Selasa, 10 September 2013

Demam Denggi: Tanda2 dan Penawarnya

Hari ni nak share info tentang denggi dan penawarnya..
Entri ni ditulis untuk dikongsi..sebab adik kawan ika warded dh 3 hri sbb kna demam denggi.. sambil2 ika cari maklumat berkaitan dengannya dan tips merawat, so, ika share kan untuk u all jugak..
harap ianya dapat membantu =)


Tanda-Tanda Demam Denggi

Ciri-ciri klinikal demam denggi berubah-ubah mengikut umur pesakit:

Bayi dan kanak-kanak mungkin mengalami demam yang sukar dibeza-bezakan beserta dengan kemunculan ruam. 

Orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih tua mungkin mengalami sama ada sindrom demam yang tidak serius ataupun demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk, ruam dan sakit di belakang mata, otot dan sendi. 

Pendarahan kulit adalah fenomena lazim. 
Penyakit ini lazimnya bermula dengan peningkatan suhu badan yang mendadak, diikuti gejala-gejala lain yang tidak khusus seperti merah muka dan lain-lain gejala demam denggi yang tidak spesifik. 
Rasa tidak selesa di bahagian ulu hati (epigastrik), sensitif di bahagian rusuk kanan dan sakit di bahagian abdomen merupakan fenomena biasa demam denggi berdarah. 

Demam selalunya berterusan selama 2-7 hari dan suhu badan boleh meningkat setinggi 40-41oC dan mungkin diikuti dengan kekejangan dan pendarahan. 

Pesakit biasanya sembuh secara spontan atau selepas diberi terapi cecair dan elektrolit (ion berasingan seperti natrium, klorida, potasium, bikarbonat dan lain-lain)

Sindrom Renjatan Denggi

Bagi kes-kes yang serius, keadaan pesakit merosot dengan mendadak selepas demam beberapa hari. Tanda-tanda kegagalan peredaran darah dapat dilihat:


Kulit pesakit menjadi dingin, lebam dan padat dengan darah terkumpul, sianosis sirkumoral (circumoral cyanosis) dan pesakit merasa tidak selesa. Seterusnya, melarat ke tahap renjatan yang kritikal.


Renjatan dicirikan oleh denyutan nadi yang lemah dan cepat, tekanan darah rendah (hipotensi)(keadaan ini menurun secara tidak normal), kulit menjadi dingin serta lembap dan terasa tidak selesa. Pesakit yang mengalami renjatan adalah dalam keadaan bahaya dan boleh mengancam nyawa jika rawatan bersesuaian tidak diberikan segera. 

Petua Penawar Demam Denggi

Sup Ketam.

Jika sesiapa mengidap demam denggi, Cari ketam segar dan dibuat sup. Sup ketam boleh menyembuhkan demam denggi. Jadikan makan ruji sehingga betul-betul sembuh. Minum Minuman bergas saperti 100 plus atau gatorade.

Daun Betik
Dapatkan daun pokok betik yang matang dan bersihkan daun itu. Blend atau tumbuk daun hingga hancur. Perah sebatian untuk dapatkan jusnya. Minum satu sudu kecil . amalkan selalu hingga sembuh..


Salam Sayang,

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Isnin, 9 September 2013

Bila Air Naik aka Banjir

Hari ni Isnin.. tapi kami masih dikampung.. nak tahu sebab apa??? alasannya ialah terkandas sbb air naik.. 2, 3 hari ni asyik hujan jer... bila malam hujan lebat.. 
rancangnya, ptg ahad nk grak smula balik ke rompin.. so bergerakla..
tiba2........
apsal plak la jem ni.. pnjang plak tu.. ada accident ke??? ( msti bnda ni yg slalu kita fikir kan)
tup2..lalu plak trak tunda kete tu... (eh,, ye kot..).. pastu lalu plak kete polis.. tulis pegawai penyiasat PDRM... ah, sudah... macam teruk jer ni... huhu.. 

tengok tu..jem giler..dh bpe line dh
dalam 15 minit lebih kot kete xbergerak.. minyak gerak smpi 1 bar tu.. dh la minyak dh naik hrga, hri plak hujan.. kete xbergerak..auto plak tu..aiyaaa....
tp masih sabar lagi ni.. sbb nak blk.. esoknya nk keje kn... so jalan la slow..
dalam masa tunggu2 tu, tengok bnyk kete buat u-turn.. eh, apasal ni.. ( masa tu xingt pn yg kawasn tu mmg femes dalam kes air naik aka banjir).. 

nasib baik kete auto..xlenguh sgt main minyk..tp parokk minyak la..
tergerak la hati tnya pakcik yg naik motor yg buat u-turn tu.. 
pakcik tu kata air naik.. ada 2 tempat naik.. laaa....cmne ni..
risiko klu redah air naik ni org kata bolh rosk kete. (dah la kete bru servis semalam..hbs beratus gak..huhu)
sbb klu enjin tiba2 mati dlm air tu, bla start enjin smula, automatik air msuk dlm enjin kn... 
tp kitorng nekad, doa bnyk2.. redah jer air tu...lps tahap pertama.. sbb air makin lama mkin dlm.. kete plak makin bnyk... dh lps yg pertama tu pn rs dlm... smpi tmpt ok sikit, tgk dpn ada lg..tp ni lg dlm...alahaiiiii
pastu tgk dpn2 tu banyak kete berhenti..lampu emergency.. aiyooo..xnk tanggung risiko..

fuh..nmpk x air yg makin melimpah...

perasan cuaca di langit yg dh berubah dri awal jammed td? walhal gerak xjauh pn...1km xlps..

aiyoo..bnjir oo.. tp air ni kitorg redh jer.. tp tgk yg dpn, lg dlm..kitorang u turn la..

ambil keputusan untuk u -turn jugak..huhu.. g solat dlu untuk tenangkn hati...
(dalam masa sama, fikir apa penyelesaian.. samada nk tngguhkn perjalann- kena amik cuti, atau redah jer..)
masa ni ayah arif berbelah bagi nak cuti ke x.. bukan senang2 nak amik cuti..
akhirnya,. keputusan yg diambil balik kampung smula.. hohooo
mungkin ada hikmahnya kot..
so, sbb tu sempat tulis blog ni..hehee.. tp sekejap je la.. kul 10 nnti nk grak balik dh.. at least, dpt la arif bermnja lbh sikit dgn onninya di kampung.. =)

Salam Sayang,

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Ahad, 8 September 2013

Pulasan Oh Pulasan

Hye.. selamat berhujung minggu...
ramai yang sedang rehat2 tengok tv kan.. Ika n family pun sama.. kebetulan minggu ni balik kampung kt kota tinggi..hehe.. planning last minute.. ingat nak balik minggu dpn jer sbb adk yg kt matrik balik.. tp kna blk mnggu ni sbb nk berurut dengan tukang urut yang dh biasa tu.. Kebelakangan ni xsihat sangat badan, lps insiden yg muntah2 tu.. boleh baca kt SINI
sbb khamis tu xlarat, sakit kpala n berat sgt kepalanya, jd kna g klinik lagi. doc ckp myb angin n toksin dlm badan xabis keluar.. xd darah tinggi sbb doc tgk tekanan darah ok.. so, kna makan la ubat..
jumaat amik EL..sbb xlarat..perut pn xsdp lg.. ptg tu blk kg trus..hehe
ajaibnya, bla smpi kg...ok la sikit... cehh..ayat ngada2 konon sihat la bla blk kg halaman sndri..haha.. dh urut rs sdap sikit bdn.. perut pn dh ok.. cuma kpala jer la mcm pning2..xthu la knp..
kt kampung ni plak ada tok tu ada kebun pulasan punya la besr.. buahnya pun besr2.. sronok tgk.. jom2..xdpt bg korang rasa, bg tgk gmbr jer la..hehe

tengok..banyak kan buah pulasan






fuh..mmg sedap
Salam Sayang,

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Jumaat, 6 September 2013

Petua Orang Tua tentang BAYI...


1. Bayi tidak boleh ditegur jika badan gemuk, cuma katakan ‘semangat’ kerana ditakuti menjadi kurus.

2. Dilarang memicit mulutnya, nanti tiada selera makan.

3. Tidak boleh diletak bayi atas lutut, nanti mendapat sakit perut.

4. Sisa makanan bayi tidak boleh dimakan oleh ibu bapa, nanti melawan cakap.

5. Tidak boleh dicium sewaktu tidur terutama di atas ubun-ubun kepala dan pada pusatnya kerana dikatakan pendek umur.

6. Kain lampin tidak boleh direndam, nanti kembung perut.

7. Sewaktu bayi sedang tidur, kadangkala kita melihat dia tersenyum, ketawa dan ingin menangis. Jangan kejutkan kerana dikatakan bayi sedang bermain dengan urinya.

8. Tidak boleh menghembus mulutnya, nanti menjadi bisu.
Salam Sayang,

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Khamis, 5 September 2013

Sifat manakah yang tepat dengan diri anda?

Keunikan kita ialah variasi sifat yang berbeza. Salah satu keunikan manusia adalah mempunyai sifat yang berbeza antara satu sama lain. Dalam dunia psikologi, terdapat empat jenis sifat manusia. Setiap individu pasti memiliki beberapa dari jenis sifat ini.  
Sifat manakah yang tepat dengan diri anda?

SANGUNIS, SI POPULAR
Keperibadian yang menarik, punya sifat jenaka yang tinggi, suka menghidupkan suasana, emosional dan demonstratif, periang dan penuh semangat, serta kaya rasa ingin tahu.

 Dalam pekerjaan anda seorang yang kreatif, inovatif, antusiasme, sukarelawan, menjadi rujukan dan contoh semangat orang lain untuk bekerja. 

Sebagai seorang teman, mudah bergaul, mencintai orang lain, suka dipuji dan menyenangkan. Suka kegiatan spontan, merupakan figura seorang pemimpin sirkus.


MELANKOLIS, SI SEMPURNA
Berfalsafah dan puitis, serius dan tekun, analitis, mendalam dan seorang pemikir, menghargai keindahan, peka terhadap perasaan orang lain, idealis dan suka berkorban.

 Dalam pekerjaan, orang melankolis berorientasi pada jadual, seorang yang mementingkan kesempurnaan, punya piawaian yang tinggi dan rinci, tertib dan tersusun, perlu menyelesaikan apa yang dimulai. 

Sebagai seorang teman, melankolis adalah orang yang setia, sedia mendengar keluhan, hati-hati dalam berteman, sangat memperhatikan orang lain, terharu oleh air mata penuh belas kasihan. Pencari teman hidup ideal.


KOLERIS, SI KUAT
Berbakat pemimpin, dinamik dan aktif, berkemahuan kuat dan tegas, tidak emosional bertindak, tidak mudah patah semangat, memancarkan keyakinan, bebas dan berdikari. 

Dalam pekerjaan berorientasi matlamat, melihat seluruh gambaran, tersusun dengan baik, mencari pemecahan praktis, bergerak cepat untuk bertindak, mendelegasikan pekerjaan, menekankan pada hasil, berkembang kerana saingan. Orang koleris tidak terlalu memerlukan teman, mahu bekerja untuk kegiatan, mahu memimpin dan mengorganisasi, biasanya selalu benar, unggul dalam keadaan darurat.
PHLEGMATIS, SI DAMAI
Rendah hati, mudah bergaul dan santai, tenang, sabar, konsisten, simpati dan baik hati. menyembunyikan emosi, bahagia menerima kehidupan. 

Dalam pekerjaan, punya kemampuan administratif, menjadi penegah masalah, menghindari konfl ik, baik di bawah tekanan, menemukan cara yang mudah, mudah diajak bergaul, menyenangkan, pendengar yang baik, selera jenaka yang menggigit, suka mengawasi orang, mempunyai banyak teman, punya belas kasihan dan perhatian.

Salam Sayang




Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...