Selasa, 24 September 2013

Perjuangan dalam Perkahwinan

Perjuangan yang utama dalam sebuah perkahwinan ialah bersabar. Suami dan isteri hendaklah banyak bersabar kerana kesenangan hidup tidak datang secara tiba-tiba, ia datang secara bertahap-tahap. 

Baca selanjutnya artikel 'Perkahwinan Ialah Perjuangan' dihttp://www.karangkraf.com/perkahwinan-ialah-perjuangan-1.200110

Salam Sayang,

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Zihar, menyamakan isteri dan ibu


Soalan,
Saya ada satu soalan iaitu berkenaan dengan zihar iaitu menyamakan bahagian tubuh isteri dengan ibu. 
Boleh tak Prof terangkan dengan lebih lanjut berkenaan hal ini. 

Jawapan,

Zihar adalah sesuatu yang diharamkan dalam Islam kerana ia boleh menggugat keharmonian rumahtangga. Perkara ini disebut dalam al-Quran dalam surah al-Mujadalah: 2-4 yang bermaksud:

"Orang-orang yang ziharkan isterinya dari kalangan kamu(adalah orang-orang yang bersalah, kerana) isteri-isteri mereka bukanlah ibu mereka. Ibu-ibu mereka tidak lain melainkan perempuan-perempuan yang melahirkan mereka. Dan sesungguhnya mereka(dengan melakukan yang demikian) memperkatakan suatu perkara yang mungkar dan dusta. Dan(ingatlah!)Sesungguhnya Allah amat pemaaf lagi pengampun. Dan orang-orang yang ziharkan isterinya, kemudian mereka berbalik daripada apa yang mereka ucapkan(bahawa isterinya itu haram kepadanya), maka hendaklah(suami itu) memerdekakan hamba abdi sebelum mereka berdua(suami isteri) bercampur. Dengan hukum yang demikian, kamu diberi pengajaran(supaya jangan kamu mendekati perkara yang mungkar itu).Dan Iingatlah!) Allah amat mendalam pengetahuannya akan apa yang kamu lakukan. Kemudian, sesiapa yang tidak dapat(memerdekakan hamba), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka(suami isteri ) itu bercampur. Akhirnya, sesiapa yang tidak sanggup berpuasa, maka hendaklah ia memberi makan 60 orang miskin. Ditetapkan hukum itu untuk membuktikan keimanan kamu kepada Allah dan RasulNya(dengan mematuhi perintahNya serta menjauhi adat jahiliah).Dan itulah batas-batas hukum Allah, dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya."

Daripada ayat di atas menunjukkan bahawa zihar adalah sebagai sumpah yang menyebabkan isteri menjadi haram untuk disetubuhi suaminya. Zihar berasal dari kata zahr yang bererti punggung.

Pada zaman jahiliah, kalau ada seorang suami berkata kepada isterinya, “Kau bagiku sudah bagaikan punggung ibuku.” Ini membawa maksud suami memang ingin menceraikan isterinya dan wanita itu telah diceraikan.

Namun, apabila kedatangan Islam, hal itu telah dibatalkan. Islam menganggap zihar itu hanya akan menyebabkan seorang isteri menjadi haram untuk disetubuhi suaminya sehingga suaminya menebus dosanya dengan membayar kifarah. Tetapi ini bukan maksud mereka telah bercerai. Oleh itu, bagi menyelesaikan masalah ini, maka ayat al-Mujadalah 2-4 diturunkan yang mengandungi penetapan hukum untuk membayar kifarah mengikut tahap kemampuan, iaitu:

1.Memerdekakan seorang hamba(jika tiada lagi hamba seperti zaman sekarang) atau
2.Berpuasa dua bulan berturut-turut (jika tidak berkemampuan), atau
3.Memberi makan 60 orang miskin, sehingga mereka kenyang mengikut makanan ruji sesuatu tempat.

Saya berharap dengan penjelasan ini, puan memperoleh pencerahan mengenai perkara ini dan untuk para suami, perkara seperti ini tidak boleh dibuat gurauan atau dipersendakan.

Jawapan disediakan Prof.Madya Dr.Fariza Md Sham (Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, UKM


Salam Sayang,

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Tutorial : Ketahui Jumlah Post dan Jumlah Komen dalam Blog

Berapakah bilangan post dan bilangan komen yang anda terima bagi keseluruhan selama anda berblogging.? Jika itu yang menjadi persoalan, jawapannya adalah mudah sekali.:)



Ikuti tutorial di bawah.

1. Login akaun blogger, dari dashboard > design > add a gadget > HTML javascript
(masih tidak faham? rujuk sini )

2. Copy kod di bawah dan letakkan ke dalam ruangan HTML/javascript
<center><script style="text/javascript">
function totalPosts(json) {
document.write('Total Posts: <b>' + json.feed.openSearch$totalResults.$t + '</b><br>');
}
function totalComments(json) {
document.write('Total Comments: <b>' + json.feed.openSearch$totalResults.$t + '</b><br>');
}
</script>
<script src=" /feeds/posts/default?alt=json-in-script&callback=totalPosts"></script>
<script src=" /feeds/comments/default?alt=json-in-script&callback=totalComments"></script></center>
<small><a href="http://tutorialuntukblog.blogspot.com/2011/01/ketahui-jumlah-post-dan-jumlah-komen.html" target="_blank">get this</a></small>


3. Save. Itu sahaja dan lihat hasilnya.:)


Salam Sayang,

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Jumaat, 20 September 2013

BERAPA BESAR NILAI WANG RM50?


Oleh: Norazimah Ibrahim

Warga kerja ........... baru sahaja menerima berita baik kerana mendapat rezeki lebih dari seganda wang gaji pada bulan hadapan. Ada yang tersenyum bersyukur, ada yang separuh senyumnya dan tiada senyuman. Masing-masing tahu apa yang bermain dalam hati yang terluah dan tidak terluah.
Nilai wang berbeza-beza bagi setiap individu. RM50 yang kita peroleh mempunyai makna yang berbeza mengikut pandangan seseorang. Ikuti cerita benar di bawah:

Cerita 1:
Azman (hanya nama panggilan) mempunyai wang RM50 yang diniatkannya untuk diagih-agihkannya untuk beberapa buah keluarga di kampong asalnya. Azman bukanlah pegawai tinggi tetapi hanya dari pegawai kumpulan sokongan yang mempunyai niat untuk menyumbang kepada masyarakatnya setelah dia mempunyai pekerjaan.
Suatu hari, dia bertandang ke sebuah rumah yang agak daif, memang telah dia ketahui keluarga itu agak miskin. Ketika dia hampir di rumah tersebut, seorang wanita tua duduk di tangga dan berhampirannya ada beberapa orang anaknya memandang Azman.
Azman mengucap salam dan dijawab wanita tua itu. Azman menerangkan hajat kedatangannya. “Saya berhajat memberi sedikit saguhati untuk makcik” kata Azman tertib. Wanita tua tersebut mengangguk-anggukkan kepalanya. Azman tidak boleh duduk lama di rumah tersebut kerana ada beberapa buah rumah lagi yang perlu dikunjunginya. Azman mengeluarkan sampul dan menghulurkannya kepada makcik tersebut. Orang tua tersebut memandang Azman dan matanya digenangi air mata. Dia membuka sampul dan dilihatnya wang RM50. Diciumnya sampul wang tersebut tanda senang hati. “Terima kasih banyak Nak, terima kasih banyak Nak…dapatlah kami makan malam ini” Matanya masih bergenang air mata dan dia memandang anak-anak yang turut memerhatikan aksinya. Besarnya nilai RM50 pada makcik ini. Azman senyum dan berasa gembira kerana pemberiannya ini memberi keceriaan kepada makcik tua ini.

