Jumaat, 30 Ogos 2013

Metabolisme


Anda pernah jumpa seorang yang kurus, makan banyak setiap masa, tapi badan tetap kurus?

Ia disebabkan METABOLISMA BADANNYA YANG TINGGI..!

1. Tahukah anda, walaupun ada guna apa sahaja produk2 kurus (sapuan dan makanan), ia tidak akan berkesan atau lambat berkesan kerana metabolisma badan yang RENDAH.


2. Jika METABOLISMA BADAN TINGGI, maka KADAR PEMBAKARAN KALORI DAN LEMAK DI DALAM BADAN JUGA AKAN MENJADI TINGGI. Ia akan membuatkan lemak tidak sempat untuk bergumpal dan menjadikan anda gemuk.

3. Jadi, dengan MENINGKATKAN METABOLISMA badan dah cukup untuk menjadikan anda kurus. Lazimnya, untuk tingkatkan metabolisma ni, hanya satu cara sahaja, iaitu BERSENAM. Tapi anda ada masa ke?

MAKA...

Alpha Lipid Sd2 adalah jawapannya kerana;
1) Membantu meningkatkan tahap metabolisme anda. Exercise skit ja dah berpeluh2 msa mnum sd2

2) Mengandungi pelbagai vitamin yg memberikan anda tenaga semasa berdiet rendah karbohidrat.

3)Anda masih boleh mkn smpai kenyang ketika berdiet dgn mengambil protin dan sayuran dlm kuantiti yg byk....

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Ilmu Adalah REZEKI

Pada zaman dahulu, kayu api perlu diangkut ke dalam rumah. Dari kayu api terbitlah api. Api menjadi sumber kehidupan yang penting. Nasi dimasak, air dijerang dan rumah pun terang kerana adanya api.

Hari ini, kerja memasak nasi, menjerang air dan mencerahkan rumah boleh dilakukan dengan hanya satu sentuhan ; TEKAN SAHAJA SUIS ELEKTRIK.

Tekan itu sejuk.
Tekan ini panas.
Tekan di sana, menyala.
Tekan di sini, berputar.
Tekan itu, bersuara.
Tekan ini, bercahaya.

Hanya dengan tekan-tekan, banyak kerja diselesaikan. Ilmu telah mengubah cara kita melakukan kerja. Dengan ilmu, kerja menjadi mudah dan ringan. Ilmu adalah rezeki.

Tunggul kayu yang dahulunya sekadar menjadi tunggul, kini boleh diubah menjadi hasil kraf tangan yang bernilai. Ilmu mengubah tunggul kayu menjadi hasil kraf tangan adalah rezeki. Hari ini, sampah pun boleh bertukar menjadi duit.

Ilmu telah mengubah cara kita melakukan kerja. 
Dengan ilmu, kerja menjadi mudah dan ringan. 
Ilmu adalah rezeki.

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Rabu, 28 Ogos 2013

Senjata Berbisa

"Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya."
Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

CINTA



Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Konsep BERSYUKUR

Di suatu hari, ketika sepasang suami isteri sedang duduk makan, datang seorang pengemis yang lusuh serta lapar meminta makanan:

“Tolonglah tuan, sejak semalam saya tidak menjamah apa-apa”. Dengan muka yang bengis si suami menghalau dan menengking si pengemis itu.

Si suami berkata dalam hati ” Aku membina kekayaan bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri dan keluargaku”. Si isteri ingin bersedekah tetapi tidak dapat berbuat demikian melihatkan sikap suaminya.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia menceraikan isterinya keranan tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian isterinya yang masih cantik itu berkahwin dengan lelaki lain.

Pada suatu hari, sedang si isteri dan suaminya mengadap makanan, datang seorang pengemis mengetuk sambil meminta belas kasihan. mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.

Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis itu, si isteri menerkup muka sambil menangis dan berkata si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulunya pernah menengking seorang pengemis.

Suaminya yang baru itu menjawab dengan tenang “Demi Allah, akulah sebenarnya pengemis yang dihalau dan ditengking dulu.”

Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya di atas. Ada masanya kita akan turun ke bawah dan naik semula atau sebaliknya.

Bersyukur dengan apa yang kita ada dan jangan lupa pada insan yang tiada apa-apa. moga Allah redha.

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...