Selasa, 3 September 2013

Latihan Dalam Kumpulan (LDK) - ENERGIZER

Disini KIKA nak share contoh Modul LDK yang ada dan biasa gunakan dalam program dan aktiviti..
Harap ianya dapat membantu =)
p/s: Jangan lupa komen dan follow blog yer..
TERIMA KASIH 
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ENERGIZER

1.       Aktiviti Roslan Kata
Aktiviti :
i.                     Pelajar perlu mengikut arahan fasilitator untuk melakukan sesuatu pergerakan jika fasilitator menyebut “Roslan Kata…”. Contohnya, Roslan kata pegang hidung, (pelajar akan pegang hidung).
ii.                    Jika arahan fasilitator tiada menyebut “Roslan Kata” maka arahan itu tidak perlu diikut.
iii.                  Aktiviti ini diteruskan dengan mengarahkan pelajar menyentuh mana-mana anggota badan masing-masing sehinggalah terdapat pemenang.
Nilai / rasional aktiviti : Kepekaan memahami dan menerima sesuatu arahan

2.       Grenet
Aktiviti :
1.       Perkataan “grenet” akan disebut oleh fasilitator yang membawa maksud pelajar akan meniarap di lantai.
2.       Aktiviti peneguhan ini adalah aktiviti pelajar meniarap, tangan diletakkan di atas kepala dan pipi diletakkan di lantai.
3.       Pelajar akan melakukan aktiviti di atas setiap kali jika ada pelajar yang ingkar arahan contohnya pelajar tidak menepati masa, membuat bising dll.
Nilai / rasional aktiviti : Peneguhan untuk modifikasi tingkahlaku.

3.       Kobau Booo Booo
Aktiviti :
1.       Pelajar akan dibahagikan kepada 4 kumpulan
Kumpulan 1 akan menyebut perkataan “saya”
Kumpulan 2 akan menyebut perkataan “suka”
Kumpulan 3 akan menyebut perkataan “susu”
Kumpulan 4 akan menyebut perkataan “lembu”
2.       Fasilitator akan memberi arahan menggunakan isyarat tangan supaya setiap kumpulan akan menyebut perkataan tersebut mengikut pergerakan fasilitator secara rawak.
Nilai / rasional aktiviti : Keseronokan belajar dan kepekaan menerima arahan.

4.       Hakim, Harimau & Pemburu
Aktiviti :
1.       Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan besar
2.       Mereka akan melantik seorang ketua yang akan memberi arahan pergerakan yang kumpulan masing-masing pilih.
3.       Fasilitator akan memberi arahan untuk memulakan permainan ini.
4.       Pergerakan Hakim          : Silang tangan dan letak di dada sambil menyebut “yang arif”
5.       Pergerakan Harimau    : Mengaum sambil mencakar
6.       Pergerakan Pemburu   : Tembak kehadapan sambil mengacukan jari (seperti pistol)
Nilai / rasional aktiviti : Pentinganya strategi dan persefahaman dalam memimpin.

5.       Mambo, tanggo, cikuci, boom boom bo
Aktiviti :
1.       Pergerakan Mambo : Genggam dan buka genggaman
2.       Pergerakan Tanggo : Bukak dan tutup kepak
3.       Pergerakan Cikuci      : Gerakkan pinggang
4.       Pergerakan Boom Boom : Genggam dan buka genggaman
5.       Pergerakan Bo             : Lepas tangan / lapang tapak tangan ke hadapan
                Nilai / rasional aktiviti : Senaman / energizer ringkas untuk mengembalikan kesegaran.

6.       Jambatan Goyang-Goyang
Aktiviti nyanyian :
“Jambatan goyang-goyang (2X)
Ku takut tenggelam (2X)
Lalu aku berenang (2X)
Habis basah bajuku (2X)
Lalu aku sidaikan (2X)
Ku pakai semula (2X)
Cantik tak? “
               
Nilai / rasional aktiviti : Senaman / energizer ringkas untuk mengembalikan kesegaran.

7.       Cap klicap klicap cap cap
Aktiviti :
1.       Fasilitator akan membuat pergerakan contohnya cuit pipi tetapi pelajar perlu buat pergerakan lain selain dari cuit pipi.
2.       Tukar pergerakan lain sehinggalah pelajar peka dengan pergerakan.
Nilai / rasional aktiviti : Menguji fokus

8.       Goreng Pisang
Aktiviti :
1.       Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan besar
2.       Aktiviti dimulakan dengan nanyian lagu “goreng pisang, goreng pisang, goreng pisang sekarang, pisang apa, pisang apa, pisang apa sekarang” dan seterusnya disambung dengan perkataan lain yang sesuai menyambungkan perkataan “goreng” contohnya “pisang tanduk”.
Nilai / rasional aktiviti : Kerjasama dan persefahaman dalam memimpin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan