Ahad, 16 Jun 2013

Arif n Car

bawa kereta sempat lagi toleh belakang




Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Jumaat, 14 Jun 2013

Sharing: Tips Kembar

Salam dears,
"Apa tips nak dapatkan kembar?" ~ itu salah satu soalan cepu mas yang selalu ditanya kat Mama & Ayah.  Seriously, kitorang langsung tak ada tips untuk dapat anak kembar.  Si kembar tiga ni 100% rezeki kurniaan Allah yang tak disangka-sangka.  Mama sebenarnya tak pernah terbayang pun akan dapat anak kembar.  Yang Mama doakan sebelum ni cumalah nak dapat zuriat, dapat sorang pun jadilah...tup tup Allah bagi bonus pakej 3-in-1 terus :-)

Tips nak dapat kembar memang tak ada.  Tapi kalau setakat nak berkongsi cerita tentang apa usaha yang Mama & Ayah buat untuk nak dapatkan baby tu boleh lah.  So jangan laa anggap ni sebagai tips utk dapat anak kembar yer, itu semua Allah yang tentukan.  Anyway, among the things yang kitorang buat ialah:


a) Jumpa doktor buat fertility test sebab nak tau if ada yang tak kena. Start jumpa doktor lepas Mama kena ectopic pregnancy.  Kitorang pi buat kat hospital kerajaan  je.  Tau tau je lah kan hospital kerajaan ni waiting list nye panjang, kena tunggu lama, so almost setahun gak laa  dok ulang alik jumpa doktor.  Both Ayah & Mama pun kena check.  Ayah kena buat sperm analysis.  Mama  plak blood test, hormon test & ntah apa apa lagi ntah.
    Tapi yang paling Mama ingat ialah buat HSG dye test (hysterosalpingogram)untuk check samada tiub fallopio Mama yang tinggal sebelah tu tersumbat atau tidak (yang sebelah lagi kan dah kena potong, baca kat previous entry ni).  Untuk test ni, dye dimasukkan ke uterus & x-ray dibuat untuk tengok pergerakan dye tu dalam uterus, fallopian tubes & surrounding areas.  Kalau dye dapat bergerak ke semua bahagian, means everything ok lah.  Sakit gak tau buat test nih, ish ngilu bila ingat balik...  Anyway, after dah abih semua test etc etc, doctor konpemkan yang kitorang berdua tak dak problem.  More infor about dye test, leh baca kat sinihttp://findmeacure.com/2009/05/17/hysterosalpingogram-hsg/ and sinihttp://www.sharedjourney.com/define/hsg.html

    Contoh gambar x-ray dari dye test (gambar dr en google)


    pic dari en google

    b) Ambik pil untuk kesuburan iaitu clomid.  Mama ambik for about 3 months je masa  awal tahun 2006.  Pastu doktor suh sambung ambik lagi tapi Mama tanak.  Sebab nya time ambik pil tu bukannye ngandung, tapi berat badan naik mendadak membuak buak! Dalam masa 3 bulan tu je Mama naik sampai 6 kg camtu, sampai skarang can't loose the weight uhuk uhukkkk...
      c) Mama pi urut tradisional.  Merata gak la pi, mana yang kengkawan rekemen kitorang cuba, rasanya lebih dari 10 tukang urut Mama  jumpa.  Sakit gak ooo mengurut tradisional nih, kekadang balik umah ngan badan lebam lebam laa hehe... Time urut nak betulkan peranakan pun boleh tahan pedih ooiii...   Macam macam laa teori yang makcik makcik urut tu bagitau, ada yang kata ok no problem, ada yang kata peranakan jatuh skit.  Tapi kat tempat yang last skali Mama pi ngurut, makcik tu kata peranakan senget skit & dia tolong betulkan. Alhamdulillah, tak lama lepas tu, Mama ngandung si kembar nih.

      d) Minum minuman herba Bidadari untuk kesuburan & elok untuk rahim.  Yang ni Mama try sebab banyak orang rekemen dalam online forum.   Mama minum ni for a year jugak rasanya sampai lah mengandung si kembar tiga ni baru stop.  Mama beli dari sini:  www.kedai2ekin.com. Korang leh baca tentang kebaikan produk tu semua kat website Kak Ekin tuh.

