Selasa, 10 September 2013
10 perkara yang saya tahu pasal awak
Pramugari koma di tanah suci
Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah sambil menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik.
Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.
Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku semasa saya menguruskan satu rombongan haji.
Ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.
Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah.
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit.
Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.
Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Jemaah ni sakit” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.
Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.
Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.
"Badan dia panas dan menggigil. Jemaah ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya.
Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ.
Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.
Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal.
Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.
Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan.
Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.
Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri.
Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.
Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah.
Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.
Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah.
Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma.
Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.
Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya.
Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak.
Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan mahramnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??
Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa Puan menangis?"
“Ustaz….saya taubat dah Ustaz. Saya menyesal, saya takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Saya bertaubat, betul-betul taubat."
"Kenapa pulak ni puan tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga.
Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu.
Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua.
Katanya, "Ustaz, saya ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi saya silap. Saya ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja.
Ibadat satu apa pun saya tak buat. Saya tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat saya dan suami saya tak buat.
Rumah saya penuh dengan botol arak. Suami saya tu saya sepak terajang, saya pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.
"Habis yang puan pergi haji ini?"
"Yalah...saya tengok orang lain pergi haji, saya pun teringin juga nak pergi."
"Jadi apa sebab yang puan menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang puan alami semasa sakit?" tanya saya lagi.
Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan,
"Ustaz...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, saya telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah saya buat selama ini.
"Betul ke puan?" tanya saya, terkejut.
"Betul Ustaz. Semasa koma itu saya telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada saya. Balasan azab Ustaz, bukan balasan syurga.
Saya rasa seperti diazab di neraka. Saya ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut saya ditarik dengan bara api.
Sakitnya tak boleh nak saya ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit saya minta ampun minta maaf kepada Allah."
"Bukan itu saja, buah dada saya pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus, jatuh ke dalam api neraka.
Buah dada saya rentung terbakar, panasnya bukan main. Saya menjerit, menangis kesakitan. Saya masukkan tangan ke dalam api itu dan saya ambil buah dada tu balik."
Tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.
Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari.
Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.
Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya,
"Hari-hari saya diseksa. Bila rambut saya ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak saya terasa seperti menggelegak.
Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan."
Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.
Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya.
Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.
"Ustaz...saya ni nama saja Islam, tapi saya minum arak, saya main judi dan segala macam dosa besar.
Kerana saya suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu saya telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam.
Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja, tapi saya perlu makan buah-buah itu sebab saya betul-betul lapar.
"Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong saya dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut saya.
Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita.
Habis saja buah-buah itu saya makan, saya diberi pula makan bara-bara api.
Bila saya masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan saya rasa seperti terbakar hangus.
Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.
Selepas habis bara api, saya minta minuman, tapi...saya dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah.
Baunya cukup busuk. Tapi saya terpaksa minum sebab saya sangat dahaga. Semua terpaksa saya lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah saya alami sepanjang saya hidup di dunia ini."
Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.
"Masa diazab itu, saya merayu mohon kepada Allah supaya berilah saya nyawa sekali lagi, berilah saya peluang untuk hidup sekali lagi.
Tak berhenti-henti saya memohon. Saya kata saya akan buktikan bahawa saya tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu.
Saya berjanji tak akan ingkar perintah Allah dan akan jadi umat yg soleh.
Saya berjanji kalau saya dihidupkan semula, saya akan tampung segala kekurangan dan kesilapan saya dahulu, saya akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini saya tinggalkan."
Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.
Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak.
Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.
"Ini bukan mimpi ustaz. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali.
Saya bertaubat Ustaz, saya tak akan ulangi lagi kesilapan saya dahulu. Saya bertaubat... saya taubat Nasuha," katanya sambil menangis-nangis.
Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak.
Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.
"Puan...yang puan sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Puan kena jaga juga kesihatan diri puan. Lepas sembahyang Isyak tu puan baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.
"Tak apalah Ustaz. saya ada bawa buah kurma. Bolehlah saya makan semasa saya lapar."
Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.
Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula.
Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.
"Tak boleh Ustaz. Saya takut...saya dah merasai pedihnya azab tuhan. Ustaz tak rasa, Ustaz tak tau. Kalau Ustaz dah merasai azab itu, Ustaz juga akan jadi macam saya. Saya betul- betul bertaubat."
Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Ustaz, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Ustaz ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung.
Cukuplah saya seorang saja yang merasai seksaan itu, saya tak mau wanita lain pula jadi macam saya.
Semasa diazab, saya tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan mahramnya, maka dia diberikan satu dosa.
Kalau 10 orang lelaki bukan mahram tengok sehelai rambut saya ini, bermakna saya mendapat 10 dosa."
"Tapi Ustaz, rambut saya ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut saya, ini bermakna beribu-ribu dosa yang saya dapat.
Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam saya ni??? Allah..."
"Saya berazam, balik saja dari haji ini, saya akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami saya sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat.
Saya nak ajak suami pergi haji. Seperti mana saya, suami saya tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan saya.
Saya sudah bawa dia masuk Islam, tapi saya tak bimbing dia. Bukan itu saja, saya pula yang jadi seperti orang bukan Islam."
Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut.
Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?
Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat Nasuha?
Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadith. Adakah ia bercanggah?
Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib?
Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal..." Itu dah terlambat.
REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN
WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI
" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."
Salah Tafsir
Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang
begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya
minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari
itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan
dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..
“Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini
kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya
masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan
masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2.”
Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.
Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral
itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak
menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2
muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.
“Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu
tunjukkan sebentar tadi??”
Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,
UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK…
Pengajaran : Cakap biar terang, bak kata-kata dalam filem P Ramlee……….
Kesan minum AIS
Baca dan terus sebarkan kepada teman dan kenalan anda.
Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ....
Artikel ini berguna untuk semua.
Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!. Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini.
Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.
Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemukdan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.
Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.
:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!
Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.
Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda. Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung.
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.
Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..
Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...
Gout- Apa yang BOLEH & TAK BOLEH
Kredit Google
Jom kita baca info kesihatan ni..
Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat Malaysia. Dikalangan rakan sekerja penyakit ini sudah menular dengan rancak dan paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia lebih 40an. Namun ada antara kes gout juga menyerang lelaki berusia awal 30an. Menurut NIH (National Institutes of Health in America), gout telah menyerang kira-kira 2.1 juta penduduk di Amerika dan kerap di hadapi oleh lelaki berusia antara 40 – 50. Ia jarang berlaku pada kanak-kanak-kanak dan remaja.
Apa sebenarnya penyakit gout? Gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk "kristal asid urik" pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar di bergerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki seperti gambar.
Asid urik adalah satu bahan hasil pemecahan sel-sel tua yang mati (DNA dan RNA) yang berlaku di dalam hati. Asid urik juga dihasilkan apabila manusia mengambil makanan yang tinggi kandungan protinnya seperti daging. Protin akan diuraikan kepada asid amino dan sebahagian asid amino yang berlebihan akan diuraikan kepada asid urik. Dalam bahasa mudah, asid urik adalah hasil penguraian sel yang mati serta dari makanan yang diambil.
Kadar normal asid urik dalam darah meningkat apabila kanak-kanak meningkat remaja dan dewasa. Kadar kandungan asid urik pada lelaki dewasa ialah 3 – 7 mg/dl dan 2 – 6 bagi perempuan dewasa. Ujikaji di dalam makmal mendapati apabila kandungan asid urik di dalam larutan melebihi tahap 6.5 – 7.0 mg/dl, kristal asid urik mulai terbentuk.
Bagi manusia, apabila tahap asid urik dalam darah melebihi 10 mg/dl, selalunya akan mengakibatkan serangan gout yang teruk. Sekiranya gout tidak dirawat, kristal asid urik akhirnya akan menghasilkan satu bahan yang keras disekitar sendi dipanggil tophi. Aras asid urik yang tinggi dalam darah ini juga seterusnya selain dari gout boleh mengakibatkan kidney stones (batu dalam buah pinggang) atau pelbagai masalah buah pinggang ( kidney failure).
Dalam keadaan normal, asid urik dalam darah ini akan dikeluarkan daripada tubuh sebahagian besarnya melalui air kencing dan bakinya melalui ketulan najis. Masalah hanya akan timbul apabila asid uric dalam darah ini tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Apabila ini berlaku maka paras asid urik akan meningkat dan seterusnya mengakibatkan gout.
Apabila pesakit gout menemui doktor, apa yang akan dibuat oleh doktor ialah dengan memberikan ubat untuk menghilangkan kesan sakit (painkiller), mengurangkan pembengkakan dan mengurangkan paras asid urik dalam darah.
Bagi mengurangkan paras asid urik, selalunya doktor memberikan ubat Allopurinol (Lopurin, Zurinol, Zyloprim). Ubat ini berfungsi untuk mengurangkan kandungan asid urik dalam darah melalui kaedah "memperlahankan pengeluaran asid urik. Kemungkinan kesan sampingan ubat ini ialah gatal kulit, perut meragam dan kadang-kadang boleh juga menyebabkan kesan alergi pening dan sakit otot. Sebenarnya ubat allopurinol tidak menyembuhkan gout, aia hanya sekadar memperlahankan pengeluaran asid urik dari tubuh. Bagi saya penggunaan ubat jenis langsung tidak munasabah.
Selain allopurinol, ubat pain killer dan mengurangkan pembengkakan yang diberikan doktor sebenarnya memanglah kelihatan seperti sesuatu yang amat hebat kerana ia memberikan kesan positif dalam jangka masa singkan selepas pengambilanya iaitu selepas beberapa jam namun sebenarnya pada pandangan saya ia adalah "racun" yang sebennarnya menambahkan masalah bagi pesakit gout. Ini kebanyakan painkiller yang diberikan doktor, selain dari menghilangkan kesan sakit pesakit gout, ia sebenarnya merosakkan buah pinggang dan ini bukan lagi rahsia di kalangan doktor.
Kadang-kadang terdapat kes perbalahan antara doktor kerana antara mereka ada yang tidak bersetuju kerana doktor tersebut memberikan pain killer dari jenama tertentu kepada pesakit gout. Begitulah, sesama mereka pun berbalah, mana yang betul? Sebenarnya dua-dua yang berbalah pada pandangan saya pun tidak betul kerana jikalau mengikut saya, pesakit gout tidak boleh sama sekali mengambil ubat pain killer dan ubat bengkak.
Ubat pain killer merosakkan buah pinggang dan apabila buah pinggang semakin rosak, semakin sukar untuk buah pinggang ini menyingkirkan asid urik dari tubuh. Inilah sebabnya saya menghalang sebarang penggunaan ubat pain killer dan ubat bengkak.
Sekarang marilah kita berbincang bagaimana untuk merawat penyakit gout ini menurut kaedah tradisional dan sebahagian besarnya diwariskan oleh arwah guru saya. Mudah-mudah Allah sentiasa merahmatinya. Dalam proses kita ingin merawat masalah gout ini, terlebih dahulu kita perlu mengetahui punca masalah gout ini.
Sebagaimana disebutkan di atas, gout adalah disebabkan kegagalan fungsi buah pinggang menyingkirkan asid urik dan pengambilan makan yang banyak menghasilkan asid urik.
Apakah sebabnya buah pinggang bermasalah sehingga tidak lagi mampu menyingkirkan asid urik dari tubuh? Itulah yang beberapa kali diberitahu oleh Menteri kesihatan bahawa mee kuning yang mengandungi asid borik dan makanan segera serta makanan rapu merosakkan buah pinggang.
