Rabu, 11 September 2013

Siapa nak KAYA????

Kalau income/gaji anda RM1000
1 per 6 = RM167

Katakan setahun, anda dapat simpan secara konsisten untuk 10 bulan.

RM167 x 10 bulan = RM1670

Anda konsisten menyimpan sehingga umur anda 60 tahun.

Tanpa mengambil kira kenaikan gaji dan income,
katakan umur anda sekarang ini 30 tahun.

Jadi, bermakna, anda dapat menyimpan secara konsisten selama 30 tahun.

Jika, duit tersebut, anda simpan di Tabung Haji,
dengan kadar dividen 5% setahun, pada umur anda 60 tahun, simpanan
anda bersamaan = RM138,987.19

Berbanding, kalau anda, belanja duit simpanan tu, barang yang anda boleh beli, nilainya hanya : RM60,120

ps : kalau anda menyimpan, secara konsisten, mengikut kira-kira di atas, duit anda, beranak pinak sebanyak RM78,867.19

pps : jika anda bukan pengguna otak kiri yang aktif, anda mungkin sukar nak faham mesej yang saya nak sampaikan dalam post ini. Justeru, saya cadangkan, anda share post ini, di wall anda, dan baca sekali lagi, 1 jam daripada sekarang.

ppps : Tabung Haji, adalah sekadar contoh, silakan menyimpan di tempat lain jika anda mempunyai tempat simpanan lain yang boleh memberikan pulangan lebih 7.5% setahun (tabung haji, tolak zakat simpanan kita siap-siap, iaitu 2.5%, jadi sebenarnya, kita dapat 7.5% di tabung haji) dan juga patuh syariah.

perkongsian dari Raja Kamil
Salam Sayang,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan