Khamis, 1 November 2012

Contoh Surat Minta Kahwin Satu Lagi



kahwinKalaulah ada lelaki yang berani buat sampai tahap macam ini memang berani gilalah..Tuudia..memang dia hebat..agak-agak apalah yang di dapat lepas dia bagi surat ini kat isteri dia.
Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.
Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa
24300, Kemaman
Terengganu.
31 April 2006
Puan,
PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI
Perkara di atas adalah di rujuk.
2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.
3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.
4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.
5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?
6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan kedatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.
7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.
8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.
Sekian, Terima Kasih.
“BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA”
Yang Ikhlas Memohon,
Suami bin Lelaki
p/s:Penulis tiada kena mengena dengan surat ini.

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Kisah santai minda...

Di bawah ni ada beberapa bahan bacaan lawak yang boleh buat anda seronok dan gembira

PUKUL BERAPA BUKA? 

Pada suatu tengah malam telepon di rumah seorang pustakawan berdering.
"Pukul berapa perpustakaan akan di buka?" seorang pemuda di hujung talian bertanya.
"Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelifon saya tengah malam buta nie?" tanya pustakawan tadi. 

"Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa.
"TIDAK, tidak akan dibuka sebelum pukul 9!" si pustakawan menjawab dengan nada yang tinggi.
"Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?".
"Siapa kata saya mau masuk?" kata pemuda itu kesal, 

"SAYA MAU KELUAR!"

MANGGA 

Pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan seorang penjual buah mangga.
Pembeli: "Bang, berapa harga mangga sekilo?"
Peniaga: "RM7!"
Pembeli: "Amboi, mahal sangat... RM5 sudah la!"
Peniaga: "Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu!"
Pembeli: "Kalau tak manis, macam mana bang?"
Peniaga: "Kalau tak manis, tak payah bayar!"
Pembeli: "Kalau macam tu, beri saya yang tak manis 10 kilo!"

PALING BERSIH 

Sepasang suami isteri merayakan ulang tahun perkahwinannya dengan makan malam di sebuah restoran. Ketika mereka hendak meninggalkan restoran tersebut, mereka ditanya oleh pemilik restoran yang berdiri di pintu.

Pemilik: "Bagaimana perasaan Anda terhadap hidangan dan layanan kami?"
Lelaki: " Adasatu perkara yang boleh saya katakan.. Anda memiliki dapur yang paling bersih di bandar ini."
Pemilik: "Dapur yang paling bersih?... Anda kantidak pergi ke dapur. Bagaimana anda boleh tahu yang dapur kamilah yang paling bersih?"
Lelaki: "Sebab.. Semua makanan yang kami makan berbau sabun."

BARU KAHWIN 

Sepasang pengantin baru mengalami gangguan kesihatan. Setelah diperiksa dengan teliti, doktor memberitahu perkara itu disebabkan oleh hubungan seks yang terlalu kerap.

"Untuk sementara waktu ini, anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan kegiatan seks. Sebaiknya dua kali saja seminggu sahaja. Untuk memudahkan mengingat, saya sarankan untuk melakukan hubungan ini hanya pada hari yang bermula dengan huruf S, iaitu Selasa dan Sabtu," saran doktor.

Maklum sajalah baru berkahwin. Pada malam ketiga berpuasa dari membuat hubungan itu, si suami tidak dapat lagi menahan nafsunya lalu mencumbui isterinya yang sedang tidur sehingga isterinya terjaga.

"Hari ini hari apa bang?" tanya si isteri.
Sumaat "
"Sedang eloklah tu bang..." jawab isterinya..


SIAPA BANGANG 

Seorang lelaki telefon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin. Dan jururawat hospital menjawab telefon lelaki tersebut.
Lelaki: "Hello... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!"
Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?"
Lelaki: "Apa la punya bangang... ni laki dia la!"
Jururawat: "Pulak..."

RAHSIA MENANGKAP IKAN 

Adaseorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut...so crew TV9 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.
Crew TV9 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"
Nelayan : "Oh, pakcik guna firasat. Pakcik tengok cara isteri pakciktidur bila pakcik bangun pagi.
Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala ke kiri. Kalau dia mengereng ke kanan pakcik tebar ke kanan."
CrewTV9 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"
Nelayan : "Itu tandanya rezeki depan mata, pakcik tak turun ke laut pagi tu..."
CrewTV9 : "O, ye ke..."

MALUNYA 

Seorang wanita muda telah terberanak di dalam sebuah lif. Dier pun malu macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan pakar ilmu jiwa untuk pujukdier keluar.
Pakar ilmu jiwa tu pun cakap ler, "Cik... keluar lah... aper nak dimalukan... perkara biase jer nih."
Wanita muda yang terberanak itu pun menjawab, "Tak mau, tak mau, saya malu."
pakar ilmu jiwa itu menambah, "Alah cik... tahun lepas saya ader 1kes lagi teruk... pompuan tu beranak dalam longkang!!"
Mendengarkan kata-kata pakar ilmu jiwa tu jer, wanita muda tu terus meraung bagai nak giler lalu berkata, "Yang tu pun saya gak,uhwaaa...!!!"
Pakar ilmu jiwa itu tak tahu nak cakap aper.



Lawak Pak Pandir dibulan puasa



Di suatu petang yang cerah, Pak Pandir dan bininya sedang mendengar ceramah agama dari surau yg berdekatan dengan rumah mereka sementara menunggu waktu berbuka puasa. Antara ceramah  nya adalah membaca doa sebelum makan.
" Ya tuan-tuan... sebelum makan hendaklah kita membaca doa dahulu, ini adalah kerana syaitan akan makan makanan kita dan membuatkan kita makan tak kenyang-kenyang," kata ustaz itu.
Lalu Pak Pandir ni pun baliklah bersama bininya petang tu. Semasa sedang berbuka puasa malam tu, Pak Pandir tiba-tiba bangun dan meluru ke tandas berkali-kali. Tak cukup dengan tu, tidur malam tu pulak Pak Pandir nie asyik terkentuuooot memanjang.
Bininya tak tahan, maka tanyalah bininya kepada Pak Pandir, "Awak makan apa sampai jadi camni?"
"Tadi aku makan julap tak baca doa, biar padan muka setan tu...  terberak-berak makan julap... puas ati aku... muahahahahahaha!
Sesungguhnya, niat Pak Pandir memang suci. Lagi pun, bulan puasa mana ader setan kan ? Suma dah kena penjara... heeee!
Salam Ramadan dan Selamat Berbuka Puasa.

Malam Lailatul Qadar

"Lepas basuh pinggan, ikut abah pergi masjid," kata abah separuh memerintah.
Aku memandang kepada emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.
Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.
Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.
Ganjil... dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Memang ajaib.
Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.
"Kenapa?" tanya abah.
"Lailatul Qadar, abaaah," kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.
"Kepala hotak engkau. Berapa lama engkau tak pegi masjid?"
Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.
"Diorang tengah ubah suai masjid la.. Bumbung masjid bocor... pasal tu kubah tu diorang angkat letak kat tanah.... bodoh," sambung abah memaki lagi.
Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan melawan. Kadang-kadang abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.

p/s: hehehe..gurauan semata-mata

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

8 paksi sumber motivasi islam


ok, KIKA just want to sharing this.. =).

Inilah 8 cabang sumber motivasi islam yang perlu kita tahu dan amalkan dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim... Walau secanggih mana dan sehebat mana pun kita di muka bumi ni, kita tetap seorang hamba kepada pencipta Nya yang perlu berteraskan agama ISLAM....



Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Isnin, 29 Oktober 2012

oh Korban

Alhamdulillah...

rasa2nya...tak terlambat lagi nk ucapkan selamat hari raya aidiladha kn... hr ni dh raya ke 4, dan takbir raya terakhir utk tahun ni adalah selepas asar nnti... insyaAllah klu pnjang umur, dpt la kita sama2 mendengar takbir raya lagi untuk tahun hadapan..


3A sajer nk kongsi cerita kami di hari raya kali ni... alhamdulillah, thun ni beraya di kampung ibu 3A la...di Johor...hehee.. ada rezki lebih n selebihnya sebagai memenuhi hajat dan niat arwah ayah 3A yang nak sgt buat korban..untuk anak beranaknya... niatnya smbil buat korban tu, blh berkumpul adik beradik dan sanak saudara.. alhamdulillah terlaksana, wlupn xsmua dpt berkumpul.. yelah, mungkin masing2 ada komitmen lain kan... kita ni xblh nk paksa org ikut kita.. 'Tak semua orang puas hati dan suka dengan kita".. btul x? so, terimalah seadanya.... yg pnting kita smbut dengan KESEDERHANAAN..amin...


raya jumaat kan thun ni.. tp family 3A vuat ibadah korban selepas solat jumaat... kiranya xnk terkejar2 dan mengganggu org nk solat jumaat la... dan alhamdulillah lagi sekali sbb kami dpt tumbangkn 2ekor lembu yg saiz agak sederhana... ( kita buat ibadah ni, ikut kemampuan kita la....apa yg ada, itu yg kita sediakan.. tak perlu nk bermegah2 dgn apa yg kita ada...sbb tu semua hanya harta dunia dan bersifat sementara) ....


bla dh tumbnag tu, bermulalah adegan bahagi seekor lembu kpd 4 bahagian untuk memudahkan urusan melapah daging lembu dan ditimbang seterusnya diagihkan. 3A bru thu...rupa2nya...1/3 bhgn dgng adalah hak milik tuan rumah sepenuhnya... n tn rumah blh request nk apa.. tn rumah di sini ialah ibu 3A la kan..hehe... so ibu 3A minta la kesemua tulang (utk dibuat sup tulang), dgng sikit ( batang pinang jugak), 1 ekor lembu, 1 ekor lembu nyer organ dlaman.... pastu 2/3 lg...tn rmh xleh makn...haram..sbb bhgn org lain dh.. tp dlm bhgn yg 2/3 tu..tn rumah blh mnta untuk diberi (kiranya mcm hadiah la) kpd saudara mara dan kluarga yang dia nk bg... ha...kt cni tn rmh amik 2 kpala lembu tu...sbb ada org requesttt...hahhahaa... sdap ke kpala lembu ea? masak apa yer slalunya...hohooooo....



haaa...camni la kepala lembu yg dh disembelih.. tnggu dilapah n dimasak n dimakan... sedap ke ea..xpernah try pn lg....erkkk....

dan apabila tulang temulang serta daging siap dipacking...diagihkn kpd yg memerlukan la... di rumh tn rumah plak...bermulalah upacara membersihkn n menyediakna bhn2 utk memask... mlm tu ada kenduri sikit n tahlil utk arwah.... so, menunya ialah...... SUP TULANG + ROTI + MEEHOON... adalah add on limau sunkist, air oren, air teh o panas..kuih muih sikit...hehe.. Alhamdulillah..kekenyangan... 3A suami isteri plak mkn sup gear box...fuh..licin sum2 dia tu...pastu, skit kpla la mlm tu..hehehe... tp, xpernh serikk... esknya mkn lg sup gera box...smpi licin....ngeh3... mmg sdap n tiptop la sup tulang + gear box tu...fuhhhhh.... mcm nk mkn lg skang ni....tp dh abis...... urmmm...


so, dh hbs ct raya... maka hr ni, sama2 la kita bekerja semula yer...hehee... jom2..berkorban untuk kerjaya plak...  daaaa..


p/s: gambar raya korban blm transfer lg..nnti 3A upload k...

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Motivasi

Kata-kata hikmah ini merupakan koleksi kata-kata mutiara indah yang sesuai dijadikan motivasi dan pengisian jiwa.

Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.

Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.

Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.

Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.

Sebelum mencela pasangan hidupmu, bayangkan mereka yang masih menghiba untuk dikurnia jodoh.


Kata-kata Hikmah Pujangga

Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.

Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya

Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.


Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.

Nabi Muhammad pernah berkata, (Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit (HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah)
Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.

Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya.

Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya

Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap

Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.

Sayidina Ali menyatakan “Kalau engkau ingin menjadi raja, maka pakailah sifat qona’ah (puas). Kalau engkau ingin syurga dunia sebelum syurga akhirat, pakailah budi pekerja yang mulia”.

Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.

Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan

Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka).

Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. (Home)

Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.

"Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77)

"Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)

Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.

Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz)

Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.

Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.

Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.

Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.

Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)

Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."

Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.

Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)

Kekitaan yang erat tiada yang berat.

Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.

Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati

Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.

Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.

Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.

Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.
Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...