Isnin, 26 Ogos 2013

5S Amalan Kami


   
5S
Membawa maksud amalan SISIH, SUSUN,SAPU,SERAGAM dan SENTIASA AMAL di kalangan warga Kolej Komuniti Rompin dengan berlatarbelakang warna hitam kerana mewakili kesungguhan warga KKRP dalam menjayakan Amalan 5S ini.
Hijau
Dipilih sebagai latar belakang bagi aktiviti SISIH kerana mewakili warna bumi. Dimana barangan tidak diperlukan disisih demi menjaga alam sekitar.
Kuning
Dipilih sebagai latar belakang bagi SUSUN kerana mewakili warna emas yang melambangkan
mutu dan kualiti organisasi dalam melaksanakan amalan 5S.
Biru
Dipilih sebagai latar belakang bagi SAPU kerana mewakili warna laut yang melambangkan bersih yang akan membawa ketenangan di tempat kerja.
Merah
Dipilih sebagai latar belakang bagi SERAGAM kerana mewakili perjuangan seluruh warga KKRP dalam melaksanakan Amalan 5S.
Ungu
Dipilih sebagai latar belakang bagi SENTIASA AMAL kerana melambangkan kegembiraan , kekuatan dan penuh semangat dalam budaya dan cara hidup KKRP.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan