Isnin, 30 September 2013

Senarai nama peserta GA Ibu Arif



Alhamdulillah.. ada jugak yang nk join firts GA dari ibuArif ni kn...hehee..


Thanks u all...

Kalau xrmai yg join, mmg ada chance la u all dpt duit raya free... yeayyy.. rezeki tu..
bagi sapa2 yg nk join, meh tgk SINI

Senarai peserta yang JOIN GA Ibu Arif ialah:-

  1. http://walkstatic.blogspot.com/2013/09/giveaway-yeah-ibu-arif-bagi-duit-raya.html
  2. http://nuraizwahdahwan.blogspot.com/2013/09/giveaway-yeayy-ibu-arif-duit-raya.html
  3. http://schomells.blogspot.com/2013/09/giveaway-yeayyibu-arif-bagi-duit-raya.html
  4. http://myboyfriendisanarmy.blogspot.com/2013/09/giveaway-yeayy-ibu-arif-bagi-duit-raya.html
  5. http://hairuliza-anakku.blogspot.com/2013/10/giveaway-yeayyibu-arif-bagi-duit-raya.html
  6. http://blogcontestgiveaway.blogspot.com/2013/10/giveaway-yeayyibu-arif-bagi-duit-raya.html


Terimalah hadiah duit raya dari Ibu Arif..

1 X TUNAI RM20
2 X TUNAI RM10 
2 X TUNAI RM5

Salam Sayang,

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Khamis, 26 September 2013

Giveaway: Yeayy...Ibu Arif bagi duit raya!


Hye..tiba2 admin rasa baik hati nak bagi u all duit raya sempena raya haji yang xlama lagi la..
Cer angkat tangan sapa nak duit raya???

Kalau nak duit raya, senang jer.. jom join segmen giveaway ni..

Cara-caranya amat mudah:-
1- Wajib follow blog Kisah Kita dan nyatakan anda follower ke berapa yer =)
2- Like page Arif D'Shop & Rahsia Memikat
3- Buat entri dengan TAJUK dan PICTURE di atas dengan kandungan entri seperti berikut...
(Nyatakan NAMA MANJA, TARIKH LAHIR, ASAL -----penting
PENGALAMAN ZAMAN KANAK-KANAK korang yang paling best dan xboleh lupa--- sgt2 penting!!)
*** kalau ada gambar korang masa kecik yang comel2 & cute tu bolehlah sertakan sekali
4- TAG minimum 3 orang kawan2 anda
5- Tinggalkan LINK ENTRY korang di kotak komen

Segmen bermula dari  hari ini 26/09/2013 hingga 15/10/2013
*** pemenang akan diumumkan pada 18/10/2013... lpas abis raya haji bru bg yer..

Cara pemenang dipilih :---- entri menarik + paling banyak komen + banyak blogwalking

Haaa...mesti korang nak tahu hadiah duit rayanya kan...
Xd la banyak sangat, sebab baru belajar buat segmen ni..hehe.. tapi apa yang penting, IKHLAS....

Terimalah hadiah duit raya dari Ibu Arif..

1 X TUNAI RM20
2 X TUNAI RM10 
2 X TUNAI RM5

So, apa tunggu lagi... jomlah support blogger baru macam saya...
Selamat mencuba!!!!

Salam Sayang,

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Selasa, 24 September 2013

Adam AF2 dan Fiza Elite Nikah Khamis ini


Wah..terkejut dengar gosip ni....
Tapi benda yang baik kan... xsalah kalau kita hebahkan...
Kalau nak baca tekan SINI

TAHNIAH untuk Mohd Aizam Mat Saman & Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim

Salam Sayang,

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Perjuangan dalam Perkahwinan

Perjuangan yang utama dalam sebuah perkahwinan ialah bersabar. Suami dan isteri hendaklah banyak bersabar kerana kesenangan hidup tidak datang secara tiba-tiba, ia datang secara bertahap-tahap. 

Baca selanjutnya artikel 'Perkahwinan Ialah Perjuangan' dihttp://www.karangkraf.com/perkahwinan-ialah-perjuangan-1.200110

Salam Sayang,

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Zihar, menyamakan isteri dan ibu


Soalan,
Saya ada satu soalan iaitu berkenaan dengan zihar iaitu menyamakan bahagian tubuh isteri dengan ibu. 
Boleh tak Prof terangkan dengan lebih lanjut berkenaan hal ini. 

Jawapan,

Zihar adalah sesuatu yang diharamkan dalam Islam kerana ia boleh menggugat keharmonian rumahtangga. Perkara ini disebut dalam al-Quran dalam surah al-Mujadalah: 2-4 yang bermaksud:

"Orang-orang yang ziharkan isterinya dari kalangan kamu(adalah orang-orang yang bersalah, kerana) isteri-isteri mereka bukanlah ibu mereka. Ibu-ibu mereka tidak lain melainkan perempuan-perempuan yang melahirkan mereka. Dan sesungguhnya mereka(dengan melakukan yang demikian) memperkatakan suatu perkara yang mungkar dan dusta. Dan(ingatlah!)Sesungguhnya Allah amat pemaaf lagi pengampun. Dan orang-orang yang ziharkan isterinya, kemudian mereka berbalik daripada apa yang mereka ucapkan(bahawa isterinya itu haram kepadanya), maka hendaklah(suami itu) memerdekakan hamba abdi sebelum mereka berdua(suami isteri) bercampur. Dengan hukum yang demikian, kamu diberi pengajaran(supaya jangan kamu mendekati perkara yang mungkar itu).Dan Iingatlah!) Allah amat mendalam pengetahuannya akan apa yang kamu lakukan. Kemudian, sesiapa yang tidak dapat(memerdekakan hamba), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka(suami isteri ) itu bercampur. Akhirnya, sesiapa yang tidak sanggup berpuasa, maka hendaklah ia memberi makan 60 orang miskin. Ditetapkan hukum itu untuk membuktikan keimanan kamu kepada Allah dan RasulNya(dengan mematuhi perintahNya serta menjauhi adat jahiliah).Dan itulah batas-batas hukum Allah, dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya."

Daripada ayat di atas menunjukkan bahawa zihar adalah sebagai sumpah yang menyebabkan isteri menjadi haram untuk disetubuhi suaminya. Zihar berasal dari kata zahr yang bererti punggung.

Pada zaman jahiliah, kalau ada seorang suami berkata kepada isterinya, “Kau bagiku sudah bagaikan punggung ibuku.” Ini membawa maksud suami memang ingin menceraikan isterinya dan wanita itu telah diceraikan.

Namun, apabila kedatangan Islam, hal itu telah dibatalkan. Islam menganggap zihar itu hanya akan menyebabkan seorang isteri menjadi haram untuk disetubuhi suaminya sehingga suaminya menebus dosanya dengan membayar kifarah. Tetapi ini bukan maksud mereka telah bercerai. Oleh itu, bagi menyelesaikan masalah ini, maka ayat al-Mujadalah 2-4 diturunkan yang mengandungi penetapan hukum untuk membayar kifarah mengikut tahap kemampuan, iaitu:

1.Memerdekakan seorang hamba(jika tiada lagi hamba seperti zaman sekarang) atau
2.Berpuasa dua bulan berturut-turut (jika tidak berkemampuan), atau
3.Memberi makan 60 orang miskin, sehingga mereka kenyang mengikut makanan ruji sesuatu tempat.

Saya berharap dengan penjelasan ini, puan memperoleh pencerahan mengenai perkara ini dan untuk para suami, perkara seperti ini tidak boleh dibuat gurauan atau dipersendakan.

Jawapan disediakan Prof.Madya Dr.Fariza Md Sham (Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, UKM


Salam Sayang,

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...