Memaparkan catatan dengan label rahsia memikat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rahsia memikat. Papar semua catatan

Khamis, 12 September 2013

Kelebihan Seorang Surirumah





Isteriku dulu
Seorang eksekutif di opis
Gaji dua tiga ribu agaknya
Paginya mengejut 3 anak yg masih lena
Lena ku terganggu juga
Anak di angkut ke rumah orang untuk di jaga
Bergegas ke opis nun di kota
Hebat bergaya penuh ceria
Tapi pada siapa ya
Pada anakkah pada suamikah ?
7 pagi menerjah alam
7 malam sampai pulang
Rumah tempat hinggap menghilang penat
Nasi bungkus siang malam
Hujung bulan duit lesap juga
Anak siapa jaga ?
Aku pening kepala
Tiada ketenangan jiwa
Aku keluh kesah entah mengapa

Kini isteriku
Surirumah sepenuh masa
Rumah ku ceria penuh bahagia
Anakku di jaga di depan mata
Budi di didik akhlak di bina
Agar besarnya nanti insan berguna
Sarapan disiap untuk suami tercinta
Dinner terhidang menunggu pulang
Taman indah sekeliling rumah
Anak ke sekolah di hantar di ambil
Tiada penghalang lagi
Masa terluang masjid dan usrah dikunjungi
Ilmu di dada bertambah sehari kesehari
Kasih sayang semakin jitu
Isteri tersayang semakin ayu
Rumahku kini Syurga ku
Tak sabar rasanya untuk pulang
Bersama isteri surirumahku
Berjemaah dan Mengaji bersama
Sebelum beradu di puncak kasih
Dialah Surirumah Idaman Hatiku !!

* Keluarga harmoni anak-anak cemerlang
* Sentiasa merasa cukup dan bersyukur

insyaAllah..yakin atas rezeki Allah...

Salam Sayang,

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Selasa, 3 September 2013

KHASIAT PELUK ISTERI


Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Selasa, 20 Ogos 2013

Jadilah pasangan Suami Isteri yang Baik


Isteri mengharap suami menjaga diri dan maruah perkahwinan ketika mencari rezeki. Suami pula mengharap isteri menjaga diri dan maruah perkahwinan ketika di rumah atau kepergian . Kalau kedua2nya setia menjaganya , bahagialah perjalanan perkahwinan mereka. Kalau salah seorang gagal menjaganya , terseksalah perjalanan perkahwinan mengenangkannya. Kalau kedua2nya gagal menjaganya, pincanglah segalanya....

Manusia tidak lepas dari kesilapan dan dosa , manusia diajar sentiasa memohon keampunan. Hanya cuma perlu diingatkan ' Buat baiklah berpada2 tapi jangan buat jahat walau sekali .... kerana walau seribu kebaikan yang kita pernah buat, tapi andai diselami hanya satu kejahatan, ia mampu untuk menutup segala kebaikan dek kerana BISA LUKA KERANANYA....

Jadilah suami yang baik...jadilah isteri yang baik.

Sentiasalah bermaafan walau siapa salahnya kerana kemaafan itu perbuatan yang mulia. Sukar mengakui kesalahan bukan dapat memuliakan diri tapi sebaliknya hanya mendidik diri lebih sombong kepada MAHA PENCIPTA . Mudahkanlah memohon maaf dan memberi maaf kerana ia sebahagian dari tanda HATI YANG BERSIH...

Kita menyerah, kita buat baik bukan kita rugi tapi kita hanya mencari redha-NYA , kita hanya mencari kemenangan untuk bekalan ke 'sana' nanti..

Andai LUKA bertakhta di hati, ingati ALLAH dan pohonlah pada-NYA agar diberi kekuatan untuk dapat berbakti dalam kewajipan dalam secubit kasih yang ada..Mudah2an ganjaran dari ALLAH tetap ada selagi ada ketaatan terhadapNYA .Insya ALLAH.

Wallahualam..


Semoga kita semua mendapat kebahagiaan dan pengajaran dari alam perkahwinan . Semoga kita tabah dalam mengharungi ujian2 di dalamnya . Semoga kita semua di jalan2 yang diredhaiNYA..amin

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Pesanan Untuk Suami Isteri

PESANAN BUAT SUAMI...

✔ Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang mempunyai cita-cita untuk menjadi isteri yang sholehah. Perkahwinan mengajarkan kita kewajiban bersama.

✔ Sekiranya isteri menjadi tanah, kamu adalah penaungnya. Sekiranya isteri menjadi ladang tanaman, kamu adalah pemagarnya. Sekiranya isteri bagaikan anak kecil, kamulah tempat bermanjanya.

✔ Seandainya isterimu tulang yang bengkok.. berhati-hatilah kamu meluruskannya!



PESANAN BUAT ISTERI...

✔ Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang mempunyai cita-cita untuk membina keturunan yang soleh. Perkahwinan mengajarkan kita kewajiban bersama.

✔ Sekiranya suami adalah nahkoda kapal, kamu adalah navigatornya. Sekiranya suami menjadi rumah, kamulah adalah penghuninya. Sekiranya suami sebagai guru, kamu adalah muridnya.

✔ Seandainya suami lupa.. bersabarlah kamu memperingatkannya !




Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...