Jumaat, 5 September 2014

MODUL MSK KOLEJ KOMUNITI : CARTA HATIKU



Nama/Tajuk: CARTA HATIKU
Disediakan oleh: Pn. Saidatul Sariyah Binti Sainawan.
Kesesuaian aktiviti: Aktiviti berkumpulan ( > 12 orang setiap kumpulan)
Masa : 30 minit

Peralatan:
1) Kertas a4.
2) Pen

Bahan-bahan yang di beri:
1) Set Graf carta hatiku

Objektif:
1) Membakar semangat pelajar untuk mencapai matlamat
2) Memberi gambaran awal tentang hala tuju masa depan.
3) Memupuk sifat yakin terhadap diri sendiri.
4) Mendidik para pelajar tentang cara refleksi diri

Langkah-langkah:
1. Pelajar diberikan sehelai kertas yang mengandungi graf yang bertanda garisan x dan y.
2. Di garisan y, pelajar hendaklah mengisi tahun (5 tahun akan datang dan 5 tahun yang lepas) mengikut umur semasa pelajar.
3. Manakala di garisan y, pelajar hendaklah melakukan refleksi di dalam diri mereka untuk mengetahui tahun- tahun yang di mana mengigatkan pelajar terhadap cerita tentang kejayaan, kegagalan dalam diri pelajar-pelajar.
4. Kemudian, pelajar-pelajar dikehendaki untuk menandakan graf (tinggi dan rendah) berdasarkan apa yang terjadi pada tahun berikut.
5. Selesai menandakan di graf, pelajr dikehendaki untuk menuliskan rentetan refleksi diri mengikut tahun-tahun tersebut.
6. Selesai melengkapkan graf pelajar diminta berbincang tentang apa yang di tulis pada graf.
7. Di akhir perbincangan, Fasilitator menerangkan dan membuat kesimpulan tentang kepentingan refleksi dan pentingnya kita muhasabah diri untuk menempa kejayaan di masa hadapan.





Impak:
1) Pelajar bertambah semangat untuk mencapai matlamat
2) Masa depan para pelajar lebih jelas.
3) Pelajar lebih yakin terhadap diri sendiri
4) Para pelajar akan lebih yakin tentang kepentingan refleksi diri.

Salam Sayang,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan