Khamis, 25 Julai 2013

Hamil Kembar dan Risikonya...

Siapa pun pasti akan geram melihat sepasang anak kembar yang comel dan mungil. Rasa bertuah diri dengan kurniaan itu. Tetapi tahukah anda memiliki anak kembar tidak semudah yang disangka? Ia juga mengundang kehamilan berisiko.

1. Kembar seiras berasal dari satu telur yang bersenyawa dengan satu sperma. Mereka akan mempunyai jantina yang sama dan wajah yang serupa.

2. Kembar tidak seiras berasal daripada telurtelur yang disenyawakan oleh sperma yang berbeza. Ia mungkin mempunyai jantina yang berbeza atau sama.

3. Pengambilan ubat kesuburan meningkatkan risiko mendapat anak kembar. Clomid memberikan 10 peratus risiko manakala Gonal F memberikan risiko 30 peratus.

4. Ibu hamil kembar mempunyai lebih risiko untuk melahirkan bayi pra-matang, berlaku keguguran dan kejadian bayi cacat.

5. Bayi kembar biasanya mempunyai berat badan yang lebih kecil semasa dalam kandungan dan selepas lahir.

6. Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk kematian bayi dalam kandungan, sama ada salah satu atau keduanya berkemungkinan berpunca daripada masalah uri, tali pusat terbelit, kecacatan dan lain-lain.

7. Vanishing Twin adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan kandungan kembar yang tiba-tiba hilang dan menjadi satu. Ia selalunya terjadi pada awal kehamilan iaitu enam hingga tujuh minggu dan cuma dikesan melalui ujian ultrasounds.

8. Ibu yang hamil anak kembar lebih berisiko untuk mengalami preeklampsia, iaitu satu keadaan penyakit darah tinggi yang serius dan juga masalah kencing manis.

9. Disebabkan oleh saiz uri yang lebih besar, ibu hamil kembar lebih berisiko untuk mendapat placenta previa, di mana uri berada pada kedudukan bawah yang boleh memberikan pendarahan faraj semasa hamil.

10. Ibu sering mendapat morning sickness yang berganda daripada biasa dan sakit-sakit semasa hamil yang lebih kerap dan teruk berbanding kandungan biasa.

11. Seseorang wanita berpeluang untuk hamil kembar lebih tinggi sekiranya mempunyai genetik kelahiran anak kembar.

12. Wanita hamil kembar memerlukan lebih banyak pengambilan makanan berkhasiat, vitamin tambahan dan zat berbanding kandungan tunggal kerana anda akan lebih kerap mendapat anemia iaitu masalah kekurangan sel darah merah.

13. Kenaikan berat badan berlaku lebih cepat, akibatnya ibu mudah sakit punggung, sesak nafas, rasa nyeri pada perut dan sembelit.

14. Penambahan beban pada jantung, paru-paru dan buah pinggang mengakibatkan anda cepat berasa penat.

15. Ibu lebih berisiko untuk menjalani kelahiran secara pembedahan ceasarean kerana bayi kembar lebih cenderung berada dalam kedudukan tidak normal kerana saiz yang lebih kecil.

16. Ibu kembar lebih kerap mendapat risiko tumpah darah selepas melahirkan sama ada kelahiran melalui pembedahan caesarean mahupun kelahiran normal.

17. Pastikan banyak minum air masak untuk mencegah dehidrasi.

18. Banyakkan berehat seperti sering berbaring agar aliran darah ke plasenta meningkat dan pertumbuhan janin lebih cepat.

19. Dapatkan sokongan positif daripada mereka yang berpengalaman mengandung, melahirkan dan membesarkan anak kembar.

20. Gandakan bajet. Persiapkan mental anda untuk menghadapi perbelanjaan yang berganda bila si kembar lahir. 
Jadi, sebaik tahu anda bakal menimang anak kembar, mulalah menabung untuk keperluannya kelak.
Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Rabu, 24 Julai 2013

Tips Untuk Merancang Dapat Anak Kembar

Dalam keadaan biasa satu kembar akan berlaku daripada 80 kehamilan. Kejadian kandungan kembar sedikit dipengaruhi oleh baka dan keturunan. 

Jika anda atau pasangan dilahirkan kembar maka peratusan untuk mendapat anak kembar adalah sangat tinggi. Bagaimanapun bukan bermakna mereka yang tidak mempunyai keturunan kembar tidak berpeluang untuk mendapat anak kembar. Segalanya boleh berlaku dengan keizinan dari Allah SWT selain bantuan pelbagai teknologi perubatan yang semakin canggih.

Wanita yang sedang menjalani rawatan kesuburan, peluang dapat anak kembar bagi mereka yang makan pil subur (clomiphene) ialah antara 5-10%, sedangkan mereka yang menerima suntikan hormon subur atau menjalani rawatan bayi tabung uji[IVF], peluang dapat anak kembar ialah 20-30%

Anda boleh mencuba rawatan tersebut, tetapi rawatan suntikan hormon subur membawa risiko kembar sampai lapan yang akhirnya akan gugur.

petua orang tua-tua kata makan makanan berkembar contoh pisang kembar. tapi kebanyakan terbukti berhasil. sejauh mana keberkesanannya wallahualam.


Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Isnin, 22 Julai 2013

Petua Untuk Memagar Diri Sendiri


Disini diperturunkan ilmu memagar diri dari ancaman syihir yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para ambiya. 

Waktunya: Waktu selepas solat maghrib, seloknya pada hari Selasa bagi memagar diri. 

Caranya:

1. Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.

2. Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman syihir kerana Allah Taala. (jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus, buat berasingan).

3. Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat kursi dengan betul, seboleh bolehnya dengan satu nafas sahaja. Dan semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa di hadapan anda ada satu tembuk yang amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat kursi, hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.

4. Ulangi perbuatan yang ke (3). Tetapi untuk kali ke 2 bayangkan pula bahawa tembok itu berada dibelakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk tembok sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga anda berada dalam satu tembok empat persegi yang sempurna.

5. Untuk permulaan amalkan amalan ini 1 bulan sekali tetapi lebih afdal diamalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja seminggu, janganlah anda berkira sangat tentang masa demi untuk keselamatan anda. Jadikannya amalan dan yang lainnya berserah sahaja pada Allah s.w.t.

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Jumaat, 19 Julai 2013

Air liur bayi meleleh


Assalamualaikum..

Mommies.. mesti ada antara u all yg alami perkara yg sama kan... Hero KIKA dh setahun setengah, tp air liur dia still meleleh lagi...kesian tgk dia.. habis basah baju2... n nmpk comot jer..huhuu...

so, slalu gak menggoogle cri petua2.. smua dh buat..mcm2... tp blm menampakkan hasil lg...
org kata tmbuh gg, tp dh bnyk dh tumbuhnya... berbelas btg dh... 
nk kata xdpt mkn yg ngidam ms mengandung dlu, rs xd apa dh... smua dh kot... 
sbb xd pn bnda yg nk mkn sgt2..smuanya sepintas lalu... 

petua yg dh toraiiii:- 
* calit garam kt mulut bby...( kt umah orang, tnpa bgthu dia)
* lap mulut anak dgn kain lap meja umah org (eiiii..mcm kotor kn, tp nk ubt gak..buat gak la..hu)
* sapu/letak n gerak2kn ais kt mulut bby...
* calit asam jawa yg timbang kt pasaraya (ni jer xleh buat, sbb payah nk jmpa dh skrg..huhu)

p/s: then, jumpa yg ni plak.. leh la try kot... nak2 musim raya ni kn... hehe.. tp rmai lg ke yg guna langsir kain tebal ni? habisla langsir2 umah org ni nak oiiiiii....peninggalan sejarah la klu lap air liur di langsir rumahmu itu..hahahhahaa

Caranya, u all hanya perlu lap mulut anak u all tu, 
dengan langsir umah orang yang kain langsir dia jenis tebal tu.. 
Alaaa.. kalau umah batu kan, langsir jenis tebal2.. bukan yang jarang2 tu.. 
Ohya, u all lap mulut anak u all tu, dengan syarat, tuan rumah tak tahu pasal tu.. hihi.. 
Lap tu sambil selawat & niat tak nak bagi air liur anak meleleh dah.. (^_^)



Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Khamis, 18 Julai 2013

Kenapa wanita sakit ketika melahirkan anak?

Selalu ibu-ibu yang akan melahirkan anak mengalami kesakitan yang tidak digambarkan dengan perkataan atau tulisan. Kesakitan tu sebenar memang telah dinyatakan dalam al-quran.



Soalan ini telah dijawab di dalam Al-quran, Surah Al-Ahqaf ayat 15 yang Ertinya,
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu). ”
Lihat, kesakitan seorang ibu ketika hamil dan mahu melahirkan anak itu ada diterangkan dalam al-quran bahawa melahirkananak itu memang sakit. “telah melahirkan dengan menanggung susah payah”
Ayat Tuhan manakah yang hendak kamu dustakan?
Dan wajarkah seorang anak hendak membantah, melawan , menengking ibunya?
Mampukah seorang suami menidakkan seorang isteri yang bersusah payah melahirkan zuriatnya?
Adakah seorang ibu dan isteri itu pernah mengharapkan bayaran ganti rugi kesakitan yang ditanggungnya?
Fikir-fikirkanlah wahai para suami dan anak-anak.

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Selasa, 16 Julai 2013

Petua Hilangkan Selsema

Penyakit selsema yang dialami membuatkan anda kurang selesa dan tak senang duduk. Langkah awal yang perlu dilakukan supaya selsema anda tak melarat adalah banyakkan meminum air kosong. Kurangkan juga pengambilan makanan berminyak serta makanlah makanan yang mudah dicerna.


Selepas itu, ia boleh disusuli dengan dua petua hilangkan selsema di bawah. Masing-masing adalah kaedah rawatan selsema untuk orang dewasa dan juga bayi (atau anak anda).



Bagi anda yang telah dewasa, ikutilah langkah berikut:


1. Ambil beberapa batang sirih dan lap agar ia bersih.


2. Hancurkan batang sirih tadi sehingga ia mengeluarkan lendir.


3. Sapukanlah lendir tu kat hidung anda.


4. Ia bertindak melegakan selsema dan hidung anda yang tersumbat sebelum ni.


Lakukan langkah-langkah di atas setiap hari sehinggalah selsema anda sembuh sepenuhnya.

pokok sirih



Manakala bagi bayi atau kanak-kanak yang mengalami selsema, cara di bawah lebih sesuai untuk mereka.


1. Ambil kunyit hidup dan bersihkannya.


2. Asah kunyit hidup tadi pada belakang pasu.


3. Kemudian, sapukan hasil asahan kunyit hidup tu pada batang hidung bayi yang menghidap selsema.


Sama seperti petua yang pertama tadi, ulangi langkah-langkah di atas sampailah bayi anda bebas daripada selsema.
kunyit hidup




Selamat Mencuba!


Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Jumaat, 5 Julai 2013

Mak Ngah Arif

Okey, hari ni mak ngah dan pak lang arif datang rompin untuk pick up KIKA dan hero..
kitorang nak balik kampung, sbb esok nak naik banting jenguk achik arif yang kat kolej matrikulasi selangor tu... rindu katanya...ehehe

sebelum meneruskan perjalanan, kami singgah di kedai mihun sup & nasi ayam kegemaran KIKA... kiranya KIKA promot kt diorang la... sementara tunggu makann smpi tu, snap la gmbr si hero yang mengada2 dgn makngah nya tu.. mentang2 la tarikh birthday selang sehari jer... hohooo



amboiii..mengada jer muka budak ni..haha


Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Bersin

Manusia bersin dengan kelajuan 100 kilometer sejam

Jika anda bersin dengan kuat mungkin akan memecahkan bahagian tulang rusuk anda


Jika anda cuba untuk menghentikan bersin yang tiba-tiba keluar ia membawa kepada pembalikan darah di leher atau kepala dan mungkin boleh membawa kepada mati .


Untuk maklumat anda, semasa bersin juga semua organ-organ pernafasan, penghadaman tubuh, kencing dan termasuk jantung terhenti.



Dengan kuasa & perlindungan daripada Allah,kita selamat selepas bersin ,Allah lindungi kita seolah-olah tiada apa yang berlaku. Jadi kita patut memuji Allah, mengucapkan terima kasih kepada Allah kerana memelihara kita dengan baik 

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Rabu, 3 Julai 2013

Tips Turun/Maintain Berat Badan

Untuk Turun/Maintain Berat Badan.

1. Makan sedikit tapi banyak kali.

2. Kena amalkan Breakfast besar, lunch sederhana, dinner sedikit.

3.Air mineral all the way.

4. Detox. Usahakanlah mendetoxkan (buang air besar) sekali sehari
Tips: try minum Milo setiap pagi selepas breakfast. Makan pisang setiap hari. Goodluck!

5. Minum green tea! Green tea sangat sedap waktu masih panas/suam.

6. Jangan malas berpeluh.

7. Makan dalam mangkuk dan gunakan sudu.

Sumber: Blog Keknis


Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

BUKAN HANYA KERANA ISTERI


Suami yang mencuci baju sendiri bukan kerana ingin menyenangkan isterinya, bukan kerana takut tangan isteri menjadi kasar.
Tapi kerana Rasulullah SAW pernah mencontohkannya.

Suami tidak bersuara keras pada isteri bukan kerana takut dengan isterinya keluar dari rumah,
Tapi kerana Rasulullah SAW pernah mencontohkannya.

Suami sabar dan diam ketika isteri menuntut hal-hal diluar batas kemampuannya bukan kerana takut ditinggalkan sang isteri.
Tapi kerana Rasulullah SAW pernah mencontohkannya.

Suami tersenyum melihat isterinya cemburu kepada perempuan lain bukan kerana takut kepada isterinya.
Tapi kerana Rasulullah SAW pernah mencontohkannya.

Suami memakan masakan isterinya yang sedap ataupun tidak bukan kerana setakat ingin mengambil hati isteri.
Tapi kerana Rasulullah SAW pernah mencontohkannya.

Suami mencari rezeki untuk diberikan kepada isteri bukan kerana ia takutkan isteri dan tidak tahu menguruskan kewangan.
Tapi kerana Rasulullah SAW pernah mencontohkannya.

Suami menjaga anak-anak ketika mereka sakit bukan kerana mereka ingin meringankan beban isteri.
Tapi kerana Rasulullah SAW pernah mencontohkannya.

Berhentilah melakukan sesuatu kerana merasa isteri kita adalah nafas kita, jantung hati kita, kehidupan kita. Berhentilah melakukan sesuatu hal yang cuba dikaitkan dengan sesuatu yang romantik. Kerana lelaki yang romantik bukan lelaki yang selalu menurut semua kemahuan isterinya.

Lakukanlah kerana Rasulullah mencontohkannya. Sunah Rasulullah SAW. Jika kita melakukannya, maka hal itu dikira sebagai ibadah.

Akan tetapi jika tujuannya kerana isteri, suami hanya mendapat redha dari isteri tetapi bukan redha dari Allah. Maka berhatilah-hatilah kerana ibadah itu dinilai berdasarkan NIATNYA.


Semoga menjadi inspirasi dan menjadi renungan bagi sahabat yang lainnya


Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...