Jumaat, 30 Ogos 2013

Ilmu Adalah REZEKI

Pada zaman dahulu, kayu api perlu diangkut ke dalam rumah. Dari kayu api terbitlah api. Api menjadi sumber kehidupan yang penting. Nasi dimasak, air dijerang dan rumah pun terang kerana adanya api.

Hari ini, kerja memasak nasi, menjerang air dan mencerahkan rumah boleh dilakukan dengan hanya satu sentuhan ; TEKAN SAHAJA SUIS ELEKTRIK.

Tekan itu sejuk.
Tekan ini panas.
Tekan di sana, menyala.
Tekan di sini, berputar.
Tekan itu, bersuara.
Tekan ini, bercahaya.

Hanya dengan tekan-tekan, banyak kerja diselesaikan. Ilmu telah mengubah cara kita melakukan kerja. Dengan ilmu, kerja menjadi mudah dan ringan. Ilmu adalah rezeki.

Tunggul kayu yang dahulunya sekadar menjadi tunggul, kini boleh diubah menjadi hasil kraf tangan yang bernilai. Ilmu mengubah tunggul kayu menjadi hasil kraf tangan adalah rezeki. Hari ini, sampah pun boleh bertukar menjadi duit.

Ilmu telah mengubah cara kita melakukan kerja. 
Dengan ilmu, kerja menjadi mudah dan ringan. 
Ilmu adalah rezeki.

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...