Rabu, 9 Julai 2014
Selasa, 27 Mei 2014
Calon Menantu Pilihan Ibu |
Bayu malam dirasakan begitu halus menyapa diri, suasana yang tenang sebegini di desa tercinta pasti membuatkan setiap jiwa yang terlena bingkas bangun merujuk kepada bonda tercinta? Aik? Buat apa..
Hrmm. Memandangkan esok adalah hari jadi ibu, maka sempat saya bertanya, bagaimanakah ciri-ciri menantu idaman beliau. Dan ini jawapan yang diberikan;
Sambil menyinsingkan lengan, ibu memulakan cerita ditemani buku Jalan Cinta Para Pejuang karya Salim Fillah.
Ibu memang pengemar setia buku-buku tulisan mas Salim.
Katanya…
Menantu pilihan ibu mestilah seperti wanita ini :
Nama gadis mulia ini ialah Nailah Bte Farafishah Al Kalbiyah. Umurnya hanya 18 tahun ketika menikahi Saidina Ustman yang pada ketika itu berusia 80 tahun.
“Apakah engkau tidak keberatan menikahi seorang lelaki yang telah tua bangka?” tanya Saidina Ustman
Nailah tersenyum dan menunduk sambil berkata
“Saya termasuk wanita yang lebih suka memilih suami yg lebih tua”
“Tapi aku telah jauh melampaui ketuaanku?” Nailah kembali tersenyum sambil berkata “Waktu mudamu telah dihabiskan bersama-sama Rasullah saw dan itu jauh lebih aku sukai dari segala-galanya”
Waktu berlalu. hari berganti hari dan masa berganti masa, hasil perkongsian hidup itu mereka telah dikurniakan dua orang puteri, Maryam dan Anbasah bte Utsman. Dari saat pernikahan itu, Nailah tetap setia bersama suami tercinta.
Hingga pada suatu ketika, saat Saidina Ustman mahu dibunuh pemberontak, Nailah tetap setia disamping suaminya itu dan mempertahankannya dengan tubuhnya sendiri. Dia rela merebahkan tubuhnya untuk melindungi suaminya itu.
Subhanallah..Sehingga diceritakan jari jemarinya yang tulus itu terputus dek terkena libasan pedang pemberontak.Ketika akhirnya Saidina Ustman wafat dalam kemuliaan, Mu’awiyah menghantar utusan utk meminang Nailah. tetapi apa jawabannya?
“Tidak mungkin ada seorang manusia yang mampu mengantikan kedudukan Ustman dalam hatiku”
Kisah Fatimah bte Abdul Malik
Ibu menyambung ceritanya lagi sambil mengesat-ngesat kedua biji matanya yang sedikit berair. Penuh emosi ibu bercerita kali ini. Macam anaknya ini mahu berkahwin esok hari sahaja lagaknya;
Ibu juga mahu calon wanita ibu nanti seperti wanita ini,
Nama wanita mulia ini adalah Fatimah b. Abd Malik, isteri kepada khalifah Umar B. Abd Aziz.
Suatu saat Fatimah tersenyum mengenang kembali kisah sewaktu Umar duduk di sampingnya sambil berbisik lembut
“Apakah engkau keberatan sayang, bila permata yang sedang engkau pakai ini kita taruh dalam sebuah kotak lalu kita masukkan ia ke dalam Baitul Maal?”
Fatimah tiba-tiba terkejut. Ia menatap lelaki yang amat dicintainya itu. Disentuhnya permata yang terpakai kemas di lehernya itu. Permata itulah satu-satunya perhiasannya yang masih tinggal. Ia sangat menyayanginya. Permata yang penuh kenangan. Permata itu hadiah ayahnya Khalifah Abdul Malik B. Marwan, merangkap bapa saudara Khalifah Umar Abd Aziz di hari pernikahan mereka.
“Terlebih dahulu”, kata Umar, “Aku akan membelanjakan simpanan Baitul Mal yang lain, dan kalau sudah habis barulah akan kugunakan permata itu untuk kepentingan kaum muslimin”
Fathimah akhirnya tersenyum. Dibukanya pengait kalungnya. Diserahkannya permata itu ke genggaman suaminya. Dan ‘Umar, dengan tubuhnya yang mulai kurus memeluknya tanpa kata. Mesra dalam dakapan. Fathimah tahu ertinya. Seolah-olah ia mendengar suara lembut ‘Umar, “Terima kasih atas kesetiaanmu padaku di jalan yang penuh dengan kesulitan ini. Semoga Allah mempersatukan kita dalam kehidupan yang lebih indah di sisiNya”
Sampailah pada suatu ketika, Khalifah Umar B. Abd Aziz wafat dan adik Fathimah yang bernama Yazid ibn Abd Malik mengantikannya sebagai khalifah, ujian kesetiaan itu datang.
Yazid yang tahu perhiasaan itu kesayangan kakaknya membawa kembali permata itu. Dengan penuh sayang diletakkannya permata itu di genggaman tangan kakaknya. Fathimah mengeleng sambil tersenyum. “Aku telah menjauhinya ketika ‘Umar masih hidup. Bagaimana mungkin aku berdekat-dekat dengannya ketika ‘Umar telah tiada?”
Allahu Allah..
Kali ini aku yang menangis mendengar kisah ibu..
Ibu lalu menyambung kembali kisahnya..
Kisah Siti Hajar
“Mengapa kau tinggalkan kami wahai suamiku?” seru wanita itu penuh tanda tanya
Lelaki itu Ibrahim a.s diam tidak menjawab. Ia hanya berhenti sejenak, menghela nafas dalam-dalam menahan esak.
“Mengapa kau tinggalkan kami wahai suamiku?”
Yang ditanya tetap lagi mendiamkan diri. Dalam hatinya berkecamuk sejuta rasa. Dia berasa sangat bersalah meninggalkan isteri dan putera yang dicintainya itu berseorangan di padang pasir penuh gersang. Dia yang menanti-nanti kelahiran buah hati berpuluh tahun lamanya. Dia yang melalui malam-malamnya dengan doa-doa, memohon agar ada tangis kecil yang memecah kesunyian rumahnya. Kini Allah telah memberikan anugerah itu Ismail. Dan kini, Allah tiba-tiba memintanya meninggalkan Ismail dan ibunya di tanah tidak berpenghidupan ini. Ia akan merasa sepi lagi. Ia akan dilanda khawatir tak bertepi. Tetapi apakan daya seorang hamba ? Dan mengapa harus dia berprasangka sebegitu pada Allah? Ya, ia redha dengan perintahnya. Hanya saja ia tidak sanggup menjawab pertanyaan isterinya itu, Siti Hajar. Hatinya gerimis.
“Apakah ini perintah Allah?” Tiba-tiba wanita itu mengubah pertanyaannya.Ibrahim a.s terkejut. Ia berhenti sesaat lalu berbalik. Menatap wajah isteri dan anaknya itu dengan penuh rasakasih dan sayang.”Ya” Katanya. Helaan nafasnya panjang dan berat. “Ini perintah Allah”
Mereka berpelukan. “Kalau ini perintah Allah”, kata wanita solehah itu sambil berbisik di telinga suaminya, “Dia sesekali tidak akan pernah menyia-nyiakan kami”
Allahu Allah…
Dan ciri yang terakhir kalau boleh, menantu ibu mestilah seperti wanita ini..
Kisah Siti Khadijah
Ibu mahu agar bakal menantu ibu nanti mampu menjaga kamu, umpama Siti Khadijah menjaga suaminya Muhammad saw.
Meski, Siti Khadijah berselisih umur yang agak jauh dengan Baginda saw, namun hadirnya ke dalam diri Rasulullah saw, tentu bagaikan ibu yang penuh kasih ketika kekanakan seorang lelaki sesekali hadir memberi warna. Seorang janda yang begitu teguh hati, penuh pengalaman hidup, dan matang tentu membuat Muhammad saw merasa seperti memiliki kawan seiring dalam meraih kedewasaan dan kemuliaan pekerti. Siti Khadijah seolah hadir menjadi sebahagian scenario Allah dalam mempersiapkan kerasulannya.
Siti Khadijah juga hadir di saat yang genting dalam hidup beliau. Ia menunaikan tugasnya mendampingin Rasulullah di masa-masa yang berat, ketika dakwah ditindas, ketika risalah ditentang keras, dan sahabat-sahabat Rasulullah saw mengalami penyiksaan dan penganiayaan yang tak terperi. Khadijah hadir dengan jiwa dan hartanya untuk membenarkan, membela dan menjaga beliau dari para pencaci, pendengki dan musuh dakwah. Cinta Khadijah menghangatkan beliau ketika angin cubaan membekukan. Cinta Khadijah mententeramkannya ketika gelisah dan ketakutannya meraja. Cinta Khadijah menguatkannya ketika lelah dan lemah mulai menyerang urat sarafnya.
Ketika Rasulullah menerima wahyu pertama, ada perjuta gejolak dalam perasaan beliau. Sedih, binggung, cemas, gelisah, khawatir dan tertekan. Rasanya ingin menjatuhkan diri dari ketinggian gunung.
“Tiba-tiba aku berlutut”, kata Baginda Nabi, “Kemudian sendi kakiku mulai longlai. Aku berjalan merayap, sementara seluruh tubuhku bergetar keras. Cepat-cepat aku masuk menemui Khadijah, ‘Selimutilah aku, selimutilah aku”. Akhirnya rasa takutku beransur-ansur hilang.
Kemudian laki-laki yang memanggilku tadi datang lagi seraya berkata, “Ya Muhammad, engkau adalah utusan Allah” Mendengar itu aku berasa takut kembali dan rasanya aku ingin menjatuhkan diri dari ketinggian gunung. Mendadak, laki-laki itu menampakkan dirinya seraya berkata, “Ya Muhammad, aku Jibril dan engkau Rasulullah “
Lalu, ia membimbingku. “Bacalah !” Katanya.
“Aku tidak bisa membaca… “
Ia lalu mendakapku hingga tiga kali berturut-turut, hingga aku merasa letih sekali. Laki-laki itu berkata lagi, “Iqra’ bismi Rabbikal ladzi khalaq”. Kemudian aku mengikuti bacaan itu dengan baik.
Setelah itu aku pergi kepada Khadijah. Aku sangat takut sekali, aku ceritakan segala yang telah aku alami. Dengan penuh kepercayaan dan kasih sayang ia berkata “Tidaklah demikian… Dengarlah! Demi Allah, bergembiralah… Ia tidak akan merendahkan dan menghinakanmu sedikit pun. Demi Allah! Kerana engkau selalu menyambung silaturrahim, jujur dalam berkata, menunaikan amanah, suka menerima tetamu, tabah dalam derita, dan suka menolong orang yang dilanda musibah!
Begitulah, rasa tenteram serta kasih sayang tulus dan perhatian yang diberikan Khadijah telah menjadi kenangan tak tergantikan dalam hidup Rasulullah. Selimut kenangan yang diberikan Khadijah menjadi memori kemesraan yang mententeramkan. Sering, Beliau menyebut dan mengenangnya. Senantiasa Beliau menyambung silaturrahim dengan teman-teman Khadijah dii saat perempuan mulia itu telah mendahului. Begitulah riwayat mencatatkan.
Sobs-sobs..
Bunyi tangisan ibu semakin kuat. Dalam esak ibu berkata
“Justeru, seperti itulah calon menantu pilihan ibu. Biar tidak pandai memasak, tidak pandai menjahit, tidak pandai berbuat kerja dapur, tetapi dia adalah seorang wanita solehah yang baik agamanya “
Engkau anakku, bukannya mahu mencari orang gaji, tetapi mahu mencari calon isteri. Maka, pilihlah yang beragama.
Berpeganglah pada hadis Nabi ini, maka engkau akan berbahagia.
“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama, nescaya kamu akan berbahagia” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
p/s : Dialog adalah rekaan. Adapun kisah ini dicedok dan diubah sikit-sikit daripada buku Jalan Cinta Para Pejuang karya Salim Fillah
Salam Sayang,
Bolehkah Muslimah Bersolek?
Wanita & kecantikan bagai isi dengan kuku.
wanita sangat cenderung mencantikkan dirinya dengan perhiasan agar tampil anggun terutamanya dalam majlis keramaian seperti hari raya, majlis perkahwinan & sebagainya.
begitulah fitrah kaum hawa
Namun bolehkah wanita berhias / mencantikkan dirinya dengan memakai / menggunakan alat-alat yang menyerlahkan kecantikannya? Bagaimana islam meletakkan hukum mengenai wanita dengan berhias?
Berhias & memakai haruman
Islam mementingkan kebersihan & keindahan serta melarang orang islam membiarkan dirinya dalam keadaan kotor, busuk, kusut-masai & comot.
Islam juga melarang wanita muslimah berhias keterlaluan (tabarruj) sehingga melakukan hal-hal yang bercanggah dengan syariat islam demi merangkul sebaris kata-kata pujian.
Contohnya, mendedahkan apa-apa yang terlindung pada badannya & juga berhias seperti riasan orang jahilliah, mencukur bulu kening, memakai celak dengan pelbagai corak & tebal sehingga menarik perhatian orang, melakukan rawatan pembedahan plastik eg; botox& susuk, memakai perhiasan diri seperti gelang kaki yang bergemerincing setiap kali melangkah & memakai wangian apabila keluar rumah.
Hukum memakai minyak wangi bagi wanita apabila berada di luar dari rumah telah jelas dalam hadis sahih berikut : "dan seseorang wanita apabila diaberwangi-wangian & melalui satu majlis, maka dia seperti berzina."
Dalam riwayat lain pula: "mana-mana wanita yang berwangi-wangian melalui suatu kaum & mereka mencium bau harum daripada wanita itu, maka seolah-olah wanita itu berzina." (riwayat Abu Daud, Ahmad, al-Tirmizi & al-Nasa'i)
Walau bagaimanapun, seorang isteri digalakkan memakai apa-apa jenis minyak wangi ketika berada di rumah iaitu semasa bersama-sama suaminya.
Solekan & lipstik
Wanita diharuskan bersolek di wajah setelah memenuhi beberapa kriteria berikut:
- bersolek & merias wajahnya untuk suami sahaja & bukan di khalayak ramai walaupun dengan izin suami.
- alat-alat solek sudah diyakini tidak mempunyai bahan-bahan haram sepertialkohol yang memabukan, uri / plasenta serta bahan-bahan kimia yang tinggi hingga boleh membahayakan kulit wanita.
- solekan yang terlalu tebal & melampau sehingga wajahnya berubah menjadi lain kerana Allah & Rasul-Nya tidak menyukai sesuatu yang bersifat melampau.
- bedak diharuskan selagi penggunaannya dalam lingkungan syariat dari segi kehalalan & olesannya nipis sahaja iaitu sekadar membersihkan menyak & daki di wajah serta kelihatan tampil segar & membuatkan orang yang sedang berurusan dengannya berasa selesa.
Dalam sebuah hadis, Anas r.a. meriwayatkan : " Abdul Rahman bin 'Auf datang kepada Rasulullah s.a.w. & padanya ada bekas berwarna kuning. Nabi s.a.w. bertanya tentangnya. Beliau memberitahu bahawa dia menikahi wanita Ansar." (riwayat al-bukhari)
Imam al-Nawawi menjelaskan hadis ini bahawa warna kuning itu adalah daripada isterinya. Di sinilah diharuskan wanita memakai bedak daripada apa-apa jua warna sekalipun.
Ramai wanita memakai lipstik berwarna merah yang menggoda. Hukum asal berhias sedemikian di hadapan bukan mahram adalah haram. Walau bagaimanapun, menggunakanlip bulm yang halal, tidak berbahaya materialnya & olesan yang nipis, bertujuan menjaga bibir daripada merekah bagi sesetengah orang / mengelakkan daripada kelihatan pucat lesu, dibenarkan kerana pengguna lipstik yang keterlaluan mempunyai kesan sampingan menurut Dr.Mustafa Husain Abdul Maqsud, pakar penyakit kulit & kelamin.
( Syeikh Abu Malik Kamal, Ensiklopidia Fiqah Wanita muslimah, halaman.315)
Duhai muslimahku, wajah yang paling cantik ialah wajah yang sentiasa tunduk sujud kepada Allah . Air matanya yang menitis kerana takutkan azab Allah ialah eye-shadow terbaik, cahaya yang terpantul di wajahnya dek lama membaca Al-Quran ialah blusher yang terbaik . Aurat yang dijaga rapi di sebalik tudung & pakaian yang sempurna menggilap lagi mahkota dirinya.
Inilah muslimah solehah yang tidak terpedaya dengan tipuan solekan untuk mencatikkan wajahnya di hadapan lelaki ajnabi & mengharap pujian manusia :)
Salam Sayang,
Rabu, 7 Mei 2014
Difference Between Love n Marriage
Love is holding hands in the street.
Marriage is holding arguments in the street.
Love is dinner for 2 in your favorite restaurant.
Marriage is a take home packet.
Love is cuddling on a sofa.
Marriage is one of them sleeping on a sofa.
Love is talking about having children.
Marriage is talking about getting away from children.
Love is going to bed early.
Marriage is going to sleep early.
Love is a romantic drive.
Marriage is arrive on tops curvy tarmac .
Love is losing your appetite.
Marriage is losing your figure.
Love is sweet nothing in the ear.
Marriage is sweet nothing in the bank.
Tv has no place in love.
Marriage is a fight for remote control.
Love is 1 drink and 2 straws.
Marriage is "Don't you think you've had enough!".
Conclusion: "Love is blind, Marriage is an eye opener!"
Marriage is holding arguments in the street.
Love is dinner for 2 in your favorite restaurant.
Marriage is a take home packet.
Love is cuddling on a sofa.
Marriage is one of them sleeping on a sofa.
Love is talking about having children.
Marriage is talking about getting away from children.
Love is going to bed early.
Marriage is going to sleep early.
Love is a romantic drive.
Marriage is arrive on tops curvy tarmac .
Love is losing your appetite.
Marriage is losing your figure.
Love is sweet nothing in the ear.
Marriage is sweet nothing in the bank.
Tv has no place in love.
Marriage is a fight for remote control.
Love is 1 drink and 2 straws.
Marriage is "Don't you think you've had enough!".
Conclusion: "Love is blind, Marriage is an eye opener!"
Salam Sayang,
Isnin, 3 Mac 2014
MODUL: Kursus Kepimpinan SMK Selendang, Rompin
JADUAL
KURSUS KEPIMPINAN SMK SELENDANG,
ROMPIN, PAHANG
27 FEBRUARI 2014 (KHAMIS)
HARI / TARIKH
|
8.00 PG
|
8.30 PG
|
10.30 PG
|
11.00 PG
|
12.30 TGHR
|
1.00 PTG
|
KHAMIS
27/02/2014
|
PENDAFTARAN KURSUS PENDEK
KEPIMPINAN
|
‘OUT-DOOR GAMES’
|
REHAT / MINUM PAGI
|
‘IN-DOOR GAMES’
|
RUMUSAN / PENUTUP
|
BERSURAI / MAKAN TENGAHARI
|
SENARAI
FASILITATOR:
1. UST. MOHD JUWAHIR BIN PA’IMAN
2. PN. NUR ‘ATIKAH BINTI PAIMAN
3. CIK MALARVELI A/P KANDASAMY
4. CIK MARYAM BINTI PANDI
5. CIK SITI MARHAINI BINTI MD RESADI
6. PN. NORDIYANA BINTI MOHD RANI
7. CIK NURUL FARHANA BINTI MOKHTAR
8. CIK MADHIAH BINTI RAZAK
OUT-DOOR GAMES
1)Eh..Bersihnya!!! (15minit)
o
Matlamat
: saya mestilah sentiasa jujur dan ikhlas terhadap diri sendiri
o
Objektif:
§ melakukan sesuatu perkara yang
positif tanpa disuruh
§ bersikap jujur dan ikhlas terhadap
diri sendiri
§ menghormati orang lain
§ berbicara dengan sopan
o
Peralatan:
Pelbagai bentuk sampah sarap seperti botol minuman, kulit ais krim, pembungkus
makanan dan sebagainya, tong sampah, tali rapia
o
Arahan:
§ Kumpulan peserta diberikan kad arahan
iaitu mesti bergerak ke satu stesen. Di stesen itu peserta perlu mengamalkan
nilai-nilai murni sebagai seorang murid di sekolah
§ Di stesen fasilitator telah
menaburkan pelbagai sampah dalam lingkungan tali rapia
§ Apabila peserta tiba, fasilitator
hanya memerhatikan sahaja apa-apa tindakan peserta (yang sepatutnya memungut
sampah-sampah yang berada di kawasan itu tanpa disuruh kerana selama ini pihak
sekolah telah menyuruh murid mengutip sampah di kawasan sekolah)
§ Setelah 5 minit berlalu, jika mereka
tidak berbuat apa-apa minta ketua mereka membacakan semula arahan yang diberi
dan minta mereka memahami arahan tersebut
§ Peringatan: Perkara sepatutnya
peserta lakukan ialah :
·
Memberi
ucap selamat
·
Memperkenalkan
diri
·
Memungut
sampah tanpa diperintah oleh ketua
(jika mereka
Berjaya melakukan perkara di atas tanpa di arah oleh fasilitator maka mereka
berjaya melakukan tugasan ini. Jika tidak, fasilitator menjelaskan kenapa
sampah banyak sangat di kawasan mereka dan menyatakan tidak terfikirkah mereka
untuk mengutip sampah dan membuangnya ke dalam tong sampah yang disediakan.
Jika secara spontan mereka bergerak dan melakukannya, biarkan mereka berbuat
demikian)
Rumusan
Penerangan
ciri-ciri pemimpin iaiitu:
-
Memimpin
diri sendiri sebelum memimpin orang lain
-
Disiplinkan
diri sebelum mendisiplinkan orang lain
-
Jujur
terhadap diri sebelum meminta orang lain jujur kepada kita
-
Ikhlas
melakukan sesuatu sebelum orang lain tidak mempercayai kita
-
Mematuhi
apa-apa peraturan tanpa disuruh menunjukkan seseorang itu telah berjaya memimpin
diri mereka sendiri.
2)Siapa juara? (15 minit)
o Matlamat: saya mestilah saling bantu
membantu Antara satu sama lain
o Objektif:
- dapat menghindari sikap mementingkan
diri sendiri
- Bekerjasama dlam satu kumpulan
o Peralatan: sebiji belon yang telah
ditiup
o Kaedah:
- Peserta diminta ke suatu stesen. Di
stesen fasilitator meminta murid menyentuh belon sekurang-kurangnya 10 kali
dengan hujung jari telunjuk dalam masa 1 atau 2 minit. Syaratnya tanpa
dipegang.
§ Fasilitator cuba melambung belon dan
menyentuhnya dengan jari. Kemudian diminta peserta menyambung aktiviti tersebut
dalam masa 1 atau 2 minit
§ Apa yang terjadi ialah (jangkaan
pembuat modul) peserta akan berebut-rebut untuk menyentuh belon
§ Setelah 2 minit, hentikan permainan.
Tanya murid siapa yang paling banyak menyentuh belon dan berapa kali jumlahnya.
Kemudian, Tanya murid siapakah yang paling sedikit menyentuh belon? Berapa
kali? Mengapakah tidak dapat menyentuh belon? Apa perasaan kamu tidak dapat
menyentuh belon?
§ Bertanya semula kepada yang paling
banyak menyentuh belon, tidakkah kamu simpati terhadap rakan kumpulan kamu yang
tidak dapat menyentuh belon?
o Rumusan:
§ Sebagai pemimpin kita tidak patut
hanya mementingkan diri sendiri
§ Sebagai pemimpin kita mestilah
membantu ahli jika mereka memerlukan bantuan dan pertolongan
§ Sikap mementingkan diri sendiri
dibenci dan tidak disukai oleh ahli
-
Fikiranku (15minit)
-
Matlamat:
berfikir secara sihat sebelum bertindak supaya tidak terlepas cakap
-
Objektif
:
o mencelik akalkan pemikiran murid
o Merangsang pemikiran murid supaya
berfikir perkara yang logic
-
Bahan
: lampiran teka teki
-
Kaedah:
ahli dalam kumpulan perlu berbincang jawapan
-
Rumusan:
o
perhatikan
gelagat peserta ketika teka teki diberi. Mungkin ada yang tersipu-sipu malu
kerana memikirkan sesuatu yang melucahkan. Oleh itu, fasilitator cuba bertanya
kepada peserta adakah mereka menyangka teka teki ini mempunyai maksud yang
tidak baik
o
Berfikir
adalah perkara terbaik sebelum membuat keputusan
o
Terdapat
dua pilihan sebelum membuat keputusan iaitu positif dan negative. Setuju atau
tidak. Berani atau takut. Betul atau salah.
