Rabu, 18 Februari 2015

Hati dan Isi Belon


"Di satu kampung tinggal seorang penjual belon yang sangat miskin.Penjual itu hanya tinggal bersama ibu nya yang telah tua dan dengan hasil jualan belonlah dia menampung kehidupan mereka berdua. apa yang menjadi tarikan kepada semua penduduk kampung termasuk kanak-kanak si penjual belon ini apabila matahari telah mula menyinari dia akan melepaskan 1 belon ke udara. Ada belon yang terbang tinggi, ada belon yang terbang rendah dan ada juga yang terbang hanya jatuh di bumbung rumah jiran.setiap hari akan berlainan warna belon yang dilepaskan.ada hitam, biru, hijau,putih dan sebagainya. Apabila belon yang dilepaskan ke udara itu terlihat oleh kanak-kanak maka kanak-kanak akan menangis dan menyuruh ibu bapa nya untuk membelikannya belon.sangat cerdik si penjual belon itu. 

dijadikan cerita suatu hari datanglah seorang kanak-kanak perempuan bertanya kepada si penjual belon.
Kanak-kanak : pakcik, warna belon yang mana satu kalau dilepaskan akan terbang tinggi. ketika mendengar pertanyaan kanak-kanak itu, si penjual belon hanya tersenyum.Sekali lagi kanak-kanak itu bertanya dan terus bertanya. akhirnya penjual belon itu duduk dan memegang bahu kanak-kanak tersebut dan berkata
penjual belon : "nak..warna dan kecantikkan belon itu bukan penentu setinggi mana ia mampu terbang tapi kandungan angin yang ada dalam belon itulah yang menentukan sama ada belon itu akan terbang di awam tinggi atau hanya sekadar terbang lalu tersangkut di pokok atau bumbung rumah"...

hah..korang faham tak maksud cerita ni..kalau tidak faham baca semula dan cuba fahamkan..ia ada kaitan dengan kuasa dalaman, kekuatan hati dan kecekalan kita serta ketabahan kita untuk menerima apa2 yang berlaku dalam hidup. Apa yang ada dalam diri dan hati kitalah yang akan menentukan sejauh mana kita mampu terbang ...fikir-fikirkan..

Salam Sayang,

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Isnin, 2 Februari 2015

TIPS MENJADI LEBIH SABAR MENGATASI ANAK KUAT MENGAMUK



Untuk menjadi lebih sabar apabila anak-anak mengamuk terdapatnya cara efektif.

Memahami Mengapa Mereka Mengamuk

Untuk posting ini Ibu akan berpanjang lebar membicakan salah satu sebab mengapa anak boleh mengamuk dan hilang rasa penitingnya dirinya untuk dia dan dunia.
anak kuat mengamuk
Fahami mereka terlebih dahulu sebelum menghukum. [Parenting]
Memahami tahap perkembangan anak-anak adalah penting. Jika anak itu berumur diantara 1.5 hingga 2.5 dan membawa kepada 3 tahun dalam sesetengah kes, maka ini adalah umur anak itu menguatkan ‘survival skill’ nya.
Anak pada usia ini sangat EGO CENTRIC – maksudnya hanya memikirkan keperluan diri sendiri dan tidak mementingkan orang lain. Jika anak melihat anak-anak pada usia ini berkelakuan begini, janganlah cepat panik dan menyangka anda telah melahirkan anak yang tamak dan tidak berakhlak mulia!
Bertenanglah dan jangan bersedih. Ini cumalah satu tahap yang dilalui oleh semua orang. Bertuah seorang anak itu jika ibu bapanya mengenali tahap ini dan mendidik penuh sabar dan hormat supaya anak itu berasa selamat dan boleh maju ke tahap seterusnya dimana anak itu mulia pandai berkongsi dan memikirkan perasaan dan kepentingan orang lain.

Mengapa Tahap Ini Penting Dikendalikan Dengan Baik?

Kerana pada tahap ini anak menguatkan perasaan aku wujud di sini. Aku penting dengan kata lain, a sense of self. Ini sangat penting untuk anak itu bertapak. Bila ibu bapa memahami tahap ini dan memberi ruang untuk anak itu membangunkan keyakinan kewujudannya maka dengan segera anak itu akan maju ke tahap seterusnya.
Jika tidak dikendalikan dengan baik…ini akan membuat anak itu bersaa kecewa dan kekecewaan seperti inilah yang bila berkumpul akan menyebabkan seorang anak kecil itu tantrum.

Apa Maksud Ibu?

Pada tahap 1.5 tahun hingga 3 tahun ini mungkin anda nampak anak anda tidak suka berkongsi barang mainannya. Mungkin juga memukul anak kecil yang lain.

Apa Yang Patut Anda Lakukan?

Bila anak bermain dengan kawan-kawannya, pilihlah untuk dibawa keluar mainannya itu, HANYA MAINAN yang dia boleh berkongsi. Anak kecil pun tahu sayang akan barang mainannya. Oleh itu hormatlah barang kepunyaannya.
Janganlah hanya kerana dia anak kecil anda MEMAKSA dia untuk memberi semua mainannya kepada orang lain. Itu yang Ibu maksudkan hormat akan perasaannya.
Kita orang dewasa pun tidak memberi dengan mudah barang yang penting dalam hidup kita kepada sebarangan orang. Contoh, kita tidak mudah memberi orang meminjam kereta, komputer, telefon kita kepada any Tom, Dick or Harry.
Kenapa? Kerana barang itu penting untuk kegunaan kita dan kita perlu menggunakannya dengan cermat. Kerana kita bertanggung-jawab terhadap barang itu. Jika kita benarkan seorang yang tiada lesen memandu dan tidak termasuk namanya ke dalam insuran kereta kita, maka tentunya lebih payah kita memberi pinjam kereta kita kepada orang itu.
Pada anak-anak kecil, barang mainannya adalah ibarat kereta, komputer, telefon bimbit dan barang berharga kita. Itulah sebab, bila ada anak kecil yang lain nak bermain mainannya. Ambil sedikit masa
#1 Minta izin dia untuk kawannya itu bermain sama. Lebih elok jika ibu atau ayah kepada anak itu yang meminta dengan baik dan hormat.
#2 Anda pula sebagai ibu dan bapa menerangkan elok untuk dia berkongsi dan bertanya mainan yang mana yang boleh dia berkongsi?
JANGAN MEMAKSA TAPI MEMUJUKLAH. Inilah masa untuk membina sikap murah hati dan belas ehsan.
#3 Ibu bapa yang diberi berkongsi mainan itu, ambillah masa untuk mengucap terima kasih kepada anak itu dan mengingatkan dengan baik anaknya untuk bermain dengan baik mainan kawannya itu. Inilah masa untuk menyemai amanah dan akhlak mulia.
Ibu sangat tidak suka melihat perbuatan sesetengah ibu bapa yang membiarkan sahaja anak-anak mereka merampas mainan kawan. Bermain mainan kawan dan merosakkannya dan selamba sahaja dengan perbuatan itu.
Bila balik meninggalkan mainan bersepah dan ada yang rosak dibuat oleh anak. Tidak ada sepatah ucapan meminta maaf pun yang keluar. Ibu bapa begini tidak sedar bahawa mereka sebenarnya telah mengajar akhlak yang salah ke dalam diri anak-anak mereka!
Mereka ini tidak membetulkan perangai anaknya itu. Atau jika membetul, akan melakukan dengan bengis. Bila mereka membetulkan dengan bengis di hadapan orang lain terutamanya, anak itu akan hilang hormat dirinya.
Maka jangan hairan jika anak itu akan suka mengamuk-ngamuk, tidak mahu mendengar cakap dan suatu masa jika keadaan berterusan dalam bentuk berbeza pun, anak ini akan menjadi individu yang bermasalah!
Semoga dijauhi kita ibu bapa prihatin dari bersikap sambil lewa begitu. Ibu doakan

Salam Sayang,

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Idea Jus yang menyihatkan


jus menyihatkan
Semestinya kita tahu kebaikan meminum jus, terutamanya di waktu pagi. Selain dari enak, ia juga memberi seribu khasiat pada kesihatan anda. Di sini saya kongsikan idea gabungan jus serta kebaikannya pada tubuh anda.
Takkan hari-hari nak minum jus tembikai dan fresh orange di restoran-restoran yang sudah semestinya mempunyai kandungan gula yang tinggi. Buat di rumah lebih mudah, kan? Tahap kebersihannya lebih diyakini.
1. Lobak merah + halia + epal: Meningkatkan kadar metabolisma dan membersihkan sistem tubuh badan anda.
2. Epal + timun + seleri: Mengurangkan risiko kanser, mengurangkan kadar kolestrol dalam tubuh dan menyembuhkan masalah sakit perut serta sakit kepala.
3. Tomato + lobak merah + epal: Memperbaiki masalah kulit dan menyelesaikan masalah nafas berbau.
4. Peria + epal + susu: Menghidarkan masalah mulut berbau dan mengurangkan panas dalam badan.
5. Nenas + epal + tembikai: Untuk mengilangkan garam berlebihan dalam badan dan memperbaiki sistem pundi kencing dan buah pinggang.
6. Epal + timun + kiwi: Memperbaiki masalah kulit.
7. Pear + pisang: Mengawal kandungan gula dalam darah
8. Oren + halia + timun: Memperbaiki tekstur kulit serta melembapkannya dan mengurangkan suhu badan.
jus menyihatkan
9. Lobak merah + epal + pear + mangga: Mengurangkan suhu badan, menghilangkan toksik dalam badan, mengurangkan tekanan darah tinggi dan melawan masalah pengoksidaan.
10. Tembikai susu + anggur + tembikai + susu: Kaya dengan vitamin C, vitamin B2 dan meningkatkan aktiviti sel serta menguatkan daya ketahanan badan.
11. Betik + nenas + susu: Kaya dengan vitamin C, E dan zat besi. Memperbaiki masalah komplikasi kulit dan meningkatkan metabolisma badan.
12. Pisang + nenas + susu: Kaya dengan vitamin dan nutrisi serta menghindarkan dari sembelit
Semoga bermanfaat. Wassalam :)
Kredit gambar: Rachel ReesMelanie Levi

Salam Sayang,

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Khamis, 22 Januari 2015

Cake Personality Test


Pick your cake, and then look to see. Take this Cake Personality Test 
If you were buying a cake and you had your choice of the following, which would you choose? 

* Angel food 



* Brownies 

* Lemon Meringue 

* Vanilla with Chocolate Icing 

* Strawberry Cheese Cake 

* Chocolate on Chocolate 

* Ice Cream 

* Carrot Cake 



OK - Now that you've made your choice, this is what research says about you! NO... . you can't change your mind once you scroll down! So think carefully, what your choice will be!!! 





No peeking until you choose!!! 

Scroll down . . . . . . . .. . . . . . . ... ... .. . . . . 










* Angel food ... Sweet, loving, cuddly. You love all warm and fuzzy 
items. A little nutty at times. Sometimes you need an ice cream cone at the end of the day. Others perceive you as being child-like and immature at times. 

* Brownies . You are adventurous, love new ideas, are a champion of Underdogs and a slayer of dragons. When tempers flare up, you whip out your sabre. You are always the oddball with a unique sense of humor and direction. You tend to be very loyal. 

* Lemon Meringue... Smooth, sexy, & articulate with your hands, you are an excellent after-dinner speaker and a good teacher. But don't try to walk and chew gum at the same time. A bit of a diva at times, but you have many friends. 

* Vanilla with Chocolate Icing ... Fun-loving, sassy, humorous. Not very grounded in life, very indecisive and lack motivation. Everyone enjoys being around you, but you are a practical joker. Others should be cautious in making you mad, however, you are a friend for life. 

* Strawberry Cheese Cake... Romantic, warm, loving. You care about other people and can be counted on in a pinch. You tend to melt. You can be overly emotional and annoying at times. 

* Chocolate on Chocolate ... Sexy, always ready to give and receive. Very creative, adventurous, ambitious, and passionate. You have a cold exterior but are warm on the inside. Not afraid to take chances. Will not settle for anything average in life. Love to laugh. 

* Ice Cream... You like sports, whether it is baseball, football, 
basketball, or soccer. If you could, you would like to participate, but you enjoy watching sports. You don't like to give up the remote control. You tend to be self-centered and high maintenance. 

* Carrot Cake... You are a very fun loving person, who likes to laugh. You are fun to be with. People like to hang out with you. You are a very warm-hearted person and a little quirky at times. You have many loyal friends. 


Salam Sayang,

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Khamis, 15 Januari 2015

Uji Minda: 1-9




Isikan petak di atas dengan nombor 1 hingga 9 tanpa pengulangan. Hasil tambah bagi tiga nombor sama ada secara melintang, menegak atau pepenjuru adalah bersamaan dengan 15.
Selamat mencuba… (jawapan akan diberikan pada minggu hadapan)
Salam Sayang,

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...