Jumaat, 12 Jun 2015

Idea : Resepi Mudah

Resepi yang sangat-sangat mudah untuk disediakan
Jom kita cuba

Mohon share yer dan mohon Halalkan resepi - resepi yang dikongsikan =)































Salam Sayang,

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Rabu, 6 Mei 2015

Petua Merawat Wajah

Menghapuskan Jerawat
Untuk membersihkan muka dan menghapuskan jerawat, sila amalkan salah satu petua ini:-
  1. Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
  2. Setelah muka dibersihkan, tutup muka dengan kain tuala yang lembab. Dekatkan muka ke wap nasi atau air panas selama lima minit. Ulangi beberapa minit. Kemudian pakai penyegar muka.
  3. Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari hingga jerawat berkurangan.
  4. Jika jerawat masih sukar hilang, rebus beberapa helai daun teh warna hijau. Ketika suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.
  5. Tumbuk segenggam bunga melur bersama sedikit air hingga lumat. Sapukan ke muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air kelapa muda.
  6. Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
  7. Rendam segenggam beras hingga kembang. Toskan airnya. Tumbuk beras ini bersama segenggam biji betik muda hingga lumat. Campurkan dengan sedikit air. Gentelkan kecil-kecil dan jemur hingga kering. Apabila hendak memakainya, bancuh dengan air dan tempelkan di muka.
  8. Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan besak sejuk. Tempelkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.
Menghilangkan Bintik Hitam
  1. Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan dua kali seminggu.
  2. Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka dengan menggunakan air suam.
  3. Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu.
Tegangkan Kulit Muka
  1. Tumbuk beberapa helai daun jambu batu hingga lumat. Bancuh dengan air suam. Apabila sejuk, sapu pada muka. Lakukan setiap malam.
  2. Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhkan bersama sedikit air kemudian sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.
Menghilangkan Parut di Muka
Jerawat yang sudah kering akan meninggalkan parut di muka. Ada beberapa cara unuk menghilangkannya.

  1. Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air.
  2. Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
  3. Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
  4. Rendam beberapahelai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
  5. Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
Kulit Muka Lembut dan Cerah
  1. Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka. Biarkan hingga kering. Selepas itu cuci muka dengan air suam. Amalkan pada setiap malam.
  2. Campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang pembersih muka.
  3. Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu, cuci dengan air biasa. Lakukan tiga kali seminggu.
  4. Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Sapukan campuran tadi pada muka. Urutkan kulit muka perlahan-lahan. Biarkan hingga bedak kering. Kemudian basuh dengan air suam.
  5. Parut sebiji kentang. Perah airnya. Sapukan pada muka. Apabila separuh kering, cuci muka dengan air.
  6. Kisar lima kuntum bunga cempaka dan lima kuntum bunga melur hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada muka pada setiap malam.
  7. Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk. Lakukan setiap hari.
Hilangkan Parut Demam Campak
  1. Demam campak biasanya meninggalkan tanda hitam. Untuk menghilangkannya, cubalah petua ini :-
    • Gilingkan beberapa helai daun semambu hingga lumat.
    • Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Ulangi selama tiga hari.
  2. Daun semambu juga boleh direbus untuk diminum airnya. Tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas demam campak.
  3. Parut sebiji jagung muda hingga lumat. Sapukan pada bekas demam campak. Lakukan selama beberapa hari.
Melicinkan Kulit Muka
Jika anda memiliki wajah yang kasar, jangan cepat putus asa. Cubalah petua ini:-

  1. Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.
  2. Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan satu sudu besar susu tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.
  3. Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Lakukan setiap hari.
  4. Giling tiga sudu besar kacang hijau. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan bersih.
  5. Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci dengan air suam.
  6. Kisar dua biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap pagi. Lakukan selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.
  7. Setiap kali mandi, gosokkan tawas pada muka. Lakukan setiap pagi atau malam. Muka anda akan menjadi halus.
Mengekalkan Seri Wajah
Wajah pengantin menjadi tumpuan ramai pada hari pernikahannya. Untuk menyerikan lagi, cubalah petua ini :-

  • Goreng secawan beras tanpa minyak sehingga kekuningan. Kisar sehingga lumat.
  • Campurkan dengan sedikit putih telur, air limau nipis dan satu sudu teh air kunyit.
  • Tempekkan pada muka kecuali bahagian mata. Insya-Allah, wajah akan berseri pada hari persandingan.
Menghilangkan Panau di Muka
  1. Gosokkan halia pada kulit yang berpanau. Biarkan seketika, kemudian bilas dengan air biasa. Lakukan 3 kali sehari.
  2. Tumbuk dua helai daun gelenggang hingga hancur. Sapukan pada kulit yang berpanau.
Alat Solek Tidak Sesuai

  • Basuh muka dengan air kelapa setiap hari sehingga bengkak-bengkak atau gatal sembuh.
  • Jika masih belum menunjukkan tanda-tanda yang tidak baik, segeralah mendapatkan rawatan dari pakar kecantikan.
Kulit Muka Berminyak
Parut buah epal hingga halus. Kemudian sapukan pada muka, bairkan selama 15 minit. Kemudian cucilah dengan air suam. Lakukan 3 kali seminggu.

Melembabkan Muka
Bersihkan muka dengan air suam. Panaskan madu hingga menjadi suam-suam kuku. Sapukan madu ini pada muka dan urutkan perlahan-lahan. Biarkan setengah jam dan bersihkan.


Salam Sayang,

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Rabu, 15 April 2015

7 Tips Membuat Keputusan

Membuat keputusan merupakan satu cabaran kerana ia mungkin akan menimbulkan kesan yang baik atau buruk. Kematangan dan kebijaksanaan seseorang boleh dilihat daripada cara dia membuat keputusan. Terdapat keputusan yang boleh dibuat dengan serta-merta dan ada yang mengambil masa untuk difikirkan. Keputusan yang dibuat secara tergesa-gesa adakalanya tidak membawa faedah, malah menimbulkan pelbagai perkara buruk. Maka, kita haruslah memahirkan diri dengan cara membuat keputusan yang betul antara tip2 untuk membuat keputusan atau pilihan yang tepat ialah :
1. Tenangkan Fikiran
Tenangkan fikiran dan jangan bertindak di luar kawalan seperti menjerit, menumbuk dinding, minum arak, memandu kenderaan dengan laju dan sebagainya. Fikiran yang tenang penting agar kita dapat berfikir dengan waras tanpa menurut gerak hati yang mungkin akan menambahkan lagi kerumitan.
2. Kenal Pasti Masalah Sebenar
Fikirkan perkara yang menjadi masalah sebenar. Cuba ingat sama ada anda pernah menghadapinya ataupun pertama kali. Jika pernah, ingat kembali keputusan yang telah dibuat dan kesannya.
3. Kenal Pasti Pilihan
Fikirkan semua pilihan2 yang ada. Cuba cari seberapa banyak pilihan yang boleh dibuat.
4. Mengkaji Baik Buruk Pilihan
Ingat! Setiap pilihan mempunyai kesan yang baik dan buruk kepada diri atau orang lain. Oleh itu, setiap pilihan perlu dikaji dengan teliti. Fikirkan sebanyak mungkin segala kesan baik dan buruk yang mungkin terjadi jika pilihan itu diambil.
5. Membuat Pilihan Terbaik
Setelah mengkaji baik buruk setiap tindakan, buatlah pilihan yang terbaik dan positif. Pastikan keputusan yang dipilih benar2 mampu untuk anda laksanakan dan jangan menyesal dengan keputusan anda. Keputusan yang telah diambil hendaklah dilakukan dengan penuh keyakinan.
6. Tegas Dengan Keputusan
Yakinlah bahawa keputusan yang dibuat adalah betul. Anda perlu tegas dengan keputusan anda dan jangan ikut kata orang. Jangan mudah berubah. Kesabaran amat penting setelah membuat keputusan agar anda tidak akan kecewa.
7. Nilai Semula
Apabila anda telah melaksanakan keputusan yang diambil, lihat kembali kesan2 yang berlaku. Adakah sama dengan apa yang telah dikaji atau terdapat kesan lain yang tidak tersenarai? Simpan catatan anda untuk dijadikan rujukan jika anda menghadapi perkara yang serupa pada masa akan datang.

Salam Sayang,

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Khamis, 9 April 2015

15 Tempat Percutian Menarik di Malaysia


Wowww...xlama lagi musim cuti sekolah. Dah boleh planning la nak cuti ke mana kan..hehe..
Tapi, klu xcuti sekolah pun tetap masih boleh berehat di tempat-tempat berikut.
Anda yang tentukan nak pilih yang mana. Jadi mahu bercuti di mana?
1. Tubotel Langkawi
Tubotel Langkawi menawarkan suasana yang berbeza dengan hotel dan resort di Langkawi. Keselesaan dan kemesraan yang ditunjukkan oleh pemilik hotel warga Austria dan pekerja di Tubotel seolah-olah seperti rakan yang sudah kenal lama. Bagi pengunjung beragama Islam pula, jangan khuatir kerana bilik solat dan bilik khas menyalin pakaian juga turut disediakan. Bagi yang inginkan keseronokan yang berbeza, Tubotel menyediakan aktiviti percuma iaitu tour Eco Pirate dimana pengunjung akan dibawa ke kawasan pulau berhampiran.
Untuk maklumat lanjut, boleh ke http://www.tubotel.com/
Baca review kami – Tubotel Langkawi
tubotel-13
tubotel-11
tubotel-6
2. Tanah Aina Fahad
Ingin percutian yang lebih eco-friendly? Ini antara resort yang unik kerana menyediakan tempat tidur dalam khemah tetapi dengan aksesori mewah seperti hotel bertaraf 5 bintang. Tanah Aina Fahad, sebuah resort 8 ekar terletak bersebelahan dengan Lata Jarum yang terkenal di Ulu Dong, Raub sesuai untuk semua pencinta alam semula jadi yang ingin melarikan diri dari hiruk-pikuk kehidupan di bandar ini.
Untuk keterangan lanjut, anda boleh layari Facebook Tanah Aina
10300763_741201672584675_988397380136388537_n-e1413183908673
10653788_741201049251404_8581523586489303041_n-e1413183950332
3. Time Capsule Retreat, Raub, Pahang
Anda sukakan suasana  kampung yang jauh dari hiruk pikuk bandar dan dalam masa yang sama inginkan satu pengalaman penginapan yang unik? Ya, pengalaman ini boleh didapati di Malaysia apabila sebuah tempat penginapan di buka di Sungai Lembing, Pahang iaitu Time Capsule Retreat. Hotel ini boleh dikatakan agak sama dengan konsep TubeHotel di Mexico di mana menggunakan konsep bilik hotel yang diperbuat daripada paip pembentung untuk menarik pelancong menginap di hotel mereka.
Baca artikel kami – Hotel Paling Unik Di Pahang
Time-Capsule-Retreat-7
Time-Capsule-Retreat-10
Time-Capsule-Retreat-3
4. Casa Titik, Cherating, Pahang
Inginkan percutian yang tenang dan nyaman? Anda boleh ke Casa Titik, Cherating, Pahang, sambil menikmati pantai, anda boleh menikmati keindahan hijau yang segar. Menariknya Casa Titik ini menyediakan kolam renang yang besar sesuai untuk anak kecil, restoran seafood juga banyak di kawasan ini.
Info lanjut – Casa Titik
1510945_709106245789568_448683370_n
1395802_670009463032580_1510064411_n
5. The Dusun, Mantin, Negeri Sembilan
The Dusun memberikan suasana berlainan persis di Bali. Cuma The Dusun mungkin tidak sesuai dan tidak digalakkan untuk pengunjung beragama Islam bermalam di sana.
Jika berminat, anda boleh ke Facebook The Dusun
10407794_10152820149449780_7113140789886070526_n
14895_10152556863919780_4973971885401179557_n
6. Eight Acres, Raub, Pahang
Eight Acres adalah tempt percutian eco-friendly. Amat unit kerana ianya berada di antara kebuh buah-buahan, kelapa sawit dan juga pokok getah.
Untuk info dan keterangan lanjut, boleh ke Facebook Eight Acres
300601_460037060748419_1348893033_n
148584_486320784786713_1515349761_n
10351535_624232710995519_5866755947041886952_n
7. Sekeping Serendah, Selangor
Ingin merasai suasana kediaman mewah di dalam hutan? Sekeping Serendah adalah jawapannya.
Info – Facebook Sekeping Retreats & Laman Web www.sekeping.com
Screen Shot 2014-11-25 at 10.37.30 AM
Screen Shot 2014-11-25 at 10.35.49 AM
Screen Shot 2014-11-25 at 10.35.57 AM
8. The Shorea, Seremban, Negeri Sembilan
Suasananya sama seperti The Dusun, The Shorea merupakan tempat percutian tidak muslim friendly kerana anjing dibiarkan bebas di kawasan resort. Resort ini sangat sesuai untuk anda yang dalam mood honeymoon ataupunannivesary kerana di sini resort-nya sungguh nyaman dan mendamaikan.
Info – The Shorea
1375002_531085560361424_8087889433748924214_n
10292483_530597597076887_126180926067805549_n
10372279_533096596826987_6237933283585673432_n
9. Limastigai, Umbai, Melaka
LimasTigai di Umbai, Melaka ini hanya istimewa untuk pengunjung beragama Islam sahaja. LimasTigai mengetengahkan konsep kampung moden yang dilengkapi dengan kolam renang, sesuai untuk seisi keluarga dalam bercuti.
Info – Facebook LimasTiga
Screen Shot 2014-11-25 at 11.01.01 AM
10547812_727233307314162_7255160512135952126_o
1523590_754170954620397_7607240943082776718_o
10. Desa Balqis, Kuala Linggi, Melaka
Desa Balqis memberikan suasana kampung zaman dahulu kala sangat nyaman, lokasinya di tepi Selat Melaka jadi anda boleh melihat pemandangan menarik.
Jika berminat, anda boleh ke Facebook Desa Balqis & Laman Web http://desabalqis.com/
404158_175462795923385_1842107346_n
463445_179684462167885_1015534422_o
271709_181344322001899_351548638_o
11. Terrapuri Heritage Village, Kuala Terengganu, Terengganu
Mendamaikan! Tenang! Itulah yang dapat digambar di resort Terrapuri Heritage Village. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa dari Laut China Selatan bakal buat anda relaks sepanjang hari.
Info – Terrapuri
10409657_792685500766897_5949527906633524563_n
10696325_770116613023786_7360307449363921690_n
12. D’Ark Training & Resort, Janda Baik, Pahang
Resort yang memberikan suasana kampung dahulu kala, sungai yang bersih, sesuai untuk seisi keluarga boleh bermanda-mandi di sungai tersedia.
Info –
Screen Shot 2014-11-25 at 11.19.46 AM
Picture 1
13. Three Orchid Manukan Resort, Pulau Manukan, Sabah
Three Orchid Manukan Resort mempunyai sebuah pusat menyelam untuk mereka yang gemarkan aktiviti menyelam. Terdapat juga bot dan ski jet untuk disewa bagi mereka yang ingin melakukan aktiviti parasailing dan menunggang ski jet.
108247_14061012580019768800_800x600
108247_14070916180020205635_800x600
108247_14070916180020205643_800x600
14. Borneo Highlands Resort, Kuching, Sarawak
Terletak di dalam hutan hujan tropika Borneo, resort ini menawarkan bilik-bilik dengan hiasan Malaysia dan perabot kayu kedesaan. Sesuai untuk honeymoon.
2313810
20130112_10463
15. Dream World Resort, Kundasang, Sabah
Bagi para pelawat yang ingin menikmati sepenuhnya pengalaman di Taman Negara Kinabalu, Dream World Resort merupakan pilihan tepat. Hanya sejauh 100 km, hotel 3-bintang ini boleh diakses dengan mudah dari lapangan terbang. Dengan lokasi yang mudah, hotel ini memberikan akses mudah ke tempat yang anda perlu lawati di bandar.

305729_120609094614302_800x600
305729_120609104100448_800x600

Salam Sayang,

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...