Selasa, 6 November 2012

Tips hadapi stress mengikut ISLAM


APA ITU STRESS?
Stress = tekanan perasaan.

SIAPA YANG MUDAH TERDEDAH KEPADA STRESS?

1.         Individu yang suka bersangka buruk
2.         Kaki gaduh
3.         Kerap runsing
4.         Terlalu serius
5.         Tidak baik dengan rakan sepejabat (dan jiran)

PUNCA STRESS
1.         Punca dalaman (hati yang kotor, ingkar)
2.         Pegangan hidup yang negatif
3.         Pengurusan kendiri yang lemah (selalu tidak cukup masa, banyak kerja, melawan ketua dan suka mencari kelemahan orang bagi menutup kelemahan diri)

INDIVIDU YANG MENGALAMI STRESS AKAN:

1.         Menunjukkan reaksi perasaan - mudah marah, agresif, kecewa, hampa, suka-duka bersilih ganti
2.         Gemar menyendiri
3.         Mengalami gangguan fikiran - kesukaran memahami perkara baru
4.         Sukar membuat keputusan atau menyelesaikan masalah
5.         Kurang kreativiti
6.         Pelupa
7.         Mengalami perubahan perlakuan - sukar hendak tidur
8.         Merokok
9.         Makan berlebihan atau tiada selera makan
10.       Lewat melakukan sesuatu
11.       Berubah perlakuan memandu

SELAIN DARI ITU KESAN STRESS JUGA AKAN:

1.         Membabitkan keretakan hubungan sesama rakan sekerja / ketua / pelanggan di pejabat.
2.         Membabitkan keretakan hubungan sesama keluarga di rumah (konflik rumahtangga)
3.         Membabitkan keretakan hubungan sesama jiran di rumah / masyarakat / kariah

CARA UNTUK MENANGANI STRESS:

1.         Memperbanyakkan membaca Al-Quran dan buku-buku agama.
2.         Memperbanyakkan solat, zikir
3.         Beriadah dan bersukan
4.         Mengawal diet
5.         Mandi air suam
6.         Berkongsi masalah dengan orang yang boleh dipercayai
7.         Bersedekah
8.         Bersyukur dengan apa yang diperolehi (reda)
9.         Muhasabah diri (penyucian minda - ingatkan mati, nilai semula pegangan, minta bantuan dari pakar / ahli agama)
10.       Berehat - bercuti dan bersantai
11.       Selalu tersenyum


Rumusan dari Pembentangan Kertas Kerja bertajuk PENGURUSAN STRESS, Bengkel Pengurusan Stress Menurut Perspektif Islam di IKIM oleh Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah (4 Julai 2004)

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Khamis, 1 November 2012

Contoh modul aktiviti


MODUL AKTIVITI DALAMAN

Emergency Boat
Bentuk Aktiviti : Berkumpulan
Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Komunikasi Berkesan, Pengurusan Konflik, Menyelesaikan Masalah dan Kepimpinan, Kemahiran Berunding.
Jangkamasa : 1 jam 30 minit
Sinopsis : Suatu ketika berlakunya peristiwa sebuah kapal yang dilanda ombak besar yang menyebabkan ia terbalik. Semua penumpang kapal telah mati kecuali 10 orang penumpang kapal yang terselamat bersama-sama kapten kapal. Hanya terdapat sebuah bot penyelamat sahaja yang boleh dinaiki oleh 2 orang. Bagaimana menyelesaikan konflik ini, kerana kapal akan karam dalama masa 30 minit sahaja.

Red Blue Chip
Bentuk Aktiviti : Berkumpulan
Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Pengurusan Risiko, Analisis, Kepimpinan Organisasi
Jangkamasa : 1 jam 30 minit
Sinopsis : 10 kumpulan, 10 pusingan, pasaran saham sangat aktif, ekonomi yang turun naik, namun risiko harus diambil juga. Pasaran saham biru dan merah yang berisiko tinggi, keputusan untuk membuat pelaburan dengan jumlah tertentu memberi risiko kepada pelabur jika berlaku kerugian yang mungkin boleh mengakibatkan mereka menjadi muflis.

Cast Away
Bentuk Aktiviti : Individu
Jangkamasa : 1 jam 30 minit
Kesesuaian Untuk : Pemikiran Kreatif, Pemikirian Kritis, Komunikasi Berkesan
Sinopsis : Terdampar di sebuah pulau tidak berpenghuni dengan hanya ada satu barang sahaja bersama-sama yang harus digunakan untuk menyelamatkan anda selama 30 hari terdampar dipulau tersebut. Bayangkan jika anda hanya mempunyai beberapa keeping duit siling sahaja, apa yang boleh dilakukan oleh anda daripada duit siling tersebut ?

Epilog Silam
Bentuk Aktiviti : Individu
Jangkamasa : 1 jam 30 minit
Kesesuaian Untuk : EQ, Hubungan Interpersonal dan Intrapersonal, Motivasi diri
Sinopsis : Gumpalan tanah liat yang dibentuk menjadikan arca kisah silam dapat membantu menceritakan kisah silam yang tak pernah diceritakan atau dikongsi dengan orang lain. selain dapat meredakan keluh kesah yang lama terpendam ianya dapat menjadi pengajaran kepada orang lain juga.

Roller Coaster Project
Bentuk Aktiviti : Berkumpulan
Jangkamasa : 1 jam 30 minit
Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Pemikiran Kreatif, Pengurusan Strategik
Sinopsis : Membina projek mega bukanlah sesuatu yang mudah tanpa perancangan yang baik, kreativiti dan kerjasama dari ahli kumpulan. Namun begitu jika dilakukan dengan berkesan ianya pasti memuaskan hati dan menyeronokan.

Save our Soul ( S.O.S )
Bentuk Aktiviti : Individu
Kesesuaian Untuk : Pengurusan Konflik, Menyelesaikan Masalah, EQ, Motivasi Diri, Kemahiran Berunding
Jangkamasa : 1 jam 30 minit
Sinopsis : Suatu ketika berlakunya peristiwa sebuah kapal yang terlanggar batu karang yang mengakibatkan kebocoran besar yang akan menyebabkan kapal akan karam. Malangnya hanya ada sebuah bot penyelamat sahaja yang boleh digunakan. 100 penumpang kapal, 10 penumpang bot penyelamat, bagaimana membuat keputusan.

Death Trap
Bentuk Aktiviti : Berkumpulan
Kesesuaian Untuk : Pengurusan Konflik, Menyelesaikan Masalah, Kepimpinan, Berfikiran Kritis
Jangkamasa : 1 jam 30 minit
Sinopsis : Sekumpulan peserta ekspedisi terperangkap dalam gua di dalam satu ekspedisi gua di sebuah pulau. Kesilapan dilakukan oleh pemandu ekspedisi mereka apabila menyangkakan pada hari itu air laut akan pasang pada sebelah petang. Setelah kesemua peserta berada di dalam gua, tiba-tiba air laut mula masuk kedalam pintu keluar yang sepatutnya menjadi jalan keluar mereka pada pagi tersebut.

Pulau Impian
Bentuk Aktiviti : Berkumpulan
Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Pengurusan Berkesan, Keusahawanan, Kepimpinan, Pengurusan Masa.
Jangkamasa : 3 hari
Sinopsis : Pegawai tanah yang meminta habuan atas kelulusan, pegawai bank yang lewat memberi pinjaman, masa yang sangat singkat untuk menyiapkan projek, harga barang yang tidak menentu, keadaan ekonomi yang tidak stabil dan ahli kumpulan yang bermasalah. Inilah cabaran yang harus ditempuhi anda dalam menyiap projek pulau impian.

MODUL AKTIVITI LUARAN

Reef Knot
Bentuk Aktiviti : Berkumpulan
Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Komunikasi Berkesan, Kepimpinan
Jangkamasa : 1 jam 30 minit
Sinopsis : Membuat simpulan buku sila menggunakan seutas tali amat mudah dan boleh disiapkan dalam masa kurang 10 saat. Bagaimana jika simpulan tersebut harus dibuat menggunakan selembar tali jerami ( tali kapal ) sebesar lengan orang dewasa beramai-ramai, mungkin mengambil masa lebih dari 1 jam, bayangkan jika dilaksanakan dibawah terik matahari jam 2 petang !

Town Game
Bentuk Aktiviti : Berkumpulan
Kesesuaian Untuk : Kerjasama bBerpasukan, Motivasi Diri, Kreativiti
Jangkamasa : 1 jam 30 minit
Sinopsis : Dalam usaha seseorang mencari sumber rezeki, banyak rintangan yang harus ditempuhi yang kadangkala tanpa disedari, ada yang mengadai maruah dan membahayakan diri. Walau apa jua rintangannya, pasti seseorang itu harus juga berusaha bersungguh-sungguh mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan mereka.

War Game
Bentuk Aktiviti : Berkumpulan ( Malam )
Keseuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Strategi dan Perancangan, Kepimpinan dan komunikasi.
Jangkamasa : 2 jam
Sinopsis : Di dalam peperangan ada pepatah menyatakan ‘ Samada anda membunuh atau anda terbunuh ‘. Pepatah tersebut jelas menunjukkan di dalam peperangan aka nada yang menang dan yang tewas. Strategi dan perancangan rapi serta semangat kerjasama harus di digunajan diperingkat yang semaksimum mungkin bagi mengelakkan anda terbunuh atau tewas di dalam peperangan !

Benderaku
Bentuk Aktiviti : Berkumpulan
Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Strategi, Kepimpinan dan Komunikasi
Jangkamasa : 1 jam 30 minit
Sinopsis : Menaikkan bendera dengan menggunakan paip berdiameter 2 cm dengan ketinggian lebih dari 15 meter bukan sesuatu yang mudah jika tidak mendapat kerjasama dari semua ahli pasukan.

Kunang-kunang
Bentuk Aktiviti : Berkumpulan ( Malam )
Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan,Memelihara Amanah, Kreativiti.
Jangkamasa : 1 jam 30 minit
Sinopsis : Api lilin adalah amanah yang harus dibawa dan dijaga oleh peserta, sukar apabila amanah tersebut hanya dipegang oleh 6 utas benang disamping gangguan luar seperti angin yang boleh menyebabkan api lilin terpadam.

Night Port
Bentuk Aktiviti : Berkumpulan ( Malam )
Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Komunikasi Berkesan
Jangkamasa : 1 jam 30 minit
Sinopsis : Alat komunikasi yang sudah jarang digunakan adalah Kod Morse. Bagaimana sebuah kapal harus sampai ke pelabuhan dalam keadaan gelap hanya dengan berpandukan arahan menggunakan kod morse ?

Multiway Tug of War
Bentuk Aktiviti : Berkumpulan
Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Kemahiran Perundingan, Strategi dan Perancangan
Jangkamasa : 1 jam
Sinopsis : Pertandingan tarik tali empat penjuru dengan hanya satu pemenang, suatu yang pelik tetapi boleh menjadi realiti bukan berlandaskan kekuatan tetapi strategi yang berkesan.

Black Box Orienteering
Bentuk Aktiviti : Berkumpulan
Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Kepimpinan
Jangkamasa : 2 jam
Sinopsis : Mencari arah menggunakan kompas ( orienteering ) merupakan sesuatu yang seronok untuk dipelajari. Jika ianya dijadikan sebagai panduan untuk mencari arah tempat tersembunyinya barang yang diperlukan untuk melengkapkan ‘ puzzle ‘ dalam aktiviti ‘ ala xplorerace ‘, pastinya lebih menyeronokkan dan mencabar.

Chest Key Hunt
Bentuk Aktiviti : Berkumpulan
Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Kepimpinan, Komunikasi Berkesan
Jangkamasa : 2 jam
Sinopsis : Habuan yang akan diperolehi oleh pasukan yang menang adalah stok barang makanan dan minuman. Ianya merupakan klimaks dalam pencarian kunci peti yang mencabar ini. Strategi dan kadangkala nasib juga memainkan peranan dalam aktiviti ini. Awas, anda harus mampu berfikir secara kreatif dan berfikir diluar kotak pemikiran anda jika tidak mahu kumpulan lain merampas kunci peti yang menjadi rebutan.

Xplore Race
Bentuk Aktiviti : Berkumpulan ( Berkereta )
Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan
Jangkamasa : 3 jam
Sinopsis : Aktiviti xplorerace diluar kawasan latihan dimana peserta bergerak dalam kumpulan ( 4 orang ) menggunkan kenderaan. Setiap hentian ( check point ) mempunyai tugasan masing-masing yang mencabar minda, fizikal dan emosi peserta.

Wacky Boat Race
Bentuk Aktiviti : Berkumpulan
Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Kreativiti dan Pengurusan Masa Berkesan
Jangkamasa : 2 jam
Sinopsis : Perlumbaan bot yang diperbuat dari kotak memang sesuatu yang menyeronokkan. Kreativiti peserta untuk membina bot yang kalis air amat penting kerana kotak tidak dapat bertahan lama dalam perlumbaan di atas air sejauh 50 meter !

JBA Pak Pandir
Bentuk Aktiviti : Berkumpulan
Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Kreativiti
Jangkamasa : 2 jam
Sinopsis : Membina empangan dan sistem saliran untuk mengalirkan air sungai ke rumah. Mudah sahaja, tetapi bagaimana jika paip-paip yang disediakan tidak sama saiz dan ada pula yang bocor.

Alamak ! Paip Bocor
Bentuk Aktiviti : Berkumpulan
Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Kreativiti, Menyelesaikan Masalah
Jangkamasa : 1 jam 30 minit
Sinopsis : Mengeluarkan bola pingpong dari sebatang paip yang bocor dengan menggunakan air. Suatu kerja yang memenatkan jika tidak menyelesaikan terlebih dahulu permasalahan utama iaitu paip yang bocor !

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Modul Kepimpinan

Modul 1: “Ice Breaking”

Ice breaking adalah suatu sessi yang penting bagi sesebuah program kerana ia bertujuan untuk membuka minda dan pemikiran para peserta sebelum program atau kursus dimulakan. Oleh kerana latarbelakang peserta tidak sama, ice breaking digunakan sebagai satu titik permulaan yang seharusnya positif dan menyeronokkan.

Objektif:
Untuk menghilangkan rasa malu diantara satu sama lain.
Untuk menghilangkan jurang perbezaan diantara satu sama lain.
Melatih perserta untuk menjadi pemimpin.
Melatih peserta berkomunikasi denga baik.

Masa :
15 minit - taklimat dan sessi pengenalan.
30 minit - aktiviti “whose story is this?”
15 minit – aktiviti “Celebrity ID game”

Arahan:

1) Peserta dipecahkan kepada tiga kumpulan diwakili oleh 3 orang fasilitator.
2) Didalam kumpulan, peserta dikhendaki mengadakan taaruf ringkas tentang diri mereka. Setiap peserta hendaklah menerangkan dengan ringkas tentang diri mereka kepada ahli didalam kumpulan.
3) Selepas selesai taaruf ringkas, peserta diberikan sekeping kertas dan dikhendaki untuk menulis secara ringkas tentang pengalaman yang pernah mereka alami beserta nama mereka sekali. Pengalaman itu hendaklah mengambarkan tentang diri mereka sendiri.
4) Setelah tamat masa yang diberi, fasilitator akan mengutip semua kertas yang telah diberikan kepada peserta dan memasukkan ke dalam sebuah bekas.
5) Kemudian, fasilitator akan mengambil 4 helai kertas dari bekas tersebut dan memanggil nama peserta yang tecatat diatas kertas tersebut. Peserta yang dipanggil namanya dikhendaki keluar dan di asingkan daripada kumpulan mereka.
6) Fasilitator akan membacakan salah satu kisah daripada daripada peserta yang dipanggil nama dan ahli kumpulan lain akan cuba meneka kisah siapa yang diceritakan. Ahli kumpulan melakukan ini dengan membincangkan kisah siapa yang lebih sesuai mengambarkan personaliti perserta-peserta yang telah dipilih tadi. Ahli kumpulan juga dibenarkan untuk bertanyakan soalan tentang kisah selain kisah yang ditulis kepada peserta pilihan.
7) Peserta-peserta pilihan tadi hendaklah meyakinkan bahawa kisah itu adalah kisah yang ditulis oleh mereka.
8) Setelah ahli kumpulan melakukan perbincangan, undi dibuat. Dan aktiviti ini diulang hingga kesemua kisah ahli didalam kumpulan dibacakan.
9) Setelah tamat masa yang diberikan, peserta dikhendaki untuk berkumpul semula dalam kumpulan yang besar.
10) Fasilitator meminta wakil setiap kumpulan untuk memperkenalkan ahli kumpulan mereka.
11) Fasilitator bagi setiap kumpulan diberikan kertas yang tertulis nama-nama selebriti untuk ditampal di bahagian setiap peserta.
12) Setiap orang mempunyai nama selebriti yang tersendiri. Arahan diberikan oleh fasilitator, supaya setiap kumpulan berpecah mencari pasangan masing-masing dan pasangan peserta hendaklah dari kumpulan yang berbeza.
13) Peserta dikhendaki mengenalpasti nama selebriti yang ditampal di belakang mereka berdasarkan petunjuk yang diberikan oleh pasangan mereka. Pasangan peserta hanya boleh menjawab “ya” atau “tidak”.
14) Aktiviti tamat setelah masa yang diberikan oleh fasilitator mencukupi.
15) Ketua bagi program dilantik dan barang amanah diberikan.

------------------------------------------------------------------------------

Modul 2 : “Mafia Wars”

“Mafia wars” adalah satu aktiviti untuk memupuk sifat kepercayaan pada diri dan dikalangan peserta sendiri. Aktiviti ini memerlukan pemikiran yang kritis, dan memerlukan strategi. Peserta akan diberi peranan sebagai penjenayah, polis, doktor dan juga orang awam. Objektif aktiviti ini adalah untuk menghalang golongan penjenayah sebelum mereka meneruskan matlamat menyingkirkan seluruh bandar.

Objektif :
Untuk memupuk sifat kepercayaan dikalangan sahabat dan mengelakkan dari berprasangka buruk dikalangan ahli didalam organisasi.
Untuk melatih peserta membuat keputusan yang tepat berdasarkan keadaan.

Masa:
10 minit – penerangan.
1jam – Aktiviti “Mafia Wars”

Arahan :

1) Para peserta dikhendaki berkumpul mengikut kumpulan masing-masing.
2) Fasilitator setiap kumpulan akan mengedarkan sekeping kertas kecil yang berlipat kepada setiap ahli kumpulan. Di setiap kertas kecil tersebut tertulis peranan yang harus dimainkan oleh setiap peserta dan peserta dikehendaki merahsiakan peranan masingmasing.
3) Peranan-peranan yang harus dimainkan oleh peserta adalah :
• “Mafia” – Peranan mafia adalah untuk membunuh peserta yang memainkan peranan-peranan yang lain.
• “Polis” – Peranan polis adalah untuk menangkap suspek yang disyaki mafia.
• “Doktor”- Peranan doktor adalah untuk menyelamatkan suspek yang disyaki sasaran Mafia.
• “Rakyat biasa” – Memainkan peranan sebagai rakyat yang biasa.
4) Setelah peserta mengetahui peranan masing-masing, fasilitator akan menerangkan cara permainan ini. Permainan akan dibahagikan kepada 3 keadaan dan Narrator memainkan peranan sebagai pengawal keadaan. 3 keadaan tersebut adalah :
• “Malam Hari”
- Semua peserta didalam keadaan tidur. Peserta dikhendaki menundukkan kepala dan menutup mata. Narrator akan memainkan peranan.
- Narrator akan memberi arahan kepada mafia untuk bangun dan buka mata. Mafia akan secara senyap bangun dan berbincang diantara mereka tentang mangsa yang hendak disingkirkan. Setelah keputusan dibuat, Narrator mencatat mencatat mangsa yang dipilih.
- Kemudian “Mafia” disuruh tidur. (menundukkan kepala mereka dan menutup mata).
- Dan kemudian, narrator akan memberi arahan supaya peserta berperanan polis untuk bangun dan buka mata. Polis akan berbincang diantara mereka siapakah yang disyaki memainkan peranan mafia. Setelah keputusan dibuat, narrator akan meyuruh polis untuk kembali tidur dan suspek yang disyaki polis dicatat.
- Kemudian peserta berperanan doktor diberi arahan untuk bangun dan muka mata. Doktor dikehendaki memilih salah satu peserta untuk diselamatkan daripada serangan mafia pada hari tersebut. Setelah keputusan dibuat, narrator memberi arahan doktor kembali tidur dan peserta yang ingin diselamatkan dicatat.
- Narrator mengumkan bahawa hari sudah pun pagi dan semua peserta dibenarkan bangun.
• “Pagi”
- Narrator mengumumkan org yang telah tersingkir akibat dibunuh mafia, melainkan peserta yang dikhendaki mafia utk disingkirkan pada malam itu telah diselamatkan oleh doktor.
- Peserta yang telah tersingkir hendaklah meninggalkan kumpulan masing-masing.
- Peserta yang terkeluar tidak dibenarkan untuk berkata apa-apa sepanjang permainan berlangsung. Mereka hanya dibenarkan memerhati.
• “siang hari”
- Narrator akan mengumkan bahawa hari sudah siang dan penduduk bandar (termasuk mafia, polis dan doktor) dikehendaki berbincang antara satu sama lain tentang siapakah mafia diantara mereka. Peserta tidak dibenarkan sama sekali mendedahkan peranan masing-masing sepanjang perbincangan. Peserta yang mempunyai bilangan undi yang terbanyak (50% atau lebih) disingkirkan dari permainan.
- Setelah penyingkiran dibuat, hari tersebut tamat. Penyingkiran boleh tidak dilakukan jika semua ahli kumpulan yang lain bersetuju. Hari tamat dan corak permainan diulang semula (malam, pagi, siang hari)
5) Diakhir permainan, pemenang ditentukan berdasarkan bilangan peserta yang memegang watak mafia, “Polis” dan “Doktor”. Jika “Mafia” telah menyingkirkan “Polis” dan “Doktor” kesemuanya, kemenangan akan berpihak pada “Mafia”. Jika “Polis” Berjaya menyingkirkan “Mafia”, kemenangan berpihak pada “polis”.
6) Program tamat dan peserta diberikan tema bagi malam kebudayaan.

------------------------------------------------------------------------------

Modul 3 : “Great Egg Drop”

“Great egg drop” juga dikenali sebagai menara masa depan. Menara masa depan adalah suatu aktiviti dimana para peserta dikehendaki membina sebuah menara dimana matlamat utamanya adalah untuk menghalang telur daripada jatuh. Aktiviti ini memerlukan kerjasama daripada ahli setiap kumpulan. Aktiviti ini juga melatih para perserta untuk berfikir secara kritis bagi menyelesaikan sesuatu masalah apabila diberikan sumber.

Objektif :
Melatih para peserta untuk bekerjasama didalam kumpulan.
Memberi ruang kepada peserta untuk berfikir secara kritis berbekalkan sumber yang diberikan.
Melatih sifat berunding, dan bertolak ansur didalam sesebuah urusan.

Bahan-bahan:
Seperti yang dinyatakan didalam lampiran.

Masa :
10 minit – Penerangan dan pembahagian barangan.
10 minit – Rundingan diantara kumpulan.
45 minit – Pembinaan Menara.
15 minit – Konklusi.

Arahan :

1) Fasilitator meminta para peserta berkumpul mengikut kumpulan masing-masing.
2) Fasilitator memberikan arahan kepada setiap kumpulan tentang aktiviti yang akan dijalankan.
3) Fasilitator menerangkan matlamat aktiviti adalah untuk mereka cipta sebuah menara dimana menara tersebut mampu mencegah telur yang diberikan daripada pecah.
4) Fasilitator meminta supaya melantik seorang yang berperanan sebagai perunding ataupun “negotiator”. Dan kemudian, setiap kumpulan diberikan bahan-bahan untuk membina replika menara dimana bahan-bahan yang diberikan kepada setiap kumpulan adalah berlainan.
5) Fasilitator akan memberikan masa kepada wakil setiap kumpulan untuk tampil kehadapan bagi memulakan rundingan. Sementara ahli-ahli yang lain pula diarah untuk memulakan lakaran bangunan yang akan dibuat.
6) Apabila wakil setiap kumpulan mencapai kata putus tentang bilangan bahan-bahan yang dirundingkan, pembinaan bermula.
7) Peserta dibenarkan untuk mengunakan alatan dari luar dalam proses pembinaan.
8) Fasilitator memberikan tempoh masa untuk menyiapkan menara yang diminta. (45 minit)
9) Setelah masa tamat, fasilitator akan mengumpulkan kesemua replika menara daripada setiap kumpulan.
10) Wakil kumpulan diminta kehadapan bagi menerangkan tentang menara mereka dan juga halangan-halangan semasa proses pembinaan sedang dilakukan.
11) Fasilitator akan menguji sama ada menara yang dibina mencapai matlamat ataupun tidak.
12) Menara akan dilepas dari jarak sekurang-kurangnya paras pinggang untuk melihat samada menara tersebut mencapai matlamat pembinaanya.
13) Pemenang dinilai melalui menara yang mampu mencapai matlamat pembinaan.
14) Fasilitator menutup acara dan memberikan konklusi.

------------------------------------------------------------------------------


Modul 4 : “Treasure Hunt”

Aktiviti “treasure hunt” adalah aktiviti luar dimana aktiviti ini akan menguji kemahiran peserta bagi menyelesaikan permasalahan yang diberi. Peserta dibahagikan mengikut kumpulan dan dikehendaki untuk menjelajah dari satu ke satu checkpoint bagi mencari harta yang disembunyikan. Ssepanjang penjelajahan, peserta akan diuji dengan ujian yang melibatkan minda, kecergasan dan juga ketahanan psikologi

Masa:
15 minit : penerangan dan penyerahan barang petunjuk.
3 jam : Aktiviti Treasure Hunt.

Objektif :
Untuk mengasimilasikan sifat kerjasama diantara ahli.
Untuk melatih peserta akan sifat kepatuhan kepada ketua disaat berlakunya konflik didalam kumpulan.
Menguji kepekaan perserta dibidang ilmu semasa.

Arahan :

