Isnin, 8 April 2013

Mengapa Saya Memilih PruBSN Takaful

Assalamualaikum…


Jom, 3A nk share ilmu yang bermanfaat....

JANGAN BACA!!!!!

Kita sudah sedia maklum, di Malaysia banyak syarikat yang menawarkan pelan perlindungan takaful. Persoalannya, mengapakah saya memilih PruBSN Takaful?

Secara jujurnya saya akan menyatakan sebab-sebab saya memilih PruBSN Takaful. Pada tahun 2008 saya telah memiliki pelan perlindungan Bahagian 1 daripada sebuah syarikat takaful (tidak perlulah saya nyatakan di sini) dan rakan saya, Muhamad Hilmi cuba menawarkan kad perubatan PruBSN Takaful namun saya menolak kerana saya sudah “ada” takaful.

Pada lewat tahun 2009 saya didatangi kembali oleh Muhamad Hilmi untuk bertanya tentang kad perubatan. Terdetik dalam hati saya “mengapa dia tanya banyak kali sangat ni?”…walaubagaimanapun saya memberi peluang kepada beliau untuk menceritakan produknya. Dan barulah saya tau jika saya tidak memilikinya saya pasti menghadapi Situasi 1 (Pelan Perlindungan Lengkap).

Terima kasih kawanku kerana sudi menerangkan pelan perlindungan lengkap walaupun telah berlalu hampir setahun. Saya hanya meminta 3 sebab kenapa saya perlu menyertai PruBSN Takaful? Ini kerana saya perlu hanya mengambil Bahagian 2 sahaja dan banyak syarikat yang menawarkannya dan saya juga boleh mengambil Bahagian 2 itu di bawah syarikat yang sama dengan pelan Bahagian 1.

Maka beliau berikan 3 sebab (semasa itu)
  1. PruBSN Takaful menjanjikan gerenti pembaharuan dan auto pembaharuan polisi.
  2. PruBSN Takaful menawarkan pelan Bahagian 1 sehingga umur 80 (biasanya Bahagian1akan tamat pada umur 50 atau 55 atau 60 tahun).
  3. PruBSN Takaful menawarkan harga premium bulanan yang sama sehingga umur 80tahun.
Jika saya meneruskan dengan syarikat lama pada umur 55 tahun saya perlu mengambil polisi baharu Bahagian 1 untuk umur 55 tahun sehingga umur 80 tahun dan semestinya premium polisi itu tinggi dan berkemungkinan saya tidak layak memohon jika saya sudah menghidapi sakit kritikal atau lumpuh.

Ini adalah sebab kawan saya berikan kepada saya ketika itu dan saya terus membuat keputusan membeli polisi PruBSN Takaful dengan harga RM180 (RM150+RM30). Saya akan menerangkan polisi saya di dalam artikel lain iaitu "Polisi Saya".

Hari ini saya ingin menyatakan lebih banyak sebab kenapa saya terus bersama PruBSNTakaful walaupun ada banyak tawaran yang menarik daripada syarikat takaful yang lain.

Untuk pengetahuan semua, kad perubatan ada dua jenis konsep iaitu konsep sebagai “riders” dan “standalone”. PruBSN Takaful adalah syarikat pertama di Malaysia menawarkan kad perubatan takaful dan kad perubatanya sebagai riders pada tahun 2006. Setelah itu semakin banyak tawaran kad perubatan ditawarkan oleh syarikat takaful lain sebagai standalone walaupun boleh diambil bersama dengan Bahagian 1 (investment link) namun akaun Bahagian 1 dan 2 tetap berasingan.

PruBSN Takaful menawarkan pelan komprehensif dan fleksibel kepada pelanggannya dengan mengabungkan Bahagian 1 dan 2 ke dalam 1 akaun. Bagi saya ia banyak faedah dan kelebihan kepada saya dan mungkin juga kepada anda.

Jika anda memilih PruBSN Takaful anda mesti mengambil Bahagian 1 dan 2 sekali gus dan ia berbeza dengan syarikat takaful lain anda boleh ambil Bahagian 2 (kad perubatan) berasingan dengan Bahagian 1 dan juga boleh bersama dengan Bahagian 1. Sebagai contoh Syarikat Z menawarkan Bahagian 1 (nama produk Selesa) dan Bahagian 2 (nama produk Selesa Medic).

Anda boleh mengambil Selesa sahaja; boleh mengambil Selesa Medic sahaja dan juga boleh ambil Selesa dan Selesa Medic bersama namun akaun berbeza. Sedia kita maklum apabila lagi banyak kita ambil pakej tambahan maka makin tinggi harganya. Betul tak? Seolah kita membeli nasi dan lauk ayam (Bahagian 2) dan tambah dengan telur asin, sayur dan kerepek (Bahagian 1) maka harga bersama Bahagian 1 mestilah lagi mahal.

Kenapa saya menerangkan isu harga? Ini kerana PruBSN Takaful wajib ambil Bahagian 1 dan 2 maka secara logik harga pun mahal berbanding Syarikat Z yang tidak mewajibkan pelanggannya menambah pakej. Saya ingin bandingkan harga untuk seseorang yang ingin mendapatkan kad perubatan dan saya andaikan saya hanya perlukan Bahagian 2 sahaja. Maka saya telah meminta empat sebut harga daripada syarikat takaful yang berbeza termasuk PruBSN Takaful.

Walaupun perbandingan ini semacam tidak boleh dilakukan kerana saya perlu mengambil Bahagian 1 juga di bawah PruBSN Takaful berbanding tidak perlu Bahagian 1 di Syarikat M dan Syarikat T kecuali Syarikat E mewajibkan Bahagian 1 seperti PruBSN Takaful. Pasti orang cakap…mesti mahallah PruBSN Takaful sebab ambil pakej tambahan yang tidak perlu diambil..bukankah dia(saya) nakkan kad perubatan sahaja??? Bagi saya.. "it’s ok"…kita tengok mampukah PruBSN Takaful memuaskan kehendak saya?

Mula-mula kita tengok harga yang ditawarkan oleh keempat-empat syarikat yang saya mohon sebut harga seperti dalam jadual di bawah:


Kita telah mendapat harga purata daripada keempat-empat syarikat dan PruBSN Takaful adalah ke dua termurah. Saya kirakan harga ini untuk diri saya dari umur 27 dan saya berniat membeli setiap tahun sehingga 70 tahun. Maka itulah harga yang diberikan.

Untuk makluman anda, harga tahunan untuk Syarikat E adalah seperti yang tertera telah ditambah dengan Bahagian 1 RM50 (harga minima Bahagian 1) dan kita perlu mendarab dengan faktor 0.8 untuk menjadikan bayaran dalam bentuk bulanan maka secara automatik bayaran purata bulanan itu sepatutnya lebih tinggi ini kerana bayaran purata yang saya lampirkan tidak didarab dengan faktor itu. Namun tidak mengapa, kita abaikan hal itu, sesuatu yang lebih BESAR ingin saya berikan kepada anda!!!



Saya hanya ingin mengupas pelan PruBSN Takaful. Ada kekurangan dan ada kelebihan. Saya bercakap kekurangannya dahulu.



Kekurangan PruBSN Takaful
  1. jika anda sedar, pada awal polisi bayaran bulanan PruBSN Takaful adalah tinggi berbandingan dengan syarikat lain. Ini agak semacam membebankan. Setuju tak?
  2. terpaksa ambil dengan Bahagian 1 sekali sebab tu harga jadi mahal. Kan dah rugi..betul tak?
  3. Ko-takaful 10% atau minima RM300 maksima RM1000. Hal ini dapat dilangsai dengan elaun wad, elaun bedah dan elaun ICU. Isu ini tidak saya fikirkan.
Kelebihan PruBSN Takaful

Walaupun saya “dipaksa” oleh PruBSN Takaful untuk mengambil Bahagian 1 bersama namun bagi saya ia amat berbaloi kerana harga purata bulanan dapat mengalahkan dua syarikat lain. Ibaratnya anda makan nasi dan lauk ayam RM4, RM5 dan RM6 di kedai A dan saya makan di kedai B yang mewajibkan saya mengambil sayur dan telur jika hendak makan nasi dan lauk ayam di kedai itu dan harga ditawarkan adalah RM4.50…ok ke tak ok?

Bagi saya ok la…harga masih murah lagi walaupun “dipaksa” tambah perkara saya tidak mahu malah perkara itu adalah kelebihan yang besar yang saya nikmati nanti. Dan juga anda….Saya pecahkan kepada tiga situasi:


Situasi 1

Jika saya sihat sehingga umur 70 tahun ….
  1. saya akan bersyukur kehadrat ILLAHI dengan rahmatnya saya sihat,
  2. setiap tahun saya mendapat “Non-Claim Bonus,NCB” RM100 setahun,
  3. saya akan mendapat SIMPANAN saya setelah polisi tamat pada umur 70 tahun. (anda harus ingat, pakej tambahan ini saya tidak mahu awalnya namun kerana "DIPAKSA" oleh PruBSN Takaful, saya telah mendapat kelebihan ini) Bagus tak? Jika saya bersama syarikat lain kecuali Syarikat E saya tidak akan mendapat apa-apa simpanan. 
Situasi 2

Jika saya sakit dipertengahan jalan….

  1. saya redha dan pasrah dengan ketentuan ILLAHI semoga ujian itu membuat saya lebih tabah mengharungi kehidupan dan menjadi hamba yang soleh..amin…
  2. saya akan mendapat rawatan di hospital dengan had tahunan sehingga RM50,000.00 dan had hayat RM500,000.00
  3. jika sakit itu adalah sakit daripada 36 penyakit kritikal sebagai contoh buah pinggang polisi saya menjadi PERCUMA….PERCUMA…PERCUMA…sehingga umur 80 TAHUN di mana PERLINDUNGAN dan SIMPANAN berjalan seperti biasa macam saya bayar bulan-bulan sebelum ini. INILAH KELEBIHAN YANG TIADA LAGI DIBERIKAN OLEH SARIKAT TAKAFUL LAIN.
  4. Saya akan mendapat PAMPASAN SAKIT KRTIKAL sebanyak RM10,000.00. Pampasan ini saya dapat kerana ‘DIPAKSA” oleh PruBSN Takaful.
  5. Kos dialisis saya sehingga had tahunan. Kos dialisis RM3000 sebulan, setahun RM36,000.00 maka saya tidak akan ada masalah dan bimbang untuk mendapatkan dialisis saya setiap tahun!!! …bagus tak?
  6. Kebiasaanya merawat penyakit krtikal memerlukan pembedahan maka saya akan mendapat elaun wad, elaun bedah* dan elaun icu* (*mengikut tahap pembedahan maksimum RM12500.00 dan jika masuk ICU). Manfaat ini saya juga dapat kerana ‘DIPAKSA” oleh PruBSN Takaful.
  7. Jika saya lumpuh akibat kemalanga, polisi saya juga turut menjadi PERCUMA…PERCUMA…PERCUMA…sehingga umur 60 TAHUN di mana PERLINDUNGAN dan SIMPANAN berjalan seperti biasa macam saya bayar bulan-bulan sebelum ini. INILAH KELEBIHAN YANG TIADA LAGI DIBERIKAN OLEH SARIKAT TAKAFUL LAIN.
  8. Jika saya kehilangan anggota badan atau lumpuh akibat kemalangan saya akan mendapat PAMPASAN KEMALANGAN sebanyak RM20,000.00. pampasan ini saya dapat kerana ‘DIPAKSA” oleh PruBSN Takaful.
  9. Polisi saya sehingga umur 80 tahun dengan kadar harga yang sama sahaja. Untungnya faktor ini, saya mudah buat bajet kewangan saya setiap bulan. Jika kadar berbeza-beza setiap bulan atau tahun, kewangan saya agak sukar diuruskan. Betul tak?
  10. Jika saya kemalangan kecil tanpa masuk wad, saya boleh tuntut kos rawatan saya sehingga RM2000.
  11. Saya boleh mendapat pembedahan kecil seperti pembedahan bisul atau ketuat tanpa masuk wad.
  12. Saya boleh mengeluarkan SIMPANAN saya jika saya mahu untuk gunakan urusan peribadi seperti menunaikan haji ini. SIMPANAN ini saya dapat kerana ‘DIPAKSA” oleh PruBSN Takaful.
  13. Polisi saya AUTO & GERENTI pembaharuan. Jika tidak saya perlu membaharui polisi saya tiap-tiap tahun dan jika sudah sakit teruk kemungkinan tidak layak lagi. Dengan PruBSN Takaful saya tidak risau isu ini.
Situasi 3

Jika saya meninggal dunia dalam tempoh polisi...
  1. saya mohon anda doakan kesejahteraan saya di alam kubur dan golongkan saya dalam golongan orang yang beriman…amin…
  2. waris saya akan mendapat PAMPASAN KEMATIAN dan SIMPANAN daripada polisi saya dan sekali lagi saya katan PAMPASAN KEMATIAN dan SIMPANAN ini waris saya dapat kerana saya ‘DIPAKSA” oleh PruBSN Takaful.
  3. jika saya meninggal selepas saya menghidapi sakit kritikal maka semua kelebihan saya dan waris saya perolehi. Dan ia adalah kerana saya ‘DIPAKSA” oleh PruBSN Takaful.
      Seperti saya maklum diawal artikel ini, saya menyatakan sebab-sebab ini dengan ikhlas dan saya harap anda yang membaca memahami apa yang saya ingin kongsikan…jika ada sebab lain anda perlu menolak PruBSN Takaful anda boleh nyatakan kepada saya jika tidak…ayuh bersama saya untuk sama-sama menikmati kelebihan yang kini saya nikmati…

   Cukup lah sekadar itu perbandingan yang saya lakukan. Walaupun PruBSN Takaful digabungkan dengan takafulink namun PruBSN Takaful masih mampu bersaing dari segi harga dan benefit. PruBSN Takaful masih dihadapan dan saya berpegang pada yang satu…PERCUMA jika sakit kritikal dan lumpuh akibat kemalangan. 


Sewaktu saya sakit tiada yang lebih baik daripada polisi menjadi PERCUMA serta perlindungan dan simpanan kekal saya nikmati.

p/s: Semua ini adalah pandangan peribadi saya dan bukan kenyataan rasmi PruBSN Takaful. Semua ilutrasi adalah hak peribadi saya yang didapatkan daripada agen-agen syarikat berkenaan. Semua ini adalah sebab peribadi saya kenapa memilih PruBSN Takaful.

sumber: www.urusduit.com



Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

3 ulasan:

NadhirahAhmadTarmizi berkata...

pengalaman yang best

Ibu Arif berkata...

terima kasih...
dh dptkn pelan perlindungan prubsn takaful ke..hehee

uncle sam berkata...

Assalam, sy nak minta izin share crita ni boleh? thanks in advance

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...