Sering kali anda didatangi oleh agen takaful untuk menyarankan anda membeli pelan yang mereka promosikan. Adakah anda merasakan promosi itu hanyalah semata-mata untuk agen itu mendapatkan komisyen daripada setiap jualannya? Sebenarnya, ia jauh lebih penting daripada itu. Ia adalah untuk ANDA...YA!!! untuk ANDA...mengapa saya katakan ia untuk anda? Cuba anda perhatikan dan fikirkan sebab-sebab ini..
1. Memberi Pampasan Kepada Keluarga.
Sekiranya sesuatu terjadi kepada anda seperti kematian, pihak PruBSN Takaful akan membayar pampasan kematian beserta dengan jumlah simpanan anda kepada keluarga anda. Pampasan ini dapat meringankan beban keluarga anda untuk meneruskan kehidupan yang penuh dengan pancaroba. Dengan ini anda tidak akan meninggalkan masalah dan hutang kepada keluarga anda malah anda telah melaksanakan suruhan Nabi Muhammad S.A.W.
“Bahawa engkau meninggalkan waris yang bebas daripada kemiskinan adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka miskin meminta-minta sedekah daripada manusia”
2. Membayar Bil Besar Hospital Anda dan Keluarga.
Penyakit bukanlah sesuatu yang diidamkan oleh sesiapa pun, namun...sebagai manusia, kita tidak terkecuali daripada menghidapinya. Maka, dengan konsep tawakal yang kita amalkan eloklah kita berusaha sebelum bertawakal iaitu memiliki pelan perlindungan. Jika anda menghidapi sebarang musibah dan penyakit yang perlu dimasukkan ke hospital, anda tidak perlu lagi rungsing dan tertekan mengenai wang yang diperlukan untuk membayar bil hospital yang merawat anda. Ini keran pihak PruBSN Takaful akan membantu anda menyelesaikan bil anda itu. Rawatan segera dan selesa adalah impian semua orang dalam kehidupannya...dengan mengambil polisi dibawah PruBSN Takaful...kini impian anda akan tercapai...
3. Wang Saguhati Kepada Anda
Setelah bil hospital anda telah dibiayai oleh PruBSN Takaful, kini anda berpeluang memperolehi wang saguhati daripada Elaun Wad, Elaun ICU dan Elaun Bedah. Wang ini membantu meringankan beban anda setelah keluar daripada hospital. Ini adalah peluang yang amat baik yang wajib anda miliki.
Ahli keluarga saya (Ahmad Fahim) telah kemalangan di dalam rumah dan mengakibatkan tanganya patah. Ahmad Fahim telah dimasukkan wad di Kuala Terengganu Specialist (KTS) selama 6 hari. Ahmad Fahim telah mendapat rawatan yang eklusif di hospital itu dan menginap di wad 1 bilik 1 pesakit. Sungguh selesa dan menenangkan. Selepas keluar daripada hospital, agen Ahmad Fahim memberikan cek wang saguhati untuk Elaun Wad 6 hari dan Elaun Bedah sebanyak RM2300. Selepas ditolak dengan Ko-Takaful, Ahmad Fahim mendapat RM1000 bersih untuk kemalangan itu. Inilah pepatah " Sakit Dapat Duit ". Ahamd Fahim baru sahaja berusia 5 tahun...adakah anda tidak cemburu?
4. Memberi Wang Pampasan Kepada Anda.
Jika anda menghidapi salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal atau kehilangan anggota badan atau lumpuh kekal anda akan menerima pampasan mengikut jumlah anda carumkan.
Sebagai contoh : En. Faisal mencarum RM30000 dalam rider Crisis Shield, maka beliau akan menerima pampasan sebanyak itu sekaligus daripada PruBSN Takaful. Selain itu beliau telah mendapat rawatan hospital dengan menggunakan Kad Perubatan dan sekali lagi mendapat pampasan. Bukan itu sahaja...pelan Takafulink PruBSN Takaful yang dilanggan oleh En. Faisal akan menjadi PERCUMA sehingga umur 80 tahun dan disamping itu PERLINDUNGAN DAN SIMPANAN terus diberi oleh PruBSN Takaful. Adakah ia merugikan?
5. Polisi PERCUMA untuk Anak dan Pasangan
Jika anda telah disahkan menghidapi salah satu daripada 36 penyakit kritikal atau lumpuh kekal atau kematian, pasangan dan anak-anak anda yang mempunyai pelan Takafulink PruBSN Takaful akan menjadi PERCUMA serta terus mendapat perlindungan dan simpanan daripada PruBSN Takaful. Inilah hadiah yang paling besar kepada isteri dan anak-anak anda.
Saya telah gariskan 5 sebab mengapa kita perlu memiliki takaful dan kad perubatan. Sebenarnya banyak lagi sebab yang boleh saya nyatakan. Secara ringkasnya, pelan perlindungan ini membantu kita disaat kita menerima musibah dan dugaan yang besar. Adakah kita mempunyai sumber kewangan yang banyak untuk mengharungi masalah itu bersendirian? Adalah benar WANG bukan segalanya..namun...SEGALANYA memerlukan WANG...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan