Isnin, 2 Februari 2015

TIPS MENJADI LEBIH SABAR MENGATASI ANAK KUAT MENGAMUK



Untuk menjadi lebih sabar apabila anak-anak mengamuk terdapatnya cara efektif.

Memahami Mengapa Mereka Mengamuk

Untuk posting ini Ibu akan berpanjang lebar membicakan salah satu sebab mengapa anak boleh mengamuk dan hilang rasa penitingnya dirinya untuk dia dan dunia.
anak kuat mengamuk
Fahami mereka terlebih dahulu sebelum menghukum. [Parenting]
Memahami tahap perkembangan anak-anak adalah penting. Jika anak itu berumur diantara 1.5 hingga 2.5 dan membawa kepada 3 tahun dalam sesetengah kes, maka ini adalah umur anak itu menguatkan ‘survival skill’ nya.
Anak pada usia ini sangat EGO CENTRIC – maksudnya hanya memikirkan keperluan diri sendiri dan tidak mementingkan orang lain. Jika anak melihat anak-anak pada usia ini berkelakuan begini, janganlah cepat panik dan menyangka anda telah melahirkan anak yang tamak dan tidak berakhlak mulia!
Bertenanglah dan jangan bersedih. Ini cumalah satu tahap yang dilalui oleh semua orang. Bertuah seorang anak itu jika ibu bapanya mengenali tahap ini dan mendidik penuh sabar dan hormat supaya anak itu berasa selamat dan boleh maju ke tahap seterusnya dimana anak itu mulia pandai berkongsi dan memikirkan perasaan dan kepentingan orang lain.

Mengapa Tahap Ini Penting Dikendalikan Dengan Baik?

Kerana pada tahap ini anak menguatkan perasaan aku wujud di sini. Aku penting dengan kata lain, a sense of self. Ini sangat penting untuk anak itu bertapak. Bila ibu bapa memahami tahap ini dan memberi ruang untuk anak itu membangunkan keyakinan kewujudannya maka dengan segera anak itu akan maju ke tahap seterusnya.
Jika tidak dikendalikan dengan baik…ini akan membuat anak itu bersaa kecewa dan kekecewaan seperti inilah yang bila berkumpul akan menyebabkan seorang anak kecil itu tantrum.

Apa Maksud Ibu?

Pada tahap 1.5 tahun hingga 3 tahun ini mungkin anda nampak anak anda tidak suka berkongsi barang mainannya. Mungkin juga memukul anak kecil yang lain.

Apa Yang Patut Anda Lakukan?

Bila anak bermain dengan kawan-kawannya, pilihlah untuk dibawa keluar mainannya itu, HANYA MAINAN yang dia boleh berkongsi. Anak kecil pun tahu sayang akan barang mainannya. Oleh itu hormatlah barang kepunyaannya.
Janganlah hanya kerana dia anak kecil anda MEMAKSA dia untuk memberi semua mainannya kepada orang lain. Itu yang Ibu maksudkan hormat akan perasaannya.
Kita orang dewasa pun tidak memberi dengan mudah barang yang penting dalam hidup kita kepada sebarangan orang. Contoh, kita tidak mudah memberi orang meminjam kereta, komputer, telefon kita kepada any Tom, Dick or Harry.
Kenapa? Kerana barang itu penting untuk kegunaan kita dan kita perlu menggunakannya dengan cermat. Kerana kita bertanggung-jawab terhadap barang itu. Jika kita benarkan seorang yang tiada lesen memandu dan tidak termasuk namanya ke dalam insuran kereta kita, maka tentunya lebih payah kita memberi pinjam kereta kita kepada orang itu.
Pada anak-anak kecil, barang mainannya adalah ibarat kereta, komputer, telefon bimbit dan barang berharga kita. Itulah sebab, bila ada anak kecil yang lain nak bermain mainannya. Ambil sedikit masa
#1 Minta izin dia untuk kawannya itu bermain sama. Lebih elok jika ibu atau ayah kepada anak itu yang meminta dengan baik dan hormat.
#2 Anda pula sebagai ibu dan bapa menerangkan elok untuk dia berkongsi dan bertanya mainan yang mana yang boleh dia berkongsi?
JANGAN MEMAKSA TAPI MEMUJUKLAH. Inilah masa untuk membina sikap murah hati dan belas ehsan.
#3 Ibu bapa yang diberi berkongsi mainan itu, ambillah masa untuk mengucap terima kasih kepada anak itu dan mengingatkan dengan baik anaknya untuk bermain dengan baik mainan kawannya itu. Inilah masa untuk menyemai amanah dan akhlak mulia.
Ibu sangat tidak suka melihat perbuatan sesetengah ibu bapa yang membiarkan sahaja anak-anak mereka merampas mainan kawan. Bermain mainan kawan dan merosakkannya dan selamba sahaja dengan perbuatan itu.
Bila balik meninggalkan mainan bersepah dan ada yang rosak dibuat oleh anak. Tidak ada sepatah ucapan meminta maaf pun yang keluar. Ibu bapa begini tidak sedar bahawa mereka sebenarnya telah mengajar akhlak yang salah ke dalam diri anak-anak mereka!
Mereka ini tidak membetulkan perangai anaknya itu. Atau jika membetul, akan melakukan dengan bengis. Bila mereka membetulkan dengan bengis di hadapan orang lain terutamanya, anak itu akan hilang hormat dirinya.
Maka jangan hairan jika anak itu akan suka mengamuk-ngamuk, tidak mahu mendengar cakap dan suatu masa jika keadaan berterusan dalam bentuk berbeza pun, anak ini akan menjadi individu yang bermasalah!
Semoga dijauhi kita ibu bapa prihatin dari bersikap sambil lewa begitu. Ibu doakan

Salam Sayang,

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

1 ulasan:

Unknown berkata...

betul bukan senang sis
salam singgah jemput blog saya jual shawl n bawal tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...