Bagi menjaga kesihatan buah pinggang kita sila laksanakan amalan berikut semoga dijauhi Allah dari gout::
1. Minuman yang diambil hendaklah melebihi 2L sehari. Orang banyak bekerja kuat dan berpeluh perlu mengambil air yang lebih lagi. Masaalah kurang minum ini lebih parah di kalangan orang Melayu.
2. Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram
3. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll
4. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan anggur jeruk.
5. Elakkan memakan mi segera seperti mi maggi dsb
6. Elakkan memakan makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dsb
7. Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)
8. Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa kerana kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia dan pewarna dan perisa.
9. Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.
10. Elakkan chokelat dan minimakan air milo. Gantikan dengan horlick.
11. Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.
12. Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu
13. Kurangkan atau minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja)
14. Elakkan tembikai dan tembikai susu
15.. Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.
16. Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
17. Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti wing (kepak) dan peha.
18. Elakkan makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
19. Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma
20. Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.
21. Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.
22. Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.
23. Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis
24. Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah mengalami gout
25. Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang
26. Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.
27. Elakkan jering, petai dan kerdas
28. Kurangkan pengambilan minyak kelapa sawit.
29. Elakkan menonton bahan pornografi
30. Elakkan menaiki motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki motorsikal Jaguh.
31. Elakkan sebarang uabat-ubatan seperti pain killer dsb
32. Elakkan mengambil sebarang supplement seperti multivitamin dsb
33. Kurangkan atau elakkan tepung putih (tepung gandum) serta makanan yang dibuat daripadanya termasuk roti putih. Tepung ata yang digunakan membuat capati adalah baik. Saya masih belum pasti apakah kandungan sebenarnya tepung putih ini yang merosakkan buah pinggang, apakah bahan kimia Benzoyl Peroxide didalamnya yang digunakan untuk memutihkan tepung ini atau kandungan campuran lain dalam tepung ini.
34. Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri
35. Elakkan sayuran jeruk
36. Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin
37. Elakkan telur masin
38. Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)
39. Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc Donald, burger, sosej, naget dsb- Amerika adalah negara terhebat di dunia dengan fast food diikuti dengan Hong Kong, Australia dan England. Amerika juga adalah negara terhebat dengan penyakit berkaitan buah pinggang diikuti oleh Hong Kong, Australia dan England
40. Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.
41. Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)
42. Elakkan berlari dan melompat atau aktiviti lasak (gantikan dengan berjalan)
43. Kurangkan makanan bersantan
44. Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto.
Makanan atau amalan yang perlu diamalkan selalu pula ialah:
1. Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. Elok lagi sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu kencing
2. Amalkan minum teh misaim kucing 2 uncang sehari.
3. Makan peria dan peria katak
4. Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan
5. Susu tepung (bukan anelene, HL atau low fat)
6. Minyak jagung
7. Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dsb
8. Delima
9. Epal hijau 2 biji seminggu
10. Burung seperti burung puyuh dan merpati
11. Daging itik, rusa, pelanduk, napuh, landak, arnab dan sebagainya
12. Garam kasar menggantikan garam halus
13. Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau SPA.
14. Makan lebih banyak sayur-sayuran
Sebenarnya penyakit gout ini adalah rahmat dari Ilahi. Orang yang sihat memanjang sampai tua selalunya susah untuk mengingati Allah. Penyakit ini mudah-mudahan menjadi kafarah untuk menebus segala dosa-dosa lalu seperti dijanjikan Allah.
Gout macam rambut yang bertukar menjadi putih sebagai amaran dari Allah bahawasanya kita makhluk Allah akan dipanggil mengadapnya dan masanya sudah semakin hampir.
Sekian wassalam wallahualam
p/s: Al-Fatihah untuk arwah ayah. Dulu arwah ada gout.. kesian tengok..bengkak2 kaki, xblh jalan..kena pantang makan.. tapi kdg2 pantang jumpa.. smoga roh arwah ayah tenang di sana..