o
Jika
kita selalu bergaul dengan rakan yang suka berfikir perkara yang kotor maka
pemikiran kita juga akan terarah kepada yang kotor
o
Jika
kita bergaul dengan rakan yang berfikiran bersih maka kita terhindar daripada
berfikiran kotor
o
Bagaimanakah
cara memasukkan singa ke dalam peti sejuk?
o
Bagaimanakah
pula memasukkan gajah ke dalam peti sejuk?
o
Sebagai
raja di rimba, singa memanggil segala haiwan datang mengadapnya. Haiwan manakah
yang tidak hadir mengadap? Kenapa?
o
Di
dalam sebuah sungai yang cetek terdapat banyak buaya. Bagaimanakah cara kamu
hendak menyeberang? Kenapa?
-
Teka
teki:
o
Ada
suatu perbuatan terhadap suatu benda. Hendak diguna mesti dikepak. Lepas itu
dikangkang. Selepas dikangkang letakkan di batang. Jawapan: pakai cermin mata
o
Apakah
benda ini? Diselak kainnya Nampak bulu. Diselak bulunya Nampak biji, di bawah
biji Nampak batang. Jawapan: Jagung
o
Ku
tunam kakinya, kudapat kakinya. Jawapan: Kutu 4kaki, kuda 6 kaki
o
Kotak
apa yang berdosa? Jawapan : Ko tak sembahyang
o
Ada
satu perbuatan, bukan keji tetapi murni. Ada lubang atasnya ada biji suka cari
batang. Kemudian batang masuk dalam lubang Jawapan: cincin disarung ke jari
Cantuman Murni (15 minit)
o Susun semula koleksi perkataan-perkataan
-
Great Egg Drop (Menara Masa Hadapan) (30minit)
o
Peralatan:
straw, suratkhabar, salotape, getah gelang, telur
o
Misi
membina menara untuk menyelamatkan sebiji telur
o
Menara
akan dilepaskan dari tempat tinggi untuk melihat ketahanan dan kekuatan
INDOOR
GAMES
-
Dimana belon kami?? (20 minit)
o Matlamat : saya mesti bantu
rakan-rakan saya
o Objektif :
§ Dapat bekerjasama dalam satu kumpulan
§ Mendengar arahan dan melaksanakannya
dengan betul
§ Memberi arahan yang betul
§ Mempercayai pemimpin
o
Bahan
: belon yang telah ditiup, kain penutu mata
o
Kaedah:
§ Fasilitator meminta peserta
menjarakkan diri daripada rakan-rakan
§ Fasilitator memberitahu peserta
bahawa mereka perlu mencari sebiji belon dengan mata yang tertutup
§ Fasilitator meminta peserta menutup
mata dengan kain penutup mata
§ Peserta diminta tidak menipu dan
berlaku jujur terhadap diri sendiri
§ Setelah memastikan peserta menutup
mata dengan betul, fasilitator memberi belon kepada ketua kumpulan
§ Dengan helah fasilitator berada jauh
dengan kumpulan kemudian berteriak “ sekarang kamu carilah belon itu” dengan
kuat
§ Setelah 5 ke 10 minit berlalu,
bukakan penutup mata ketua kumpulan sahaja dan benarkan dia memanggil ahlinya
dating kepadanya untuk menjumpai belon tersebut sehingga Berjaya
o
Rumusan
§ Sebagai pemimpin kita perlu memberi
arahan kepada ahli supaya ahli dapat melakukan tugasan dengan betul
§ Sebagai ahli pula kita mestilah
mematuhi arahan ketua atau pemimpin
§ Bayangkanlah bagaimanalah sekiranya,
manusia tiada pemimpin, apa akan terjadi?
(rujuk peristiwa yang berlaku semasa
mereka mencari belon) : terlanggar bontot kawan, berlaga dan seumpamanya
Salam Sayang,
Labels:
aktiviti,
kaunseling,
ldk,
modul,
motivasi