggi.




Salam Sayang,

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

1 ulasan:

♥TheOnlyFarah♥ berkata...

Nice piece of sharing..=D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...