       ni la rupa botol Bidadari
          e) Berpantang dari makan & minum 4 benda ni - elakkan air tebu, buah salak, tapai & nenas.  Ni ada mak bidan yang suh Mama jangan makan.  Katanya semua benda ni sejuk/bisa/tajam & tak baik untuk rahim.  Selagi belum peknen, selagi tu lah tak boleh makan 4 benda tu.  So bertahun laa Mama tak merasa semua tuh, dah la semuanya memang fevret Mama.  So lepas dapat si kembar ni, Mama dah makan puas puas balas dendam lepas gian hehehe

          f) Ada gak buat benda benda yang cam tak dak kaitan je tapi cuba jugak, including makan ubat untuk detox & makan ubat cacing (deworming). Haaa haaa korang jangan gelak!  Ini salah sorang makcik tukang urut yang suggest Mama buat.  Katanya ada kes yang pi kat dia lepas makan ubat cacing  baru leh peknen. Makcik tu kata bila dalam badan banyak cacing, cacing makan abih semua zat zat & menyebabkan badan tak sehat/subur.  Ntah ler betul ke tidak, but time tu Mama buat je laaa, mana laa tau kan.  

          Lepas dah telan ubat cacing tu, satu malam Mama tak leh tido tau sebab takut & geli memikirkan kot kot nanti cacing kluar kot mulut hahaha (Mama sgt takut ulat, cacing & yang sewaktu dengannya).  Tips dari mak Mama, kalau nak makan ubat cacing, makan masa bulan tengah turun ikut kalender Islam, supaya cacing tak akan kluar kot atas i.e. mulut.  Yang sebenarnya ubat skarang akan menyebabkan cacing tu hancur je & kluar dalam najis... but still Mama tak 100% percaya hehe

          Hmm ada lagi other things yang kitorang cuba tapi dah tak ingat laaa, cukup laa kot yang Mama tulis kat atas tu kan... Tata :-)



          Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

          Rabu, 12 Jun 2013

          Resepi OOPSIE SAVOURY MUFFINS



          Resepi OOPSIE SAVOURY MUFFINS
          Bahan-bahan:-
          • 4 biji telur gred A
          • 4 sudu creamcheese
          • Garam skit
          • 1/8 sudu kecil cream of tartar
          • Sausage 4-5 ketul
          • Daun sup sikit
          Cara-cara:-
          1. Panaskan oven dulu pada suhu 155 darjah celcius selama 15 min.
          2. Dalam masa yg sama asingkan telur putih dan kuning.
          3. Pukul telur putih sehingga dia jadi soft peak ( klu tebalikkan bekas adunan tu sampai tak jatuh). Lepas dah telur kembang skit baru letak cream of tartar ye.
          4. Dalam bekas lain pukul telur kuning,creamcheese dan garam skit (agak2 lah eh). Lepas tu gaulkan adunan telur kuning dlm adunan telur putih guna spatula/sudu pelan2 je. Dont overmix.
          5. Dlm masa yg sama,potong sausage kecik,grill kan dgn skit butter. Tambah daun sup.
          6.susun muffin cup dlm bekas muffin dan sapu skit butter. Takut melekat.
          7. Gaulkan sausage yg dah grill dalam adunan oopsie pelan2 je, then tuang dlm muffin cup. Nnti tabur lg daun sup atasnye.
          8. Bakar selama 30-35 min.


          Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

          Resepi Cheezy Creamy Chicken

          KIKA nak share resepi cheezy creamy chicken..
          Jom sama2 buat... n upload la pict hasilnya yer..hehehe
          Bahan2 nya: # 1/4 cwn tepung gndum # 1 bji telur # sedikit garam # setengah cawan cheese yg dpotong dadu # setengah bji lada benggala yg dhiris kecil # daun sup yg dhiris halus # pepper # dada ayam yg dah dgoreng
          Cara buatnya: 1.campur semua bahan kecuali ayam dan daun sup 2.letak adunan td dlm papercup 3.carik ayam td dan letak d adunan dlm papercup td wit daun sup 4.masukkan dlm oven pd suhu 170 dan masak utk 18min 5. Yg paling penting,,bila dah siap...sila upload d fb...hahahaha

          Agak-agak hasilnya macam ni ker....hehehe





          Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

          Jumaat, 7 Jun 2013

          Selasa, 4 Jun 2013

          TIPS ATASI SELSEMA ANAK


          Anak anda selsema?Usah risau kerana selsema merupakan penyakit biasa di kalangan kanak-kanak. Berikut adalah petua-petua untuk merawat dan menghalang selsema:

          1) MINUM AIR YANG BANYAK

          Selsema boleh membuat badan menjadi kering terutamanya jika demam hadir bersama muntah dan cirit-birit.Bagaimanakah nak tahu si manja mendapat air yang cukup? air kencing berwarna kuning cair ataupun tiada warna

          2) SUP

          Berikannya sup ayam kerana dipercayai sup ayam boleh melegakan simptom jangkitan pernafasan,

          3) BEREHAT

          Mintalah si manja baring di atas katil dan berehat kerana dengan ini, badan akan menjadi kuat untuk melawan segala jangkitan. Pastikan si kecil mendapat tidur yang cukup

          4) KUMUR DENGAN GARAM

          MIntalah si manja untuk berkumur dengan air garam kerana ini boleh melegakan tekak yang sedang sakit. Air garam dan nose drops boleh melembutkan kulit.

          5) STIM

          Menyedut udara yang lembab akan melembutkan saluran pernafasan dan melegakan sakit tekak.

          #jika selsema si kecil tidak sembuh dan menjadi teruk, berjumpalah dengan doktor anda dengan serta merta#



          Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

          Isnin, 3 Jun 2013

          Pembentukan anak kembar

          Jika anda atau pasangan dilahirkan kembar maka peratusan untuk mendapat anak kembar adalah sangat tinggi. Bagaimanapun bukan bermakna mereka yang tidak mempunyai keturunan kembar tidak berpeluang untuk mendapat anak kembar. Segalanya boleh berlaku dengan keizinan dari Allah SWT selain bantuan pelbagai teknologi perubatan yang semakin canggih. Pernahkah anda terfikir bagaimana kembar terjadi dan kedudukannya di dalam perut ibu. Biasanya wanita akan melahirkan seorang anak sahaja bagi setiap kehamilan. Namun, kadang-kadang ada wanita yang mengandung anak kembar. Terdapat tiga jenis anak kembar, iaitu anak kembar seiras, anak kembar tak seiras dan anak kembar siam. Mari lihat bagaimana pembentukan anak kembar terjadi.

          1. Kembar seiras (Monozygotic)
          Pembentukan anak kembar seiras terjadi apabila satu embrio membahagi kepada dua embrio yang berasingan pada peringkat awal perkembangan embrio. Kedua-dua embrio ini akan berkembang dan membentuk dua fetus berasingan di dalam uterus (rahim) ibu. Setiap fetus yang berada di dalam uterus ibu mempunyai tali pusat sendiri tetapi berkongsi satu plasenta (uri). Oleh kerana kembar seiras berasal daripada satu embrio, maka hanya satu sperma dan satu ovum yang terlibat dalam persenyawaan untuk membentuk zigot. Ini menyebabkan kembar seiras serupa dari segi kandungan genetik dan sifat fizikalnya termasuk jantina.

          2. Kembar tak seiras (Dizygotic)
          Anak kembar tak seiras terjadi apabila dua ovum dibebaskan serentak semasa proses pengovulan. Setiap ovum ini disenyawakan oleh satu sperma. Maka, dua zigot terbentuk. Kedua-dua zigot akan berkembang membentuk dua fetus yang masing-masing mempunyai plasenta dan tali pusatnya sendirl. Dua anak akan dilahirkan pada akhir tempoh kehamilan. Keduadua anak ini tidak sama dari segi kandungan genetik kerana berasaldaripada dua ovum dan dua sperma yang berlainan. Rupa dan jantina kedua-dua anak ini mungkin sama atau berbeza. Maka, kembar jenis ini disebut sebagai kembar tak seiras.

          3. Kembar siam
          Sekiranya pembahagian satu embrio berlaku dengan lengkap, maka anak kembar seiras terhasil. Walau bagaimanapun, kadangkala pembahagian embrio berlaku dengan tidak sempurna. Ini menyebabkan kedua-dua embrio masih terlekat antara satu sama lain pada bahagian tertentu. Dalam keadaan ini, kedua-dua embrio akan membentuk dua fetus yang masih terlekat pada bahagian kepala, dada, punggung, ataupun di bahagian perut. Anak kembar ini dikenali sebagai kembar siam. Biasanya kembar siam dikeluarkan dari uterus ibu melalui pembedahan. Kembar siam mungkin berkongsi satu jantung, otak atau organ lain. Pakar pembedahan boleh melakukan pembedahan ke atas kembar siam untuk memisahkan kedua-duanya. Namun, pembedahan seperti ini mempunyai risiko yang tinggi.

          Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...