Cerita 2:
Azwa (hanya nama panggilan) mempunyai saudara sepupu yang masih belajar. Dia mengirim sms memohon Azwa memasukkan sejumlah wang untuknya. Azwa ketika itu mempunyai wang tetapi cukup-cukup untuk belanja hariannya. Dia berkira-kira semula dan mengurangkan perbelanjaan hariannya agar dapat memberi RM50 kepada saudara sepupunya ini. Mereka hanya berjumpa sebentar di satu tempat. Azwa menyerahkan sampul kepada saudara sepupunya dengan senyuman. Mereka tidak berbual panjang kerana saudara sepupunya ini ingin cepat pulang kerana masih banyak pekerjaannya lagi. Sekembalinya Azwa ke rumah, dia mendapat sms dari saudara sepupunya. “Sikitnya bagi, mana cukup” Azwa tersentak menerima sms tersebut. Sewaktu menyerahkan wang tersebut tiada pun sepatah perkataan terima kasih tetapi Azwa hanya mengabaikan kerana barangkali dia terlupa. Namun, apabila dia menerima sms tersebut hatinya sedikit terkilan. Rupanya kecil benar nilai RM50 pada diri saudaranya ini, walhal pada Azwa ia nilai yang besar kerana dia sendiri perlu mengurangkan perbelanjaannya semata-mata untuk memberi kepada saudara sepupunya ini.

Nilai mata wang adalah sama iaitu RM50 tetapi mempunyai makna berbeza bagi kedua-dua yang mendapat wang RM50 ini. Kehendak dan pengharapan yang berbeza menjadikan mereka gembira atau tidak gembira walau mendapat RM50 ini. Makcik tua ini barangkali sangat bersyukur kerana dengan wang ini banyak perkara yang boleh dibelinya terutama makanan untuk anak-anaknya. Tetapi boleh jadi saudara sepupu Azwa ini pula mempunyai keperluan lebih besar daripada makcik tadi. Apapun, yang boleh diambil pengajarannya, mengurangkan kehendak serta pengharapan yang tinggi boleh membantu untuk diri bersyukur. Sekiranya ia lebih tinggi daripada yang kita terima menyebabkan kita terlupa untuk mengucapkan “Aku amat beryukur atas pemberianMu Tuhanku” atas semua nikmat yang diterima.
Ucapkan syukur atas setiap sedutan dan hembusan nafas dan atas setiap sesuatu nikmat yang telah kita terima selama ini. Selagi masih ada ruang waktu untuk kita menyatakan betapa bersyukurnya kita terhadap kurniaan tuhan.


Salam Sayang,

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Jumaat, 13 September 2013

Apa itu G6PD


G6PD (Glokosa – 6 – Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan.
Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang selalunya dialami oleh bayi lelaki. Para ibubapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak merbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah.
Setiap bayi yang baru dilahirkan, contoh darah meraka akan diambil untuk dianalisis seperti jenis darah, kekurangan G6PD tahap bilirumin dan sebagainya. Selalunya bayi yang mengalami G6PD akan mendapat jaundice (demam kuning) pada hari pertama kelahiran lagi. Jika tahap bilirumin terlau tinggi sehingga tidak dapat diterima oleh bayi, permindahan darah mesti dilakukan. Biasanya darah akan diambil dari bapa bayi tersebut.

Bagaimana masalah ini dikesan?
Penyakit ini dapat dikesan melalui ujian darah sebaik saja seorang bayi itu dilahirkan. Ujian darah itu akan mengesan keberkesanan enzim berkenaan. Melakukan ujian darah sebaik saja dilahirkan sudah diamalkan di Malaysia sejak sekian lama. Ini kerana masalah G6PD kerap berlaku di Malaysia dan boleh menyebabkan masalah di kalangan bayi baru lahir.
Antara masalah yang mungkin timbul di kalangan bayi baru lahir adalah jaundis. Disebabkan kekurangan enzim itu, sel darah merah bayi mudah pecah. Ini menghasilkan kandungan bilirubin yang tinggi.
Kandungan bilirubin yang terlalu tinggi boleh menyebabkan keadaan toksik kepada otak. Jika tidak diubati boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi.
Oleh kerana kemungkinan masalah besar yang mungkin timbul kepada bayi yang mengalami G6PD, kebanyakan institusi perubatan akan menahan bayi berkenaan di wad sekurang-kurangnya lima hari sebelum dibenarkan pulang.
Selain itu, bayi G6PD ini juga boleh berhadapan keadaan dinamakan “acute hemolysis”, iaitu keadaan wujudnya sel darah merah pecah pada kuantiti terlalu banyak. Ini menyebabkan bayi itu berasa penat dan kelihatan pucat dengan tiba tiba. Simptom lain yang mungkin dialami adalah sakit perut, jaundis, kencing bertukar berwarna gelap dan sakit pinggang.
Keadaan ini berlaku disebabkan jangkitan, memakan kacang parang jenis “fava beans” ataupun memakan ubatan yang boleh meninggikan proses oksidasi. Bukan semua jenis jangkitan akan menyebabkan masalah itu. Sebaliknya jangkitan yang selalu dikaitkan dengan acute hemolysis adalah jangkitan oleh bakteria.

Banyak ubat-ubatan yang tidak dapat diambil oleh mereka yang mengalami masalah G6PD. Senarai ubatan ini panjang dan apa yang perlu dilakukan adalah selalu memberitahu doktor yang merawat anak mengenai masalah anak anda yang mengalami G6PD. Ini dapat mengelakkan mereka menggunakan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan komplikasi.
Ibubapa kepada bayi atau sesiapa sahaja yang mengalami kekurangan G6PD handaklah memberitahu doktor setiap kali menerima rawatan bagi mengelakkan penggunaan ubatan yang mengandungi agen-agen seperti di atas. Cuba juga elakan diri daripada memasuki kawasan yang diketahui mempunyai unsur-unsur ubat gegat seperti di tandas awam. Pengidap mungkin akan mengalami sesak nafas jika cukup lama menghidu ubat gegat tersebut.

Biasanya apabila meningkat dewasa, seseorang yang mengalami kekurangan enzim G6PD kan dibekalkan dengan “rantai perubatan” yang menandakan pemakainya adalah kekurangan G6PD. Ini boleh membantu jika berlakunya kecemasan di mana pemakainya tidak dapat memberitahu sediri doktor yang merawatnya.

Di antara ubat-ubatan yang boleh membawa komplikasi
Ubat-ubatan penyakit malaria dan antibiotik yang mengandungi kandungan sulfur. Selain daripada ubat, kacang parang jenis “fava beans “ juga boleh menyebabkan oksidasi sel darah merah. Selain itu juga komplikasi G6PD juga dikaitkan dengan penggunaan ubat serangga.
Rawatan
Cara rawatan yang utama adalah mengelakkan daripada perkara yang boleh menyebabkan acute hemolysis seperti yang dinyatakan di atas. Kadangkala sel darah merah yang pecah secara keterlaluan menyebabkan bayi itu pucat. Ini mungkin memerlukan pemindahan darah. Perlu diingatkan juga, masalah G6PD ini disebabkan kekurangan penghasilan enzim dan ini adalah masalah yang akan kekal buat selamanya.
Larangan yg umum diketahui:
# kacang parang
# ubat gegat
# anti malaria
# ubat gatal
# sulfonamides
# dapsone
Tanda:
# kencing berdarah
# kuning

Jika ada tanda/kesannya berikut kemungkinan ya tp saya tidak ketahui dgn jelas kandungan apa yg terdpt didalamnya:
# sesak nafas
# pitam
# demam
# sakit belakang
# pening
# menggigil
# pneumonia

credit to http://sirasain.wordpress.com/2009/05/28/anak-anda-pengidap-g6pd/

apa pun anak yg dikurniakan adalah anugerah allah...setiap penyakit ada ubatnya...so kepada ibu bapa yang ada anak G6PD...pemerhatian dan keperihatinan adalah penting...apa pun buat Baby Umar Riezky...aunty lyn doakan baby umar bila besar nanti akan jadi orang yang baik budi pekerti...bijak pandai dan aktif sentiasa(sama mcm daddy awak ya)....tq iewan kasi kongsi gambar baby yg comel tu...hope info ni boleh membantu semua ibu bapa di luar sana

Salam Sayang,

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...