Jumaat, 23 Ogos 2013

Pantai







Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Doa Memohon Kemudahan Dalam Segala Urusan...


Salam Jumaat...
Semoga segala urusan kita dipermudahkan..
 Amin.. InsyaAllah..



Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Qanaah atas setiap rezeki yang Allah berikan.




Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam, Salam dan Shalawat kepada Nabi Muhammad s.a.w

Qanaah itu diberitahu bermaksud 'merasa cukup, ataupun berkenaan dengan sifat kita yang berpuas hati dan redha dengan setiap nikmat yang Allah berikan. Sedikit pun kita redha, banyak juga kita redha.

Dari rujukan yang saya baca, ianya berkenaan dengan kata-kata Prof Hamka yang lebih kurang bermaksud antara ciri seseorang yang Qanaah adalah :

1. Bersyukur dan redha dengan apa yang ada padanya
2. Berdoa untuk rezeki dan serta berusaha
3. Sabar dengan ketentuan Allah
4. Sentiasa bertawakal kepada Allah selepas berusaha
5. Tidak tertipu dengan tipu daya dunia.

Dinyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

"Bukanlah kekayaan itu lantaran banyak harta,, kekayaan ialah kekayaan jiwa".

Ulasannya: Diri yang kenyang dengan apa yang ada, tidak terlalu haloba dan cemburu, bukan orang yang meminta lebih secara berterusan. Kerana kalau masih meminta tambah, tandanya masih miskin.

Dinyatakan bahawah Rasulullah s.a.w bersabda juga:

Ertinya:

"Qanaah itu adalah harta yang tak akan hilang dan pura (simpanan) yang tidak akan lenyap". (HR. Thabarai dari Jabir).

Orang yang mempunyai sifat qanaah telah memagar hartanya sekadar apa yang dalam tangannya dan tidak menjalar fikirannya kepada yang lain.

Harta ataupun rezeki itu hanya diperlukan dalam jumlah 'Qanaah' kerana ianya termasuk dalam harta yang dicari untuk ditinggalkan apabila jasad kita dihantar ke liang lahad.

"Mencari harta (rumah besar, duit banyak, status jutawan) untuk ditinggalkan, Meningggalkan bekalan (amalan yang diajar oleh Nabi) yang sepatutnya dibawa"

Apabila kita dapat mendidik jiwa dan hati supaya lebih 'Qanaah', masalah bebanan hutang ataupun masalah kewangan, hilang dengan cepat dan ianya membuatkan kita bebas.

Di mana harta yang kita ada, ataupun rezeki yang kita ada, memberi lebih banyak barakah kepada kehidupan kita di dunia dan di akhirat, Insyaa Allah.



#perkongsian
Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

BellaVita Neelofa

Woww...
Raya dah hampir 2 minggu, tp KIKA baru perasan ada kad Raya dari BellaVita..hohoo..

Kad Raya dan Sampul Duit Raya tau...
Thanks a lot BellaVita n Neelofa.. =P


sampul duit raya dari Bella Vita..comel jugak...

kad raya dari Bella Vita aka Neelofa

signature dari Neelofa okey...

memang generasi yg cantik.. mak neelofa pun awet muda kan..


Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Khamis, 22 Ogos 2013

Mihun Sup dan Nasi Ayam

Nak share gambar makanan yg sedap di Tanjong Gemok, Rompin Pahang
wlupun harga agak mahal, tp ok la... sbb sedap..hehe
meh layan gambar..hehe
mihun sup campur (ayam + daging + perut) = RM5.50


nasi ayam = RM 4.50

ha...nampak tak isi2 yang banyak tu.. memang puas hati sgt2...

haha..kami berdua ni nampak sangat kebulur... licinnn...
meh nk zoom in...

tgk mangkuk ni.. licin kn kuah supnya... itu tandanya mmg btul2 sedap....

ha, yg ni plak... tulang pn bersih..kih3..


Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...