LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK)
1.
Rantai Nama
Aktiviti
:
i.
Pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan kecil (5
– 10 orang setiap kumpulan)
ii.
Mereka akan memperkenalkan diri masing-masing
dimulakan dengan fasilitator masing-masing.
iii.
Setiap ahli kumpulan akan menyebut nama diri
sendiri, dan giliran disebelah kiri pula akan memperkenalkan diri sambil
mengulang nama rakan yang disebelah kanan tadi.
iv.
Contohnya, nama saya Rashid bin Salem dan rakan
sebelah kanan saya Maimunah binti Rashdan.
v.
Begitulah seterusnya sehinggalah orang yang
terakhir dalam kumpulan perlu memperkenalkan semua ahli dalam kumpulan.
Nilai
/ rasional aktiviti : Membina hubungan dan suasana teraputik dalam kumpulan.
2.
Tag Nama
Aktiviti
:
1. Setiap
kumpulan akan dibekalkan sekeping kad manila, pen marker, tali rafia dan
gunting.
2. Setiap
kumpulan akan membuat tag nama masing-masing dengan kreatif menggunakan bahan
yang dibekalkan.
3. Tag nama
tersebut akan digunakan sepanjang program.
3.
Ikatan Kasih
Aktiviti
:
1. Pelajar
diagihkan setengah meter tali rafia.
2. Fasilitator
akan menyimpulkan tali rafia tersebut dan setiap pelajar dalam kumpulan
masing-masing akan memegang setiap bucu tali.
3. Ahli
kumpulan akan berusaha membuka simpulan tanpa melepaskan tali tersebut. Jika
ada yang terlepas, kumpulan tersebut dianggap gagal.
4. Akhirnya,
setiap ahli kumpulan akan berjumpa dengan pasangan masing-masing.
4.
Twin
Sharing
Aktiviti
:
i.
Pelajar diarah mencari pasangan masing-masing
dalam kumpulan
ii.
Setiap pasangan akan menceritakan tentang diri
kepada pasangan masing-masing (penerokaan kendiri)
iii.
Setelah itu, ahli kumpulan akan membentang atau
menceritakan tentang diri pasangan masing-masing dalam kumpulan kecil sambil
berdiri di belakang pasangan masing-masing sambil memegang bahu pasangan (jika
sama jantina)
Nilai
/ rasional aktiviti : Berkenalan lebih mendalam di dalam kumpulan serta
mewujudkan rasa penerimaan.
5.
Puzzle
Aktiviti
:
i.
Pelajar akan menyiapkan puzzle yang akan diedarkan
ii.
Berikan tempoh masa yang sesuai untuk mereka
siapkan puzzle tersebut (5 – 10 minit)
iii.
Jika belum selesai, sila panggil wakil setiap
pelajar ke hadapan untuk melihat demonstrasi menyiapkan puzzle tersebut yang
akan ditunjukkan oleh fasilitator.
iv.
Markah akan diberikan kepada kumpulan yang berjaya
menyiapkan puzzle.
v.
Setelah ada kumpulan yang berjaya menyiapkan
puzzle, beri arahan supaya pelajar mencipta bentuk yang menarik melalui puzzle
itu tadi.
Nilai
/ rasional aktiviti : Membina percambahan minda dan semangat kerjasama.
6.
Air Dalam Gelas
Aktiviti
:
i.
Sediakan gelas, tali, kertas A4, tiub motosikal
yang telah dipotong dan kayu penyapu.
ii.
Pelajar akan diarahkan untuk membawa gelas yang
berisi air tersebut tanpa menyentuh gelas tersebut menggunakan tangan/ jari.
iii. Fasilitator
akan memastikan tiada pelajar yang menipu dalam menjalankan aktiviti ini.
Nilai
/ rasional aktiviti : Kreativiti, percambahan minda dan semangat kerjasama.
7.
Simbol / Logo
Diri
Aktiviti
:
i.
Pelajar akan diarahkan untuk mencari satu benda
setiap seorang yang terdapat disekeliling mereka contohnya daun, pen, rumput
dan lain-lain.
ii.
Mereka perlu menerangkan dalam kumpulan kenapa
mereka memilih benda tersebut sebagai simbol atau logo diri mereka.
iii.
Setelah itu, kumpulan akan memilih benda yang
terbaik yang akan mewakili kumpulan masing-masing.
iv.
Aktiviti yang seterusnya, setiap ketua kumpulan
akan memilih benda yang terbaik untuk dijadikan logo bagi mewakili kumpulan
besar.
Nilai
/ rasional aktiviti : Membina konsep dan matlamat kendiri peserta
8.
Bendera / Logo
Kumpulan
Aktiviti
:
i.
Setiap kumpulan akan diagihkan 1 meter kain putih
/ kertas mahjong putih serta marker pen berwarna.
ii.
Pelajar akan diberi masa untuk menghasilkan
bendera kumpulan mengikut kreativiti kumpulan masing-masing dan bendera / logo
tersebut perlu mempunyai makna.
iii.
Setiap kumpulan akan melakukan pembentangan (5
minit)
Nilai
/ rasional aktiviti : Kreativiti & membina percambahan minda. Menetapkan
matlamat kumpulan.
9.
Si Buta Cerdik
Aktiviti
:
i.
Pelajar akan dibekalkan dengan kain penutup mata
bewarna hitam
ii.
Setiap pelajar akan ditutup mata dan dikumpulkan
mengikut jantina.
iii.
Pelajar dibawa berjalan / bergerak di dalam dewan
dan di luar dewan sambil tangan berpegangan antara 1 sama lain.
iv.
Untuk lebih seronok, lantik pelajar untuk
menganggu pergerakan mereka.
Nilai
/ rasional aktiviti : Penghargaan kendiri dan membina keyakinan diri.
10.
Permainan Duit
Aktiviti
:
i.
Pelajar diedarkan duit kertas / syiling yang
berlainan nilai setiap seorang.
ii.
Nilai bermula dari 1 sen sehinggalah duit RM1 akan
digunakan
iii.
Fasilitator akan mengarahkan setiap pelajar
berkumpul dalam kumpulan mengikut nilai terkumpul yang perlu disediakan
iv.
Contohnya, fasilitator akan memberi arahan supaya
dapat mengumpul duit untuk membeli beras yang bernilai RM2. Sila kumpul
rakan-rakan supaya dapat menghasilkan wang terkumpul sebanyak RM2.
v.
Pelajar yang berjaya mengumpul ahli kumpulan akan
diarahkan duduk supaya dapat mengenalpasti ahli yang tidak termasuk dalam
kumpulan.
Nilai
/ rasional aktiviti : Mewujudkan penghargaan kendiri dan semangat bekerja dalam
kumpulan. Setiap ahli kumpulan saling memerlukan.
11.
Straw
Aktiviti
:
i.
Straw minuman akan diedarkan setiap kumpulan (1
paket straw)
ii.
Pelajar diarahkan untuk menghasilkan apa-apa
sahaja bentuk bangunan dengan menggunakan bahan buatan dari straw ini sahaja.
iii.
Pelbagai bentuk bangunan akan dihasilkan dan
fasilitator akan menguji kekuatan / keteguhan binaan setiap kumpulan.
Nilai
/ rasional aktiviti : Kreativiti dan membina hubungan di kalangan pelajar.
12.
Ciptaan
Aktiviti
:
i.
Surat khabar lama dan masking tape akan diedarkan di setiap kumpulan.
ii.
Pelajar akan diarahkan mencipta baju pahlawan yang
menggambarkan masa depan seorang hero.
iii.
Untuk itu, setiap kumpulan akan memilih seorang
hero yang akan dipakaikan dengan pakaian tersebut
Nilai
/ rasional aktiviti : Pemimpin perlu mempunyai wawasan dan berpandangan ke
hadapan
13.
Surat adik angkat
/ abang angkat / kakak angkat
Aktiviti
:
i.
Kertas A4 akan diedarkan kepada pelajar
ii.
Kertas A4 akan dilipat empat (4) dan dipotong
kepada 4 bahagian.
Bahagian
1 : Ditulis nama penuh
Bahagian
2 / 3 / 4 : Disimpan untuk menulis surat
iii.
Bahagian 1 dilipat kecil-kecil dan dekumpulkan
dalam satu bekas / kotak sebelum diagihkan semula kepada setiap ahli kumpulan.
iv.
Nama yang diperolehi adalah adik angkat
masing-masing.
v.
Sebelum bermula setiap sesi, tulis surat kepada
adik angkat dan dikembalikan semula ke dalam kotak untuk dibaca atau diserahkan
kepada adik angkat masing-masing.
Nilai
/ rasional aktiviti : Mengenali diri melalui kaca mata orang lain. Sanggup
menerima kritikan bagi merubah diri kea rah yang lebih baik.
14.
Larian Lasak
Aktiviti
:
i.
Aktiviti luar yang berbentuk kembara di setiap
station yang mempunyai halangan atau tugasan tertentu.
ii.
Sediakan 4 – 6 station yang perlu pelajar lalui
dan perlu menyelesaikan tugasan di setiap station sebelum pelajar bergerak ke
station yang seterusnya.
Nilai
/ rasional aktiviti : Ketahanan diri & fizikal.
15.
Persembahan Kumpulan
Aktiviti
:
i.
Pelajar akan membuat persembahan mengikut kumpulan
di malam terakhir / masa terakhir program dijalankan.
ii.
Fasilitator boleh memberi tajuk / tugasan
persembahan atau pelajar memilih sendiri tajuk persembahan.
iii.
Fasilitator juga perlu menyediakan borang
pemarkahan yang mencakupi kreativiti persembahan, mesej yang ingin disampaikan
serta kerjasama yang ditunjukkan.
Nilai
/ rasional aktiviti : Pengalaman dan mencungkil bakat setiap peserta.
16.
Self-Conscious
(Aku Pelajar Hebat)
Aktiviti
:
1. Sediakan
muzik latar yang sesuai. Cth. muzik kitaro
2. Pelajar
akan diberi teks berbentuk sajak ringkas “Aku Pelajar Hebat”
3. Pelajar
akan membaca teks tersebut dengan penuh semangat dan fasilitator perlu
memainkan peranan untuk menaikkan semangat pelajar.
4. Selepas
itu, bagi peluang pelajar untuk meluahkan perasaan secara spontan.
Nilai
/ rasional aktiviti : Konsep kendiri dan motivasi diri.
17.
Rumusan Akhir Pemimpin
Aktiviti
:
1. Diakhir aktiviti
LDK, fasilitator akan merumuskan aktiviti dengan menggunakan paparan slide /
powerpoint tentang kepimpinan.
Nota
:
1. Fasilitator perlu
membuat refleksi setiap kali selesai menjalankan aktiviti LDK.
2. Dapatkan refleksi
/ respon daripada pelajar terlebih dahulu sebelum fasilitator membuat refleksi
akhir.
Fasilitator boleh menggunakan token seperti
gula-gula kepada pelajar sebagai penghargaan / peneguhan.