1) Sebelum memulakan aktiviti, fasilitator akan menerangkan secara ringkas aturcara aktiviti.
2) Matlamat aktiviti ini adalah untuk mencari harta hilang. Dan untuk itu, peserta dikhendaki mengembara dari satu checkpoint ke checkpoint seterusnya bagi mencari petunjuk disebalik rahsia harta yang hilang. Terdapat sebanyak 6 checkpoint yang harus dilalui oleh peserta.
3) Setiap kumpulan akan diberikan sebiji belon, sekeping peta dan sekeping kertas petunjuk dimanakah checkpoint mereka yang pertama. Setiap kumpulan tidak dibenarkan untuk membuka kertas tersebut sebelum diarahkan oleh fasilitator.
4) Sebelum aktiviti bermula, fasilitator akan menunjukkan arah utara bagi permainan ini. Sebaik sahaja fasilitator mengumumkan pertandingan telah bermula, peserta dibenarkan untuk membuka kertas petunjuk yang diberikan.
5) Peserta diarahkan pergi ke checkpoint masing-masing.
6) Setiap checkpoint akan dijaga oleh wakil setiap kumpulan.
7) Bagi checkpoint pertama :
Peserta yang tiba di checkpoint pertama akan diberikan ujian minda.
Peserta dikehendaki menyelesaikan ujian minda tersebut hingga selesai.
Penjaga checkpoint akan mencatatkan masa yang diambil bagi setiap kumpulan menyelesaikan masalah yang diberi.
Setelah selesai, penjaga checkpoint akan memberi petunjuk dimana kertas soalan di sembunyikan.
Setelah dijumpai, penjaga checkpoint akan memberi kertas petunjuk kemana checkpoint peserta seterusnya dan petunjuk serpihan harta yang perlu dicari.
Peserta dikhendaki menjawab soalan yang tertera diatas kertas.
8) Bagi checkpoint kedua:
Peserta yang tiba dicheckpoint kedua akan diberikan ujian fizikal.
Aktiviti “Water in the bottle” diadakan dimana peserta dikhendaki mengisi air kedalam botol mengunnakan tangan.
Penjaga checkpoint mencatatkan masa peserta.
Setelah aktiviti selesai, penjaga checkpoint akan memberi petunjuk dimana kertas soalan di sembunyikan.
Setelah dijumpai, penjaga checkpoint akan memberi kertas petunjuk kemana checkpoint peserta seterusnya dan petunjuk serpihan harta yang perlu dicari.
Peserta perlu mencantumkan serpihan harta daripada checkpoint pertama untuk mengetahui dimana harta disembunyikan.
Peserta dikhendaki menjawab soalan diatas kertas.
9) Bagi checkpoint ketiga :
Peserta yang tiba di checkpoint ketiga akan menjalankan aktiviti “Pulse Game”
Cara permainan “Pulse Game” - Peserta diminta berdiri didalam satu barisan dengan mengengam tangan peserta lain. Barang diletakkan dihujung barisan. Peserta lain tidak dibenarkan membuka mata mereka kecuali peserta yang berada di permulaan dan peserta yang berada dihujung. Penjaga checkpoint akan melontarkan duit syiling dan secara senyap akan menunjukkan kepada peserta yang pertama. Jika “kepala” peserta pertama akan mengengam tangan peserta kedua, dan peserta kedua mengulangi perkara yang sama hingga sampai kepada peserta terakhir. Peserta terakhir yang menerima isyarat gengaman hendaklah berlari sepantas mungkin mendapatkan barang yang telah diletakkan.
Penjaga checkpoint mencatatkan masa yang diambil setiap kumpulan. Markah akan ditolak jika sekirannya peserta tersalah melihat “kepala” dan “ekor” duit syiling.
Setelah selesai aktiviti, penjaga checkpoint akan memberi petunjuk dimana kertas soalan di sembunyikan.
Setelah dijumpai, penjaga checkpoint akan memberi kertas petunjuk ke mana checkpoint peserta seterusnya dan petunjuk serpihan harta ke dua yang perlu dicari.
Peserta dikhendaki menjawab soalan diatas kertas.
10) Bagi checkpoint keempat :
Peserta yang tiba di checkpoint keempat dikhendaki menjalankan aktiviti “Trust walk”.
Cara Permainan “Trust Walk” – Peserta kumpulan akan diberi sehelai kertas yang mengandungi arahan dimana petunjuk serpihan harta disembunyikan. Peserta kumpulan hendaklah memilih salah satu ahli untuk dijadikan pencari harta. Ahli yang telah dipilih hendaklah menutup mata mereka dengan sehelai kain. Ahli-ahli didalam kumpulan akan membimbing pencari harta tersebut bagi mencari petunjuk serpihan harta kedua.
Setelah harta dijumpai, masa dicatatkan. Penjaga checkpoint memberi petunjuk ke mana checkpoint peserta seterusnya.
Peserta perlu mencantumkan serpihan harta daripada checkpoint ketiga untuk mengetahui dimana harta disembunyikan.
Peserta dikhendaki menjawab soalan diatas kertas.
11) Bagi checkpoint kelima :
Bagi peserta yang tiba dicheckpoint kelima, aktivit “Jejak bertapak” akan dijalankan.
Cara permainan “Jejak Bertapak” – Sebelum permainan peserta akan dijelaskan jarak yang perlu dilalui oleh peserta didalam permainan ini. Peserta akan dibekalkan dgn 3 keping “Tapak”. Peserta diminta untuk berfikir bagaimana hendak membawa kesemua ahli didalam kumpulan ke tempat yang diminta dengan syarat kesemua ahli mesti tiba di tempat tujuan dgn serentak. Peserta hanya dibenarkan memijak tapak yang diberikan sahaja. Peserta yang memijak tempat lain selain “Tapak” yang diberikan akan dikira gagal dan diminta untuk mengulanginya semula dari permulaan.
Penjaga checkpoint mencatatkan masa peserta.
Setelah aktiviti selesai, penjaga checkpoint akan memberi petunjuk dimana kertas soalan di sembunyikan.
Setelah dijumpai, penjaga checkpoint akan memberi kertas petunjuk kemana checkpoint peserta seterusnya.
Peserta dikhendaki menjawab soalan diatas kertas.
12) Bagi checkpoint keenam :
Peserta yang tiba di checkpoint keenam akan menjalankan aktiviti “Photo scarvenger hunt”.
Peserta akan diberi sepuluh kriteria yang perlu ditangkap mengunakan kamera. Contoh kriteria adalah seperti, pokok terbesar dikawasan itu, kereta berwarna kuning,orang yang bermain bola sepak dan sebagainya. Sebelum permainan bermula, penjaga checkpoint hendaklah menetapkan had bagi sesebuah kawasan permainan.
Setelah kesemua kriteria dapat dicari, penjaga checkpoint akan mencatatkan masa akan memberi petunjuk dimana kertas soalan di sembunyikan.
Setelah dijumpai, penjaga checkpoint akan memberi kertas petunjuk kemana checkpoint peserta seterusnya.
Peserta dikhendaki menjawab soalan diatas kertas.
13) Fasilitator akan menjadi kunci peti harta karun. Bagi fasilitator pertama, harta yang ada padanya adalah sebatang jarum dan benang. Fasilitator meminta peserta mencari kunci harta karun yang tersembunyi dikawasan sekitar. Setelah dijumpai, fasilitator akan menyerahkan harta tersebut.
14) Bagi fasilitator kedua, harta yang ada padanya adalah sehelai kain. Fasilitator meminta peserta mencari kunci harta karun yang tersembunyi dikawasan sekitar. Setelah dijumpai, fasilitator akan menyerahkan harta tersebut.
15) Setelah harta-harta dijumpai, peserta dikhendaki menjahit kain yang menjadi sebuah baju.
16) Diakhir aktiviti “Treasure Hunt”, peserta dikhendaki menyerahkan semula kertas jawapan bagi soalan-soalan yang telah dijawab pada setiap checkpoint dan juga harta yang telah dijumpai.
17) Fasilitator menutup acara dan memberikan konklusi.
18) Sampul surat untuk aktiviti seterusnya diedarkan.

------------------------------------------------------------------------------

Modul 5 : “surat cinta”

Surat cinta merupakan satu aktiviti yang memupuk nilai kejujuran didalam bersahabat. Didalam aktiviti ini, peserta program akan meluahkan apa yang terpendam didalam hati masing-masing kepada sahabat-sahabat mereka. aktiviti ini juga melatih peserta untuk bersikap positif menerima kutukan, rungutan ataupun pujian.

Objektif :
Memupuk nilai kejujuran dikalangan peserta.
Memupuk nilai fikiran postif jika berhadapan rungutan, kutukan ataupun pujian.
Memperbaiki diri pada masa hadapan.
Mengeratkan ukhwah dikalangan peserta dan organisasi.

Masa:
Tiada peruntukan masa.

Arahan:

1) Setelah aktiviti treasure hunt selesai, peserta akan diberikan sehelai sampul surat. Peserta dikhendaki menulis nama mereka diatas setiap sampul surat berkenaan.
2) Sampul surat yang telah ditulis nama akan diserahkan semula kepada fasilitator.
3) Fasilitator akan menerangkan aktiviti surat cinta.
4) Surat-surat peserta digantung disuatu tempat dan fasilitator meminta supaya setiap peserta menulis tentang perasaan mereka sama ada berupa penghargaan ataupun teguran kepada sahabat-sahabat mereka yang lain didalam kumpulan.
5) Masa yang diberikan adalah sepanjang masa terluang diantara aktiviti “treasure hunt” dan malam “talentime”.
6) Setiap orang harus menulis dengan jujur perasaan mereka pada setiap ahli kumpulan. Peserta juga dibenarkan menulis kepada peserta lain di dalam program ini.
7) Pada akhir malam “talentime” peserta dibenarkan untuk mengambil sampul surat yang tertera nama mereka.
8) Fasilitator menutup aktivit dan membuat konklusi.

------------------------------------------------------------------------------------
Modul 6 : Malam “Talent Time”.

Malam talentime adalah malam kebudayaan dimana para peserta dikhendaki mempamerkan persembahan mereka menurut tema yang telah diberikan. Malam ini adalah kemuncak bagi segala aktiviti dimana semangat kerjasama mereka diujii dan diperlihatkan.

Objektif :
Memupuk semagat kerjasama diantara ahli didalam kumpulan.
Menghilangkan rasa malu dihadapan khalayak ramai.
Melatih diri menghadapai situasi yang sukar.

Masa:
1 jam 30 minit – persembahan peserta.

Arahan :

1) Pada permulaan program, (selepas aktiviti “ice-Breaking”), setiap kumpulan akan diberikan tema persembahan dan dikehendaki membuat persembahan berdasarkan tema yang diberikan.
2) Persembahan peserta hendaklah merangkumi lakonan dan nyanyian. Peserta juga dibenarkan untuk mengunakan kreativiti masing-masing bagi menjayakan persembahan.
3) Terdapat 5 kumpulan dan setiap kumpulan diberi masa 10 hingga 15 minit untuk satu persembahan.
4) Diakhir aktiviti, fasilitator member konklusi dan menutup aktiviti.
5) Peserta dibenarkan mengambil semula “surat cinta” mereka yang telah digantung.

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Contoh Surat Minta Kahwin Satu Lagi



kahwinKalaulah ada lelaki yang berani buat sampai tahap macam ini memang berani gilalah..Tuudia..memang dia hebat..agak-agak apalah yang di dapat lepas dia bagi surat ini kat isteri dia.
Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.
Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa
24300, Kemaman
Terengganu.
31 April 2006
Puan,
PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI
Perkara di atas adalah di rujuk.
2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.
3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.
4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.
5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?
6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan kedatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.
7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.
8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.
Sekian, Terima Kasih.
“BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA”
Yang Ikhlas Memohon,
Suami bin Lelaki
p/s:Penulis tiada kena mengena dengan surat ini.

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Kisah santai minda...

Di bawah ni ada beberapa bahan bacaan lawak yang boleh buat anda seronok dan gembira

PUKUL BERAPA BUKA? 

Pada suatu tengah malam telepon di rumah seorang pustakawan berdering.
"Pukul berapa perpustakaan akan di buka?" seorang pemuda di hujung talian bertanya.
"Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelifon saya tengah malam buta nie?" tanya pustakawan tadi. 

"Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa.
"TIDAK, tidak akan dibuka sebelum pukul 9!" si pustakawan menjawab dengan nada yang tinggi.
"Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?".
"Siapa kata saya mau masuk?" kata pemuda itu kesal, 

"SAYA MAU KELUAR!"

MANGGA 

Pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan seorang penjual buah mangga.
Pembeli: "Bang, berapa harga mangga sekilo?"
Peniaga: "RM7!"
Pembeli: "Amboi, mahal sangat... RM5 sudah la!"
Peniaga: "Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu!"
Pembeli: "Kalau tak manis, macam mana bang?"
Peniaga: "Kalau tak manis, tak payah bayar!"
Pembeli: "Kalau macam tu, beri saya yang tak manis 10 kilo!"

PALING BERSIH 

Sepasang suami isteri merayakan ulang tahun perkahwinannya dengan makan malam di sebuah restoran. Ketika mereka hendak meninggalkan restoran tersebut, mereka ditanya oleh pemilik restoran yang berdiri di pintu.

Pemilik: "Bagaimana perasaan Anda terhadap hidangan dan layanan kami?"
Lelaki: " Adasatu perkara yang boleh saya katakan.. Anda memiliki dapur yang paling bersih di bandar ini."
Pemilik: "Dapur yang paling bersih?... Anda kantidak pergi ke dapur. Bagaimana anda boleh tahu yang dapur kamilah yang paling bersih?"
Lelaki: "Sebab.. Semua makanan yang kami makan berbau sabun."

BARU KAHWIN 

Sepasang pengantin baru mengalami gangguan kesihatan. Setelah diperiksa dengan teliti, doktor memberitahu perkara itu disebabkan oleh hubungan seks yang terlalu kerap.

"Untuk sementara waktu ini, anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan kegiatan seks. Sebaiknya dua kali saja seminggu sahaja. Untuk memudahkan mengingat, saya sarankan untuk melakukan hubungan ini hanya pada hari yang bermula dengan huruf S, iaitu Selasa dan Sabtu," saran doktor.

Maklum sajalah baru berkahwin. Pada malam ketiga berpuasa dari membuat hubungan itu, si suami tidak dapat lagi menahan nafsunya lalu mencumbui isterinya yang sedang tidur sehingga isterinya terjaga.

"Hari ini hari apa bang?" tanya si isteri.
Sumaat "
"Sedang eloklah tu bang..." jawab isterinya..


SIAPA BANGANG 

Seorang lelaki telefon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin. Dan jururawat hospital menjawab telefon lelaki tersebut.
Lelaki: "Hello... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!"
Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?"
Lelaki: "Apa la punya bangang... ni laki dia la!"
Jururawat: "Pulak..."

RAHSIA MENANGKAP IKAN 

Adaseorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut...so crew TV9 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.
Crew TV9 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"
Nelayan : "Oh, pakcik guna firasat. Pakcik tengok cara isteri pakciktidur bila pakcik bangun pagi.
Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala ke kiri. Kalau dia mengereng ke kanan pakcik tebar ke kanan."
CrewTV9 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"
Nelayan : "Itu tandanya rezeki depan mata, pakcik tak turun ke laut pagi tu..."
CrewTV9 : "O, ye ke..."

MALUNYA 

Seorang wanita muda telah terberanak di dalam sebuah lif. Dier pun malu macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan pakar ilmu jiwa untuk pujukdier keluar.
Pakar ilmu jiwa tu pun cakap ler, "Cik... keluar lah... aper nak dimalukan... perkara biase jer nih."
Wanita muda yang terberanak itu pun menjawab, "Tak mau, tak mau, saya malu."
pakar ilmu jiwa itu menambah, "Alah cik... tahun lepas saya ader 1kes lagi teruk... pompuan tu beranak dalam longkang!!"
Mendengarkan kata-kata pakar ilmu jiwa tu jer, wanita muda tu terus meraung bagai nak giler lalu berkata, "Yang tu pun saya gak,uhwaaa...!!!"
Pakar ilmu jiwa itu tak tahu nak cakap aper.



Lawak Pak Pandir dibulan puasa



Di suatu petang yang cerah, Pak Pandir dan bininya sedang mendengar ceramah agama dari surau yg berdekatan dengan rumah mereka sementara menunggu waktu berbuka puasa. Antara ceramah  nya adalah membaca doa sebelum makan.
" Ya tuan-tuan... sebelum makan hendaklah kita membaca doa dahulu, ini adalah kerana syaitan akan makan makanan kita dan membuatkan kita makan tak kenyang-kenyang," kata ustaz itu.
Lalu Pak Pandir ni pun baliklah bersama bininya petang tu. Semasa sedang berbuka puasa malam tu, Pak Pandir tiba-tiba bangun dan meluru ke tandas berkali-kali. Tak cukup dengan tu, tidur malam tu pulak Pak Pandir nie asyik terkentuuooot memanjang.
Bininya tak tahan, maka tanyalah bininya kepada Pak Pandir, "Awak makan apa sampai jadi camni?"
"Tadi aku makan julap tak baca doa, biar padan muka setan tu...  terberak-berak makan julap... puas ati aku... muahahahahahaha!
Sesungguhnya, niat Pak Pandir memang suci. Lagi pun, bulan puasa mana ader setan kan ? Suma dah kena penjara... heeee!
Salam Ramadan dan Selamat Berbuka Puasa.

Malam Lailatul Qadar

"Lepas basuh pinggan, ikut abah pergi masjid," kata abah separuh memerintah.
Aku memandang kepada emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.
Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.
Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.
Ganjil... dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Memang ajaib.
Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.
"Kenapa?" tanya abah.
"Lailatul Qadar, abaaah," kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.
"Kepala hotak engkau. Berapa lama engkau tak pegi masjid?"
Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.
"Diorang tengah ubah suai masjid la.. Bumbung masjid bocor... pasal tu kubah tu diorang angkat letak kat tanah.... bodoh," sambung abah memaki lagi.
Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan melawan. Kadang-kadang abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.

p/s: hehehe..gurauan semata-mata

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...