Selasa, 27 Mei 2014

Bolehkah Muslimah Bersolek?


Wanita & kecantikan bagai isi dengan kuku.
wanita sangat cenderung mencantikkan dirinya dengan perhiasan agar tampil anggun terutamanya dalam majlis keramaian seperti hari raya, majlis perkahwinan & sebagainya.
begitulah fitrah kaum hawa

           Namun bolehkah wanita berhias / mencantikkan dirinya dengan memakai / menggunakan alat-alat yang menyerlahkan kecantikannya? Bagaimana islam meletakkan hukum mengenai wanita dengan berhias?

Berhias & memakai haruman

             Islam mementingkan kebersihan & keindahan serta melarang orang islam membiarkan dirinya dalam keadaan kotor, busuk, kusut-masai & comot.
            Islam juga melarang wanita muslimah berhias keterlaluan (tabarruj) sehingga melakukan hal-hal yang bercanggah dengan syariat islam demi merangkul sebaris kata-kata pujian.
           Contohnya, mendedahkan apa-apa yang terlindung pada badannya & juga berhias seperti riasan orang jahilliah, mencukur bulu kening, memakai celak dengan pelbagai corak & tebal sehingga menarik perhatian orang, melakukan rawatan pembedahan plastik eg; botox& susuk, memakai perhiasan diri seperti gelang kaki yang bergemerincing setiap kali melangkah & memakai wangian apabila keluar rumah.
         Hukum memakai minyak wangi bagi wanita apabila berada di luar dari rumah telah jelas dalam hadis sahih berikut : "dan seseorang wanita apabila diaberwangi-wangian & melalui satu majlis, maka dia seperti berzina."

     Dalam riwayat lain pula: "mana-mana wanita yang berwangi-wangian melalui suatu kaum & mereka mencium bau harum daripada wanita itu, maka seolah-olah wanita itu berzina." (riwayat Abu Daud, Ahmad, al-Tirmizi & al-Nasa'i)
          Walau bagaimanapun, seorang isteri digalakkan memakai apa-apa jenis minyak wangi ketika berada di rumah iaitu semasa bersama-sama suaminya.

Solekan & lipstik

        Wanita diharuskan bersolek di wajah setelah memenuhi beberapa kriteria berikut:
  • bersolek & merias wajahnya untuk suami sahaja & bukan di khalayak ramai walaupun dengan izin suami.
  • alat-alat solek sudah diyakini tidak mempunyai bahan-bahan haram sepertialkohol yang memabukan, uri / plasenta serta bahan-bahan kimia yang tinggi hingga boleh membahayakan kulit wanita.
  • solekan yang terlalu tebal & melampau sehingga wajahnya berubah menjadi lain kerana Allah & Rasul-Nya tidak menyukai sesuatu yang bersifat melampau.
  • bedak diharuskan selagi penggunaannya dalam lingkungan syariat dari segi kehalalan & olesannya nipis sahaja iaitu sekadar membersihkan menyak & daki di wajah serta kelihatan tampil segar & membuatkan orang yang sedang berurusan dengannya berasa selesa.

            Dalam sebuah hadis, Anas r.a. meriwayatkan : " Abdul Rahman bin 'Auf datang kepada Rasulullah s.a.w. & padanya ada bekas berwarna kuning. Nabi s.a.w. bertanya tentangnya. Beliau memberitahu bahawa dia menikahi wanita Ansar." (riwayat al-bukhari)

             Imam al-Nawawi menjelaskan hadis ini bahawa warna kuning itu adalah daripada isterinya. Di sinilah diharuskan wanita memakai bedak daripada apa-apa jua warna sekalipun.

               Ramai wanita memakai lipstik berwarna merah yang menggoda. Hukum asal berhias sedemikian di hadapan bukan mahram adalah haram. Walau bagaimanapun, menggunakanlip bulm yang halal, tidak berbahaya materialnya & olesan yang nipis, bertujuan menjaga bibir daripada merekah bagi sesetengah orang / mengelakkan daripada kelihatan pucat lesu, dibenarkan kerana pengguna lipstik yang keterlaluan mempunyai kesan sampingan menurut Dr.Mustafa Husain Abdul Maqsud, pakar penyakit kulit & kelamin. 
( Syeikh Abu Malik Kamal, Ensiklopidia Fiqah Wanita muslimah, halaman.315)

              Duhai muslimahku, wajah yang paling cantik ialah wajah yang sentiasa tunduk sujud kepada Allah . Air matanya yang menitis kerana takutkan azab Allah ialah eye-shadow terbaik, cahaya yang terpantul di wajahnya dek  lama membaca Al-Quran ialah blusher yang terbaik . Aurat yang dijaga rapi di sebalik tudung & pakaian yang sempurna menggilap lagi mahkota dirinya.
               Inilah muslimah solehah yang tidak terpedaya dengan tipuan solekan untuk mencatikkan wajahnya di hadapan lelaki ajnabi & mengharap pujian manusia :)
         

Salam Sayang,

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...