ENERGIZER
1.
Aktiviti Roslan
Kata
Aktiviti
:
i.
Pelajar perlu mengikut arahan fasilitator untuk
melakukan sesuatu pergerakan jika fasilitator menyebut “Roslan Kata…”.
Contohnya, Roslan kata pegang hidung, (pelajar akan pegang hidung).
ii.
Jika arahan fasilitator tiada menyebut “Roslan
Kata” maka arahan itu tidak perlu diikut.
iii.
Aktiviti ini diteruskan dengan mengarahkan pelajar
menyentuh mana-mana anggota badan masing-masing sehinggalah terdapat pemenang.
Nilai
/ rasional aktiviti : Kepekaan memahami dan menerima sesuatu arahan
2.
Grenet
Aktiviti
:
1. Perkataan
“grenet” akan disebut oleh fasilitator yang membawa maksud pelajar akan
meniarap di lantai.
2. Aktiviti
peneguhan ini adalah aktiviti pelajar meniarap, tangan diletakkan di atas
kepala dan pipi diletakkan di lantai.
3. Pelajar
akan melakukan aktiviti di atas setiap kali jika ada pelajar yang ingkar arahan
contohnya pelajar tidak menepati masa, membuat bising dll.
Nilai
/ rasional aktiviti : Peneguhan untuk modifikasi tingkahlaku.
3.
Kobau Booo Booo
Aktiviti
:
1. Pelajar
akan dibahagikan kepada 4 kumpulan
Kumpulan
1 akan menyebut perkataan “saya”
Kumpulan
2 akan menyebut perkataan “suka”
Kumpulan
3 akan menyebut perkataan “susu”
Kumpulan
4 akan menyebut perkataan “lembu”
2. Fasilitator
akan memberi arahan menggunakan isyarat tangan supaya setiap kumpulan akan menyebut
perkataan tersebut mengikut pergerakan fasilitator secara rawak.
Nilai
/ rasional aktiviti : Keseronokan belajar dan kepekaan menerima arahan.
4.
Hakim, Harimau
& Pemburu
Aktiviti
:
1. Pelajar
dibahagikan kepada 2 kumpulan besar
2. Mereka
akan melantik seorang ketua yang akan memberi arahan pergerakan yang kumpulan
masing-masing pilih.
3. Fasilitator
akan memberi arahan untuk memulakan permainan ini.
4. Pergerakan
Hakim : Silang tangan dan letak di dada sambil
menyebut “yang arif”
5. Pergerakan
Harimau : Mengaum sambil mencakar
6. Pergerakan
Pemburu : Tembak kehadapan sambil
mengacukan jari (seperti pistol)
Nilai
/ rasional aktiviti : Pentinganya strategi dan persefahaman dalam memimpin.
5.
Mambo, tanggo,
cikuci, boom boom bo
Aktiviti
:
1. Pergerakan
Mambo : Genggam dan buka genggaman
2. Pergerakan
Tanggo : Bukak dan tutup kepak
3. Pergerakan
Cikuci : Gerakkan pinggang
4. Pergerakan
Boom Boom : Genggam dan buka genggaman
5. Pergerakan
Bo : Lepas tangan / lapang
tapak tangan ke hadapan
Nilai
/ rasional aktiviti : Senaman / energizer ringkas untuk mengembalikan
kesegaran.
6. Jambatan Goyang-Goyang
Aktiviti
nyanyian :
“Jambatan goyang-goyang (2X)
Ku takut tenggelam (2X)
Lalu aku berenang (2X)
Habis basah bajuku (2X)
Lalu aku sidaikan (2X)
Ku pakai semula (2X)
Cantik tak? “
Nilai
/ rasional aktiviti : Senaman / energizer ringkas untuk mengembalikan
kesegaran.
7. Cap klicap klicap cap cap
Aktiviti
:
1. Fasilitator
akan membuat pergerakan contohnya cuit pipi tetapi pelajar perlu buat
pergerakan lain selain dari cuit pipi.
2. Tukar
pergerakan lain sehinggalah pelajar peka dengan pergerakan.
Nilai
/ rasional aktiviti : Menguji fokus
8.
Goreng Pisang
Aktiviti
:
1. Pelajar
dibahagikan kepada 2 kumpulan besar
2. Aktiviti
dimulakan dengan nanyian lagu “goreng
pisang, goreng pisang, goreng pisang sekarang, pisang apa, pisang apa, pisang
apa sekarang” dan seterusnya disambung dengan perkataan lain yang sesuai
menyambungkan perkataan “goreng” contohnya “pisang
tanduk”.
Nilai
/ rasional aktiviti : Kerjasama dan persefahaman dalam memimpin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan