Isnin, 8 April 2013

Mengapa Takaful Dan Kad Perubatan Penting?



Sering kali anda didatangi oleh agen takaful untuk menyarankan anda membeli pelan yang mereka promosikan. Adakah anda merasakan promosi itu hanyalah semata-mata untuk agen itu mendapatkan komisyen daripada setiap jualannya? Sebenarnya, ia jauh lebih penting daripada itu. Ia adalah untuk ANDA...YA!!! untuk ANDA...mengapa saya katakan ia untuk anda? Cuba anda perhatikan dan fikirkan sebab-sebab ini..
1. Memberi Pampasan Kepada Keluarga.
Sekiranya sesuatu terjadi kepada anda seperti kematian, pihak PruBSN Takaful akan membayar pampasan kematian beserta dengan jumlah simpanan anda kepada keluarga anda. Pampasan ini dapat meringankan beban keluarga anda untuk meneruskan kehidupan yang penuh dengan pancaroba. Dengan ini anda tidak akan meninggalkan masalah dan hutang kepada keluarga anda malah anda telah melaksanakan suruhan Nabi Muhammad S.A.W.
“Bahawa engkau meninggalkan waris yang bebas daripada kemiskinan adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka miskin meminta-minta sedekah daripada manusia”



Riwayat Ahmad
2. Membayar Bil Besar Hospital Anda dan Keluarga.
Penyakit bukanlah sesuatu yang diidamkan oleh sesiapa pun, namun...sebagai manusia, kita tidak terkecuali daripada menghidapinya. Maka, dengan konsep tawakal yang kita amalkan eloklah kita berusaha sebelum bertawakal iaitu memiliki pelan perlindungan. Jika anda menghidapi sebarang musibah dan penyakit yang perlu dimasukkan ke hospital, anda tidak perlu lagi rungsing dan tertekan mengenai wang yang diperlukan untuk membayar bil hospital yang merawat anda. Ini keran pihak PruBSN Takaful akan membantu anda menyelesaikan bil anda itu. Rawatan segera dan selesa adalah impian semua orang dalam kehidupannya...dengan mengambil polisi dibawah PruBSN Takaful...kini impian anda akan tercapai...
3. Wang Saguhati Kepada Anda
Setelah bil hospital anda telah dibiayai oleh PruBSN Takaful, kini anda berpeluang memperolehi wang saguhati daripada Elaun Wad, Elaun ICU dan Elaun Bedah. Wang ini membantu meringankan beban anda setelah keluar daripada hospital. Ini adalah peluang yang amat baik yang wajib anda miliki.
Ahli keluarga saya (Ahmad Fahim) telah kemalangan di dalam rumah dan mengakibatkan tanganya patah. Ahmad Fahim telah dimasukkan wad di Kuala Terengganu Specialist (KTS) selama 6 hari. Ahmad Fahim telah mendapat rawatan yang eklusif di hospital itu dan menginap di wad 1 bilik 1 pesakit. Sungguh selesa dan menenangkan. Selepas keluar daripada hospital, agen Ahmad Fahim memberikan cek wang saguhati untuk Elaun Wad 6 hari dan Elaun Bedah sebanyak RM2300. Selepas ditolak dengan Ko-Takaful, Ahmad Fahim mendapat RM1000 bersih untuk kemalangan itu. Inilah pepatah " Sakit Dapat Duit ". Ahamd Fahim baru sahaja berusia 5 tahun...adakah anda tidak cemburu?
4. Memberi Wang Pampasan Kepada Anda.
Jika anda menghidapi salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal atau kehilangan anggota badan atau lumpuh kekal anda akan menerima pampasan mengikut jumlah anda carumkan.
Sebagai contoh : En. Faisal mencarum RM30000 dalam rider Crisis Shield, maka beliau akan menerima pampasan sebanyak itu sekaligus daripada PruBSN Takaful. Selain itu beliau telah mendapat rawatan hospital dengan menggunakan Kad Perubatan dan sekali lagi mendapat pampasan. Bukan itu sahaja...pelan Takafulink PruBSN Takaful yang dilanggan oleh En. Faisal akan menjadi PERCUMA sehingga umur 80 tahun dan disamping itu PERLINDUNGAN DAN SIMPANAN terus diberi oleh PruBSN Takaful. Adakah ia merugikan?
5. Polisi PERCUMA untuk Anak dan Pasangan
Jika anda telah disahkan menghidapi salah satu daripada 36 penyakit kritikal atau lumpuh kekal atau kematian, pasangan dan anak-anak anda yang mempunyai pelan Takafulink PruBSN Takaful akan menjadi PERCUMA serta terus mendapat perlindungan dan simpanan daripada PruBSN Takaful. Inilah hadiah yang paling besar kepada isteri dan anak-anak anda.
Saya telah gariskan 5 sebab mengapa kita perlu memiliki takaful dan kad perubatan. Sebenarnya banyak lagi sebab yang boleh saya nyatakan. Secara ringkasnya, pelan perlindungan ini membantu kita disaat kita menerima musibah dan dugaan yang besar. Adakah kita mempunyai sumber kewangan yang banyak untuk mengharungi masalah itu bersendirian? Adalah benar WANG bukan segalanya..namun...SEGALANYA memerlukan WANG...



Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

baru ku sedar...

Hye semua...

sebelum ni 3A ada post tentang insurans dan takaful kan..

Secara jujurnya, sebelum ni ika selalu dengar apsal insuran dan takaful ni... tapi xpernah nak berminat dan xpernah rasa nk amik tahu sgt tentang benda alah ni... cmm xberapa penting plak.. sebabnya, mak 3A dh amikkn insuran sblm ni untuk 3A.. n hubby pn dh tolong amikkn takaful... so mcm goyang kaki la 3A ni..hehee...

tapi, entah macam mana bila dgr PRUDENTIAL BSN TAKAFUL ni, mcm tertarik plak.. walhal sblm ni bnyk jer terserempk n dpt pamplet tntng ni klu g jalan2 kat pasaraya ke apa.. tp juz bacam, xfaham tp xtnya... ish3... teruk3...

bla dh sedar diri ni, mulalah cri info tambahan dan kepentingan pru bsn takaful ni..
untuk tambah sedap cerita lagi, sbnrnya last 2 weeks my MIL warded di sebuah hospital swasta... KTS.. terpampang la banting ni...so tnya la.. risik2 khabar kononnya... sbb bru kitorg thu.. klu ada caruman kt cni, n medical card pru bsn takaful, kos rawatan di KTS ni adalah PERCUMA!!!! bukan murah tau klu rawatan kt swasta cmni.. ada oorg smpi bergadai brg kemas untuk rtampung perbelanjaan... habis tu, klu yg xd brg kemas tu nk gadai apa????

time ni sedar tinggi lagi untuk join ni... klu u all xthu n xfaham sgt apa tu medical card semua... 3A akan post jap lg.... 

tungguuuu.....

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Takaful VS Insurans


Assalamualaikum Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda apakah perbezaan antara takaful dan insurans. Sebelum itu, suka saya nyatakan, takaful dan insurans mempunyai persamaan tentang konsep iaitu konsep perlindungan. Cuma bagaimana ia boleh berbeza? mari kita sama- sama membaca penerangan yang di ulas oleh Ustaz Zaharuddin (UZAR) tentang isu ini.



Jawapan:

Ramai yang kurang memahami beza di antara praktis yang dilakukan oleh syarikat Insuran dan Takaful. Setelah saya menulis tentang terdapat unsur gharar dan riba di dalam insuran konvensional. Maka timbul dakwaan bahawa jika demikian, takaful juga mengandungi proses yang sama. Lalu, bagaimanakah bentuk yang dilakukan oleh syarikat-syarikat Takaful? Bukankah ia juga mempunyai elemen meletakkan wang dan menunggu pampasan apabila musibah mendatang?

Jawapan mudah saya adalah, syarikat-syarikat Takaful telah mengubah aqad‘Mu'awadah Maliah' yang digunakan oleh syarikat Insuran konvensional kepada aqadTabarru'at (kontrak derma). Hasilnya, aqad derma tidak terikat dengan syarat-syarat jual beli tadi, tidak juga diperlukan untuk jelas dan terang jumlah itu dan ini semasa serahan derma.

Contoh mudahnya, apabila anda memberikan hadiah kepada seseorang, adakah menjadi syarat agar anda memberitahu kepadanya berapa jumlah yang anda beri? Jawapnya sudah tentu tidak menjadi syarat. Ini kerana, ia adalah sumbangan baik dari satu pihak, tatkala itu tidak banyak syarat diperlukan untuk melaksanakan aqad derma ini.
Bagaimanapun bagi memudahkan urusan syarikat Takaful, mereka akan menggunakan gabungan beberapa aqad. Asas asasnya adalah :-
a) Tabarru' dan Mudarabah
b) Wakalah dan Tabarru’

1-Takaful Model Wakalah dan Tabarru'
Keterangan ringkas :
Syarikat Pengendali Takaful dilantik oleh pencarum sebagi wakil bagi menguruskan sejumlah wang tertentu untuk didermakan bagi tujuan takaful apabila diperlukan. Untuk melaksanakan tujuan itu syarikat Takaful akan mengambil sejumlah upah (al-Ujr) atas sebagai kos pengurusannya.
Di samping itu, ia juga berfungsi sebagai wakil untuk melaburkan wang yang belum didermakan dan atas dasr Ju'alah, syarikat akan mengambil satu lagi jumlah upah sekiaranya ia berjaya mendapatkan untung dari pelaburan yang diusahakannya itu.

2-Takaful Model Tabarru dan Mudarabah
Keterangan ringkas :
Menurut model ini, pihak pencarum meletakkan wangnya dalam jumlah tertentu atas aqad tabarru', pihak syarikat akan menguruskan tabung takaful dan dalam masa yang sama melaburkannya, jika terdapat lebihan keuntungan (surplus) setelah ditolak semua kos-kos pengurusan, pihak syarikat Takaful akan menghadiahkan sejumlah wang kepada peserta sebagai penghargaan penyertaannya.

Kesimpulan; perubahan dari aqad yang mengandungi ciri jual beli yang diamalkan oleh Insuran konevsnional menjadikannya bermasalah dari sudut Shariah. Ini berbeza dengan yang digunakan oleh Takaful yang menggunakan samada aqad derma (tabarru') atau (wakalah).
Berikut pula perbezaan antara keduanya dalam bentuk jadual ;-

Konvensional
Takaful
Kontrak Mu'awadah (Pertukaran Jual Beli) antara penanggung insurans dengan pohak yang diinsurankan
Kontrak Tabbaru' ( Derma & sumbangan ) yang disertakan dengan pelaburan.
Pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insuran
Peserta membuat caruman ke dalam skim. Peserta saling menjamin sesama sendiri di bawah skim.
Penanggung insuran bertanggung jawab membayar manfaat insuran seperti dijanjikan daripada asetnya (kumpulan wang insuran dan kumpulan wang pemegang saham)
* Pengendali Takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar Takaful daripada kumpulan wang takaful.
* Sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang takaful, pengendali Takaful akan menyediakan (Qardhul Hasan) pinjaman tanpa faedah untuk menampung kekurangan berkenaan.
Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa sebarang kekangan Shariah
Aset kumpulan wang Takaful HANYA boleh dilaburkan dalam instrumen yang selari dengan Shariah.
Wang pelanggan dianggap wang syarikat insuran dan dimilki olehnya sejurus dibayar oleh pelanggan.
Wang pencarum tidak di kira sebagai wang syarikat malah ia diasingkan dan tidak dimiliki oleh pengendali
Keuntungan yang dihasilkan dari kumpulan wang pencarum adalah dimiliki sepenuhnya oleh syarikat. Ia juga adalah objektif utama syarikat insuran.
Keuntungan hasil pelaburan dari kumpulan wang pencarum tidak dimiliki oleh syarikat kecuali nisbah yang disumbang dari wang syarikat sendiri. Baki keuntunaghn adalah milik tabung kumpulan wang pencarum.
Pencarum tidak berhak untuk mendapat sebarang bahagian dari 'surplus'
Lebihan, untung atau pulangan dipegang oleh tabung untuk dibahagikan semula kepada pencarum.
Demikian penerangan ringkas saya.
Ust Zaharuddin Abd Rahman
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hukum haram insurans bukan atas nama namun disebabkan 3 unsur iaitu JUDI, GHARAR dan RIBA. Kerana 3 unsur inilah yang menyebabkan Umat Islam diHARAMkan untuk membeli polisi insurans.

Untuk penjelasan yang lebih mendalam tentang pengharaman insurans, anda boleh dapatkan di laman web ini (klik sini) dan (klik sini). Untuk persoalan duit insurans dilaburkan mengikut Islam ulasan UZAR di sini (klik sini). Saya juga lampirkan laman web lain untuk pemahaman pengharaman insurans (klik sini).

Saya berharap, anda mendapat manfaat daripada perkongsian ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada UZAR dan Ust Mohamd Saifudin atas perkongsian ilmu ini.

Sekian, terima kasih.

sumber: www.urusduit.com




Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

OHHH... I LOVE YOU

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..

KIKA kembali lagi..hehe..
lama sungguh nenyepikan diri kan... sbb xsempat nk update blog ni..
p/s: macam bz sesangat jer..hahaha
tp seriously, mmg agak bz la.. sbb pukul 6 pagi dh kna bgun.. hubby nk kena kuar bekerja seawal jam 6.30 pagi... tmpt kerjanya plak 45km sehala menuju ke perkampungan orang asli..hohoo.. so pergi balik dlm 90km la kan...

stelah encik hubby pergi kerja, si isteri ni kena siapkan diri dan anaknya pula la.. siapkan si kecik, beg n brg2 keperluan si kecik untuk dihantr ke rumah pengasuh.. almaklumlah..wanita bekerjaya katanya..

DONE!

7.30 pg bergerk menuju destinasi..rumah maktok..pengasuh si kecik.. then trus ke pjbt.. Alhamdulillah, blm kul 8.00 dh smpi pejabat dan sempat thumb print..hehee.. lega.. fuh..

bila di pejabat, tunaikan tanggungjawab sebagai penjawat awam..smpi kul 5..
rutin harian, bla dh habis waktu kerja di pejabat, ambil si kecik kembali dri rumah pengasuh... bla smpi rumah plak, en hubby dh ada kt umah..landing time katanya...hehe...

tp si isteri xleh nk landing sangat la... tarik nafas kejap.. melayan si kecik bermain dlu... bersihkan badan semua.. dan sambung KTING! KTING! KTING! BUSHHH!! di dapur, bilik air..hahaha... macam dhsyt jer bunyinya kan... apa lagi, kena masak n membasuh la... tu blm lg kalu rumah bersepah.. maklumlah.. ada 2 hero tmbhn untuk tambah kerja sepahkan rumah...huhuh.....

Tu blm lg klu si kecik ligat ke sana ke sini.. skarg ni dh sethun lbh, dh dpt kaki.. habis smuanya dia nk pergi, nk kemas dan macam2 lagi la...hiohoo.. mmg boleh jd tarzan..

nk kna tunggu dia tdo dlu, bru leh tdo.. tp sbb pent sgt2...ibunya tdo dlu, then dia akan ikut tdo... tgh2 mlm kna bgn buat susu plak.. tido si ibu xnyenyak mana pn...asyk terjaga sbb tkut terbabas tidonya...huhu..

bla dh ada ank ni bru terfikir jasa dan pengorbanan seorang ibu. dan betapa hebatnya seorang insan yang bergelar IBU!!!!

saya bangga menjadi seorang anak, isteri, ibu........

HARGAILAH IBU ANDA SELAGI MASIH ADA !!!!

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Khamis, 29 November 2012

Icon Back to Top

Step 1;


Dashboard > Design > Add a Gadget > HTML/JavaScript

Step 2;


Copy paste code kat bawah nih :



<a style="display:scroll;position:fixed;bottom:5px;right:5px;" href="#" title="Top"><img src="URL ICON" /></a>
Step 3;

Bold merah : Boleh tukar jarak icon dari tepi blog.
Bold pink : Boleh tukar nak letak icon di atas or bawah blog.
Bold biru : Gantikan dengan URL icon yang dikehendaki.

Step 4;

Save.

Credit to Hana.

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...