Selasa, 16 Julai 2013

Petua Hilangkan Selsema

Penyakit selsema yang dialami membuatkan anda kurang selesa dan tak senang duduk. Langkah awal yang perlu dilakukan supaya selsema anda tak melarat adalah banyakkan meminum air kosong. Kurangkan juga pengambilan makanan berminyak serta makanlah makanan yang mudah dicerna.


Selepas itu, ia boleh disusuli dengan dua petua hilangkan selsema di bawah. Masing-masing adalah kaedah rawatan selsema untuk orang dewasa dan juga bayi (atau anak anda).



Bagi anda yang telah dewasa, ikutilah langkah berikut:


1. Ambil beberapa batang sirih dan lap agar ia bersih.


2. Hancurkan batang sirih tadi sehingga ia mengeluarkan lendir.


3. Sapukanlah lendir tu kat hidung anda.


4. Ia bertindak melegakan selsema dan hidung anda yang tersumbat sebelum ni.


Lakukan langkah-langkah di atas setiap hari sehinggalah selsema anda sembuh sepenuhnya.

pokok sirih



Manakala bagi bayi atau kanak-kanak yang mengalami selsema, cara di bawah lebih sesuai untuk mereka.


1. Ambil kunyit hidup dan bersihkannya.


2. Asah kunyit hidup tadi pada belakang pasu.


3. Kemudian, sapukan hasil asahan kunyit hidup tu pada batang hidung bayi yang menghidap selsema.


Sama seperti petua yang pertama tadi, ulangi langkah-langkah di atas sampailah bayi anda bebas daripada selsema.
kunyit hidup




Selamat Mencuba!


Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Jumaat, 5 Julai 2013

Mak Ngah Arif

Okey, hari ni mak ngah dan pak lang arif datang rompin untuk pick up KIKA dan hero..
kitorang nak balik kampung, sbb esok nak naik banting jenguk achik arif yang kat kolej matrikulasi selangor tu... rindu katanya...ehehe

sebelum meneruskan perjalanan, kami singgah di kedai mihun sup & nasi ayam kegemaran KIKA... kiranya KIKA promot kt diorang la... sementara tunggu makann smpi tu, snap la gmbr si hero yang mengada2 dgn makngah nya tu.. mentang2 la tarikh birthday selang sehari jer... hohooo



amboiii..mengada jer muka budak ni..haha


Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Bersin

Manusia bersin dengan kelajuan 100 kilometer sejam

Jika anda bersin dengan kuat mungkin akan memecahkan bahagian tulang rusuk anda


Jika anda cuba untuk menghentikan bersin yang tiba-tiba keluar ia membawa kepada pembalikan darah di leher atau kepala dan mungkin boleh membawa kepada mati .


Untuk maklumat anda, semasa bersin juga semua organ-organ pernafasan, penghadaman tubuh, kencing dan termasuk jantung terhenti.



Dengan kuasa & perlindungan daripada Allah,kita selamat selepas bersin ,Allah lindungi kita seolah-olah tiada apa yang berlaku. Jadi kita patut memuji Allah, mengucapkan terima kasih kepada Allah kerana memelihara kita dengan baik 

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Rabu, 3 Julai 2013

Tips Turun/Maintain Berat Badan

Untuk Turun/Maintain Berat Badan.

1. Makan sedikit tapi banyak kali.

2. Kena amalkan Breakfast besar, lunch sederhana, dinner sedikit.

3.Air mineral all the way.

4. Detox. Usahakanlah mendetoxkan (buang air besar) sekali sehari
Tips: try minum Milo setiap pagi selepas breakfast. Makan pisang setiap hari. Goodluck!

5. Minum green tea! Green tea sangat sedap waktu masih panas/suam.

6. Jangan malas berpeluh.

7. Makan dalam mangkuk dan gunakan sudu.

Sumber: Blog Keknis


Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

BUKAN HANYA KERANA ISTERI


Suami yang mencuci baju sendiri bukan kerana ingin menyenangkan isterinya, bukan kerana takut tangan isteri menjadi kasar.
Tapi kerana Rasulullah SAW pernah mencontohkannya.

Suami tidak bersuara keras pada isteri bukan kerana takut dengan isterinya keluar dari rumah,
Tapi kerana Rasulullah SAW pernah mencontohkannya.

Suami sabar dan diam ketika isteri menuntut hal-hal diluar batas kemampuannya bukan kerana takut ditinggalkan sang isteri.
Tapi kerana Rasulullah SAW pernah mencontohkannya.

Suami tersenyum melihat isterinya cemburu kepada perempuan lain bukan kerana takut kepada isterinya.
Tapi kerana Rasulullah SAW pernah mencontohkannya.

Suami memakan masakan isterinya yang sedap ataupun tidak bukan kerana setakat ingin mengambil hati isteri.
Tapi kerana Rasulullah SAW pernah mencontohkannya.

Suami mencari rezeki untuk diberikan kepada isteri bukan kerana ia takutkan isteri dan tidak tahu menguruskan kewangan.
Tapi kerana Rasulullah SAW pernah mencontohkannya.

Suami menjaga anak-anak ketika mereka sakit bukan kerana mereka ingin meringankan beban isteri.
Tapi kerana Rasulullah SAW pernah mencontohkannya.

Berhentilah melakukan sesuatu kerana merasa isteri kita adalah nafas kita, jantung hati kita, kehidupan kita. Berhentilah melakukan sesuatu hal yang cuba dikaitkan dengan sesuatu yang romantik. Kerana lelaki yang romantik bukan lelaki yang selalu menurut semua kemahuan isterinya.

Lakukanlah kerana Rasulullah mencontohkannya. Sunah Rasulullah SAW. Jika kita melakukannya, maka hal itu dikira sebagai ibadah.

Akan tetapi jika tujuannya kerana isteri, suami hanya mendapat redha dari isteri tetapi bukan redha dari Allah. Maka berhatilah-hatilah kerana ibadah itu dinilai berdasarkan NIATNYA.


Semoga menjadi inspirasi dan menjadi renungan bagi sahabat yang lainnya


Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Isnin, 1 Julai 2013

Ahad, 16 Jun 2013

Arif n Car

bawa kereta sempat lagi toleh belakang




Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Jumaat, 14 Jun 2013

Sharing: Tips Kembar

Salam dears,
"Apa tips nak dapatkan kembar?" ~ itu salah satu soalan cepu mas yang selalu ditanya kat Mama & Ayah.  Seriously, kitorang langsung tak ada tips untuk dapat anak kembar.  Si kembar tiga ni 100% rezeki kurniaan Allah yang tak disangka-sangka.  Mama sebenarnya tak pernah terbayang pun akan dapat anak kembar.  Yang Mama doakan sebelum ni cumalah nak dapat zuriat, dapat sorang pun jadilah...tup tup Allah bagi bonus pakej 3-in-1 terus :-)

Tips nak dapat kembar memang tak ada.  Tapi kalau setakat nak berkongsi cerita tentang apa usaha yang Mama & Ayah buat untuk nak dapatkan baby tu boleh lah.  So jangan laa anggap ni sebagai tips utk dapat anak kembar yer, itu semua Allah yang tentukan.  Anyway, among the things yang kitorang buat ialah:


a) Jumpa doktor buat fertility test sebab nak tau if ada yang tak kena. Start jumpa doktor lepas Mama kena ectopic pregnancy.  Kitorang pi buat kat hospital kerajaan  je.  Tau tau je lah kan hospital kerajaan ni waiting list nye panjang, kena tunggu lama, so almost setahun gak laa  dok ulang alik jumpa doktor.  Both Ayah & Mama pun kena check.  Ayah kena buat sperm analysis.  Mama  plak blood test, hormon test & ntah apa apa lagi ntah.
    Tapi yang paling Mama ingat ialah buat HSG dye test (hysterosalpingogram)untuk check samada tiub fallopio Mama yang tinggal sebelah tu tersumbat atau tidak (yang sebelah lagi kan dah kena potong, baca kat previous entry ni).  Untuk test ni, dye dimasukkan ke uterus & x-ray dibuat untuk tengok pergerakan dye tu dalam uterus, fallopian tubes & surrounding areas.  Kalau dye dapat bergerak ke semua bahagian, means everything ok lah.  Sakit gak tau buat test nih, ish ngilu bila ingat balik...  Anyway, after dah abih semua test etc etc, doctor konpemkan yang kitorang berdua tak dak problem.  More infor about dye test, leh baca kat sinihttp://findmeacure.com/2009/05/17/hysterosalpingogram-hsg/ and sinihttp://www.sharedjourney.com/define/hsg.html

    Contoh gambar x-ray dari dye test (gambar dr en google)


    pic dari en google

    b) Ambik pil untuk kesuburan iaitu clomid.  Mama ambik for about 3 months je masa  awal tahun 2006.  Pastu doktor suh sambung ambik lagi tapi Mama tanak.  Sebab nya time ambik pil tu bukannye ngandung, tapi berat badan naik mendadak membuak buak! Dalam masa 3 bulan tu je Mama naik sampai 6 kg camtu, sampai skarang can't loose the weight uhuk uhukkkk...
      c) Mama pi urut tradisional.  Merata gak la pi, mana yang kengkawan rekemen kitorang cuba, rasanya lebih dari 10 tukang urut Mama  jumpa.  Sakit gak ooo mengurut tradisional nih, kekadang balik umah ngan badan lebam lebam laa hehe... Time urut nak betulkan peranakan pun boleh tahan pedih ooiii...   Macam macam laa teori yang makcik makcik urut tu bagitau, ada yang kata ok no problem, ada yang kata peranakan jatuh skit.  Tapi kat tempat yang last skali Mama pi ngurut, makcik tu kata peranakan senget skit & dia tolong betulkan. Alhamdulillah, tak lama lepas tu, Mama ngandung si kembar nih.

      d) Minum minuman herba Bidadari untuk kesuburan & elok untuk rahim.  Yang ni Mama try sebab banyak orang rekemen dalam online forum.   Mama minum ni for a year jugak rasanya sampai lah mengandung si kembar tiga ni baru stop.  Mama beli dari sini:  www.kedai2ekin.com. Korang leh baca tentang kebaikan produk tu semua kat website Kak Ekin tuh.

       ni la rupa botol Bidadari
          e) Berpantang dari makan & minum 4 benda ni - elakkan air tebu, buah salak, tapai & nenas.  Ni ada mak bidan yang suh Mama jangan makan.  Katanya semua benda ni sejuk/bisa/tajam & tak baik untuk rahim.  Selagi belum peknen, selagi tu lah tak boleh makan 4 benda tu.  So bertahun laa Mama tak merasa semua tuh, dah la semuanya memang fevret Mama.  So lepas dapat si kembar ni, Mama dah makan puas puas balas dendam lepas gian hehehe

          f) Ada gak buat benda benda yang cam tak dak kaitan je tapi cuba jugak, including makan ubat untuk detox & makan ubat cacing (deworming). Haaa haaa korang jangan gelak!  Ini salah sorang makcik tukang urut yang suggest Mama buat.  Katanya ada kes yang pi kat dia lepas makan ubat cacing  baru leh peknen. Makcik tu kata bila dalam badan banyak cacing, cacing makan abih semua zat zat & menyebabkan badan tak sehat/subur.  Ntah ler betul ke tidak, but time tu Mama buat je laaa, mana laa tau kan.  

          Lepas dah telan ubat cacing tu, satu malam Mama tak leh tido tau sebab takut & geli memikirkan kot kot nanti cacing kluar kot mulut hahaha (Mama sgt takut ulat, cacing & yang sewaktu dengannya).  Tips dari mak Mama, kalau nak makan ubat cacing, makan masa bulan tengah turun ikut kalender Islam, supaya cacing tak akan kluar kot atas i.e. mulut.  Yang sebenarnya ubat skarang akan menyebabkan cacing tu hancur je & kluar dalam najis... but still Mama tak 100% percaya hehe

          Hmm ada lagi other things yang kitorang cuba tapi dah tak ingat laaa, cukup laa kot yang Mama tulis kat atas tu kan... Tata :-)



          Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

          Rabu, 12 Jun 2013

          Resepi OOPSIE SAVOURY MUFFINS



          Resepi OOPSIE SAVOURY MUFFINS
          Bahan-bahan:-
          • 4 biji telur gred A
          • 4 sudu creamcheese
          • Garam skit
          • 1/8 sudu kecil cream of tartar
          • Sausage 4-5 ketul
          • Daun sup sikit
          Cara-cara:-
          1. Panaskan oven dulu pada suhu 155 darjah celcius selama 15 min.
          2. Dalam masa yg sama asingkan telur putih dan kuning.
          3. Pukul telur putih sehingga dia jadi soft peak ( klu tebalikkan bekas adunan tu sampai tak jatuh). Lepas dah telur kembang skit baru letak cream of tartar ye.
          4. Dalam bekas lain pukul telur kuning,creamcheese dan garam skit (agak2 lah eh). Lepas tu gaulkan adunan telur kuning dlm adunan telur putih guna spatula/sudu pelan2 je. Dont overmix.
          5. Dlm masa yg sama,potong sausage kecik,grill kan dgn skit butter. Tambah daun sup.
          6.susun muffin cup dlm bekas muffin dan sapu skit butter. Takut melekat.
          7. Gaulkan sausage yg dah grill dalam adunan oopsie pelan2 je, then tuang dlm muffin cup. Nnti tabur lg daun sup atasnye.
          8. Bakar selama 30-35 min.


          Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

          Resepi Cheezy Creamy Chicken

          KIKA nak share resepi cheezy creamy chicken..
          Jom sama2 buat... n upload la pict hasilnya yer..hehehe
          Bahan2 nya: # 1/4 cwn tepung gndum # 1 bji telur # sedikit garam # setengah cawan cheese yg dpotong dadu # setengah bji lada benggala yg dhiris kecil # daun sup yg dhiris halus # pepper # dada ayam yg dah dgoreng
          Cara buatnya: 1.campur semua bahan kecuali ayam dan daun sup 2.letak adunan td dlm papercup 3.carik ayam td dan letak d adunan dlm papercup td wit daun sup 4.masukkan dlm oven pd suhu 170 dan masak utk 18min 5. Yg paling penting,,bila dah siap...sila upload d fb...hahahaha

          Agak-agak hasilnya macam ni ker....hehehe





          Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

          Jumaat, 7 Jun 2013

          Selasa, 4 Jun 2013

          TIPS ATASI SELSEMA ANAK


          Anak anda selsema?Usah risau kerana selsema merupakan penyakit biasa di kalangan kanak-kanak. Berikut adalah petua-petua untuk merawat dan menghalang selsema:

          1) MINUM AIR YANG BANYAK

          Selsema boleh membuat badan menjadi kering terutamanya jika demam hadir bersama muntah dan cirit-birit.Bagaimanakah nak tahu si manja mendapat air yang cukup? air kencing berwarna kuning cair ataupun tiada warna

          2) SUP

          Berikannya sup ayam kerana dipercayai sup ayam boleh melegakan simptom jangkitan pernafasan,

          3) BEREHAT

          Mintalah si manja baring di atas katil dan berehat kerana dengan ini, badan akan menjadi kuat untuk melawan segala jangkitan. Pastikan si kecil mendapat tidur yang cukup

          4) KUMUR DENGAN GARAM

          MIntalah si manja untuk berkumur dengan air garam kerana ini boleh melegakan tekak yang sedang sakit. Air garam dan nose drops boleh melembutkan kulit.

          5) STIM

          Menyedut udara yang lembab akan melembutkan saluran pernafasan dan melegakan sakit tekak.

          #jika selsema si kecil tidak sembuh dan menjadi teruk, berjumpalah dengan doktor anda dengan serta merta#



          Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

          Isnin, 3 Jun 2013

          Pembentukan anak kembar

          Jika anda atau pasangan dilahirkan kembar maka peratusan untuk mendapat anak kembar adalah sangat tinggi. Bagaimanapun bukan bermakna mereka yang tidak mempunyai keturunan kembar tidak berpeluang untuk mendapat anak kembar. Segalanya boleh berlaku dengan keizinan dari Allah SWT selain bantuan pelbagai teknologi perubatan yang semakin canggih. Pernahkah anda terfikir bagaimana kembar terjadi dan kedudukannya di dalam perut ibu. Biasanya wanita akan melahirkan seorang anak sahaja bagi setiap kehamilan. Namun, kadang-kadang ada wanita yang mengandung anak kembar. Terdapat tiga jenis anak kembar, iaitu anak kembar seiras, anak kembar tak seiras dan anak kembar siam. Mari lihat bagaimana pembentukan anak kembar terjadi.

          1. Kembar seiras (Monozygotic)
          Pembentukan anak kembar seiras terjadi apabila satu embrio membahagi kepada dua embrio yang berasingan pada peringkat awal perkembangan embrio. Kedua-dua embrio ini akan berkembang dan membentuk dua fetus berasingan di dalam uterus (rahim) ibu. Setiap fetus yang berada di dalam uterus ibu mempunyai tali pusat sendiri tetapi berkongsi satu plasenta (uri). Oleh kerana kembar seiras berasal daripada satu embrio, maka hanya satu sperma dan satu ovum yang terlibat dalam persenyawaan untuk membentuk zigot. Ini menyebabkan kembar seiras serupa dari segi kandungan genetik dan sifat fizikalnya termasuk jantina.

          2. Kembar tak seiras (Dizygotic)
          Anak kembar tak seiras terjadi apabila dua ovum dibebaskan serentak semasa proses pengovulan. Setiap ovum ini disenyawakan oleh satu sperma. Maka, dua zigot terbentuk. Kedua-dua zigot akan berkembang membentuk dua fetus yang masing-masing mempunyai plasenta dan tali pusatnya sendirl. Dua anak akan dilahirkan pada akhir tempoh kehamilan. Keduadua anak ini tidak sama dari segi kandungan genetik kerana berasaldaripada dua ovum dan dua sperma yang berlainan. Rupa dan jantina kedua-dua anak ini mungkin sama atau berbeza. Maka, kembar jenis ini disebut sebagai kembar tak seiras.

          3. Kembar siam
          Sekiranya pembahagian satu embrio berlaku dengan lengkap, maka anak kembar seiras terhasil. Walau bagaimanapun, kadangkala pembahagian embrio berlaku dengan tidak sempurna. Ini menyebabkan kedua-dua embrio masih terlekat antara satu sama lain pada bahagian tertentu. Dalam keadaan ini, kedua-dua embrio akan membentuk dua fetus yang masih terlekat pada bahagian kepala, dada, punggung, ataupun di bahagian perut. Anak kembar ini dikenali sebagai kembar siam. Biasanya kembar siam dikeluarkan dari uterus ibu melalui pembedahan. Kembar siam mungkin berkongsi satu jantung, otak atau organ lain. Pakar pembedahan boleh melakukan pembedahan ke atas kembar siam untuk memisahkan kedua-duanya. Namun, pembedahan seperti ini mempunyai risiko yang tinggi.

          Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

          Rabu, 15 Mei 2013

          7 KUNCI KEBAHAGIAAN...

          SEBELUM TIDUR....7 KUNCI KEBAHAGIAAN...

          Menurut Saidina Ali bin Abi Thalib RA, 7 Kunci Kebahagiaan adalah:

          1. Jangan membenci siapapun, walau ada yang menyalahi hakmu.
          2. Jangan pernah bersedih secara berlebihan, sekalipun problem memuncak.
          3. Hiduplah dalam kesederhanaan sekalipun serba ada.
          4. Berbuatlah kebaikan sekalipun banyak musibah.
          5. Perbanyaklah memberi walaupun anda sedang susah.
          6. Tersenyumlah walaupun hatimu sedang menangis.
          7. Jangan memutus doa untuk saudara mukmin.

          Ya ALLAH yang Maha Pengasih dan Penyayang...
          ✔ Muliakanlah orang yang membaca status ini.
          ✔ Lapangkanlah hatinya.
          ✔ Bahagiakanlah keluarganya.
          ✔ Luaskan rezekinya seluas lautan.
          ✔ Mudahkan segala urusannya.
          ✔ Kabulkan cita-citanya.
          ✔ Jauhkan dari segala Musibah.
          ✔ Jauhkan dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar....Aamiin ya Rabbal'alamin.

          SEBELUM TIDUR

          Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

          Rabu, 8 Mei 2013

          Doa Ketika Bayi Dalam Kandungan



          "Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

          Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.

          Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudahdan selamat.

          Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.

          Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"
          Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

          Selasa, 7 Mei 2013

          10 Fakta Tentang Kelahiran Yang Patut Kita Tahu


          1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.


          2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ga
          nda dari saiz normal untuk menampung kandungannya..

          3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

          4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

          5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

          6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

          7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

          8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

          9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

          10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

          Sayangi ibu & isteri anda 

          Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

          Selasa, 9 April 2013

          LAWAK: Keluarga Bahagia


          Kata orang kalau muka suami ngan isteri tuh dah seakan akan atau seiras, itu menandakan hubungan mereka akan berkekalan lama. tapi kalau muka anak pun sama macam mak bapak dorang itu apa maknanya ya?

          Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

          Petua Anak ikut cakap ibu bapa





          1. Setiap pagi, sebelum pergi sekolah, anda berdiri di belakang anak dan kedua-duanya (anak dan ibu atau bapa) menghadap kiblat. 


          2. Letakkan kedua-dua telapak tangan ibu/ayah yang dirapatkan atas kepala anak tanpa sentuh kepala lebih kurang 1 inci dari rambut.

          3. Bacakan al Fatihah dan Alam-nash-rah ... hingga habis. 

          4. Niat dalam hati mohon pada Allah: "Ya Allah permudahkanlah anak aku ini untuk belajar dan diterangkan hati, lembutkan hati dan ditetapkan iman dan mohon anak aku ini mendengar cakap ibu bapanya".

          5. Kucup dahi anak dan biarkan dia pergi ke sekolah. Telapak tangan anda (ibu/bapa) ada aura dan gunakannya sebaik-baiknya.

          Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

          Tepid Sponging - Tips sejukkan badan bayi yang demam

          Assalamualaikum semua...

          Memandangkan sekarang ni cuaca tak menentu.. panas dan bahang je rasa kan.. 
          Bila cuaca macam ni, kita rasa xlarat nk buat apa2.. bdn kurang air.. apath lagi budk2.. ank2 la plg senng kena penyakit demam, btuk n selsema musim2 cmni..

          So, mari kita kongsi cara ni.. 


          Menyejukkan badan bayi yang demam (Cara ini dikenali sebagai TEPID SPONGING)

          Anak kecil mudah mendapat demam disebabkan cuaca dan jangkitan kuman. Ketahui teknik untuk meredakan suhu badan anak yang demam. Teknik ini dapat membantu anda dengan menyediakan langkah demi langkah menyejukkan badan bayi.

          Demam bukannya penyakit tetapi hanya gejala yang sering dihidapi oleh bayi. Suhu badannya yang normal ialah 36 hingga 37 darjah celcius. Suhu badannya yang melebihi 37 darjah celcius menandakan anak anda demam. Bagi anak yang dibawah usia enam bulan, suhu badan melebihi 37 darjah celsius adalah serius. Jika ia kekal tinggi sehingga boleh mencecah 40 darjah celcius, ia berisiko berlakunya konvulsi (kekejangan) atau sawan kepada bayi anda.

          Tindakan Anda:

          * Lap pada anggota badannya, berikan parasetamol.
          * Galakkan anak anda minum air yang banyak
          * Berjumpa doktor untuk rawatan lanjut jika suhu badan naik mendadak dan bayi masih demam

          Ubat Demam
          Beri ubat demam mengikut dos pada label yg disarankan doktor dan secara konsisten supaya suhu badannya berkurangan. Ini untuk mengelakkan suhu daripada meningkat kepada 40 darjah celcius yang boleh mengakibatkan bayi berisiko mendapat sawan. Ubat demam yang diberi melalui dubur boleh diberi sekiranya suhu badannya hampir mencecah 40 darjah celcius. Segera berjumpa doktor untuk rawatan lanjut. Termometer digalakkan sentiasa berada di dalam simpanan anda.

          Mesti Tahu
          Jika berlaku serangan sawan (kekejangan otot), basahkan badan bayi anda umpama anda memandikannya. Waktu kecemasan ini, ambil air untuk basahkan seluruh badannya. Jangan biarkan situasi ini berlaku lebih satu minit. Ketika ini badannya akan mengeras dan anak matanya akan naik ke atas disebabkan suhu badannya sudah mencecah 40 darjah celcius, bayi akan kembali normal setelah badannya kembali sejuk. Pastikan anak anda menangis kerana tanda dia sudah sedar. Segera masukkan ubat yang diberi melalui dubur (jika ada). Segara ke hospital untuk rawatan lanjut. Jika situasi ini pernah berlaku pada anak anda, kemungkinan ia akan berulang lagi jika anda mengabaikan pengambilan ubat demam secara konsisten walaupun ia sudah berusia enam tahun. Situasi ini akan berlaku sehingga anak berusia tujuh tahun. Serangan sawan boleh mengakibatkan kecacatan otak dan jika dibiarkan terlalu lama serangan sawan ini boleh mengundang maut. Waspadalah jika anak demam!

          Sumber:komuniti anak manja ibu

          Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

          Isnin, 8 April 2013

          Perfect 365

          Ohhoooohohooo..

          Demam Perfect365 melanda diriku ini...
          Memandangkan 3A xd puteri lg.. so edit la gmbr apa yg ada..hehee...

          ni sajer suka2 tau.. nk thu ada bakat makeup ke x..




          beginilah hasilnya... lalalalaa...

          gambar pertama yang diedit: maira
          baby qisya



          akak2ku: kak fyza n kak nisa

          with my lovely hero






          hahahaa..sajer membuang masa ..=)
          Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

          AVAIL Pro-Polis

          Hye.. pernah dengar tentang AVAIL PRO-POLIS tak???

          Jom nak share... sebab 3A memang menggunakannya.. dan alhamdulillah serasi dan berkesan untuk arif arsyad =)


          sejarah penggunaan propolis oleh arif arsyad ni selepas disarankan oleh doktor di klinik swasta.. sebabnya ialah arif hmpir sebulan demam, selsema n abtuk berkahak... kahaknya xkeluar2..tu yg buat smpi ada jngkitan kuman di paru2.. huhu.. hati ibu mana yang xrisau kan..

          dah macam-macam klinik pergi..smpi specialist pn kami pergi.. smpi sedut gas semua..tetap xkurang.. mcm2 ubt dh msuk dlm bdn dia.. antibiotik, jangan ckp la.. macam2 dah.. smpi satu tahap tu dh lembik dh anak kami ni..sedih sgt..huhu.. demamnya jer cecah 39 pn ada tau...





          lps doc suggest guna propolis ni (kebetulan dia ada jual kt klinik dia, kitorg beli terus la)...ikhtiar.. alhamdulillah...serasi.. bukan nk kata propolis ni penyembuh la.. yg menyembuhkan tu ALLAH SWT..kita ni usaha n ikhtiar je.. so xlama lps guna berapa kali jer, arif ebbas dri btuk n makin aktif.. xlama lps tu dh aktif berjalan... agknya dmam nk 'dpt kaki' kot.. blm setahun pn lagi time tu...

          alhamdulillah.. sebotol tahan la sebulan...hehe.. n arif pn jarang dmam, btuk n selsema.. klu kan virus tu pn, sekejap jer la... aktif tetap aktif...

          so, sesiapa yg nk produk ni, leh la pm ika... =) 0197223642

          atau pn add my fb ika kazl
          Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

          Bagaimana Takaful Membantu Anda


          Assalamualaikum..

          Artikel ini akan menerangkan konsep dan tujuan takaful mengikut bahagian.

          Pelan Takafulink Series PruBSN Takaful merupakan pelan 3 dalam 1. Ia meliputi Bahagian Manfaat Perlindungan, Bahagian Manfaat Hospital dan Bahagian Manfaat Simpanan. Setiap bahagian ini mempunyai tujuan dan manfaat masing-masing.

          BAHAGIAN MANFAAT PERLINDUNGAN

          Bahagian ini meliputi 3 aspek perlindungan iaitu pampasan untuk kematian, sakit kritikal dan kelumpuhan.

          Tujuan bahagian ini adalah untuk membantu kita merancang kewangan supaya jika berlaku salah satu daripada 3 aspek tersebut kepada kita, kita mempunyai dana yang dapat membantu  untuk meneruskan kehidupan.

          Ia juga boleh disimpulkan kepada dana penggantian pendapatan seseorang.

          Bagaimana ia membantu?

          Jika seseorang (Si A) itu berpendapatan sebanyak RM2000 sebulan merancang untuk membuat penggantian pendapatan bagi dirinya dan keluarga jika berlaku sesuatu keadaan (mati/sakit kritikal/lumpuh). Maka Si A boleh membuat perancangan untuk memiliki dana untuk memberikannya kelegaan untuk suatu tempoh.

          Contoh:
          Gaji Si A RM2000 sebulan, RM24000 setahun, Si A lumpuh akibat serangan jantung dan tidak berupaya untuk bekerja lagi.

          Jika Si A merasakan ingin memiliki dana cukup untuk 1 tahun sahaja maka Si A harus memiliki perlindungan sebanyak RM24000 sahaja.

          Jika Si A merasakan ingin memiliki dana cukup untuk 5 tahun sahaja maka Si A harus memiliki perlindungan sebanyak RM120000 (RM24000 x 5) sahaja.

          Dan begitulah seterusnya...

          Maka anda harus memikirkan berapa banyak dana yang anda inginkan supaya anda boleh mempunyai "waktu bertenang" dan kelegaan kewangan sementara anda memikirkan cara menjana pendapatan lain.

          Ada juga cara untuk kita menjana pendapatan secara bulanan daripada bahagian ini. Inilah yang dilakukan dan dicadangkan oleh saya.

          Kita ambil polisi bernilai besar, contoh RM440000. Ini adalah polisi saya buat masa ini dan kita gantikan kepada nama Si A.

          Jika berlaku salah satu daripada 3 ini (mati,sakit kritikal,lumpuh) Si A akan mendapat pampasan sebanyak RM440K secara sekaligus.

          Andai kata kisah ini berlaku pada Jan 2010. Pecahan berikut dilakukan.

          RM40K digunakan untuk kos sara hidup keluarga Si A sepanjang Jan-Dec 2010.

          RM400K dalam masa sama dilaburkan ke ASB (ini hanya cadangan dan contoh sahaja, cara melabur terserah kepada diri masing-masing) yang memberi pulangan 7% setahun.

          Maka Jan 2011, Si A bakal mendapat 7% x RM400K = RM28K setahun dan dibahagi 12 bulan mendapat RM2333.33 sebulan.

          Maka, pendapatan bulanan telah kita janakan dan ia meringankan beban kita sekeluarga.

          Bila dibayar pampasan itu?

          1- Apabila Si A meninggal dunia - diberikan kepada waris
          2- Apabila Si A menghidapi 36 jenis sakit kritikal. Tahap kritikal adalah 3 dan ke atas.
          3- Apabila Si A lumpuh kekal selama 6 bulan.
          Rujuk buku polisi anda untuk penerangan lebih lanjut tentang pembayaran ini.


          BAHAGIAN MANFAAT HOSPITAL


          Bahagian ini merupakan satu aspek yang sangat penting. Ia merupakan 1 cara mudah untuk seseorang mengumpul dana untuk kos perubatannya.

          Kita biasa mengenalinya sebagai Kad Perubatan. Di PruBSN Takaful, kad ini diberi nama Takaful Health2.

          Takaful Health2 ini bertujuan untuk menyiapkan dana bagi membiayai bil hospital yang akan dikenakan kepada kita jika kita ingin mendapatkan rawatan dihospital swasta atau kerajaan.

          Kad ini boleh digunakan untuk semua kes yang dirawat diwad hospital kecuali untuk bersalin, rawatan gigi, rawatan kecantikan dan penyakit sedia ada serta perkara-perkara yang tidak dilindungi yang telah digariskan dalam buku polisi. Anda boleh rujuk buku polisi untuk maklumat yang sahih.

          Seawal 1 hari dana ini telah terkumpul untuk anda jika kes kemalangan. Seawal 1bulan juga untuk kes-kes biasa dan seawal 4 bulan untuk kes penyakit spesifik. Mana mungkin dalam masa 4 bulan kita boleh mengumpul dana serendah RM50K dalam masa 1hari, 1bulan dan 4bulan!

          Bahagian ini juga mengandungi rider tambahan untuk elaun wad, elaun bedah, elaun icu, elaun MC, rawatan luar kemalangan dan sebagainya.

          Takaful Health2 menawarkan pakej bermula TH2 (150) sehingga TH2 (600).

          150 itu bukan membawa maksud jumlah caruman bulanan polisi seseorang namun ia membawa maksud harga bilik harian, had tahunan dan had hayat.

          PruBSN Takaful menjamin untuk pembaharuan bahagian ini setiap tahun. Penggunaan kad Takaful Health2 ini tertakluk kepada ko-takaful/ko-payment sebanyak 10% dengan jumlah minimum RM300 dan maksimum RM1000. Ada juga pelan yang tiada ko-takaful di PruBSN Takaful.


          BAHAGIAN MANFAAT SIMPANAN

          Bahagian ini ramai yang suka dan berminat. Tidak dinafikan, dalam pelan ini simpanan juga merupakan salah satu tujuan iaitu untuk sebagai pendidikan dan persaraan.

          Simpanan didalam takaful merupakan konsep simpanan jangka masa panjang. Kebiasaannya saya menggunakan kitaran 20 tahun.

          Simpanan ini juga merupakan satu pendekatan/langkah Bank Negara Malaysia (BNM) ingin membantu melindungi pengguna/pencarum. Jika dahulunya pelan lama tiada simpanan ia sedikit sebanyak merugikan dan membahayakan pengguna. Contoh, jika kita dengar dulu-dulu, bayar takaful bertahun-tahun dan hanya kerana lewat/tidak mampu membayar lebih 30 hari polisi menjadi tamat/tidak aktif. Pernah dengar? ...

          Untuk atasi masalah ini, BNM meluluskan pelan pelaburan ini untuk menyelamatkan pengguna. Andai pengguna membayar polisi bertahun-tahun tiba-tiba ada masalah kewangan dan tidak mampu membayar polisi, maka simpanan yang ada boleh diserap untuk menampung kos bulanan caj tabaru' polisi dan secara langsung membuatkan polisi masih aktif. Ini adalah manfaat paling besar kepada pengguna agar polisinya sentiasa aktif dalam 1 tempoh ketika mereka mempunyai masalah kewangan.

          Jika dikumpul lamanya, sebahagian sumbangan kita secara bulanan itu akan terkumpul menjadi simpanan. Jumalah simpanan adalah tidak dijamin kerana ia bergantung kepada nilai semasa pelaburan ketika kita menjualnya.

          Secara kasar saya boleh nyatakan untuk pelan kanak-kanak, simpanan dijangka 80% dan polisi orang dewasa 60-70% selepas 20 tahun. Ia bergantung kepada usia, kelas pekerjaan seseorang. Di PruBSN Takaful, simpanan ini boleh dipam menjadi 100% atau lebih melalui rider Takaful Saver. Cuma sediakan bajet sahaja.

          Kelebihan simpanan di takaful adalah jika Si A lumpuh/kritikal, caruman bulananya akan menjadi percuma sehingga umur 80 tahun dimana semua manfaat perlindungan, hospital dan simpanan masih boleh digunakan secara percuma.

          Ini amat sesuai bagi sesiapa yang ingin membuat simpanan persaraan/jangka masa panjang kerana simpananya akan dilindungi.

          Sekian sahaja penerangan tentang tujuan dan manfaat yang kita boleh perolehi di takaful. Lakukan perancangan yang jelas dan terjamin.

          Saya sedia membantu anda...PruBSN Takaful pilihan terbaik.


          Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...