Rabu, 21 Ogos 2013

CCRIS dan PTPTN

gambar hiasan
Pegawai bank: "Maaf encik, berdasarkan maklumat kami encik tidak layak memohon pinjaman bank."

Peminjam: "Kenapa??"

Pegawai Bank: "Nama encik tersenarai dalam 'CCRIS', sebab tak bayar hutang PTPTN"

Peminjam: "Alaa..macamana la ni tuan?"

Pegawai bank: "Saya tak dapat nak tolong encik. Boleh saya tahu, apa tujuan encik membuat pinjaman ni?"

Peminjam: "Sebab saya nak langsaikan hutang PTPTN."

Pegawai bank: "??? &^%$#"

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Benjol

kesian hero.. benjol di dahi...
nampak pict di ats??
my hero benjol di dahi sbb jatuh tangga masa balik kampung tok gayah...huhu...
selokkk nangis.. tp kejp jer la..ksian tgk hero ni...

hero ni mmg aktif.. KIKA xpersn dia tertonggeng-tonggeng kt tepi tngga sbb nk capai penyapu... last2..tergolek.. tngganya nasib baik 1 jer..huhu...

rasanya kna bucu tngga kot.. sbb lps kna tu, tgk kt tmpt benjol tu ada lekuk..pastu trus naik mebult n membesar macm tu.. cpt2 KIKA tiup n baca selawat... amik hujung rmbut, bc selawt, hembus n tuam kt benjol tu....

siap tuam ngan bantal tungku tu lagi tau... huhu...
lama jugak nk surut benjol tu.. dekt seminggu... tp KIKA xbw g klinik pn lagi... agak2 ada darah beku ke ea klu benjol tu? sbb klu tnya org tua dia kata biasa la tu budk2 tgh naik.. benjol ke apa ke...

p/s: KIKA dlu rjin gak benjol sana sini.. mmg lasak, tp pendiam n pemalu..hahahaha...
Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

TIPS Menjaga Buah Pinggang



** Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

** Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

** Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

** Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

** Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

Mencegah adalah lebih baik dari merawat..


p/s: cer baca note no 2 tu... ganti mee ngan spageti... mcm sama la plak dgn menu hri ni.. carbonara spageti..hehehe...
Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Mata Panda


Assalamualaikum...n selamat pagi...

Hohohooo..nampak gambar yang tersebut seperti di atas???
Ni mmg btul2 mata panda... =P

Rasanya hari ni KIKA blh pnjm mata panda ni kot..sbbnya rasa xckup tdo n ngntuk yg amat...huhu..
Mana taknya, tdo awal sbb tdokn si hero...dlm kul 10 mcm tu... pastu kul 3 bgn solat isyak dlu... tp dlm tdo2 ayam sblm tu xdpt tdo nyenyak pn..sebab....

* fikir kena masak carbonara untuk member yg mengidam (masalahnya..dh la xpernah masak carbonara....hohoo.. KIKA ni chef terjun bleh la..kang buatnya tekak ibu mengandung xleh trima, makanya KIKA kna terima dgn hati terbuka) rasa mcm amik ujian memasak jer debornya...

KIKA ni jnis lemah lembut hati sikit klu thu org nk mkn apa2.. akn cuba ku penuhi wlupn xsdap sgt mcm chef2 masak tu...hoho..

sbb xnk la ank2 ibu mengandung ni kempunan atau org putih kata 'ngences'... kesian tau...
mcm hero KIKA.. dh setahun setengah pn still ngences lagi...huhu...

ada apa2 petua ke nk bg xnk ngences lagi?? (sempat lagi minta petua kan..heheh)

ok2.. smbung cerita tadi..=P
dh bgn kul 3 tu, solat... then ke dpur n keluarkn bhn2 utk buat carbonara yg dibeli di tunas manja.. pasaraya tu jer yg ada di sini okey...

so, bermula lah acara siap2kan bahan...pg kul 6 dh boleh msk jer.. kejap jer kot... tp dlm hati rsau gak..tkut x menjadi carbonara... kang jd hancurnara...kui3...

dh siap2kn bhn, potng2 smua... kul 3.30 siap dh... tp nk tdo smula, mata kelip2...xmo lelap... dan akhirnya lelap jugak.... tp tu pn xlena tdo..tkut terbabas bngun n xsmpt masak carbonara untuk member....
***besar jugak penangan carbonara ni kn....

akhirnya...jam 5.45pg, bgun mndi, solat n bermula aksi di dapur... 6.30 siap masakk... haha..hebat x?
rasanya ok, tp xthula tekak ibu mengandung kan....

dan kul 7pagi, KIKA disini..dihadapan PC, diatas kerusi, didalam office...

Huarghhh..ngantokkkk...

p/s: nnti KIKA upload resepi carbonara yg diolah jd resepi sendiri...hahaha...


Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Selasa, 20 Ogos 2013

Aurat yang mesti dijaga

PERKONGSIAN DARI USTAZ AMIR MUTAQQIN

Sayu hati...

Hari ini saya mandikan dua jenazah. Jenazah yg pertama adalah seorang bayi keguguran dan hanya baru berusia 6 bulan tetapi dah cukup sifatnya.

Yg kedua, saya mandikan anak kecil baru berusia 11tahun. Saya nak share dengan teman2 pasal anak kecil yg mulia ini. Anak ini anak yatim. Hanya ada ibu tunggal, mak saudara dan dua adik perempuan yg masih kecil. Bapanya meninggal empat tahun yg lalu.

Diagnosis (punca) kematian anak ini adalah demam panas. Yg menarik nak dikongsi adalah cerita ibu saudaranya tentang kisah beberapa hari sebelum arwah "pergi buat selamanya".

Arwah asyik mengira duit2 raya yang diperolehinya. Kadang2 sampai lima kali sehari sehingga ditegur oleh ibu saudaranya.

Apabila ditanya, abang nak beli apa? Ditanya kembali kepada ibu saudaranya....Maksu, cukup tak duit ni nak beli baju kurung ibu dgn tudung?

Ibu saudaranya bertanya, kenapa? Anak kecil ini menjawab...dia takut kalau dia mati, tapi ibunya tidak menutup aurat dan tidak berhijab sedangkan dia anak lelaki sulung. Ibu saudara hanya mampu terdiam dan mengalirkan air mata. Hari ini...semasa dia meninggal dunia, anak itu meninggalkan semua duit rayanya bersama sekeping nota...

"Ibuku sayang, duit yg along tinggalkan ini utk ibu. Ibu gunalah utk beli baju kurung yg tidak terbelah. Along harap sangat ibu beli dan pakai tudung. Bukan tudung yg nampak rambut...tapi hanya nampak wajah ibu yg cantik shj. Along syg ibu...along tak nak ibu masuk neraka. Ustazah kata, kalau tak tutup aurat nanti kepala dibakar. Along taknak ibu dibakar api neraka. Along sygkan ibu dan family kita semua... Sayang Ibu, ALONG"...

Kalau anak sekecil ini, takut akan api neraka...takkan kita tidak terasa akan bahangnya dan masih sanggup melakukan dosa kepadanya. Wallahualam.

Alfatihah buat Along Muhammad Fiqry. Terima kasih kepada Maksu yg sudi share cerita ini selepas saya kafankan jenazah along sebentar tadi. Moga Allah ampunkan dosa along, ibunya dan kita semua. Al Fatihah!

Amir Muttakin
Hospital Ampang, Selangor

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...