Khamis, 4 September 2014

LDK: Great Egg Drop


Modul : “Great Egg Drop”

“Great egg drop” juga dikenali sebagai menara masa depan. Menara masa depan adalah suatu aktiviti dimana para peserta dikehendaki membina sebuah menara dimana matlamat utamanya adalah untuk menghalang telur daripada jatuh. Aktiviti ini memerlukan kerjasama daripada ahli setiap kumpulan. Aktiviti ini juga melatih para perserta untuk berfikir secara kritis bagi menyelesaikan sesuatu masalah apabila diberikan sumber.

Objektif :
Melatih para peserta untuk bekerjasama didalam kumpulan.
Memberi ruang kepada peserta untuk berfikir secara kritis berbekalkan sumber yang diberikan.
Melatih sifat berunding, dan bertolak ansur didalam sesebuah urusan.

Bahan-bahan:
Seperti yang dinyatakan didalam lampiran.

Masa :
10 minit – Penerangan dan pembahagian barangan.
10 minit – Rundingan diantara kumpulan.
45 minit – Pembinaan Menara.
15 minit – Konklusi.

Arahan :

1) Fasilitator meminta para peserta berkumpul mengikut kumpulan masing-masing.
2) Fasilitator memberikan arahan kepada setiap kumpulan tentang aktiviti yang akan dijalankan.
3) Fasilitator menerangkan matlamat aktiviti adalah untuk mereka cipta sebuah menara dimana menara tersebut mampu mencegah telur yang diberikan daripada pecah.
4) Fasilitator meminta supaya melantik seorang yang berperanan sebagai perunding ataupun “negotiator”. Dan kemudian, setiap kumpulan diberikan bahan-bahan untuk membina replika menara dimana bahan-bahan yang diberikan kepada setiap kumpulan adalah berlainan.
5) Fasilitator akan memberikan masa kepada wakil setiap kumpulan untuk tampil kehadapan bagi memulakan rundingan. Sementara ahli-ahli yang lain pula diarah untuk memulakan lakaran bangunan yang akan dibuat.
6) Apabila wakil setiap kumpulan mencapai kata putus tentang bilangan bahan-bahan yang dirundingkan, pembinaan bermula.
7) Peserta dibenarkan untuk mengunakan alatan dari luar dalam proses pembinaan.
8) Fasilitator memberikan tempoh masa untuk menyiapkan menara yang diminta. (45 minit)
9) Setelah masa tamat, fasilitator akan mengumpulkan kesemua replika menara daripada setiap kumpulan.
10) Wakil kumpulan diminta kehadapan bagi menerangkan tentang menara mereka dan juga halangan-halangan semasa proses pembinaan sedang dilakukan.
11) Fasilitator akan menguji sama ada menara yang dibina mencapai matlamat ataupun tidak.
12) Menara akan dilepas dari jarak sekurang-kurangnya paras pinggang untuk melihat samada menara tersebut mencapai matlamat pembinaanya.
13) Pemenang dinilai melalui menara yang mampu mencapai matlamat pembinaan.
14) Fasilitator menutup acara dan memberikan konklusi.




Salam Sayang,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan