Isnin, 19 Ogos 2013

Spaghetti Carbonara





Nyummy... Spaghetti Carbonara

Wawawa...ada member request spaghetti carbonara.. ingatkan dia sajer2 jer cakap nak makan tu.. tp rupa2nya, ada udang di sebalik spageti..hohooo

Memandangkn permintaan dengan alasan yang kukuh, maka kena berusaha keras untuk cari resepi dan share n try error untuk buat carbonara spagetti ni...


Jom cuba try test..=P


Resepi di copy paste:-

Bahan-bahan ( 3-4 orang )
  • 1/2 bungkus spaghetti (tak kisah apa jenis pun)
  • 1 tin sos carbonara Prego
  • Sedikit isi ayam atau daging(ja guna yang kisar punya)
  •  bawang putih (cincang)
  •  bawang merah (cincang)
  • mushroom butang (dihiris)
  • 1/2 cawan susu segar
  • Sedikit daun parsley
  • Garam secukup rasa
  •  lada sulah


Cara-cara
  •  macam biasa laa spaghetti di rebus. (letak sedikit margerin@minyak untuk elak dia melekat). Toskan dan asingkan.
  • tumiskan bawang putih dan merah tadi. dah naik masak masukkan daging kisar tadi. sampai ia masak 
  • masukkan sos carbonara kacau bersama-sama dengan daging tadi.
  • masukkan mushroom tadi dah gaul hingga sebati.
  • nampak dah pekat sikit masukkan susu segar tadi sediki demi sedikit sampai ia berkrim.
  • letakkan garam sedikit dan lada sulah untuk perasanya,
  • untuk hiasan letak daun parsley di atas sos tuu tadi bila dihidangkan.


~SELAMAT MENCUBA~


Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...