Memaparkan catatan dengan label islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label islam. Papar semua catatan

Isnin, 26 Ogos 2013

Perkongsian : Jom Couple

Life as a student, hidup seorang diri di rantauan tanpa pengawasan mak atau ayah, dengan keadaan sekeliling masing-masing mahu berpasangan, berkasih-sayang dan menyemai cinta.. sudah tentu, tidak kan terlepas sesetengah daripada mereka yang bergelar ustaz/ustazah ni, utk turut sama terjebak dengan agenda couple atau berpasangan ini.  Setiap kemaksiatan yang dilakukan cuba dimurnikan atas nama syariat yang kreatif dipesongkan oleh akal dan nafsu.. semakin lari dan jauh daripada syariat yang sebenar.. agama dijadikan passport untuk untuk meneruskan kebaikan kaca mata sendiri tanpa mempedulikan btsan syariat Islam yg sbnr..
                Cinta anta..anti…
Assalamualaikum, nt cht ke hari ni? Bangun qiam x, pg td?  Klas pg ni jgn luper ek.. jumper nnti.. uhibuki lillah”.. tersenyum aryn tatkala membaca sms yg ditrimanya.. “syukran, akhi.” Taip Aryn ringkas dan send..
Senyumannya bibir mugil itu semakin lebar apb teringtkn msgdan miskol yg diterimanya semalam utk mengejutkn bangun qiammulail, dy senang sekali kerna hari ni, jiwanya terasa tenang ats kekusyukan tahajuddnya smalam dan dy bisa mhdpi hari ini dgn lbh baik.. 
                Hari.. hari yang dilalui bersama si dia yang bernama Rayyan itu terasa bagai rahmat Ilahi buat Aryn.. Rayyan, seorang Hafizz lepasan diploma Darul Quran JAKIM yg kini bersama-samanya mengambil Degree di salah sebuah IPTA terkemuka di Malaysia.  Pertemuan pertama mereka semasa Minggu Mesra Pelajar telah membuahkan bibit cinta yang dari hari ke hari mekar bagai bunga-bungaan yang disiram air setiap hari, namun, atas nama ustaz/ustazah, masing-masing hanya memendam perasaan di dalam hati. Setelah hampir dua tahun hubungan yang terjalin antara mereka hanyalah atas nama persahabatan.. peristiwa Rayyan menyelamatkan Aryn yang lemas di Sungai Lebam semasa aktiviti berkayak semasa menyertai Program Anak Angkat di Johor menyatukan mereka di atas nama cinta...
                Namun, sebagai pelajar Pengajian Islam, bukan mudah untuk mereka bergelar couple.  Dating hanya di luar itupun bersama teman-teman.. nak berdua-duaan? Sudah tentu mustahil.. sms dan YM penguat kasih dan sayang..  setiap kali sebelum tidur, Rayyan pasti tidak lupa untuk menelefon Aryn dan mengucapkan selamat malam..   Aryn pun begitu, setiap kali ada masa terluang, pasti dia akan mencuri-curi memasakmakaroni kegemaran Rayyan dan mereka akan makan bersama-sama di Tasik Fakulti Alam Bina. 
........................
                “Akhi, cinta kita ni, diredhai Allah kan? Kita x pegang-pegang tangan, x bonceng, selalu bertukar-tukar msg tazkirah, akhi x pggl ana sayang, ana x panggil akhi sayang atau abang..  n, plg penting, parents kita pun redha hubungan kita kan?” lunak suara Aryn menyoal Rayyan di suatu petang di perpustakaan semasa sedang menyiapkan asgment Pemikiran Islam Semasa.
                “mestilah, bercinta mcm ni, yang dituntut dalam Islam, hehe..”, sengih Rayyan. 
______________________________________________________________
                Kisah di atas hanyalah sekelumit kisah cinta yang mengerumuni hidup siswa siswi di kampus..
                Atas alasan perbincangan, tazkirah, kejut qiamulail dan macam-mcm lagi la yg berbau keislaman mereka halalkan hubungan yg terjalin.  Lebih-lebih lagi, dengan pengaruh nasyid fatwa cinta kontemporari hari ini yang enak mendendangkan lagu-lagu cinta yang islamic.. hangat lagilah bunga cinta yang sedang mekar..pada hakikatnya, semua itu hanyalah mainan perasaan dijahiti bisikan syaitan yang sentiasa mendorong utk melihat kebaikan dalam noda.  Alam remaja merupakan usia keemasan bg seseorang.. tetapi setakat mana kita faham hakikat cinta yang sebenar? Tuntasnya cinta sesama manusia  harus menjadi wasilah kepada kecintaan yang lebih luhur pd Ilahi..
                Cinta adalah fitrah.. dan fitrah adlh suci.. (sense of belonging)-ingin memiliki dan dimiliki.. Tapi, bila kesucian dcemari dengan nafsu amarah.. maka, fitrah itu sudah lari dari landasan yg benar.. mmg benar, Islam tdk mhalang cinta lelaki dan wanita, namun setakat mana kefahaman kita akan ikhtilat yg dibenarkn spnjg bercinta? Jelaskah kita sejujurnya bercinta bagaimana sbnrnya yg dikatakn bercinta cara Islam?..
                Jika benarlah, kita mengaku, kita tahan diuji dgn ujian sblm perkahwinan, kita mampu kawal nafsu dan diri drpd melampaui batas ikhtilat dlm Islam.. adakah diri sendiri yg mengawal takdir? Allah ciptakan manusia, Allah Maha Mengetahui kelemahan manusia, maka, ditegahNya manusia mendekati perkara yg membwa kpd goyahnya iman, takut-takut kecundangnya manusia.. sejarah Adam dan Hawa.. peristiwa memakan buah khuldi yg akhirnya Adam dan Hawa diturunkan ke dunia.. Firman Allah :Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, danjanganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim. (al-Araf:19).. tegahan Allah dlm ayat ini spy tidak menghampiri perkara yg ditegah, kerana Allah Mengetahui, manusia itu lemah, dan syaitan itu sentiasa mengajak kpd kebatilan.. sekali kita jejak kaki ke arah menghampiri perkara yg ditegah itu.. sungguh!.. susah nk patah balik... gitulah ibaratnya larangan menghampiri zina.. bercinta sblm kahwin termsk dlm perkara syubhah yg dikhuatiri menghampiri zina.. sekuat manapun iman seseorang itu, kalau dah namanya insan biasa (bukan Rasulullah yang ma’sum) maka, bila-bila saja, boleh terjelopok di lembah dosa..
                Hakikatnya, Allah Taala telah menetapkan satu jalan utk bercinta dan pada masa yg sama dilimpahi keredhaan dan rahmat Allah.. APA?..
PERKAHWINAN
Cinta dalam Islam hanyalah setelah sah ijab kabul.. cinta yg bermaruah, kudus dan suci..
Islam melarang sesuatu perkara, ttp tdk bermakna ianya tergantung di situ.. fitrah itu dipenuhi dengan galang ganti yg lebih baik.. jika Islam melarang bercinta lelaki dan perempuan sblm ada ikatan yg sah.. gantiannya, bahtera rumah tangga yg penuh barakah dan rahmah..
Sabda Rasulullah s.a.w :
Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah.”    (Ibnu Majah).
Ajal maut, rezeki serta jodoh adlh tiga perkara yg sudah ditetapkn sejak azali penciptaan manusia.. maka, usah kecewa dan risau mahupun gundah-gulana takutkan diri membujang hingga ke tua.. jika ada jodohnya, akan ketemu jua suatu hari nanti, jika tdk pun, menantinya si dia di syurga yg kekal abadi..
Hakikatnya...
...’Couple’lah dengan Yang Maha Satu, nescaya cintamu berbalas...

BERCINTA YANG SEBENAR-BENARNYA:
1. Banyak mengingat dan menyebut kekasihnya..
surah Al-Ahzab ayat 41 :
"Wahai orang-orang yang beriman, sebutlah nama Allah dengan sebutan yang banyak"
Namun, cinta tak cukup dengan hanya melafazkan sahaja.mesti hadir ikhlas dlm hati..
Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 142:
"Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya' (dengan solat) dihadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut nama Allah kecuali sedikit sahaja"
Zikr dan byk mengingati Allah, sesungguhnya dgn mengingati Allah, hati akan mjadi tenang.. dapatlah jugok pahalanya dr duk tingat kat gewe nuh..(teringat akan pasangan)..
2. Rasa rindu untuk bertemu kekasih
Kekasih kita yang abadi.. bila pertemuannya? Tidak lain tidak bukan ketika di hujung nyawa.. rindunya ‘abid pd TuhanNya, sentiasa mendambakan syahid dan Husnul khatimah..
3. Merasakan asyiknya berbicara berduaan dengan kekasih
Berbicara dgn kekasih hati? Sudah tentu ketika solat dan munjat hambaNya.. bahkan bacaan dalam solat kita, setiap satunya merupakan dialog tdk lgsg yg berlaku dgn Allah Ta’ala..
“Beribadah kepada Allah dalam keadaan seakan-akan kamu melihat-Nya. Jika kamu tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihatmu...”

4. Rasa cemburu dan marah apabila kekasih diganggu atau direndahkan
Muhasabah diri, setakat mana, kita merasa marah dan terganggu apabila Allah dihina oleh umat agama lain yg memusuhi Islam? Setakat mana, kita cemburu, apabila orang lain berpeluang beribadah lebih daripada kita tika dinihari, berpeluang bersama RabbNya, sdg kita enak dibuai mimpi mainan syaitan??
5. Bergetar apabila disebut nama kekasih
Sepertimana yang disebut dalam surah Al-Anfal ayat 2:
"Orang-orang mukmin itu hanyalah mereka yang apabila disebut nama Allah bergetar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah bertambahlah keimanan meraka..."
SURAT CINTA DARI KEKASIH
AL-QURAN.. kitab suci dari langit diutuskan melalui lisan rasulNya.. namun, adakah kita betul-betul menghargai surat-surat agung yang terkandung didlmnya?

Kenyataannya, layakkah kita bercinta sesama manusia dengan penuh pengharapan redha dan rahmat daripada Allah ats hubungan yg terjalin.. sedangkan cinta kita dengan pencipta tidak smpai sejengkal.. cinta kepada manusia lebih daripada itu?
Usah berbicara ttg cinta anta anti mahupun couple islamic.. jika cinta itu berhaluankn nafsu semata-mata, bukan kerana Allah..
Fikir-fikirkanlah...



Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Selasa, 20 Ogos 2013

Aurat yang mesti dijaga

PERKONGSIAN DARI USTAZ AMIR MUTAQQIN

Sayu hati...

Hari ini saya mandikan dua jenazah. Jenazah yg pertama adalah seorang bayi keguguran dan hanya baru berusia 6 bulan tetapi dah cukup sifatnya.

Yg kedua, saya mandikan anak kecil baru berusia 11tahun. Saya nak share dengan teman2 pasal anak kecil yg mulia ini. Anak ini anak yatim. Hanya ada ibu tunggal, mak saudara dan dua adik perempuan yg masih kecil. Bapanya meninggal empat tahun yg lalu.

Diagnosis (punca) kematian anak ini adalah demam panas. Yg menarik nak dikongsi adalah cerita ibu saudaranya tentang kisah beberapa hari sebelum arwah "pergi buat selamanya".

Arwah asyik mengira duit2 raya yang diperolehinya. Kadang2 sampai lima kali sehari sehingga ditegur oleh ibu saudaranya.

Apabila ditanya, abang nak beli apa? Ditanya kembali kepada ibu saudaranya....Maksu, cukup tak duit ni nak beli baju kurung ibu dgn tudung?

Ibu saudaranya bertanya, kenapa? Anak kecil ini menjawab...dia takut kalau dia mati, tapi ibunya tidak menutup aurat dan tidak berhijab sedangkan dia anak lelaki sulung. Ibu saudara hanya mampu terdiam dan mengalirkan air mata. Hari ini...semasa dia meninggal dunia, anak itu meninggalkan semua duit rayanya bersama sekeping nota...

"Ibuku sayang, duit yg along tinggalkan ini utk ibu. Ibu gunalah utk beli baju kurung yg tidak terbelah. Along harap sangat ibu beli dan pakai tudung. Bukan tudung yg nampak rambut...tapi hanya nampak wajah ibu yg cantik shj. Along syg ibu...along tak nak ibu masuk neraka. Ustazah kata, kalau tak tutup aurat nanti kepala dibakar. Along taknak ibu dibakar api neraka. Along sygkan ibu dan family kita semua... Sayang Ibu, ALONG"...

Kalau anak sekecil ini, takut akan api neraka...takkan kita tidak terasa akan bahangnya dan masih sanggup melakukan dosa kepadanya. Wallahualam.

Alfatihah buat Along Muhammad Fiqry. Terima kasih kepada Maksu yg sudi share cerita ini selepas saya kafankan jenazah along sebentar tadi. Moga Allah ampunkan dosa along, ibunya dan kita semua. Al Fatihah!

Amir Muttakin
Hospital Ampang, Selangor

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Khamis, 18 Julai 2013

Kenapa wanita sakit ketika melahirkan anak?

Selalu ibu-ibu yang akan melahirkan anak mengalami kesakitan yang tidak digambarkan dengan perkataan atau tulisan. Kesakitan tu sebenar memang telah dinyatakan dalam al-quran.



Soalan ini telah dijawab di dalam Al-quran, Surah Al-Ahqaf ayat 15 yang Ertinya,
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu). ”
Lihat, kesakitan seorang ibu ketika hamil dan mahu melahirkan anak itu ada diterangkan dalam al-quran bahawa melahirkananak itu memang sakit. “telah melahirkan dengan menanggung susah payah”
Ayat Tuhan manakah yang hendak kamu dustakan?
Dan wajarkah seorang anak hendak membantah, melawan , menengking ibunya?
Mampukah seorang suami menidakkan seorang isteri yang bersusah payah melahirkan zuriatnya?
Adakah seorang ibu dan isteri itu pernah mengharapkan bayaran ganti rugi kesakitan yang ditanggungnya?
Fikir-fikirkanlah wahai para suami dan anak-anak.

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Rabu, 3 Julai 2013

BUKAN HANYA KERANA ISTERI


Suami yang mencuci baju sendiri bukan kerana ingin menyenangkan isterinya, bukan kerana takut tangan isteri menjadi kasar.
Tapi kerana Rasulullah SAW pernah mencontohkannya.

Suami tidak bersuara keras pada isteri bukan kerana takut dengan isterinya keluar dari rumah,
Tapi kerana Rasulullah SAW pernah mencontohkannya.

Suami sabar dan diam ketika isteri menuntut hal-hal diluar batas kemampuannya bukan kerana takut ditinggalkan sang isteri.
Tapi kerana Rasulullah SAW pernah mencontohkannya.

Suami tersenyum melihat isterinya cemburu kepada perempuan lain bukan kerana takut kepada isterinya.
Tapi kerana Rasulullah SAW pernah mencontohkannya.

Suami memakan masakan isterinya yang sedap ataupun tidak bukan kerana setakat ingin mengambil hati isteri.
Tapi kerana Rasulullah SAW pernah mencontohkannya.

Suami mencari rezeki untuk diberikan kepada isteri bukan kerana ia takutkan isteri dan tidak tahu menguruskan kewangan.
Tapi kerana Rasulullah SAW pernah mencontohkannya.

Suami menjaga anak-anak ketika mereka sakit bukan kerana mereka ingin meringankan beban isteri.
Tapi kerana Rasulullah SAW pernah mencontohkannya.

Berhentilah melakukan sesuatu kerana merasa isteri kita adalah nafas kita, jantung hati kita, kehidupan kita. Berhentilah melakukan sesuatu hal yang cuba dikaitkan dengan sesuatu yang romantik. Kerana lelaki yang romantik bukan lelaki yang selalu menurut semua kemahuan isterinya.

Lakukanlah kerana Rasulullah mencontohkannya. Sunah Rasulullah SAW. Jika kita melakukannya, maka hal itu dikira sebagai ibadah.

Akan tetapi jika tujuannya kerana isteri, suami hanya mendapat redha dari isteri tetapi bukan redha dari Allah. Maka berhatilah-hatilah kerana ibadah itu dinilai berdasarkan NIATNYA.


Semoga menjadi inspirasi dan menjadi renungan bagi sahabat yang lainnya


Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Rabu, 15 Mei 2013

7 KUNCI KEBAHAGIAAN...

SEBELUM TIDUR....7 KUNCI KEBAHAGIAAN...

Menurut Saidina Ali bin Abi Thalib RA, 7 Kunci Kebahagiaan adalah:

1. Jangan membenci siapapun, walau ada yang menyalahi hakmu.
2. Jangan pernah bersedih secara berlebihan, sekalipun problem memuncak.
3. Hiduplah dalam kesederhanaan sekalipun serba ada.
4. Berbuatlah kebaikan sekalipun banyak musibah.
5. Perbanyaklah memberi walaupun anda sedang susah.
6. Tersenyumlah walaupun hatimu sedang menangis.
7. Jangan memutus doa untuk saudara mukmin.

Ya ALLAH yang Maha Pengasih dan Penyayang...
✔ Muliakanlah orang yang membaca status ini.
✔ Lapangkanlah hatinya.
✔ Bahagiakanlah keluarganya.
✔ Luaskan rezekinya seluas lautan.
✔ Mudahkan segala urusannya.
✔ Kabulkan cita-citanya.
✔ Jauhkan dari segala Musibah.
✔ Jauhkan dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar....Aamiin ya Rabbal'alamin.

SEBELUM TIDUR

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Khamis, 8 November 2012

Rabu, 7 November 2012

Mengandung luar nikah???!!!

Assalamualaikum...
Hari ini KIKA rasa terpanggil untuk berkongsi isu ni. Tiba2 terlintas benda ni dan ianya isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Cuma bezanya samada kita sedar atau tidak situasi ini yang berlaku di sekeliling kita.

KIKA copy paste dari blog pejabat agama islam rompin..So, sharing la... moga bermanfaat
Kerenah pelanggan setiap kali berurusan di kaunter berbagai-bagai jenis. Ada yang mudah memberi kerjasama dan ada yang sebaliknya. Paling ketara adalah apabila berdepan dengan kerenah pelanggan yang tidak boleh bersabar. Di Pejabat Agama Islam amnya, orang awam akan mengetahui, Pejabat Agama adalah tempat menguruskan hal nikah,cerai dan ruju'. Pelanggan yang kurang bersabar kebiasaannya apabila mereka terdesak untuk menyelesaikan masalah tidak kira semasa membuat permohonan berkahwin, bercerai mahupun ruju'. Kes yang paling popular adalah apabila terpaksa berkahwin setelah perempuan disahkan mengandung.

Setiap bulan, kes mengandung sebelum berkahwin akan hadir di Pejabat Agama. Pada ketika ini, yang menangis atau malu bukanlah pasangan muda belia, sebaliknya ibu bapa pasangan. Apabila terjadi kes sebegini, segala prosedur@check list yang diperlukan untuk membuat permohonan berkahwin seboleh mungkin keluarga pasangan akan meminta untuk diberi kelonggaran. Segala jenis cerita akan dikeluarkan bagi mendapatkan simpati. Adakalanya kita memikirkan mengapa terlalu singkat akal fikiran manusia sekarang terutamanya belia. Mengapa perempuan sekarang terlalu mudah menyerah@memberi. Apabila telah sah mengandung, barulah maruah keluarga difikirkan.

Dari sudut mahu menasabkan anak yang dikandung sebelum berkahwin, peraturan Jabatan Pendaftaran adalah apabila membuat permohonan daftar kelahiran,jika didapati jarak tarikh pernikahan pasangan dan tarikh lahir anak kurang dari 6 bulan, anak tersebut tidak boleh di 'bin' atau di 'binti' dengan nama bapa. Terdapat juga pasangan yang tetap mahu anak tersebut diletakkan nama bapa dan perkara ini akan beralih pula kepada perkiraan mengikut bulan hijrah@Islam. Islam menetapkan anak boleh dinasabkan dengan nama bapa apabila jarak tarikh pernikahan dan tarikh lahir anak tidak kurang dari 6 bulan mengikut kiraan bulan hijrah.

Realitinya, akhlak anak muda sekarang kritikal akibat pergaulan yang terlalu bebas. Remaja sekarang menganggap soal maruah keluarga adalah tidak penting. Yang penting keseronokan yang dikecapi tanpa memikirkan kesan pada masa akan datang.

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Bercinta dalam islam?? bagaimana...


Remaja selalu bertanya apakah salah kami bercinta? Tidak,bercinta memang tidak salah justeru ia adalah fitrah semulajadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai adalah instinc. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasadnya perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah untuk merasainya. Namun Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja.
Dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaanya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar oleh remaja. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah berlakunya cinta terlarang yakni cinta yang menafikan peraturan Tuhan. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan
berlakulah kekalutan dan kemusnahan.
Mengapakah perlu ada peraturan cinta? 

Jawabnya, kerana Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang, akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudahpun
mengajar kita nahawa jangan sekali-kali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Tuhan. Cinta yang terlarang, adalah cinta yang sudah dicemari oleh kehendak nafsu dan kepentingan diri.Keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak tahan lama. Sudah dapat apa yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejar, cinta akan terkulai dan bersepai.

Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi berbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala hingga seseorang akan menjadi hamba kepada siapa yang dicintainya. Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintai. Lupalah diri pada Pencipta cinta kerana terlalu asyik dengancinta yang dikurniakan-Nya. Ah, bagaimanakah perasaan kita agaknya, jika seseorang begitu leka dengan hadiah hingga terlupa bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya?

Tuhan kerap terpinggir dalam hubungan cinta yang terlarang. Hukumnya dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhram. Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan begitu syaitan adalah orang yang ketiga. Lebih dari itupun banyak berlaku. Semuanya seolah-olah halal hanya kerana cinta.  Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarangpun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan bohsia, bohjan, buang bayi dan zina. Ketika itu indahkah cinta?
Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan-raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak, tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan.
Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta? 
Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta Allah.
Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Allah memberi kita fitrah itu lalu kita niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kepada-Nya. Cintailah sesiapapun tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai Allah. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk Allah. Soalnya bagaimana? Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau perempuan menyempurnakan agamanya. Sabda Rasulullah SAW: Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya. Oleh itu usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka. 
Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta samada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya Cinta Monyet!

Selain itu hendaklah dipastikan semasa menjalinkan hubungan cinta tidak ada hukum Allah yang dilanggar. 
Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara-perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta juga jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. Remaja tidak seharusnya mengeluh dan berkata, cinta apa namanya ini jika tidak ada dating, perbualan talipon secara marathon, surat cinta, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman? Yakinlah tidak ada keindahan dengan melanggar
peraturan Tuhan. Putus cinta, frust cinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang putus tanpa sempat menempuh perkahwinan.

Allah Maha Mengetahui dan Maha menyayangi. Segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadap hamba-hamba-Nya. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika ditakdirkan cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga tempat pertama yang melahirkan cinta! Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah.

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...