Isnin, 2 September 2013

APA ITU KERACUNAN MAKANAN ?


Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar.

FAKTOR PENYEBAB KERACUNAN MAKANAN ?

* Makanan disediakan terlalu awal dan disimpan pada suhu bilik.

* Menyejukkan makanan panas terlalu lama sebelum disimpan dalam peti sejuk.

* Tidak memanaskan makanan pada suhu yang cukup tinggi untuk membunuh kuman.

* Memakan makanan yang telah dimasak yang tercemar dengan kuman berbahaya.

* Tidak memasak makanan pada suhu secukupnya ( tidak mematikan kuman ).

* Tidak mencairkan makanan sejuk beku secukupnya pencemaran silang antara makanan mentah dan makanan yang telah dimasak.

* Menyimpan makanan pada suhu antara 10 hingga 600 C.

* Membiarkan makanan dijamah terlebih dahulu oleh lipas, lalat, tikus dan binatang prliharaan seperti kucing dan burung.

* Pengendali makanan yang berpenyakit ( jari luka, bernanah ) dan mengamalkan tabiat buruk seperti merokok, mengorek hidung, telinga, meludah merata-rata, menggaru kepala atau anggota badan lain, bercakap-cakap masa mengendalikan makanan.

* Bahan mentah disimpan bersama-sama makanan yang sudah dimasak dan sedia untuk dimakan menyebabakan pencemaran silang. Bahan mentah terutama daging atau hasilnya harus disimpan pada suhu serendah 40 C.

* Memakan makanan lebihan.
APAKAH KESAN DARIPADA KERACUNAN MAKANAN ?

* Keracunan makanan boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal.

* Ia juga boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi yang berpanjangan atau kronik.

* Boleh menyebabkan komplikasi kehilangan cecair badan yang ketara akibat muntah dan cirit-birit hingga menyebabakan dehidrasi atau tubuh kontang terik. Ini seterusnya akan menurunkan tekanan darah ( tekanan darah rendah ), kegagalan buah pinggang, dan lain-lain lagi.

* Kehilangan garam kalium yang terlalu banyak dari tubuh mengakibatkan kekejangan otot termasuk jantung, sawan dan juga koma. Komplikasi lain termasuklah septisemia di mana kuman masuk ke dalam darah dan merebak ke seluruh badan.



BAGAIMANA UNTUK MENGELAKKAN KARACUNAN MAKANAN ?

Cara-cara untuk mengelakkan keracunan makanan :

* Sentiasa menjaga kebersihan.
- Basuh tangan dengan betul sebelum menyentuh makanan.
- Basuh tangan selepas keluar dari tandas.
- Basuh dengan bersih permukaan tempat makan atau penyediaan makanan dan
peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan.
- Pastikan kawasan dapur bebas dari serangga dan haiwan seperti tikus dan haiwan-
haiwan yang lain.

* Sentiasa pisahkan makanan mentah dari yang telah dimasak.
- Asingkan daging ayam dan makanan laut yang mentah dari yang telah dimasak.
- Gunakan peralatan seperti pisau dan papan pemotong yang berbeza untuk
penyediaan makanan yang belum dimasak.
- Simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah didalam bekas yang berbeza
untuk mengelakkan dari pencemaran silang.

* Sentiasa masak dengan sempurna.
- Masak dengan sempurna terutama sekali daging, ayam, telur dan makanan laut.
- Panaskan makanan atau lebihan makanan dengan sempurna.

* Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul.
- Jangan tinggalkan makanan pada suhu bilik lebih dari 4 jam.
- Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi didalam peti
sejuk.

* Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih.
- Minum hanya air yang telah dimasak atau air minuman yang dibotolkan.
- Pilih makanan yang segar dan berkhasiat.
- Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan mentah.

* Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan diluar. - Hindari dari gerai atau kedai makan yang kotor.

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Diriku diuji

Assalamualaikum...

31 Ogos.. orang sambut merdeka, tapi kitorang dok tgk dlm tv jer...
sbb bosan, ayah arif ajak jalan2...cuci mata dan sajer amik angin...
dari rompin smpi ke kuantan la jawabnya...hehehe

alang2 dh smpi kuantan, kononnya nak makan pizza la.. al maklumlah kt rompin ni mana ada.. tgk kt iklan big box tu macam best jer.. smua ada....
dah la banyk, murah plak tu...


konon2 nk pesan ni la... tp hampa dan kecewa sbb big box ni utk TAKE AWAY sahaja yer..huhu...
memandangkan perut dh lapar sgt..n nk mkan kt situ gak, so order la yg crunchy cheezy pizza tu.. ntah apa namanya ntah.. n mbh la deli wings tu.. buat hilang kmpunn big box..hohooo..

haa..amikk kauu.. harganya mengalahkan big box.. walhal klu big box tu siap ada spageti kn...=(.
makan la... tp biasala kan.. mkn piza cpt muak... 3 slice jer kitorg abis... ada baki lg 3slice... n bungkus.. konon dlm kete blh la makan plak...

lps mkn, solat n jalan2 dlu dlm giant tu..cuci mata.. time ni perut xsdp dh...pinggang pn sakit2.. tegang jer..huhu.. siap suruh ayah arif ketuk2 lagi blkg pinggang... 

dlm kul 3 lbh kitorg kluar dri giant, cuaca panas... so ayah arif ajak round pantai teluk chempedak plak... g la.. tp dlm kete arif ngamuk nk tido.. siap peluk dlu bru tdo.. pnat sgt kot... sbb dri bangun pagi xtido2.. so, KIKA pun join tido jugak.. sempat la baring di belakang seat kete tu..huhu... jadinya, xturun pun kat teluk cempedak tu.. just berhenti n rehat dlm kete jer.. lagipun cuaca panas lagi kot.. kul 4 lbh.. 

so, gerak balik... lalu ikut tanjung lumpur....
dh dlm kete ni..tba2 rs angin semacam jer.. macam angin dalm badan xlepas tau..huhu... buang angin pn x.. lps tu klu sendawa rs lain macam jer... 
smpi kt petronas kempadang tu, turun g toilet sbb perut memulas, tp xd bnda nk keluar.. tba2 rs lain mcm... uweekkkkk...abis muntah.. alahaiii, xsukanya part ni.. muntah2 bukan mengandung.. tp sbb angin xkeluar... 

huhu..rasa lega sikit bila muntah ni.. tp mmg perit n pahit2 la lps muntah.. trus g bli 100plus n jeruk2 konon nk hilangkn loya di tekak... mkn la sikit...
xlama lps jalan tu..dlm 10 minit kot...start dh buat perangai.. suh ayah arif cept2 berhenti kt tepi jalan.. buka pintu n trus muntah.. badan terbongkok2 dh muntah... perghh..perit giler...
masa tu xpeduli dah orang tengok ke, apa ke... yang penting tekakku xsdap, perutku meragam...huhuhu...

rasanya muntah tu dh abis smua kluar dh.. mmg lembik la... so minum air jer bnyk2...xnk bg kurang air kn... hurmm..xlama... konon2 smpi pekan nk cari farmasi nk bli ubat tahan muntah, tp xjmpa plak.. so, amik decision trus balik... xjauh mana pn lagi.... suh berhenti lagi.... uwekkkk...mmg kuar air smua... abis smpi pahit2 tekak ni..perit sgt2... mmg lembik sangat dh masa ni... nasib baik arif tido..so xla kelam kabut ayahnya nak drive lagi..huhu...

smpi2 rompin, hmpir kul 7..tgk farmasi tutup..alamak... cuti am kan... pastu klinik yg biasa g pn, tutup jugak...alahaiii... balik rumah trus la.. smpi rumh, muntah skali lagi... aduhhh...mmg pnat abis... pastu, bdn dah start menggigil...sejukk.. dari dlm kete lagi....sejukkkk... smpi aircond kete letk pling xsjuk.. so terbaring jer la... arif plak macam faham jer tengok ibu dia xsiht.. xbnyk buat perangai.. dia tengok jer ibu dia baring n lbh banyak dengan ayah dia..

Thanks ayah...jaga arif.. *)

lps maghrib, ayah arif nk bli makanan.... KIKA nak ikut sb nk g klinik.. tgk la mana2 klinik yg buka.. sbb mmg xtahan sangat dah..
Alhamdulillah, ada satu klinik buka.. Doc check suhu, 37.9.. demam dh  ni doc kata... ooo.. patut la rasa seram sejuk jer.. dh demam dh aku... agknya kurang air dlm bdn kot...
so, bla KIKA ckp dh muntah 4 round dri kul 5 ptg td.. doc pn pelik...
dia tanya ada g open house ke... takut salah mkn... KIKA ckp xd.. just makan kt luar jer...
n doc tanya lagi.. ada rasa krem atau ekjang x kat kaki.. KIKA kata xd.. tp klu kebas2 tu ada la sikit... Doc kata klu kejang2 tu bahaya gak la... kna g emergency..huhu...

so, doc diagnos KIKA sbb keracunan makanan... doc ketuk2 perut, mmg dengar bunyi angin... doc kata kembung... dalam hati nk tergelak pun ada... sbb dh tua2 pun ada kembung..ngeh3...

so, dpatla KIKA 5 jenis ubat berharga RM35...
bla mkn ubat tu, ok la sikit... lega la jugak.. tp ada plak masalah lain... bla mkn ubt yg buang toksin tu... bla perut meragam jer xleh tahan2 dh.. kna msuk blik air cpt.. (agknya cmni la kot klu org2 tua yg xdpt kawal buang air tu kan....sbb bnyk tgk citer dlm tv)

n sampi hr ni.. bla msuk makanan jer sikit, perut pn mergam.. still buang toksin kot..
p/s: kalau camni la hari2..blh kurus kot...huhu... tp KIKA nk badan yang sihat tanpa penyakit.. taknak KURUS TAPI SAKIT...


Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Sabtu, 31 Ogos 2013

31.08.13


Selamat menyambut Hari Ulangtahun Kemerdekaan yang ke 56..

Hari ni KIKA xg mana2 pun.. dari malam tadi xsedap badan.. perut meragam buat hal.. huhu
Tengok orang sambut merdeka kt rumah jer la.. tengok TV dengan si hero kecik..
Seronok tengok sambutan di Dataran Merdeka...

dan yang plaing comel adalah sepasang kembar yang baru berusia 2tahun lebih kot, lelaki.. pakai baju melayu yang dibuat dari jalur gemilang.. memang comel.. sorang pakai baju lambang bulan, sorang lagi bintang...hehe.. xsmpat nak snap gambr time tu....
Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Jumaat, 30 Ogos 2013

Metabolisme


Anda pernah jumpa seorang yang kurus, makan banyak setiap masa, tapi badan tetap kurus?

Ia disebabkan METABOLISMA BADANNYA YANG TINGGI..!

1. Tahukah anda, walaupun ada guna apa sahaja produk2 kurus (sapuan dan makanan), ia tidak akan berkesan atau lambat berkesan kerana metabolisma badan yang RENDAH.


2. Jika METABOLISMA BADAN TINGGI, maka KADAR PEMBAKARAN KALORI DAN LEMAK DI DALAM BADAN JUGA AKAN MENJADI TINGGI. Ia akan membuatkan lemak tidak sempat untuk bergumpal dan menjadikan anda gemuk.

3. Jadi, dengan MENINGKATKAN METABOLISMA badan dah cukup untuk menjadikan anda kurus. Lazimnya, untuk tingkatkan metabolisma ni, hanya satu cara sahaja, iaitu BERSENAM. Tapi anda ada masa ke?

MAKA...

Alpha Lipid Sd2 adalah jawapannya kerana;
1) Membantu meningkatkan tahap metabolisme anda. Exercise skit ja dah berpeluh2 msa mnum sd2

2) Mengandungi pelbagai vitamin yg memberikan anda tenaga semasa berdiet rendah karbohidrat.

3)Anda masih boleh mkn smpai kenyang ketika berdiet dgn mengambil protin dan sayuran dlm kuantiti yg byk....

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Ilmu Adalah REZEKI

Pada zaman dahulu, kayu api perlu diangkut ke dalam rumah. Dari kayu api terbitlah api. Api menjadi sumber kehidupan yang penting. Nasi dimasak, air dijerang dan rumah pun terang kerana adanya api.

Hari ini, kerja memasak nasi, menjerang air dan mencerahkan rumah boleh dilakukan dengan hanya satu sentuhan ; TEKAN SAHAJA SUIS ELEKTRIK.

Tekan itu sejuk.
Tekan ini panas.
Tekan di sana, menyala.
Tekan di sini, berputar.
Tekan itu, bersuara.
Tekan ini, bercahaya.

Hanya dengan tekan-tekan, banyak kerja diselesaikan. Ilmu telah mengubah cara kita melakukan kerja. Dengan ilmu, kerja menjadi mudah dan ringan. Ilmu adalah rezeki.

Tunggul kayu yang dahulunya sekadar menjadi tunggul, kini boleh diubah menjadi hasil kraf tangan yang bernilai. Ilmu mengubah tunggul kayu menjadi hasil kraf tangan adalah rezeki. Hari ini, sampah pun boleh bertukar menjadi duit.

Ilmu telah mengubah cara kita melakukan kerja. 
Dengan ilmu, kerja menjadi mudah dan ringan. 
Ilmu adalah rezeki.

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...