Rabu, 11 September 2013

September Giveaway By KasihLestariAbadi


***sticky post
100 HADIAH UTK DIMENANGI :)

klik banner untuk join :)

NAK TAHU 100 HADIAH YG DITAWARKAN???
KLIK SINI
Pemenang akan diumumkan pada 4 Oktober 2013
Salam Sayang,

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

"2nd Giveaway By Ira Syiqin"


***sticky post***

ade wang tunai utk anda menangi :)

KLIK BANNER TO JOIN

Jom join join giveaway yang dijalankan oleh Ira Syiqin ni. Terdapat pelbagai hadiah yang menanti anda. Giveaway ni start pada tarikh 31/01/2013 dan berakahir pada 21/09/2013. Senarai hadiah sila check di bawah nie ^^

SENARAI HADIAH
Salam Sayang,

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Beza Ayam Kampung dan Ayam Bandar



Bila sebut ayam kampung je mesti ramai orang2 muda zaman sekarang macam tak suka kan?Siap ada yang cakap “eh ayam kampung isi keras,xsedap la”..Dulu saya pun beranggapan macam tu.Bila mak cakap sedapnye Gulai Ayam Kampung..saya terus jawab..”ish isi liat.makan pon tak rasa pape”..hahaha cam teruk je bunyi ayam kampung ni.Tapi bila dah ade pengalaman sendiri –bersih,masak dan makan ayam kampung..wah terasa macam KALAU BOLEH lepas ni xmo dah beli ayam ternak ladang/ayam bandar tu..nk tau kenape?jom baca lagi.
ayam kampung
Ayam Jantan dan Ayam Betina Kampung
                       

Bulan lepas dua kali jumaat suami belikan Gulai Ayam Kampung.Dengan isinya yang lembut,ringan dan tak berbau ayam sangat mmg pergh sedap.Serius!!Then last wiken suami pon belila sekor ayam kampung.Harga RM23 gitula kot.Memang agak mahal berbanding ayam biasa.Namun kebaikannya jauh lebih hebat dari ayam biasa.
ayam kampung aAyam kampung cari makan merata-rata

AYAM KAMPUNG:
1.Walaupun balik dari pasar,ayam still dalam plastik dalam tempoh sejam NAMUN sedikit pon tak berbau busuk bila nak basuh.
2. Kulit ayamnya sangat lembut dan LEMAK sangat2 KURANG.
3.Isi memang agak sedikit @ tak setebal ayam biasa.
4.Kaki ayamnya panjang.TAPI Collagen tinggi.Sangat bagus utk buat sup Collagen.
5. Pedalnya besar dan tebal.Hati dan jantung bersih je.Tak hitam mcm ayam biasa.
6.Seekor ayam bila siap bersih bahan buangannya sangat SEDIKIT berbanding dengan ayam biasa bila siap bersih2 tu berat bahan buangan ade dekat sekilo kot.
7.Simpan dalam peti esoknya rendam separuh hari (sbb lupa nk masukkan lam peti) pon MASIH tidak BERBAU.
ayam dagingAyam bandar @ Ayam Daging –>isi,kulit dan lemak yg TEBAL

Kesimpulannya..AYAM KAMPUNG lebih SIHAT berbanding dengan AYAM BANDAR.So kita leh relate dengan diri kita yang makan macam2 tanpa sempadan ni..agaknye macammanela ORGAN DALAMAN dan BAU ISI badan kita bila dah MATI nanti?Patutla Allah suh tanam mayat manusia sedalam 7 kaki.kalau tak sure tanah perkuburan bau busuk yang amat dek manusia yang telah mati.Subhanallah..Allahuakbar!!
ayam daging dalam sangkarAyam daging bulu putih cantik TAPI telur warna coklat dan berbau HANYIR.

Ayam kampung bulu  tak berapa cantik n gelap,TAPI telur putih + TAK HANYIR
Oleh itu,JAGALAH PEMAKANAN kita seperti mana AYAM KAMPUNG makan makanan yang tidak diproses berbanding keadaan ayam bandar yang makan makanan PROSES dan mendapat SUNTIKAN HORMON dan sebagainya untuk TUMBESARAN yang CEPAT.
Jom kembali amalkan pemakanan NENEK MOYANG kita yang PENUH dengan KHASIAT dan yang pasti NATURAL..Terbaik dari ALAM.

credit to : Adawiyyah Adam


Salam Sayang,

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Resepi home made KIMCHI




Oleh : Faizah Salleh 파이자
Buku Resepi

BAHAN-BAHAN :

► 2 Cabbage (kobis cina)
► 2. Sea Salt(garam kasar)
► 3. Seasoning : blend -
► 1 apple,
► 1 apple pear,
► 1garlic,
► 1onion,
► 1ginger,
► sos ikan
► 1s sugar,
► serbuk cili
► Sayur : lobak putih , daun bawang yang besar.
► Bijan


Cara2: 

1. Potong kobis ikut suka. Selalunye sy potong petak2 kecil mcm dlm gambar. Kemudian basuh dengan air bersih dua ke tiga kali basuhan. Kemudian keringkan air.

2. Bubuh kobis sedikit demi sedikit di gaulkan dengan garam kasar juga sedikit demi sedikit dlm bekas besar yang boleh ditutup.(saya guna periuk besar jer) Biarkan kobis yg telah di peram dengan garam semalaman. (selalunye sy biarkan lebih dr 6 jam sampai kobis kecut)

3. Sementara itu, boleh lah kita prepare bahan2 untuk seasoning. blend - 1 apple, 1 apple pear, 1garlic, 1onion, 1ginger, 2sudu besar sos ikan,1s sugar, serbuk cili. Kemudian simpan dlm peti sejuk.

4. Potong lobak putih nipis2 panjang dan potong daun bawang, kemudian ketepikan.

5. Jika kobis sudah kecut, bilas dengan air bersih 5 ke 6 kali sehingga masin garam tu dah tiada.

6. Campurkan lobak putih, daun bawang & bijan dengan bahan yang di blend. Kemudian gaul kan dengan kobis yg sudah di bersihkan tadi.

7. Simpan dlm bekas kedap udara. Biarkan pada suhu bilik sehingga keluar seperti buih. (saya biarkan selama sejam pada suhu bilik) kemudian terus masukkan dalam peti sejuk.

*sedap dimakan bersama nasi panas/ di buat nasi goreng/ stew/ dicampurkan bersama asam pedas ataupun laksa

Salam Sayang,

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Tips Menutup Aurat




|Memanglah kita perempuan, bukan disuruh dan diwajibkan pakai tudung labuh yg labuh bulat tu, labuh bawah siku etc. tapi kita diwajibkan menutup aurat dengan sempurna.

Iaitu memakai tudung yang tutup dada, tak jarang, tutup rambut, leher, telinga, yang cukup satu set.

Termasuklah melonggarkan pakaian, menutup semua anggota kecuali muka dan tapak tangan kepada orang yang bukan muhrim.

Tips Menutup Aurat

1. TAHU

Langkah pertama ialah ilmu. Penting bagi Muslimah mengetahui batasan aurat, ciri-ciri pakaian yang menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hukum hakam berkenaan aurat dll.

2. SEDAR

Bahawa tuntutan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan sesempurna mungkin. Jangan sambil lewa dan acuh tak acuh. Soal halal haram adalah perkara besar.

3. SYIAR

Setiap agama ada imejnya. Imej wanita Muslimah dapat dikenali melalui ciri-ciri pakaian yang menutup aurat.

4. FUNGSI CERMIN

Sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin, tanyalah cermin, “Wahai cermin, adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat?”

5. ASINGKAN

Asingkan pakaian kepada dua kriteria; sesuai atau tidak dipakai di hadapan ajnabi. Pakaian yang seksi misalnya masih boleh dipakai tetapi hanya apabila bersendirian atau di hadapan suami.

6. MALU

Wanita yang tidak biasa mendedahkan aurat di hadapan lelaki ajnabi akan berasa malu, takut, gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.

7. SAHABAT

Bersahabat dengan WANITA yang SOLEHAH boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yang ingin berusaha mengubah penampilan.

8. EKSKLUSIF

Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik eksklusif wanita itu dan suaminya sahaja. Jadi usah dipertontonkan aurat dan perhiasan secara percuma jika suami pun perlu membayar mahar untuk memilikinya.

9. BANYAK MANFAAT

Wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dengan selamat. Mereka tidak perlu merisaukan mata liar yang memandang.

Kepada siapa aurat boleh diperlihatkan ??

” Janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan. ” [ An-Nur : 31 ]

Salam Sayang,

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...