Semestinya kita tahu kebaikan meminum jus, terutamanya di waktu pagi. Selain dari enak, ia juga memberi seribu khasiat pada kesihatan anda. Di sini saya kongsikan idea gabungan jus serta kebaikannya pada tubuh anda.
Takkan hari-hari nak minum jus tembikai dan fresh orange di restoran-restoran yang sudah semestinya mempunyai kandungan gula yang tinggi. Buat di rumah lebih mudah, kan? Tahap kebersihannya lebih diyakini.
1. Lobak merah + halia + epal: Meningkatkan kadar metabolisma dan membersihkan sistem tubuh badan anda.
2. Epal + timun + seleri: Mengurangkan risiko kanser, mengurangkan kadar kolestrol dalam tubuh dan menyembuhkan masalah sakit perut serta sakit kepala.
3. Tomato + lobak merah + epal: Memperbaiki masalah kulit dan menyelesaikan masalah nafas berbau.
4. Peria + epal + susu: Menghidarkan masalah mulut berbau dan mengurangkan panas dalam badan.
5. Nenas + epal + tembikai: Untuk mengilangkan garam berlebihan dalam badan dan memperbaiki sistem pundi kencing dan buah pinggang.
6. Epal + timun + kiwi: Memperbaiki masalah kulit.
7. Pear + pisang: Mengawal kandungan gula dalam darah
8. Oren + halia + timun: Memperbaiki tekstur kulit serta melembapkannya dan mengurangkan suhu badan.
9. Lobak merah + epal + pear + mangga: Mengurangkan suhu badan, menghilangkan toksik dalam badan, mengurangkan tekanan darah tinggi dan melawan masalah pengoksidaan.
10. Tembikai susu + anggur + tembikai + susu: Kaya dengan vitamin C, vitamin B2 dan meningkatkan aktiviti sel serta menguatkan daya ketahanan badan.
11. Betik + nenas + susu: Kaya dengan vitamin C, E dan zat besi. Memperbaiki masalah komplikasi kulit dan meningkatkan metabolisma badan.
12. Pisang + nenas + susu: Kaya dengan vitamin dan nutrisi serta menghindarkan dari sembelit
Semoga bermanfaat. Wassalam
Kredit gambar: Rachel Rees, Melanie Levi
Salam Sayang,