Isnin, 26 Ogos 2013

Tips: Putihkan Gigi



Assalamualaikum 

Kenapa Gigi Kuning ?
  • Amalan pemakanan 
  • Kejadian plak 
  • Pengambilan ubat-ubatan 
  • Penggunaan cecair pencuci mulut 
  • Merokok 

Jom Jaga Gigi !
  • Pilihlah berus gigi yang bersesuaian dengan mulut dan gigi . Sama ada jenis yang lembut , sederhana mahupun keras . 

  • Kamu juga digalakkan memberus gigi setiap dua kali sehari iaitu waktu pagi dan sebelum kamu masuk tidur .

  • Penjagaan terbaik ialah dengan memberus gigi setiap kali kamu selesai makan . ia bertujuan untuk menjaga kebersihan gigi .

  • Kerapkan menukar berus gigi . Kalau boleh dua bulan sekali . ini adalah kerana bakteria muda wujud pada berus gigi jika digunakan terlalu lama . 

  • Rajinkan diri kamu untuk melakukan pemeriksaan dan rawatan gigi setiap enam bulan .

  • Bagi penggemar teh dan kopi . kurang-kurangkanlah pengambilannya ya . Ia merupakan salah satu penyebab kepada kekuningan gigi . 

Tips Putihkan Gigi

Arang 
  • Tahukah kamu , arang mampu memutihkan gigi seperti asal . Caranya mudah saja ! kamu hanya perlu tumbuk arang sehingga halus kemudian gosokkan pada gigi dan kumur dengan air putih . Amalkan selalu untuk mendapatkan kesannya . 

Garam Halus
  • Kebanyakkan daripada kamu pasti tidak tahu sebenarnya garam halus juga mampu memutihkan gigi yang kuning . Caranya , taburkan sedikit garam diatas ubat gigi  dan berus gigi lebih kurang lima minit . Lepas itu kumur .

Buah Pinang
  • Kamu hanya perlu ambil buah pinang yang sudah kering . kemudian bakar hingga menjadi arang . gosokkan pada gigi dan biar seketika . kemudian kumur hingga bersih .

Asam Jawa 
  • Goreng biji asam jawa tanpa minyak . kemudian tumbuk hingga halus . lalu gosokkan pada gigi .
Lupa nak beritahu . Jangan letak garam setiap hari pula . Luruh kang gigi . Tak kee naya . Haha .


Thanks to http://faraathira.blogspot.com/2013/06/tips-putihkan-gigi.html
Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...