Rabu, 28 Ogos 2013
Senjata Berbisa
"Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya."
Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini
Konsep BERSYUKUR
Di suatu hari, ketika sepasang suami isteri sedang duduk makan, datang seorang pengemis yang lusuh serta lapar meminta makanan:
“Tolonglah tuan, sejak semalam saya tidak menjamah apa-apa”. Dengan muka yang bengis si suami menghalau dan menengking si pengemis itu.
Si suami berkata dalam hati ” Aku membina kekayaan bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri dan keluargaku”. Si isteri ingin bersedekah tetapi tidak dapat berbuat demikian melihatkan sikap suaminya.
Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia menceraikan isterinya keranan tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian isterinya yang masih cantik itu berkahwin dengan lelaki lain.
Pada suatu hari, sedang si isteri dan suaminya mengadap makanan, datang seorang pengemis mengetuk sambil meminta belas kasihan. mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.
Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis itu, si isteri menerkup muka sambil menangis dan berkata si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulunya pernah menengking seorang pengemis.
Suaminya yang baru itu menjawab dengan tenang “Demi Allah, akulah sebenarnya pengemis yang dihalau dan ditengking dulu.”
Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya di atas. Ada masanya kita akan turun ke bawah dan naik semula atau sebaliknya.
Bersyukur dengan apa yang kita ada dan jangan lupa pada insan yang tiada apa-apa. moga Allah redha.

10 tip kecantikan untuk kulit yang cantik.
1. Minum banyak air kosong.
2. Bersenam sekurang-kurangnya 20 minit sehari ,tak kira outdoor atau indoor
3. Jangan merokok. Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan.
4. Dapatkan tidur yang cukup.
5. Lapangkan wajah anda sekali sekali tanpa make up.
6. Amalkan pemakanan seimbang dan makan ikut masa.
7. Lapangkan diri untuk buat facial dan spa.
8. Jauhkan stress, pergi tengok wayangm,berjogging atau melancong
9. Jangan terlalu bimbang tapi bergembiralah, dan fikir positif.
10. Selalu lah ketawa.
Bila Sampai Waktu
Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan 4 orang malaikat :
1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA
Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama,Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka.
Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut. Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa.