Jumaat, 5 September 2014

MODUL MSK KOLEJ KOMUNITI : WE ARE SURVIVOR!


Nama/Tajuk : WE ARE SURVIVOR!
Disediakan oleh: Pn. Nazatul Islah.
Kesesuaian aktiviti: Aktiviti berkumpulan ( > 8 orang setiap kumpulan)

Peralatan Disediakan :
1) Mess Tins / Periuk
2) Mancis
3) Sudu
4) Batu bata (3 biji/kumpulan)
5) Talam

Peralatan Perlu Di cari :
1) Kayu api

Bahan-bahan yang di beri :
1) Beras
2) Telur
3) Sardin
4) Minyak masak

Objektif :
1) Memupuk semangat bekerjasama antara pelajar di dalam kumpulan.
2) Mendidik pelajar untuk menghargai masa dengan manfaat.
3) Memupuk sikap bertanggungjawab sesama pelajar.





Langkah-langkah :
1) Pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2) Setiap kumpulan akan menerima 1 set peralatan serta bahan-bahan.
3) Dalam tempoh 3 jam setiap kumpulan perlu menyediakan makanan tengah hari mereka dengan menggunakan peralatan serta bahan-bahan yang telah diberikan.
4) Setelah selesai memasak, setiap ahli kumpulan perlulah menghabiskan makanan tersebut sehingga habis.
5) Selesai makan, setiap pelajar perlulah membersihkan peralatan serta kawasan masing-masing.

Impak :
1) Pelajar dapat memberi kerjasama sesama mereka.
2) Pelajar akan lebih tahu untuk menguruskan serta menghargai masa.
3) Pelajar dapat menanam sikap bertanggungjawab terhadap diri sendiri serta kumpulan masing-masing

Salam Sayang,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan