Isnin, 3 Mac 2014

MODUL: Kursus Kepimpinan SMK Selendang, Rompin


JADUAL
KURSUS KEPIMPINAN SMK SELENDANG, ROMPIN, PAHANG
27 FEBRUARI 2014 (KHAMIS)
HARI / TARIKH
8.00 PG
8.30 PG
10.30 PG
11.00 PG
12.30 TGHR
1.00 PTG
KHAMIS
27/02/2014
PENDAFTARAN KURSUS PENDEK KEPIMPINAN
‘OUT-DOOR GAMES’
REHAT / MINUM PAGI
‘IN-DOOR GAMES’
RUMUSAN / PENUTUP
BERSURAI /  MAKAN TENGAHARI


SENARAI FASILITATOR:
1.      UST. MOHD JUWAHIR BIN PA’IMAN
2.      PN. NUR ‘ATIKAH BINTI PAIMAN
3.      CIK MALARVELI A/P KANDASAMY
4.      CIK MARYAM BINTI PANDI
5.      CIK SITI MARHAINI BINTI MD RESADI
6.      PN. NORDIYANA BINTI MOHD RANI
7.      CIK NURUL FARHANA BINTI MOKHTAR
8.      CIK MADHIAH BINTI RAZAK



OUT-DOOR GAMES



1)Eh..Bersihnya!!! (15minit)
o   Matlamat : saya mestilah sentiasa jujur dan ikhlas terhadap diri sendiri
o   Objektif:
§  melakukan sesuatu perkara yang positif tanpa disuruh
§  bersikap jujur dan ikhlas terhadap diri sendiri
§  menghormati orang lain
§  berbicara dengan sopan
o   Peralatan: Pelbagai bentuk sampah sarap seperti botol minuman, kulit ais krim, pembungkus makanan dan sebagainya, tong sampah, tali rapia
o   Arahan:
§  Kumpulan peserta diberikan kad arahan iaitu mesti bergerak ke satu stesen. Di stesen itu peserta perlu mengamalkan nilai-nilai murni sebagai seorang murid di sekolah
§  Di stesen fasilitator telah menaburkan pelbagai sampah dalam lingkungan tali rapia
§  Apabila peserta tiba, fasilitator hanya memerhatikan sahaja apa-apa tindakan peserta (yang sepatutnya memungut sampah-sampah yang berada di kawasan itu tanpa disuruh kerana selama ini pihak sekolah telah menyuruh murid mengutip sampah di kawasan sekolah)
§  Setelah 5 minit berlalu, jika mereka tidak berbuat apa-apa minta ketua mereka membacakan semula arahan yang diberi dan minta mereka memahami arahan tersebut
§  Peringatan: Perkara sepatutnya peserta lakukan ialah :
·         Memberi ucap selamat
·         Memperkenalkan diri
·         Memungut sampah tanpa diperintah oleh ketua
(jika mereka Berjaya melakukan perkara di atas tanpa di arah oleh fasilitator maka mereka berjaya melakukan tugasan ini. Jika tidak, fasilitator menjelaskan kenapa sampah banyak sangat di kawasan mereka dan menyatakan tidak terfikirkah mereka untuk mengutip sampah dan membuangnya ke dalam tong sampah yang disediakan. Jika secara spontan mereka bergerak dan melakukannya, biarkan mereka berbuat demikian)
Rumusan
Penerangan ciri-ciri pemimpin iaiitu:
-          Memimpin diri sendiri sebelum memimpin orang lain
-          Disiplinkan diri sebelum mendisiplinkan orang lain
-          Jujur terhadap diri sebelum meminta orang lain jujur kepada kita
-          Ikhlas melakukan sesuatu sebelum orang lain tidak mempercayai kita
-          Mematuhi apa-apa peraturan tanpa disuruh menunjukkan seseorang itu telah berjaya memimpin diri mereka sendiri.



2)Siapa juara? (15 minit)

o   Matlamat: saya mestilah saling bantu membantu Antara satu sama lain
o   Objektif:
     - dapat menghindari sikap mementingkan diri sendiri
     - Bekerjasama dlam satu kumpulan
o   Peralatan: sebiji belon yang telah ditiup
o   Kaedah:
   - Peserta diminta ke suatu stesen. Di stesen fasilitator meminta murid menyentuh belon sekurang-kurangnya 10 kali dengan hujung jari telunjuk dalam masa 1 atau 2 minit. Syaratnya tanpa dipegang.
§  Fasilitator cuba melambung belon dan menyentuhnya dengan jari. Kemudian diminta peserta menyambung aktiviti tersebut dalam masa 1 atau 2 minit
§  Apa yang terjadi ialah (jangkaan pembuat modul) peserta akan berebut-rebut untuk menyentuh belon
§  Setelah 2 minit, hentikan permainan. Tanya murid siapa yang paling banyak menyentuh belon dan berapa kali jumlahnya. Kemudian, Tanya murid siapakah yang paling sedikit menyentuh belon? Berapa kali? Mengapakah tidak dapat menyentuh belon? Apa perasaan kamu tidak dapat menyentuh belon?
§  Bertanya semula kepada yang paling banyak menyentuh belon, tidakkah kamu simpati terhadap rakan kumpulan kamu yang tidak dapat menyentuh belon?
o   Rumusan:
§  Sebagai pemimpin kita tidak patut hanya mementingkan diri sendiri
§  Sebagai pemimpin kita mestilah membantu ahli jika mereka memerlukan bantuan dan pertolongan
§  Sikap mementingkan diri sendiri dibenci dan tidak disukai oleh ahli

- 
      Fikiranku (15minit)
-          Matlamat: berfikir secara sihat sebelum bertindak supaya tidak terlepas cakap
-          Objektif :
o   mencelik akalkan pemikiran murid
o   Merangsang pemikiran murid supaya berfikir perkara yang logic
-          Bahan : lampiran teka teki
-          Kaedah: ahli dalam kumpulan perlu berbincang jawapan
-          Rumusan:
o   perhatikan gelagat peserta ketika teka teki diberi. Mungkin ada yang tersipu-sipu malu kerana memikirkan sesuatu yang melucahkan. Oleh itu, fasilitator cuba bertanya kepada peserta adakah mereka menyangka teka teki ini mempunyai maksud yang tidak baik
o   Berfikir adalah perkara terbaik sebelum membuat keputusan
o   Terdapat dua pilihan sebelum membuat keputusan iaitu positif dan negative. Setuju atau tidak. Berani atau takut. Betul atau salah.
o   Jika kita selalu bergaul dengan rakan yang suka berfikir perkara yang kotor maka pemikiran kita juga akan terarah kepada yang kotor
o   Jika kita bergaul dengan rakan yang berfikiran bersih maka kita terhindar daripada berfikiran kotor



-          Teka teki berkait:
o   Bagaimanakah cara memasukkan singa ke dalam peti sejuk?
o   Bagaimanakah pula memasukkan gajah ke dalam peti sejuk?
o   Sebagai raja di rimba, singa memanggil segala haiwan datang mengadapnya. Haiwan manakah yang tidak hadir mengadap? Kenapa?
o   Di dalam sebuah sungai yang cetek terdapat banyak buaya. Bagaimanakah cara kamu hendak menyeberang? Kenapa?

-          Teka teki:
o   Ada suatu perbuatan terhadap suatu benda. Hendak diguna mesti dikepak. Lepas itu dikangkang. Selepas dikangkang letakkan di batang. Jawapan: pakai cermin mata
o   Apakah benda ini? Diselak kainnya Nampak bulu. Diselak bulunya Nampak biji, di bawah biji Nampak batang. Jawapan: Jagung
o   Ku tunam kakinya, kudapat kakinya. Jawapan: Kutu 4kaki, kuda 6 kaki
o   Kotak apa yang berdosa? Jawapan : Ko tak sembahyang
o   Ada satu perbuatan, bukan keji tetapi murni. Ada lubang atasnya ada biji suka cari batang. Kemudian batang masuk dalam lubang Jawapan: cincin disarung ke jari


Cantuman Murni (15 minit)
          o   Susun semula koleksi perkataan-perkataan 

 


-          Great Egg Drop (Menara Masa Hadapan) (30minit)
o   Peralatan: straw, suratkhabar, salotape, getah gelang, telur
o   Misi membina menara untuk menyelamatkan sebiji telur
o   Menara akan dilepaskan dari tempat tinggi untuk melihat ketahanan dan kekuatan






INDOOR GAMES



-          Dimana belon kami?? (20 minit)
o   Matlamat : saya mesti bantu rakan-rakan saya
o   Objektif :
§  Dapat bekerjasama dalam satu kumpulan
§  Mendengar arahan dan melaksanakannya dengan betul
§  Memberi arahan yang betul
§  Mempercayai pemimpin
o   Bahan : belon yang telah ditiup, kain penutu mata
o   Kaedah:
§  Fasilitator meminta peserta menjarakkan diri daripada rakan-rakan
§  Fasilitator memberitahu peserta bahawa mereka perlu mencari sebiji belon dengan mata yang tertutup
§  Fasilitator meminta peserta menutup mata dengan kain penutup mata
§  Peserta diminta tidak menipu dan berlaku jujur terhadap diri sendiri
§  Setelah memastikan peserta menutup mata dengan betul, fasilitator memberi belon kepada ketua kumpulan
§  Dengan helah fasilitator berada jauh dengan kumpulan kemudian berteriak “ sekarang kamu carilah belon itu” dengan kuat
§  Setelah 5 ke 10 minit berlalu, bukakan penutup mata ketua kumpulan sahaja dan benarkan dia memanggil ahlinya dating kepadanya untuk menjumpai belon tersebut sehingga Berjaya
o   Rumusan
§  Sebagai pemimpin kita perlu memberi arahan kepada ahli supaya ahli dapat melakukan tugasan dengan betul
§  Sebagai ahli pula kita mestilah mematuhi arahan ketua atau pemimpin
§  Bayangkanlah bagaimanalah sekiranya, manusia tiada pemimpin, apa akan terjadi?

(rujuk peristiwa yang berlaku semasa mereka mencari belon) : terlanggar bontot kawan, berlaga dan seumpamanya


Salam Sayang,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan