Memaparkan catatan dengan label tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips. Papar semua catatan

Khamis, 12 September 2013

NENAS BOLEH MENYEBABKAN KEGUGURAN



Buah nenas biasa ditanam di tanah gambut di Malaysia. Nenas yang ranum mengandungi sumber manganese dan vitamin C yang banyak. 

Pada batang buah nenas mengandungi enzim proteolytic, bromelain, yang boleh menghuraikan rantaian protein. Ia juga mampu mengurangkan bengkakan.

Antara kegunaan nenas ialah:

1. Jus nenas digunakan untuk melembutkan daging dengan memerapkannya sebagai marinade.

2. Buah nenas boleh mengurangkan radang dan bengkakan pada tubuh dengan cara meminum jus nenas atau meletakkan pada bahagian tubuh yang bengkak.

3. Jus nenas digunakan sebagai diuretic bagi melancarkan pembuangan air kencing.

4. Jus nenas diberikan kepada wanita yang hamil pada usia kehamilan lebih 38 minggu bagi memudahkan proses kelahiran.

5. Jus nenas boleh dikumur pada tekak untuk mengurangkan sakit tekak dan lender.

6. Jus nenas juga dikatakan dapat mengurangkan mabuk laut (seasickness).

7. Jus nenas bertindak sebagai antihelminthic yang mampu mengeluarkan cacing dari usus.
(rujuk: Monzon, R. B.; Adebiyi, Adebowale (1995). "Traditional medicine in the treatment of parasitic diseases in the Philippines". Southeast Asian journal of tropical medicine and public health 26 (3): 421–428.)

8. Dalam kajian saintis, enzim bromelain yang diekstrakkan dari batang buah nenas dan diberikan selama enam bulan telah Berjaya mengurangkan radang pada usus yang bengkak.

(rujuk: Hale LP, Chichlowski M, Trinh CT, Greer PK (2010). "Dietary Supplementation with Fresh Pineapple Juice Decreases Inflammation and Colonic Neoplasia in IL-10-deficient Mice with Colitis". Inflamm Bowel Dis 16 (12): 2012–21).

9. Enzime bromelain dari nenas mempunyai potensi untuk mengelakkan penyakit kanser.
(rujuk: Bhui K, Tyagi S, Prakash B, Shukla Y (2010). "Pineapple bromelain induces autophagy, facilitating apoptotic response in mammary carcinoma cells.". Biofactors 36 (6): 478–82).

Walau bagaimana pun, bagi wanita yang hamil di awal kehamilan, saya menasihatkan agar tidak memakan nenas atau meminumnya kerana ia boleh menjadi punca keguguran. (Morton, Julia F, 1987).

Wallahu a’lam.


Salam Sayang,

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Kelebihan Seorang Surirumah





Isteriku dulu
Seorang eksekutif di opis
Gaji dua tiga ribu agaknya
Paginya mengejut 3 anak yg masih lena
Lena ku terganggu juga
Anak di angkut ke rumah orang untuk di jaga
Bergegas ke opis nun di kota
Hebat bergaya penuh ceria
Tapi pada siapa ya
Pada anakkah pada suamikah ?
7 pagi menerjah alam
7 malam sampai pulang
Rumah tempat hinggap menghilang penat
Nasi bungkus siang malam
Hujung bulan duit lesap juga
Anak siapa jaga ?
Aku pening kepala
Tiada ketenangan jiwa
Aku keluh kesah entah mengapa

Kini isteriku
Surirumah sepenuh masa
Rumah ku ceria penuh bahagia
Anakku di jaga di depan mata
Budi di didik akhlak di bina
Agar besarnya nanti insan berguna
Sarapan disiap untuk suami tercinta
Dinner terhidang menunggu pulang
Taman indah sekeliling rumah
Anak ke sekolah di hantar di ambil
Tiada penghalang lagi
Masa terluang masjid dan usrah dikunjungi
Ilmu di dada bertambah sehari kesehari
Kasih sayang semakin jitu
Isteri tersayang semakin ayu
Rumahku kini Syurga ku
Tak sabar rasanya untuk pulang
Bersama isteri surirumahku
Berjemaah dan Mengaji bersama
Sebelum beradu di puncak kasih
Dialah Surirumah Idaman Hatiku !!

* Keluarga harmoni anak-anak cemerlang
* Sentiasa merasa cukup dan bersyukur

insyaAllah..yakin atas rezeki Allah...

Salam Sayang,

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Rabu, 11 September 2013

Tips Menutup Aurat




|Memanglah kita perempuan, bukan disuruh dan diwajibkan pakai tudung labuh yg labuh bulat tu, labuh bawah siku etc. tapi kita diwajibkan menutup aurat dengan sempurna.

Iaitu memakai tudung yang tutup dada, tak jarang, tutup rambut, leher, telinga, yang cukup satu set.

Termasuklah melonggarkan pakaian, menutup semua anggota kecuali muka dan tapak tangan kepada orang yang bukan muhrim.

Tips Menutup Aurat

1. TAHU

Langkah pertama ialah ilmu. Penting bagi Muslimah mengetahui batasan aurat, ciri-ciri pakaian yang menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hukum hakam berkenaan aurat dll.

2. SEDAR

Bahawa tuntutan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan sesempurna mungkin. Jangan sambil lewa dan acuh tak acuh. Soal halal haram adalah perkara besar.

3. SYIAR

Setiap agama ada imejnya. Imej wanita Muslimah dapat dikenali melalui ciri-ciri pakaian yang menutup aurat.

4. FUNGSI CERMIN

Sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin, tanyalah cermin, “Wahai cermin, adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat?”

5. ASINGKAN

Asingkan pakaian kepada dua kriteria; sesuai atau tidak dipakai di hadapan ajnabi. Pakaian yang seksi misalnya masih boleh dipakai tetapi hanya apabila bersendirian atau di hadapan suami.

6. MALU

Wanita yang tidak biasa mendedahkan aurat di hadapan lelaki ajnabi akan berasa malu, takut, gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.

7. SAHABAT

Bersahabat dengan WANITA yang SOLEHAH boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yang ingin berusaha mengubah penampilan.

8. EKSKLUSIF

Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik eksklusif wanita itu dan suaminya sahaja. Jadi usah dipertontonkan aurat dan perhiasan secara percuma jika suami pun perlu membayar mahar untuk memilikinya.

9. BANYAK MANFAAT

Wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dengan selamat. Mereka tidak perlu merisaukan mata liar yang memandang.

Kepada siapa aurat boleh diperlihatkan ??

” Janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan. ” [ An-Nur : 31 ]

Salam Sayang,

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Selasa, 10 September 2013

Amalan untuk memperoleh zuriat



Amalan pertama
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
Baca Bismillah 1 kali
Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali
Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan (Umpamanya: "Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa

Amalan kedua.
Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
Isteri hendaklah membaca "Ya Awwal" (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
Isteri hendaklah membaca setiap hari "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari

Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya


Salam Sayang,

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Gout- Apa yang BOLEH & TAK BOLEH





gout
Kredit Google

Jom kita baca info kesihatan ni..

Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat Malaysia. Dikalangan rakan sekerja penyakit ini sudah menular dengan rancak dan paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia lebih 40an. Namun ada antara kes gout juga menyerang lelaki berusia awal 30an. Menurut NIH (National Institutes of Health in America), gout telah menyerang kira-kira 2.1 juta penduduk di Amerika dan kerap di hadapi oleh lelaki berusia antara 40 – 50. Ia jarang berlaku pada kanak-kanak-kanak dan remaja.
Apa sebenarnya penyakit gout? Gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk "kristal asid urik" pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar di bergerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki seperti gambar.

gout-cariobat


Asid urik adalah satu bahan hasil pemecahan sel-sel tua yang mati (DNA dan RNA) yang berlaku di dalam hati. Asid urik juga dihasilkan apabila manusia mengambil makanan yang tinggi kandungan protinnya seperti daging. Protin akan diuraikan kepada asid amino dan sebahagian asid amino yang berlebihan akan diuraikan kepada asid urik. Dalam bahasa mudah, asid urik adalah hasil penguraian sel yang mati serta dari makanan yang diambil.
Kadar normal asid urik dalam darah meningkat apabila kanak-kanak meningkat remaja dan dewasa. Kadar kandungan asid urik pada lelaki dewasa ialah 3 – 7 mg/dl dan 2 – 6 bagi perempuan dewasa. Ujikaji di dalam makmal mendapati apabila kandungan asid urik di dalam larutan melebihi tahap 6.5 – 7.0 mg/dl, kristal asid urik mulai terbentuk.

Bagi manusia, apabila tahap asid urik dalam darah melebihi 10 mg/dl, selalunya akan mengakibatkan serangan gout yang teruk. Sekiranya gout tidak dirawat, kristal asid urik akhirnya akan menghasilkan satu bahan yang keras disekitar sendi dipanggil tophi. Aras asid urik yang tinggi dalam darah ini juga seterusnya selain dari gout boleh mengakibatkan kidney stones (batu dalam buah pinggang) atau pelbagai masalah buah pinggang ( kidney failure).

kidney_stone

Dalam keadaan normal, asid urik dalam darah ini akan dikeluarkan daripada tubuh sebahagian besarnya melalui air kencing dan bakinya melalui ketulan najis. Masalah hanya akan timbul apabila asid uric dalam darah ini tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Apabila ini berlaku maka paras asid urik akan meningkat dan seterusnya mengakibatkan gout.
Apabila pesakit gout menemui doktor, apa yang akan dibuat oleh doktor ialah dengan memberikan ubat untuk menghilangkan kesan sakit (painkiller), mengurangkan pembengkakan dan mengurangkan paras asid urik dalam darah.

pqinkillers

Bagi mengurangkan paras asid urik, selalunya doktor memberikan ubat Allopurinol (Lopurin, Zurinol, Zyloprim). Ubat ini berfungsi untuk mengurangkan kandungan asid urik dalam darah melalui kaedah "memperlahankan pengeluaran asid urik. Kemungkinan kesan sampingan ubat ini ialah gatal kulit, perut meragam dan kadang-kadang boleh juga menyebabkan kesan alergi pening dan sakit otot. Sebenarnya ubat allopurinol tidak menyembuhkan gout, aia hanya sekadar memperlahankan pengeluaran asid urik dari tubuh. Bagi saya penggunaan ubat jenis langsung tidak munasabah.

allo

Selain allopurinol, ubat pain killer dan mengurangkan pembengkakan yang diberikan doktor sebenarnya memanglah kelihatan seperti sesuatu yang amat hebat kerana ia memberikan kesan positif dalam jangka masa singkan selepas pengambilanya iaitu selepas beberapa jam namun sebenarnya pada pandangan saya ia adalah "racun" yang sebennarnya menambahkan masalah bagi pesakit gout. Ini kebanyakan painkiller yang diberikan doktor, selain dari menghilangkan kesan sakit pesakit gout, ia sebenarnya merosakkan buah pinggang dan ini bukan lagi rahsia di kalangan doktor.

buah pinggang

Kadang-kadang terdapat kes perbalahan antara doktor kerana antara mereka ada yang tidak bersetuju kerana doktor tersebut memberikan pain killer dari jenama tertentu kepada pesakit gout. Begitulah, sesama mereka pun berbalah, mana yang betul? Sebenarnya dua-dua yang berbalah pada pandangan saya pun tidak betul kerana jikalau mengikut saya, pesakit gout tidak boleh sama sekali mengambil ubat pain killer dan ubat bengkak.
Ubat pain killer merosakkan buah pinggang dan apabila buah pinggang semakin rosak, semakin sukar untuk buah pinggang ini menyingkirkan asid urik dari tubuh. Inilah sebabnya saya menghalang sebarang penggunaan ubat pain killer dan ubat bengkak.
Sekarang marilah kita berbincang bagaimana untuk merawat penyakit gout ini menurut kaedah tradisional dan sebahagian besarnya diwariskan oleh arwah guru saya. Mudah-mudah Allah sentiasa merahmatinya. Dalam proses kita ingin merawat masalah gout ini, terlebih dahulu kita perlu mengetahui punca masalah gout ini.

Sebagaimana disebutkan di atas, gout adalah disebabkan kegagalan fungsi buah pinggang menyingkirkan asid urik dan pengambilan makan yang banyak menghasilkan asid urik.
Apakah sebabnya buah pinggang bermasalah sehingga tidak lagi mampu menyingkirkan asid urik dari tubuh? Itulah yang beberapa kali diberitahu oleh Menteri kesihatan bahawa mee kuning yang mengandungi asid borik dan makanan segera serta makanan rapu merosakkan buah pinggang.

Bagi menjaga kesihatan buah pinggang kita sila laksanakan amalan berikut semoga dijauhi Allah dari gout::
1. Minuman yang diambil hendaklah melebihi 2L sehari. Orang banyak bekerja kuat dan berpeluh perlu mengambil air yang lebih lagi. Masaalah kurang minum ini lebih parah di kalangan orang Melayu. 
2. Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram 
3. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll 
4. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan anggur jeruk. 
5. Elakkan memakan mi segera seperti mi maggi dsb 
6. Elakkan memakan makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dsb 
7. Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei) 
8. Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa kerana kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia dan pewarna dan perisa. 
9. Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa. 
10. Elakkan chokelat dan minimakan air milo. Gantikan dengan horlick. 
11. Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas. 
12. Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu 
13. Kurangkan atau minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja) 
14. Elakkan tembikai dan tembikai susu 
15.. Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya. 
16. Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang. 
17. Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti wing (kepak) dan peha. 
18. Elakkan makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau. 
19. Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma 
20. Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari. 
21. Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan. 
22. Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging. 
23. Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis 
24. Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah mengalami gout 
25. Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang 
26. Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi. 
27. Elakkan jering, petai dan kerdas 
28. Kurangkan pengambilan minyak kelapa sawit. 
29. Elakkan menonton bahan pornografi 
30. Elakkan menaiki motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki motorsikal Jaguh. 
31. Elakkan sebarang uabat-ubatan seperti pain killer dsb 
32. Elakkan mengambil sebarang supplement seperti multivitamin dsb 
33. Kurangkan atau elakkan tepung putih (tepung gandum) serta makanan yang dibuat daripadanya termasuk roti putih. Tepung ata yang digunakan membuat capati adalah baik. Saya masih belum pasti apakah kandungan sebenarnya tepung putih ini yang merosakkan buah pinggang, apakah bahan kimia Benzoyl Peroxide didalamnya yang digunakan untuk memutihkan tepung ini atau kandungan campuran lain dalam tepung ini. 
34. Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri 
35. Elakkan sayuran jeruk 
36. Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin 
37. Elakkan telur masin 
38. Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau) 
39. Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc Donald, burger, sosej, naget dsb- Amerika adalah negara terhebat di dunia dengan fast food diikuti dengan Hong Kong, Australia dan England. Amerika juga adalah negara terhebat dengan penyakit berkaitan buah pinggang diikuti oleh Hong Kong, Australia dan England  
40. Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang. 
41. Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing) 
42. Elakkan berlari dan melompat atau aktiviti lasak (gantikan dengan berjalan) 
43. Kurangkan makanan bersantan 
44. Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto.



Makanan atau amalan yang perlu diamalkan selalu pula ialah:


1. Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. Elok lagi sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu kencing 
2. Amalkan minum teh misaim kucing 2 uncang sehari. 
3. Makan peria dan peria katak 
4. Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan 
5. Susu tepung (bukan anelene, HL atau low fat) 
6. Minyak jagung 
7. Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dsb 
8. Delima 
9. Epal hijau 2 biji seminggu 
10. Burung seperti burung puyuh dan merpati 
11. Daging itik, rusa, pelanduk, napuh, landak, arnab dan sebagainya 
12. Garam kasar menggantikan garam halus 
13. Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau SPA. 
14. Makan lebih banyak sayur-sayuran


Sebenarnya penyakit gout ini adalah rahmat dari Ilahi. Orang yang sihat memanjang sampai tua selalunya susah untuk mengingati Allah. Penyakit ini mudah-mudahan menjadi kafarah untuk menebus segala dosa-dosa lalu seperti dijanjikan Allah.

Gout macam rambut yang bertukar menjadi putih sebagai amaran dari Allah bahawasanya kita makhluk Allah akan dipanggil mengadapnya dan masanya sudah semakin hampir.
Sekian wassalam wallahualam

p/s: Al-Fatihah untuk arwah ayah. Dulu arwah ada gout.. kesian tengok..bengkak2 kaki, xblh jalan..kena pantang makan.. tapi kdg2 pantang jumpa.. smoga roh arwah ayah tenang di sana..


Salam Sayang,

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Demam Denggi: Tanda2 dan Penawarnya

Hari ni nak share info tentang denggi dan penawarnya..
Entri ni ditulis untuk dikongsi..sebab adik kawan ika warded dh 3 hri sbb kna demam denggi.. sambil2 ika cari maklumat berkaitan dengannya dan tips merawat, so, ika share kan untuk u all jugak..
harap ianya dapat membantu =)


Tanda-Tanda Demam Denggi

Ciri-ciri klinikal demam denggi berubah-ubah mengikut umur pesakit:

Bayi dan kanak-kanak mungkin mengalami demam yang sukar dibeza-bezakan beserta dengan kemunculan ruam. 

Orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih tua mungkin mengalami sama ada sindrom demam yang tidak serius ataupun demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk, ruam dan sakit di belakang mata, otot dan sendi. 

Pendarahan kulit adalah fenomena lazim. 
Penyakit ini lazimnya bermula dengan peningkatan suhu badan yang mendadak, diikuti gejala-gejala lain yang tidak khusus seperti merah muka dan lain-lain gejala demam denggi yang tidak spesifik. 
Rasa tidak selesa di bahagian ulu hati (epigastrik), sensitif di bahagian rusuk kanan dan sakit di bahagian abdomen merupakan fenomena biasa demam denggi berdarah. 

Demam selalunya berterusan selama 2-7 hari dan suhu badan boleh meningkat setinggi 40-41oC dan mungkin diikuti dengan kekejangan dan pendarahan. 

Pesakit biasanya sembuh secara spontan atau selepas diberi terapi cecair dan elektrolit (ion berasingan seperti natrium, klorida, potasium, bikarbonat dan lain-lain)

Sindrom Renjatan Denggi

Bagi kes-kes yang serius, keadaan pesakit merosot dengan mendadak selepas demam beberapa hari. Tanda-tanda kegagalan peredaran darah dapat dilihat:


Kulit pesakit menjadi dingin, lebam dan padat dengan darah terkumpul, sianosis sirkumoral (circumoral cyanosis) dan pesakit merasa tidak selesa. Seterusnya, melarat ke tahap renjatan yang kritikal.


Renjatan dicirikan oleh denyutan nadi yang lemah dan cepat, tekanan darah rendah (hipotensi)(keadaan ini menurun secara tidak normal), kulit menjadi dingin serta lembap dan terasa tidak selesa. Pesakit yang mengalami renjatan adalah dalam keadaan bahaya dan boleh mengancam nyawa jika rawatan bersesuaian tidak diberikan segera. 

Petua Penawar Demam Denggi

Sup Ketam.

Jika sesiapa mengidap demam denggi, Cari ketam segar dan dibuat sup. Sup ketam boleh menyembuhkan demam denggi. Jadikan makan ruji sehingga betul-betul sembuh. Minum Minuman bergas saperti 100 plus atau gatorade.

Daun Betik
Dapatkan daun pokok betik yang matang dan bersihkan daun itu. Blend atau tumbuk daun hingga hancur. Perah sebatian untuk dapatkan jusnya. Minum satu sudu kecil . amalkan selalu hingga sembuh..


Salam Sayang,

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Khamis, 5 September 2013

Sifat manakah yang tepat dengan diri anda?

Keunikan kita ialah variasi sifat yang berbeza. Salah satu keunikan manusia adalah mempunyai sifat yang berbeza antara satu sama lain. Dalam dunia psikologi, terdapat empat jenis sifat manusia. Setiap individu pasti memiliki beberapa dari jenis sifat ini.  
Sifat manakah yang tepat dengan diri anda?

SANGUNIS, SI POPULAR
Keperibadian yang menarik, punya sifat jenaka yang tinggi, suka menghidupkan suasana, emosional dan demonstratif, periang dan penuh semangat, serta kaya rasa ingin tahu.

 Dalam pekerjaan anda seorang yang kreatif, inovatif, antusiasme, sukarelawan, menjadi rujukan dan contoh semangat orang lain untuk bekerja. 

Sebagai seorang teman, mudah bergaul, mencintai orang lain, suka dipuji dan menyenangkan. Suka kegiatan spontan, merupakan figura seorang pemimpin sirkus.


MELANKOLIS, SI SEMPURNA
Berfalsafah dan puitis, serius dan tekun, analitis, mendalam dan seorang pemikir, menghargai keindahan, peka terhadap perasaan orang lain, idealis dan suka berkorban.

 Dalam pekerjaan, orang melankolis berorientasi pada jadual, seorang yang mementingkan kesempurnaan, punya piawaian yang tinggi dan rinci, tertib dan tersusun, perlu menyelesaikan apa yang dimulai. 

Sebagai seorang teman, melankolis adalah orang yang setia, sedia mendengar keluhan, hati-hati dalam berteman, sangat memperhatikan orang lain, terharu oleh air mata penuh belas kasihan. Pencari teman hidup ideal.


KOLERIS, SI KUAT
Berbakat pemimpin, dinamik dan aktif, berkemahuan kuat dan tegas, tidak emosional bertindak, tidak mudah patah semangat, memancarkan keyakinan, bebas dan berdikari. 

Dalam pekerjaan berorientasi matlamat, melihat seluruh gambaran, tersusun dengan baik, mencari pemecahan praktis, bergerak cepat untuk bertindak, mendelegasikan pekerjaan, menekankan pada hasil, berkembang kerana saingan. Orang koleris tidak terlalu memerlukan teman, mahu bekerja untuk kegiatan, mahu memimpin dan mengorganisasi, biasanya selalu benar, unggul dalam keadaan darurat.
PHLEGMATIS, SI DAMAI
Rendah hati, mudah bergaul dan santai, tenang, sabar, konsisten, simpati dan baik hati. menyembunyikan emosi, bahagia menerima kehidupan. 

Dalam pekerjaan, punya kemampuan administratif, menjadi penegah masalah, menghindari konfl ik, baik di bawah tekanan, menemukan cara yang mudah, mudah diajak bergaul, menyenangkan, pendengar yang baik, selera jenaka yang menggigit, suka mengawasi orang, mempunyai banyak teman, punya belas kasihan dan perhatian.

Salam Sayang




Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

10 Cara Nak Ucap " I LOVE YOU"


:51: Album Gambar
Beli sebuah album dan korang letakkan gambar korang dengan boy/girl korang tuh. Setiap muka surat , korang letak lah kata-kata yang indah . Baru lah lebih hayati ,and menarik kan :h:

:60: Sekumtum Bunga
Ini bagi lelaki .. Letakkan sekumtum bunga di hadapan pintu rumahnya di pagi-pagi hari .. Mesti si dia seronok gila bila tengok bunga ada di di depan pintu rumah sebelum pergi keje or kolej . hehe .Walaupun harga sekumtum bunga itu agak murah tetapi nilainya pada si dia amatlah berharga dan lebih berharga daripada harga harta bendanya sendiri . hehe :h:

:54: Message Puzzle
Ini menarik untuk dipraktikkan . Korang buat sebaris ayat cinta.. Kemudian potong kan nya , menjadi puzzle.. Berikan pada si dia untuk mencantumkannya. For sure korang takkan menyesal punya bila lihat reaksinya menyelesaikan puzzle tu. Wah , romantiknya ! :h:

:47: Puisi Romantik
Luahkan cinta korang tu melalui puisi atau madah ciptaan korang sendiri dan berikan kepadanya. Lebih baik lagi korang semburkan lah minyak wangi kesukaannya di atas kertas itu . Cara ini akan mengingatkan si dia pada kamu sentiasa. :h:

:33: Love List
Berikan si dia senarai atau 10 sebab kenapa korang mencintai si dia. Tuliskan dengan ikhlas dan jujur . Sebaiknya , korang hantarkan melalui pos kepadanya. Kalau korang hantarkan sendiri . ia nya tak menunjukkan ianya istimewa . Malah , perkara yang biasa je tuh . hehe . Cuba lah , pasti si dia , akan lebih mencintai diri korang . :h:

:27: Gambar Terbaik
Korang tengok balik gambar-gambar yang korang pernah 'snap' dengan si dia.. then korang carilah gambar yang cantik dan ada kenangan manis . orang Framekan gambar tersebut , dan hadiahkan kepada nya! Pasti si dia suka dan tersenyum melihatnya ! Try lah .hee~~ :h:

:108: Hadiah Buatan Sendiri
Bagi yang ada kelebihan menjahit , bolehlah korang gunakan kelebihan yang korang ada . Korang buatlah skaf untuk si dia .Tak pun , korang beli sapu tangan ke , jahit nama korang dengan si dia . Dan hadiahkan lah kepada nya . Dan kepada orang lain yang tak tahu menjahit , korang boleh jugak buat kad sendiri yang cantik dan menarik . mesti si dia kagum dengan kamu . Dalam kad itu , boleh lah korang luahkan perasaan cinta kepada si dia . korang pulak , cubalah dengan cara ini yer. :h:

:81: Kongsi Rahsia
Ok , ini pun menarik . Korang beritahu lah rahsia korang kepada si dia yang tidak pernah korang beritahu pada sesiapa termasuklah mama n papa korang . Si dia pasti akan berasa bangga dan dihargai kerana korang begitu mempercayainya. Dengan cara ini , dia sudah yakin yang korang betul-betul mencintainya! :h:

:74: CD Lagu kegemarannya
Hadiahkan CD lagu kegemarannya . tetapi , biarlah yang berunsurkan cinta . Pasti dia menghayati lirik-lirik lagu yang kamu beri kepada nya . Kata kepada yang lagu itu , amat bererti bagi korang sebab ianya mewakili hati korang untuk si dia . hehe . menarik kan ? :) :h:

:64: Menonton Wayang
Hehe , biarpun korang bercinta, namun ada jugak citara korang dengan si dia yang berbeza kan ? Apa kata , korang korban kan sedikit , untuk menonton movie kegemarannnya , biarpun korang berkorban , dari situ , si dia akan lebih sayang korang dan mengetahui ,bahawa korang benar-benar mencintainya. dan si dia yakin yang korang boleh mengikut ke mana saja kerana cinta korang tu. Dan lagi satu , bila dah tengok wayang tuh , jangan dibuang pulak tiket wayang tu . kumpul dan simpanalah . satu hari nnti , korang tunjukkan yang korang masih simpan lagi tiket-tiket wayang tu sbg kenangan korang dengan si dia ^^ :h:

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Tips: Upkan Follower Dengan Cepat

Hye.. morning.. 
hari ni kerjanya blogwalking kt blog orang.. tengok smuanya cantik2 jer..hehe..
so, ada jumpa 1 blog tu.. punyalah ramai follower.. 58k tau..
so, mari kita sama2 usaha untuk dapatkan follower yang ramai jugak...he

 Blogwalking (BW)
Haaa . kalau korang nak orang follow korang enn .. Korang kena selalu BW kat orang nyer blog .. Dah BW tuh.. jangan lupa lak tegur2 owner blog tuh.. Send lah apa2 kat Shoutbox dorg.. Tapi .. jangan pulak Say : hi jer.. .Kang . Owner tuh tak layan korang.. cam ner dorg nak g kat blog korang kan ? :)

Follow Blog Orang Lain 
Hehe . Yang ini , lagi cepat kalau korang nak upkan blog korang... dah send sumtink kat shoutbox tuh.. jangan lupa lupa pulak follow dorang tuh.. n bgtaw diorg .. yg korang follow blog tuh ekk !:) Kalau hati dorg baik.. insyaAllah.. dorg akn follow korang balik yaww! hehe:) Ye lah .. semua bloggers berhati baik lah ! Ye ,tak? huhu . Follow sebanyak mana yang korang mampu ok!! :) ^_^

Letak Link Dekat Link Exchange
Ye ! Korang tahu tak Link Exchange tuh apa ? Tak tahu ? Tengok kat blog Lyssa.. Bawah sekali.. ada link exchange kan .? haaa.. benda alah tuh lah.. kalau korang singgah blog yang ada benda tuh.. jangan teragak2 untuk letak link korang kat situ.. itu salah satu cara untuk upkan follower jgk .. mana tak nyer. kalau korang letak.. owner blog maybe akan bukak blog korang.. dan dorg mesti akan followe korang ! hehe ^_^


Post Kan Entry Yang Menarik
Wahh ! Entry yang menarik ?? macam mana tuh ? Haa..~ Macam mana2 je lah .. asalkan yang boleh menarik perhatian orang untuk baca apa yang korang post kan tuh !:) . Nasihat Lyssa .. "Korang jangan pulak post benda yang maki-hamun orang!" Setiap entry , mest ada maki-hamun orang...Alar.. kalau kadang-kadang tuh.. tak pe lah lagii . kalau selalu tuh.. tolong elakkan yea! .Takot orang tak bpe suka ngn cara itu ..hee~


Tinggalkan Komen di Entry Bloggers Lain
hehehe  . ini saja-saja lah .. kalau korang dah baca sesiapa punya entry , korang jangan lupa pulak tinggalkan komen.. walaupun komen biasa2 jer... asalkan tinggalkan jugak ! . Tinggalkan link blog korang sekali taw!! Kalau boleh , jadi lah commenters yang pertama! For sure nanti dorg akan pergi kat blog korang! hehe . And follow jugak.. maybe ^_^


Buat Tutorial Yang Berguna
Okee.. Yang ini terpulang kat korang lah erk ! . Tutorial niyh... bukan senang nak buatkan ! agak susah bagi orang yang baru belajar ! :) hehe . Dulu-dulu Lyssa pun terkedek-kedek jugak lah belajar wat tuto niyh. last2 . Tengok lah.. berapa banyak tutorial yang Lyssa share an kat korang enn ? hehe :)) Disebabkab itu jugak lah , follower Lyssa bertambah dar hari ke hari..!~ hehe :*


Join  Geng Blogger kat Facebook
hahaha  . yang ini .. mesti ramai yang dah tahu kan ? Korrang join geng2 blog yang ada kat facebook . Lyssa jamin, diorg kompom akan follow korang! hehe :) Kalau korang nak join klik link kat bawah ni yer! :))


credit : Lyssa Faizureen
(thanks a lot dear.. boleh diambil dan cuba praktikkan)

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Boleh mandi ke kalau anak demam?


Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun 
masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi.

•Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali anak ada selsema, alhamdulillah maksimum kene pun 3 hari.

•Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak yuu yee dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak everytime die batuk takpe die muntah lebih baik jadi semua lendir2 tu keluar)

•Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

•Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.

Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi....jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi..Even doktor turut pesan, jika anak demam ...pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap ....

Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susuibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru....jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Selasa, 3 September 2013

KHASIAT PELUK ISTERI


Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...