1.
Mukaddimah
Aktiviti
:
i.
Aktiviti yang hendak dijalankan sebaik-baiknya
dimulakan dengan “Surah Al-Fatihah” bagi mendapatkan keberkatan dalam
menjalankan program.
2.
Wisel
Aktiviti
:
i.
Penggunaan wisel dalam mengawal pelajar.
ii.
Pelajar perlu peka dengan wisel yang dibunyikan.
iii.
Pelajar adalah diwajibkan memberi respon /
tindakbalas setiap kali wisel dibunyikan.
Nilai
/ rasional aktiviti : Tarik perhatian peserta supaya sentiasa peka dengan
persekitaran
3.
Ucapan Tahniah
Aktiviti
:
1. Pelajar
diarah untuk mengangkat tangan kanan dan mengucapkan tahniah kepada rakan
sebelah
2. Pelajar
diarah mengangkat tangan kiri dan hidu bau ketiak masing-masing. Jika tidak
berbau busuk, maka masih segar lagi untuk mengikuti aktiviti ini.
Nilai
/ rasional aktiviti : Pengahargaan kepada rakan-rakan
4.
Barang Amanah
Aktiviti
:
i.
Barang amanah seperti telur ayam, krakers dan
sebagainya akan diagihkan kepada setiap kumpulan dan perlu dijaga sehingga ke
akhir program.
ii.
Bagi yang gagal menjaga amanah contohnya ada yang
pecahkan biji telur yang diberi, maka semua ahli kumpulan akan didenda (pilih
denda yang sesuai).
Nilai
/ rasional aktiviti : Pentingnya menjaga amanah yang telah diberi.
5.
Nyanyian Lagu
Motivasi
Aktiviti
:
i.
Nyanyian lagu motivasi perlu dijalankan dari
semasa ke semasa bagi memastikan pelajar sentiasa bersemangat dan bermotivasi.
ii.
Contohnya lagu “Warisan” yang membawa makna setiap
pelajar adalah warisan pemimpin negara di masa hadapan.
Nilai
/ rasional aktiviti : Menyemai motivasi dalam diri peserta melalui lirik lagu.
6.
Salam Semut
Aktiviti
:
i.
Pelajar akan membentuk bulatan besar dan pelajar
dan muzik iringan akan dimainkan. (Cth. Lagu sahabat sejati).
ii.
Pelajar akan bergerak untuk bersalam iaitu salam,
peluk dan usap sambil mengucapkan “tahniah” (Bagi sama jantina).
iii.
Jika berlainan jantina, cukup sekadar melambai
tangan sambil menyebut “huuuuu” tanda kemesraan.
Nilai
/ rasional aktiviti : Mewujudkan perhubungan antara peserta di peringkat awal
aktiviti.
7.
Senyum
Aktiviti
:
i.
Sebut perkataan “tempey”.
ii.
Latihan senyum :
Nombor
1 : Senyum tidak ikhlas
Nombor
2 : Senyum tak berapa nak ikhlas
Nombor
3 : Senyum yang ikhlas
Nilai / rasional aktiviti :
Mewujudkan perhubungan antara peserta di peringkat awal aktiviti.
8.
Kungfu Wacha
(1,2,3,4)
Aktiviti
:
Pergerakan 1 : Tumbuk hadapan (huh!)
Pergerakan 2 : Tarik tangan (hah!)
Pergerakan 3 : Tumbuk hadapan
& tarik tangan (huh! hah!)
Pergerakan 4 : Tangan seperti
ular mematuk ke hadapan, angkat kaki (wacha!)
Nilai
/ rasional aktiviti : Menguji fokus dan keyakinan diri
9.
Kelopak Jantung
Aktiviti
:
1. Pelajar
dibahagikan kepada 2 kumpulan besar.
2. Kumpulan 1
akan menyebut perkataan “kelopak”
3. Kumpulan 2
akan menyebut perkataan “jantung”
4. Pelajar
akan menyebut mengikut arahan tangan oleh fasilitator sehingga menghasilkan
bunyi kompang.
Nilai
/ rasional aktiviti : Keseronokan belajar
10.
Tepuk energy
Aktiviti
:
Tepuk 1 : Tepuk tangan seperti
biasa
Tepuk 2 : Tepuk tangan sambil
menjerit “hooooo”
Tepuk 3 : Tepuk tangan, jerit
“hooooo” dan berdiri sambil bergerak
Nilai
/ rasional aktiviti : Melahirkan energy
dan keseronokan belajar.
11.
Gosok Tangan
Aktiviti
:
1. Pelajar
menggosok tangan daripada perlahan sehingga pantas.
2. Pelajar
mencium tangan sambil menyatakan apakah bau yang mereka hidu (bau tanah)
Nilai
/ rasional aktiviti : Muhasabah diri
bahawa semua kita adalah sama, iaitu diciptakan dari tanah
12.
Fokus
Aktiviti
:
1. Goyang-goyang
tangan kanan dengan laju
2. Berikan
arahan supaya letakkan tangan ke dagu tetapi fasilitator meletakkan tangan ke
dahi.
3. Lakukan
berulang kali sehinga pelajar benar-benar fokus dengan arahan
Nilai
/ rasional aktiviti : Menguji fokus (kordinasi antara audio, visual dan
psikomotor)
13.
Pegang Dagu
Aktiviti
:
1. Pegang
dagu / janggut rakan di sebelah (yang sama jantina sambil menyebut perkataan
“alololooo”
2. Lakukan
berulang kali sehingga semua pelaja melakukan aktiviti ini
Nilai
/ rasional aktiviti : Melahirkan rasa selesa dan rasa selamat
14.
Urutan
Aktiviti
:
1. Pelajar
diarah berbaris dalam kumpulan sama jantina
2. Aktiviti
teraputik iaitu mengurut dalam barisan akan dilakukan mengikut arahan yang
telah diberikan oleh fasilitator contohnya urut kepala, hidung, tengkuk, bahu,
belakang dll.
Nilai
/ rasional aktiviti : Menanam sifat bertolak ansur dan membina hubungan di
kalangan pelajar.
15.
Sentuhan Kasih
Aktiviti
:
1. Pelajar
diarah memilih pasangan sama jantina
(sebaik-baiknya pilih pasangan yang belum dikenali dengan rapat)
2. Fasilitator
akan memberi arahan supaya setiap anggota badan bertemu antara satu sama lain.
3. Contohnya
dagu bertemu dagu, dahi bertemu dahi, lutut bertemu lutut dan sebagainya.
Nilai
/ rasional aktiviti : Mewujudkan rasa mesra, dan peka dengan arahan.
16.
Pengelompokan
mengikut kriteria
Aktiviti
:
i.
Pelajar diarah untuk bergerak dalam kumpulan
mengikut kriteria seperti :
a. Sama
jantina
b. Sama tahun lahir
c.
Sama bulan kelahiran
d. Sama saiz
kasut
e. Sama warna
baju / seluar dll.
ii.
Setelah berjumpa ahli kumpulan, ahli diminta
berkenalan antara satu sama lain.
Nilai
/ rasional aktiviti : Menggalakkan peserta supaya proaktif dalam kumpulan.
17.
Group
in…
Aktiviti
:
i.
Pelajar diarah untuk bergerak dalam kumpulan
tertentu iaitu dengan mematuhi arahan fasilitator.
ii.
Fasilitator akan menyebut “Group in 2, 5, 10 atau 20..”
iii.
Pelajar akan bergerak dalam kumpulan besar untuk
membentuk kumpulan mengikut bilangan ahli kumpulan yang telah ditetapkan.
iv.
Setelah berjumpa ahli kumpulan, pelajar disuruh
duduk dan berkenalan secara ringkas.
Nilai
/ rasional aktiviti : Menggalakkan peserta supaya menjadi lebih proaktif dan
menggalakkan penerimaan dalam kumpulan.
18.
Kerusi Panas
Aktiviti
:
i.
Pelajar akan duduk di atas kerusi masing-masing
dalam bulatan besar.
ii.
Apabila arahan tukar tempat duduk diberikan,
pelajar akan tukar tempat duduk dengan
rakan-rakan yang lain.
iii.
Pelajar yang paling lambat bertukar tempat duduk
akan dikenakan hukuman di tengah bulatan. (Hukuman yang sesuai contohnya
menyanyikan lagu, poco-poco dll.)
iv.
Arahan fasilitator perlu kreatif dan pelbagai
contohnya “Siapa rasa dirinya lelaki tukar tempat duduk”. Maka pelajar lelaki
sahaja yang akan tukar tempat duduk. Setelah itu, pelajar akan berkenalan
dengan rakan sebelah.
Nilai / rasional aktiviti : Pentingnya
menerima, mendengar dan memahami sesuatu arahan sebelum bertindak.
19.
Bunyi paling
menarik
Aktiviti
:
i.
Pelajar akan berada dalam kumpulan masing-masing
dan fasilitator akan mengarahkan mereka untuk memilih dan menghasilkan bunyi
binatang beserta dengan pergerakan yang menarik.
ii.
Markah akan diberi kepada bunyi dan pergerakan kumpulan
yang paling menarik.
iii.
Seboleh-bolehnya, bunyi binatang bagi setiap
kumpulan tidak sama.
Nilai
/ rasional aktiviti : Kreativiti dan mewujudkan semangat kerjasama dalam
kumpulan.
20.
Pergerakan paling
menarik
Aktiviti
:
i.
Setiap kumpulan akan menghasilkan pergerakan
mengikut muzik yang telah ditetapkan untuk setiap kumpulan.
ii.
Muzik / lagu bagi setiap kumpulan perlu berbeza
bagi melihat variasi pelajar.
iii.
Pemilihan lagu mengikut kategori seperti lagu
rancak, sentimental, irama Melayu, Hindustan, Cina dan sebagainya.
iv.
Fasilitator boleh menggunakan sistem markah atau
token bagi aktiviti seperti ini bagi menggalakkan penglibatan pelajar.
Nilai
/ rasional aktiviti : Kreativiti dan mencerna semangat persaingan yang sihat
dalam melakukan sesuatu perkara.
21.
Uji Bakat
Aktiviti
:
i.
Setiap pelajar diarah untuk melihat wajah ahli
kumpulan masing-masing.
ii.
Setelah itu, sila pilih ahli kumpulan yang paling
layak menjadi
a. Ketua
b. Penolong
c.
Setiausaha.
iii.
Mereka yang terpilih dipanggil ke hadapan untuk menjalani
ujian emosi seperti disuruh bersyarahan / berucap, melakukan aktiviti seperti
berkokok, cat walk dan sebagainya
dengan diiringi muzik.
iv.
Sebagai aktiviti salingan, fasilitator boleh
melakukan aktiviti uji bakat ini dengan mencari :
a. Peserta
yang paling comel
b. Peserta
yang paling bijak berbicara
c.
Peserta yang paling handsome dan sebagainya.
Nilai
/ rasional aktiviti : Setiap pelajar mempunyai bakat dan keupayaan tersendiri.
Ada yang dilahirkan menjadi pemimpin dan ada yang perlu belajar untuk memimpin.
22.
Aktiviti Keretapi
Aktiviti
:
i.
Setiap pelajar akan diedarkan sehelai kertas A4
dan dilekatkan di belakang masing-masing menngunakan ‘masking tape’.
ii.
Fasilitator akan mengarahkan setiap pelajar untuk
menuliskan perkataan yang positif untuk rakan-rakan (beri masa yang singkat
untuk pelajar bergerak).
iii.
Pelajar perlu bergerak untuk mendapatkan sebanyak
mungkin nilai-nilai positif yang ada pada diri mereka contohnya baik hati,
bertanggungjawab, suka menolong orang dll.
iv.
Fasilitator perlu menetapkan sekurang-kurangnya 10
nilai yang berjaya diperolehi dalam jangka masa yang ditetapkan ( 3 minit – 5
minit).
v.
Setelah itu, pelajar akan mengira jumlah nilai
yang diperolehi.
vi.
Fasilitator akan memanggil setiap pelajar secara
rawak ke hadapan untuk membaca nilai-nilai yang diperolehi.
Nilai
/ rasional aktiviti : Setiap individu mempunyai nilai positif yang kita tidak
sedari. Selagi ada nilai-nilai baik dalam diri, maka semua kita layak untuk
memimpin.
23.
Brainstorming
Aktiviti
:
i.
Pelajar akan duduk dalam bulatan yang besar.
ii.
Satu objek akan diletakkan di tengah-tengah
bulatan. Contohnya botol mineral, kotak kapur dll.
iii.
Pelajar akan memikirkan sesuatu yang berbeza
dengan ciri-ciri sebenar / asal benda tersebut dan nyatakan secara bergilir.
iv.
Setiap yang dinyatakan akan dicatatkan oleh 2
orang pencatat.
v.
Jika diletakkan botol mineral di tengah bulatan,
maka pelajar tersebut tidak boleh menyebut benda tersebut air mineral tetapi
perlu menyatakan benda lain contohnya kayu hoki, syampu dll.
vi.
Selain itu, pelajar diberi tugasan untuk melakukan
brainstorming ini secara santai dengan menyatakan idea-idea mudah. Contohnya,
nyatakan perkara-perkara yang selalu anda lakukan di bilik air dll.
vii.
Setelah itu, brainstorm idea pelajar dengan
menyatakan perkara-perkara yang lebih ilmiah iaitu menyatakan idea masing-masing
fokus tentang kepimpinan.
viii.
Contohnya : Nilai-nilai yang perlu ada pada setiap
pemimpin, apa yang perlu ada pada setiap pemimpin dll.
Nilai
/ rasional aktiviti : Menggalakkan peserta
berkongsi idea melalui pengetahuan sedia ada (konstruktivisme). Melalui
perkongsian ini, maka ruang lingkup pemikiran peserta akan lebih luas.
24.
Aktiviti
‘scanning’ (Strength and Weakness)
Aktiviti
:
i.
Aktiviti berpasangan iaitu setiap pasangan akan
menceritakan kekuatan dan kelemahan masing-masing.
ii.
Setelah itu, mereka akan menceritakan kekuatan dan
kelemahan pasangan dalam kumpulan besar atau kumpulan kecil. (Sebaik-baiknya
dibantu oleh fasilitator kumpulan yang terdiri daripada guru-guru seperti guru
bimbingan dan guru penyelaras)
iii.
Dalam aktiviti ini, elakkan pelajar membincangkan
perkara-perkara yang sensitif yang boleh mengaibkan pasangan.
Nilai
/ rasional aktiviti : Luahan kendiri untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan
diri. Perlunya seseorang itu mengekal dan menambahbaik kekuatan serta memperbaiki
kekurangan.
25.
Sorakan Kumpulan
/ Cheers / Trademark
Aktiviti
:
i.
Pelajar berbincang untuk menghasilkan sorakan puak
yang paling menarik dan bercirikan kepimpinan / sesuai dengan nama kumpulan.
ii.
Sorakan puak perlu dijalankan sebelum bermulanya
sesuatu pembentangan kumpulan bagi menaikkan semangat ahli kumpulan.
Nilai
/ rasional aktiviti : Meningkatkan motivasi / energy dalam kumpulan.