Khamis, 8 November 2012

Guruku tersayang

Assalamualaikum..

Esok dah hari last sekolah untuk tahun ni kan...mesti adik2 semua dah xsabar nak bercuti.. Bukan pelajar jer, cikgu pun naik sekali kan...hehehe...


erm..tgh meng'gogle2' td terjumpa la sorg kawan 3A ni post video tentang anak murid dia.... seriously ni first time dgr lagu ni.. best lirik dia... meh 3A share ea..


tajuknya terima kasih guruku (klu xsilap la)





Pagiku cerahku

matahari bersinar…
ku gendong tas merahku
di pundak…


Slamat pagi semua

ku nantikan dirimu
di depan kelasku 
menantikan kami..

Guruku tersayang

guru tercinta
tanpamu apa jadinya aku…

Tak bisa baca tulis

mengerti banyak hal..
guruku terima kasihku…


Nakalnya diriku kadang buatmu marah…
namun segala maaf kau berikan..

reff::

Guruku tersayang …
guru tercinta tanpamu apa jadinya aku…
tak bisa baca tulis mengerti banyak hal…
guruku terima kasihku…

So, pesanan penaja dari 3A untuk semua... cuti2 jugak, kerja yang lain yang perlu diselesaikan jangan dilupa yer... hehehe...pesanan lebih tertumpu kepada diri sendiri...ngee

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

ROKOK haram hanya pada nama???


Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Rabu, 7 November 2012

Mengandung luar nikah???!!!

Assalamualaikum...
Hari ini KIKA rasa terpanggil untuk berkongsi isu ni. Tiba2 terlintas benda ni dan ianya isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Cuma bezanya samada kita sedar atau tidak situasi ini yang berlaku di sekeliling kita.

KIKA copy paste dari blog pejabat agama islam rompin..So, sharing la... moga bermanfaat
Kerenah pelanggan setiap kali berurusan di kaunter berbagai-bagai jenis. Ada yang mudah memberi kerjasama dan ada yang sebaliknya. Paling ketara adalah apabila berdepan dengan kerenah pelanggan yang tidak boleh bersabar. Di Pejabat Agama Islam amnya, orang awam akan mengetahui, Pejabat Agama adalah tempat menguruskan hal nikah,cerai dan ruju'. Pelanggan yang kurang bersabar kebiasaannya apabila mereka terdesak untuk menyelesaikan masalah tidak kira semasa membuat permohonan berkahwin, bercerai mahupun ruju'. Kes yang paling popular adalah apabila terpaksa berkahwin setelah perempuan disahkan mengandung.

Setiap bulan, kes mengandung sebelum berkahwin akan hadir di Pejabat Agama. Pada ketika ini, yang menangis atau malu bukanlah pasangan muda belia, sebaliknya ibu bapa pasangan. Apabila terjadi kes sebegini, segala prosedur@check list yang diperlukan untuk membuat permohonan berkahwin seboleh mungkin keluarga pasangan akan meminta untuk diberi kelonggaran. Segala jenis cerita akan dikeluarkan bagi mendapatkan simpati. Adakalanya kita memikirkan mengapa terlalu singkat akal fikiran manusia sekarang terutamanya belia. Mengapa perempuan sekarang terlalu mudah menyerah@memberi. Apabila telah sah mengandung, barulah maruah keluarga difikirkan.

Dari sudut mahu menasabkan anak yang dikandung sebelum berkahwin, peraturan Jabatan Pendaftaran adalah apabila membuat permohonan daftar kelahiran,jika didapati jarak tarikh pernikahan pasangan dan tarikh lahir anak kurang dari 6 bulan, anak tersebut tidak boleh di 'bin' atau di 'binti' dengan nama bapa. Terdapat juga pasangan yang tetap mahu anak tersebut diletakkan nama bapa dan perkara ini akan beralih pula kepada perkiraan mengikut bulan hijrah@Islam. Islam menetapkan anak boleh dinasabkan dengan nama bapa apabila jarak tarikh pernikahan dan tarikh lahir anak tidak kurang dari 6 bulan mengikut kiraan bulan hijrah.

Realitinya, akhlak anak muda sekarang kritikal akibat pergaulan yang terlalu bebas. Remaja sekarang menganggap soal maruah keluarga adalah tidak penting. Yang penting keseronokan yang dikecapi tanpa memikirkan kesan pada masa akan datang.

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Bercinta dalam islam?? bagaimana...


Remaja selalu bertanya apakah salah kami bercinta? Tidak,bercinta memang tidak salah justeru ia adalah fitrah semulajadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai adalah instinc. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasadnya perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah untuk merasainya. Namun Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja.
Dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaanya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar oleh remaja. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah berlakunya cinta terlarang yakni cinta yang menafikan peraturan Tuhan. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan
berlakulah kekalutan dan kemusnahan.
Mengapakah perlu ada peraturan cinta? 

Jawabnya, kerana Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang, akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudahpun
mengajar kita nahawa jangan sekali-kali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Tuhan. Cinta yang terlarang, adalah cinta yang sudah dicemari oleh kehendak nafsu dan kepentingan diri.Keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak tahan lama. Sudah dapat apa yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejar, cinta akan terkulai dan bersepai.

Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi berbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala hingga seseorang akan menjadi hamba kepada siapa yang dicintainya. Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintai. Lupalah diri pada Pencipta cinta kerana terlalu asyik dengancinta yang dikurniakan-Nya. Ah, bagaimanakah perasaan kita agaknya, jika seseorang begitu leka dengan hadiah hingga terlupa bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya?

Tuhan kerap terpinggir dalam hubungan cinta yang terlarang. Hukumnya dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhram. Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan begitu syaitan adalah orang yang ketiga. Lebih dari itupun banyak berlaku. Semuanya seolah-olah halal hanya kerana cinta.  Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarangpun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan bohsia, bohjan, buang bayi dan zina. Ketika itu indahkah cinta?
Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan-raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak, tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan.
Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta? 
Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta Allah.
Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Allah memberi kita fitrah itu lalu kita niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kepada-Nya. Cintailah sesiapapun tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai Allah. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk Allah. Soalnya bagaimana? Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau perempuan menyempurnakan agamanya. Sabda Rasulullah SAW: Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya. Oleh itu usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka. 
Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta samada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya Cinta Monyet!

Selain itu hendaklah dipastikan semasa menjalinkan hubungan cinta tidak ada hukum Allah yang dilanggar. 
Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara-perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta juga jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. Remaja tidak seharusnya mengeluh dan berkata, cinta apa namanya ini jika tidak ada dating, perbualan talipon secara marathon, surat cinta, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman? Yakinlah tidak ada keindahan dengan melanggar
peraturan Tuhan. Putus cinta, frust cinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang putus tanpa sempat menempuh perkahwinan.

Allah Maha Mengetahui dan Maha menyayangi. Segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadap hamba-hamba-Nya. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika ditakdirkan cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga tempat pertama yang melahirkan cinta! Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah.

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Selasa, 6 November 2012

Hadapi stress dengan ISLAM


1. Membaca al-Quran dengan Menghayati MaknanyaDengan menghayati makna ayat-ayat dalam al-Quran iaitu memahami dan mendalami isi kandungannya, seseorang itu berupaya menenangkan dan menenteramkan hati dan fikiran.

2. Memperbanyakkan Taubat dan IstighfarBerfikir sejenak tentang dosa yang dilakukan. Merenung tentang segala nikmat yg Allah beri kepada kita.

Kelebihan Taubat dan Istighfar
+ Disayangi oleh Allah
+ Didoakan oleh para malaikat
+ Diampunkan dosa
+ Allah memberi pelepasan kepadanya daripada sebarang masalah
+ Dimurahkan rezeki
+ Ditinggikan kedudukan di sisi Allah
+ Bertaubat adalah ciri orang yg beriman

3. Mendekatkan Diri kepada Allah
Boleh dilakukan dgn 2 cara:
a) Qiamullail: iaitu bangun di tengah malam untuk beribadah kepada Allah dengan meninggalkan kenikmatan tidur.
Seseorang yg bangun pada tengah malam semata-mata utk mengingati Allah, dgn susah payah berwuduk dan bersolat, maka hatinya akan menjadi tenang dan fizikalnya akan jadi kuat.

b) Banyakkan berzikir: Mengingati Allah sama ada dgn perkataan, perbuatan dan niat yg dilakukan semata-mata kerana Allah.
Allah berfirman dalam Surah al-Ra’d : 28, maksudnya, ”Bukankah dgn mengingati Allah itu, hati-hati akan menjadi tenang.”

4. Banyakkan Bersedekah

Salah satu perkara yang menyebabkan jiwa sentiasa tertekan dan tidak tenang ialah harta. Orang yang kikir sentiasa disempitkan oleh Allah swt. Hati dan akhlaknya kerana bakhil dengan kurniaan Allah swt.
Dalam keadaan ini, pemberian sedekah hendaklah semata-mata kerana Allah, malah ketika seseorang itu berasa bakhil dan sangat sayang akan hartanya, maka bersedekahlah bagi mendapatkan keberkatan yang lebih.

5. Bijak Mengurus
Seseorang itu harus bijak menguruskan masa, kerja, keutamaan dan asset yang ada. Bahkan Allah telah mengingatkan kita tentang beban kerja dan tanggungjawab itu perlulah sepadan dengan kemampuan kita. Kita diajar supaya berdoa ketika melakukan kerja-kerjayang berlebihan yang tidak mampu di tanggung.


6. Bersangka Baik Terhadap Allah
Kita hendaklah berbicara dan berkata positif serta penuh pengharapan kepada Allah swt. Hal ini karena setiap lafaz yang di ucapkan itu adalah doa dan sangkaan kita kepada Allah.

7. Tawakal

Berserah diri kepada Allah, iaitu setelah melakukan sesuatu perkara itu diserahkan keputusannya kepada Allah sama ada Berjaya atau tidak.Namunsetelah berusaha sedaya upaya., pasti Allah menilai dengan sebaiknya. Itulah janjinya. Seseorang itu harus menyedari bahwa Allah lah yang mengurniakan rezeki, kekuatan dan keinginan serta tubuh badan yang sehat. Maka sebagai hambanya, kita harus berusaha meneruskan hidup di dunia ini.

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...