Dalam keadaan biasa satu kembar akan berlaku daripada 80
kehamilan. Kejadian kandungan kembar sedikit dipengaruhi oleh baka dan
keturunan.
Jika anda atau pasangan dilahirkan kembar maka peratusan
untuk mendapat anak kembar adalah sangat tinggi. Bagaimanapun bukan bermakna
mereka yang tidak mempunyai keturunan kembar tidak berpeluang untuk mendapat
anak kembar. Segalanya boleh berlaku dengan keizinan dari Allah SWT selain
bantuan pelbagai teknologi perubatan yang semakin canggih.
Wanita yang sedang menjalani rawatan kesuburan, peluang
dapat anak kembar bagi mereka yang makan pil subur (clomiphene) ialah antara
5-10%, sedangkan mereka yang menerima suntikan hormon subur atau menjalani
rawatan bayi tabung uji[IVF], peluang dapat anak kembar ialah 20-30%.
Anda boleh mencuba rawatan tersebut, tetapi rawatan suntikan
hormon subur membawa risiko kembar sampai lapan yang akhirnya akan gugur.
petua orang tua-tua kata makan makanan berkembar contoh
pisang kembar. tapi kebanyakan terbukti berhasil. sejauh mana keberkesanannya
wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan