Jumaat, 23 Ogos 2013

Qanaah atas setiap rezeki yang Allah berikan.




Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam, Salam dan Shalawat kepada Nabi Muhammad s.a.w

Qanaah itu diberitahu bermaksud 'merasa cukup, ataupun berkenaan dengan sifat kita yang berpuas hati dan redha dengan setiap nikmat yang Allah berikan. Sedikit pun kita redha, banyak juga kita redha.

Dari rujukan yang saya baca, ianya berkenaan dengan kata-kata Prof Hamka yang lebih kurang bermaksud antara ciri seseorang yang Qanaah adalah :

1. Bersyukur dan redha dengan apa yang ada padanya
2. Berdoa untuk rezeki dan serta berusaha
3. Sabar dengan ketentuan Allah
4. Sentiasa bertawakal kepada Allah selepas berusaha
5. Tidak tertipu dengan tipu daya dunia.

Dinyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

"Bukanlah kekayaan itu lantaran banyak harta,, kekayaan ialah kekayaan jiwa".

Ulasannya: Diri yang kenyang dengan apa yang ada, tidak terlalu haloba dan cemburu, bukan orang yang meminta lebih secara berterusan. Kerana kalau masih meminta tambah, tandanya masih miskin.

Dinyatakan bahawah Rasulullah s.a.w bersabda juga:

Ertinya:

"Qanaah itu adalah harta yang tak akan hilang dan pura (simpanan) yang tidak akan lenyap". (HR. Thabarai dari Jabir).

Orang yang mempunyai sifat qanaah telah memagar hartanya sekadar apa yang dalam tangannya dan tidak menjalar fikirannya kepada yang lain.

Harta ataupun rezeki itu hanya diperlukan dalam jumlah 'Qanaah' kerana ianya termasuk dalam harta yang dicari untuk ditinggalkan apabila jasad kita dihantar ke liang lahad.

"Mencari harta (rumah besar, duit banyak, status jutawan) untuk ditinggalkan, Meningggalkan bekalan (amalan yang diajar oleh Nabi) yang sepatutnya dibawa"

Apabila kita dapat mendidik jiwa dan hati supaya lebih 'Qanaah', masalah bebanan hutang ataupun masalah kewangan, hilang dengan cepat dan ianya membuatkan kita bebas.

Di mana harta yang kita ada, ataupun rezeki yang kita ada, memberi lebih banyak barakah kepada kehidupan kita di dunia dan di akhirat, Insyaa Allah.



#perkongsian
Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

BellaVita Neelofa

Woww...
Raya dah hampir 2 minggu, tp KIKA baru perasan ada kad Raya dari BellaVita..hohoo..

Kad Raya dan Sampul Duit Raya tau...
Thanks a lot BellaVita n Neelofa.. =P


sampul duit raya dari Bella Vita..comel jugak...

kad raya dari Bella Vita aka Neelofa

signature dari Neelofa okey...

memang generasi yg cantik.. mak neelofa pun awet muda kan..


Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Khamis, 22 Ogos 2013

Mihun Sup dan Nasi Ayam

Nak share gambar makanan yg sedap di Tanjong Gemok, Rompin Pahang
wlupun harga agak mahal, tp ok la... sbb sedap..hehe
meh layan gambar..hehe
mihun sup campur (ayam + daging + perut) = RM5.50


nasi ayam = RM 4.50

ha...nampak tak isi2 yang banyak tu.. memang puas hati sgt2...

haha..kami berdua ni nampak sangat kebulur... licinnn...
meh nk zoom in...

tgk mangkuk ni.. licin kn kuah supnya... itu tandanya mmg btul2 sedap....

ha, yg ni plak... tulang pn bersih..kih3..


Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Hero ku sayang

hero makan sambil mencangkung... tgk tu, hingus meleleh keluar..ish3..

makan tangan mana tu sayang...

haaa..rasa2nya... thu x knp hero cangkung???
hahahaa....klu thu, diam2..xpayah mention.. kang hilang selera.. =P


Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Carbonara Spageti

Yahooo..

Akhirnya berjaya juga KIKA mengolah resepi carbonara spageti ikut citarasa tekak sendiri..
dan paling best...memenuhi citarasa ibu mengandung yg mengidam tau... ( siap bertambah2 tu..haha)

p/s: at least ada usaha murni untuk membantu di situ...hehee..

Ok, meh KIKA share resepi yg maveles tuuu...hehe... (perasn jap yer nk jadi chef, jgn muntah plak bila baca.. =P)

Resepi : Carbonara Spageti KIKA

bhn2 yg diperlukan
p/s: sila abaikan daun bawang itu..konon nk letk utk hiasan...hehe

bhn penting adalah spageti, tapi nk guna fettucini pn blh jer... kita yg buat dia..=)
bahan mungkin nmpk bnyk, tp simple jer...

KIKA guna 2 tin Prego jenis ni...


Bahan-bahan:-

3 biji bawang besar ( dipotong dadu)
3 ulas bawang putih (dipotong dadu)
1 biji lada benggala hijau (dipotong dadu)
sekeping daging cincang RAMLY yg berat 200gram sekeping
1 tin PREGO mushroom carbonara
1 tin PREGO keju dan herba
1 tin cendawan butang (dihiris nipis)
1 biji tomato (dipotong dadu)
sedikit minyak untuk menumis
serbuk oregano
serbuk lada hitam
1 paket spageti san remo

Cara-cara membuatnya:-

**rebus spageti dlu yer.. letak jer dlm air mendidih di dalam periuk... tmbh garam n minyak sikit supaya x melekat

1- tumis bawang besar + bawang putih sehingga naik bau.. sebelum ditambah dengan lada benggala
2- masukkan daging cincang dan kacau rata sehingga daging masak.. boleh tmbh perasa waktu ni.. letak oregano, lada hitam, garam... secukup rasa
3- masukkan cendawan butang dan tomato.. supaya rsa2 masam tomato tu dpt diserap...
4- dh sebati smuanya, bru tuang sos prego dri dua2 tin... kacau rata.. biar mendidih dlu...
( klu rsa agak pekat, boleh tmbh air sedikit... actually resepi asal guna fresh milk, tp KIKA xnk letak sbb takut memuakkn... tp klu u all nk lemk2 berkrim, leh jer tmbh susu... nnti wrna kuahnya pun lebih cerah sikit..hehehe)

nyummy..jemput makan semua...
p/s: org mengidam mkn bertambah2...alhamdulillah...

ni la gambaran kuah carbonara.. agak pekat..sbb xcmpur susu.. 


Selamat Mencuba.
Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...