Assalamualaikum semua...
Memandangkan sekarang ni cuaca tak menentu.. panas dan bahang je rasa kan..
Bila cuaca macam ni, kita rasa xlarat nk buat apa2.. bdn kurang air.. apath lagi budk2.. ank2 la plg senng kena penyakit demam, btuk n selsema musim2 cmni..
So, mari kita kongsi cara ni..
Menyejukkan badan bayi yang demam (Cara ini dikenali sebagai TEPID SPONGING)
Anak kecil mudah mendapat demam disebabkan cuaca dan jangkitan kuman. Ketahui teknik untuk meredakan suhu badan anak yang demam. Teknik ini dapat membantu anda dengan menyediakan langkah demi langkah menyejukkan badan bayi.
Demam bukannya penyakit tetapi hanya gejala yang sering dihidapi oleh bayi. Suhu badannya yang normal ialah 36 hingga 37 darjah celcius. Suhu badannya yang melebihi 37 darjah celcius menandakan anak anda demam. Bagi anak yang dibawah usia enam bulan, suhu badan melebihi 37 darjah celsius adalah serius. Jika ia kekal tinggi sehingga boleh mencecah 40 darjah celcius, ia berisiko berlakunya konvulsi (kekejangan) atau sawan kepada bayi anda.
Tindakan Anda:
* Lap pada anggota badannya, berikan parasetamol.
* Galakkan anak anda minum air yang banyak
* Berjumpa doktor untuk rawatan lanjut jika suhu badan naik mendadak dan bayi masih demam
Ubat Demam
Beri ubat demam mengikut dos pada label yg disarankan doktor dan secara konsisten supaya suhu badannya berkurangan. Ini untuk mengelakkan suhu daripada meningkat kepada 40 darjah celcius yang boleh mengakibatkan bayi berisiko mendapat sawan. Ubat demam yang diberi melalui dubur boleh diberi sekiranya suhu badannya hampir mencecah 40 darjah celcius. Segera berjumpa doktor untuk rawatan lanjut. Termometer digalakkan sentiasa berada di dalam simpanan anda.
Mesti Tahu
Jika berlaku serangan sawan (kekejangan otot), basahkan badan bayi anda umpama anda memandikannya. Waktu kecemasan ini, ambil air untuk basahkan seluruh badannya. Jangan biarkan situasi ini berlaku lebih satu minit. Ketika ini badannya akan mengeras dan anak matanya akan naik ke atas disebabkan suhu badannya sudah mencecah 40 darjah celcius, bayi akan kembali normal setelah badannya kembali sejuk. Pastikan anak anda menangis kerana tanda dia sudah sedar. Segera masukkan ubat yang diberi melalui dubur (jika ada). Segara ke hospital untuk rawatan lanjut. Jika situasi ini pernah berlaku pada anak anda, kemungkinan ia akan berulang lagi jika anda mengabaikan pengambilan ubat demam secara konsisten walaupun ia sudah berusia enam tahun. Situasi ini akan berlaku sehingga anak berusia tujuh tahun. Serangan sawan boleh mengakibatkan kecacatan otak dan jika dibiarkan terlalu lama serangan sawan ini boleh mengundang maut. Waspadalah jika anak demam!
Sumber:komuniti anak manja ibu
Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini