Isnin, 12 November 2012

cuti2 malaysia

wahhh..cuti sekolah sudah bermula la..

hurmm...maka bermulalah episod jalan2 habiskan duit..huhu.. InsyaAllah ptg ni 3A sekeluarga akan pulang ke kampung halaman di Terengganu... dan esok, kitorang ber5 akan start tour utara..hohooo..

 apa yg menarik yer di penang? belum pernah smpi lagi ke sana...so, mulalah meng'google' mebcari tmpt2 menarik yg boleh dikunjungi.... byk tmpt nk g ni..kedah, penang, perak... perlis...huhu.. kita mula dgn penang dlu la ea.. ni hasil carian... =)

 Okey, apabila melihat dan membaca tajuk 8 TEMPAT WAJIB BILA KUNJUNGI PULAU PINANG kat atas dalam hati, sudah tentu kalian akan imbas kembali memori suasana percutian ketika berada di Pulau Pinang suatu tika dulu.

Sememangnya ia menyeronokkan dan mengujakan! Tanpa membazirkan dakwat elektronik ini, aku senaraikan 8 TEMPAT WAJIB BILA KUNJUNGI PULAU PINANG. Semoga kalian mengiyakan dan menggangguk serta bersetuju dengan tempat-tempat tersebut.

 1.Jambatan Pulau Pinang
Jambatan ini adalah nadi kepada Pulau Pinang. Sinilah segala pintu keindahan Pulau Pinang akan bermula dari sini. Jambatan yang pernah disenaraikan antara yang terpanjang di dunia--13.5km, sememangnya menawarkan satu lokasi yang mengujakan. Untuk mengetahui apakah keistimewaan tersebut, silalah merakam foto jambatan ini ketika waktu senja atau awal pagi. SubhanaAllah pasti akan terucap di bibir kalian.
Cara untuk ke sana: Sila naiki Bas Rapid Pulau Pinang No. 704 dari Komtar


  2.Bukit Bendera
Bukit Bendera yang terletak 380 meter di atas paras laut telah mewujudkan stesen keretapi yang pertama di kawasan bukit. Stesen keretapi ini adalah klasik kerana telah beroperasi sejak tahun 1922 lagi. Kalian boleh naik ke puncak Bukit Bendera ini dengan menggunakan keretapi itu atau merentas kawasan hutan secara berkumpulan. Atas puncak bukit ini, kalian dapat melihat keindahan bandar Pulau Pinang. Bayaran masuk ke bukit Bendera ini dikatakan berharga RM4 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Jadi ini adalah satu pengalaman percutian yang menarik untuk dilakukan bersama seisi keluarga.
Cara untuk ke sana: Dari Jeti, Komtar, dan Lebuh Chulia, sila naiki bas Rapid Pulau Pinang No. U204, bas ini akan membawa anda terus ke Bukit Bendera. Anda juga boleh mengambil teksi dengan tambang sebanyak RM20 sehala.


3. Taman Rama-rama Pulau Pinang di Teluk Bahang 


Ketahuilah yang taman ini diiktiraf sebagai Santuari Rama-rama dan Serangga Tropikal yang pertama di dunia. Barang world class la katakan. Taman ini mengandungi ribuan rama-rama yang mempunyai 50 spesies yang berbeza. Tempat ini juga menempatkan kala jengking, katak dan pelbagai jenis serangga. Bila sudah diklafikasikan sebagai taman rama-rama, sudah semestinya tempat penetasan rama-rama, makmal, ruang pameran dan kedai cenderamata diwujudkan. Bayaran masuk dikenakan adalah RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Bagi yang geli dengan rama-rama, face your fear. Rama-rama sungguh friendly dan mendamaikan hati bila ia singgah di tapak tangan kalian.
Cara untuk ke sana: Sila naiki Bas Rapid Pulau Pinang No. 101. 102. atau 501. 


4.Tokong Kek Lok Si di Ayer Hitam

Tokong ini adalah tokong Buddha yang paling cantik di Asia Tenggara. Lokasi tokong ini di Ayer Hitam. Tokong ini juga dikenali sebagai Pagoda of Ten Thousand Buddhas. 20 tahun untuk diambil bagi membina dan menyiapkan tokong ini. Dalam tokong ini ada taman-taman yang indah, kolam kura-kura, skulptur unik serta makam. Free untuk melawat tokong ini. *skulptur-seni patung
Cara untuk ke sana: Bergantung kepada di mana anda datang, anda boleh menaiki bas Rapid Pulau Pinang No. U201, U203, U204, U206, T306, dan U502. Teksi dari George Town adalah kira-kira RM20. Jika memandu, sila merujuk kepada papan tanda ke Air Itam. Setelah sampai ke Air Itam, anda boleh melihat papan tanda yang menunjukkan arah ke kuil. 


 5.Fort Cornwallis di Lebuh Light

Kubu ini dibina di kawasan pendaratan Francis Light pada tahun 1786. Jadi ini adalah peninggalan sejarah yang masih utuh. Kini, ia berfungsi sebagai tempat teater, galeri bersejarah dan kedai-kedai menjual hasil kraftangan. Ia juga menempatkan meriam bersejarah milik Belanda, yang dihadiahkan kepada Sultan Johor, yang sebelum itu pernah dicuri oleh penjajah Portugis. Kawasan ini boleh dilawati dari jam 8.30 pagi hingga 7.00 malam. Bayaran masuk adalah RM1 untuk semua usia. Untuk mengenali sesebuah negera, lawatla tempat-tempat bersejarah kerna disitula segala maklumat dan fakta kelahiran negara tersebut dapat diketahui.
Cara untuk ke sana: Anda boleh ke sana dengan menaiki Bas Rapid Pulau Pinang No. 103, 204, 502, atau, 10.


 6. Masjid Terapung di Tanjung Bunga 

 Masjid yang bernilai RM 15 juta ini menampilkan seni bina yang unik hasil gabungan pengaruh rekaan tempatan dan Timur Tengah. Masjid ini juga dikenali sebagai Mutiara Timur, ini kerana rupa bentuk bentuk masjid yang kelihatan seperti mutiara. Masjid ini mampu menampung sekitar 1500 jemaah dalam satu masa. Masjid ini terletak di tepi pantai menghala ke Batu Ferringhi. Pengalaman penulis yang ingin lakukan dan kumpulkan ialah mengerjakan solat jumaat di setiap negeri yang mempunyai masjid yang menjadi identiti sesebuah negeri.
Cara untuk ke sana: Naiki Bas Rapid Pulau Pinang No. 101 atau 102.


7. Taman Botanikal Pulau Pinang 


Taman yang seluas 30 hektar ini menempatkan pelbagai tumbuhan tropika yang terdapat di Pulau Pinang. Malah ada air terjun di kawasan tersebut. Jadi ketenangan dan kedamaian menjadi tarikan utama taman ini untuk kalian carikan sesuatu yang diberi nama iaitu semulajadi. Sejarah taman ini mengatakan penjajah British telah membuka taman tersebut pada tahun 1884. Taman ini dibuka pada 7 pagi hingga 7 malam dan menariknya taman ini FREE untuk dimasuki. Jadi jikalau ingin merawat mata setelah banyak menggunakan ia untuk urusan kerja atau berdepan dengan komputer untuk tempoh yang lama, sinila tempatnya.
Cara untuk ke sana: Anda boleh berjalan ke Taman Botanikal dari Pengkalan Weld, jika suka berjalan. Lintasi Pengkalan Weld melalui jambatan pejalan kaki, belok kiri dan jalan sehingga sampai ke simpang Gat Lebuh Chulia. Belok kanan dan berjalan sehingga anda tiba di Taman Botanikal. Jika tidak, cuma naiki Bas Rapid Pulau Pinang No.10 dari Pengkalan Weld atau Komtar ke Taman Botanikal.


8.Muzium Islam Pulau Pinang (Rumah Agam Syed Al-Attas) di Lebuh Armenia.

Syed Al-Attas adalah insan yang membina muzium ini pada tahun 1860. Beliau adalah seorang pedagang lada dari Acheh. Reka bentuk bangunan ini menampilkan pengaruh seni bina India, Eropah dan Arab. Muzium ini mempamerkan sejarah dan perkembangan Islam di Pulau Pinang dan negeri-negeri lain di Malaysia sejak permulaan kedatangan agama Islam sehingga sekarang. Muzium ini juga dikatakan pernah menjadi pusat penyimpanan senjata ketika menentang penjajahan Jepun di Tanah Melayu satu ketika dahulu. Muzium ini dibuka pada setiap hari kecuali hari Selasa, dari jam 9.30 pagi sehingga 6.00 petang. Jangan tanya kenapa hari Selasa ditutup. Bayaran masuk dikenakan RM3 untuk dewasa dan RM 1 untuk kanak-kanak.
Cara untuk ke sana: Muzium Islam Pulau Pinang dapat dilawati dengan menaiki Bas Rapid Pulau Pinang No. 10, 301, 302, 307, 401, dan U502, turun di Lebuh Carnavon. Jalan sepanjang Lebuh Carnavon ke simpang Lebuh Acheh. Dalam jarak yang dekat, ke kiri, adalah Lebuh Armenian. Muzium Islam Pulau Pinang adalah di sebelah kiri simpang. 


 Penulis: Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik di Pulau Pinang ini seperti Masjid Kapitan Keling, Kilang Batik Pulau Pinang, Tokong Ular, Akuarium Perikanan Pulau Pinang, Muzium Mainan dan macam-macam lagila. Hang, demo, ko, mung atau siapa-siapala jangan dok ralit gak gi ngular tempat oversea, negara kita sendiri world class bab pelancongan ni. Majulah industri pelancongan negara kita.
Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

3 ulasan:

Miss Ongy (Wanie) berkata...

ika jangan lupa makan nasi kandar! our favorite, nasi kandar line clear.. ish mngidam la plak, hehe..

IkaKazl berkata...

alahaiii... biasanya tmpt2 makn tu kt mana ea wani..xabis pusing pn..huhu

Ibu Arif berkata...

Huhuuu..xdpt nk mkn nasi kandar pn time g pulau pinang tu... =(
sgt2 sedih.. kuciwa....sob..sob..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...